09
'It's You'
.
.
.
.
.
chapter 09
"Hai?"
Sapa makhluk di sebalik cermin itu. Senyuman lebar diukir. Myungho masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi. Sehinggakan tubuhnya masih melekat di lantai kayu.
Apa itu? Adakah ianya hantu?
"S-siapa kau..?"
"Janganlah takut, memandangkan kau dah jadi tuan baru aku, aku akan buat apa sahaja untuk kau"
Apa yang makhluk ni tengah mengarutkan ni?
Tanpa banyak bicara lelaki itu terus keluar dari biliknya dalam keadaan kekalutan. Sungguh menggerunkan.
Mana mungkin muncul makhluk berwajah manusia seperti dalam filem. Kejadian sebegini hanyalah wujud di dalam filem fantasi sahaja.
"Hei"
Suara halus itu masih kedengaran di ruang tamu walaupun lelaki itu sudah menutup pintu biliknya.
Tapak tangan dan juga telinganya menjadi satu malah matanya ditutup rapat menghalang segala pendengaran begitu juga penglihatannya.
"Pergi! Kau bukan manusia. Jangan ganggu aku!"
"Aku cuma nak tolong kau"
Ucapnya. Myungho menggeleng laju. Mata yang dipejam kembali dibuka. Pakcik tua itu. Dia harus berjumpa dengan pakcik itu.
━─━────༺༻────━─━
"Ya? Pemilik kedai barangan antik?"
Myungho mengangguk laju. Seorang wanita pertengahan umur mengerutkan dahinya.
"maksud kamu encik Lee? Dia dah meninggal 5 tahun yang lepas. Tengok kedainya dah lama kosong. Tiada siapa yang mahu ambil alih kedai ni"
Jantung pemuda itu kini berdegup laju. M-meninggal? Lima tahun lalu? Tapi baru beberapa hari lepas dia berjumpa dengan pakcik itu. Keadaannya juga masih sihat. Mana mungkinlah.
"Kalau macam tu saya balik dulu. Terima kasih"
Tundukkan hormat diberi sebelum kakinya melangkah. Tubuhnya dibawa pergi namun bukannya pulang ke rumah kerana dia begitu cukup takut ingin pulang ke sana.
"Hei, taknak balik ke?"
Suara itu kembali lagi. Pemuda itu mencari dari mana datangnya suara itu.
"Kat bawah ni lah"
Wajahnya ditunduk. Terdapat satu bayangan gelap berdekatan dengan kasutnya.
Ttuk!
"Hao! Kenapa tak makan lagi ni? Sejuk sup tu tak sedap nak menjamahnya nanti"
"Y-ya.."
Dengan perlahan dia menghirup sup yang sudah suam-suam kuku. Kornea matanya masih meliar memandang sekeliling. Mana tahu makhluk itu masih mengikutinya lagi.
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Hai? Adakah anda masih tetap membaca buku ini? Kalau ya, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab masih support buku kentang putar seperti aku ini hehe. Insyallah dalam masa sebulan aku cuba habiskan chapter buku ni dan lepas tu aku akan gantikan buku sebelum ni (rough love) dengan buku baru. Nah love♥♥♥ Saya sayang anda.
Maaflah panjang pulak mesejnya hehe. See You Next Week !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro