07
'Beneath your feet'
.
.
.
.
chapter 07
Seluruh sudut di dalam ruangan itu dipandang. Dia kagum buat seketika tatkala melihat segala pelbagai barangan antik di situ. Sungguh cantik.
"Duduklah, atuk buatkan air untuk kamu"
"Tak apa atuk"
Lelaki tua itu sekadar melemparkan senyumannya lalu dia mengatur langkahnya.
Sekali lagi Myungho memandang ruangan kedai itu. Kakinya melangkah dengan perlahan dan dia mula menyentuh beberapa barangan di situ.
Sedang dia meninjau, secara tiba-tiba matanya mulai tertarik ke arah satu cermin besar yang terletak elok di satu sudut.
Dia cuba untuk menyentuh cermin itu dan satu cahaya mulai keluar. Buat seketika pemuda itu terkesima. Benda apakah yang keluar sebentar tadi?
Dan secara tiba-tiba bahunya disentuh perlahan sehingga membuatkan Myungho tersentak kecil.
"Kamu buat apa di sini? Mari kita ke depan"
Myungho mengangguk kecil. Kakinya berasa teragak-agak untuk bergerak dari situ.
"Anak?"
"Y-ya atuk"
Dengan segera dia melangkah menuju ke kaunter di hadapan.
"Minumlah"
"Terima kasih"
Teh hangat di sisip dengan perlahan sebelum dia meletak kembali cawan itu di meja kaunter.
"Macam mana? Dah lega?"
Myungho mengangkat wajahnya memandang lelaki tua yang sedang berdiri itu. Persoalan itu dia tidak begitu faham. Terpaksalah dia mengangguk sebagai jawapan pada persoalan itu.
Lelaki tua itu tersenyum kecil. Jam antik kecil dan juga kain berwarna kelabu asap dicapainya. Myungho sekadar memerhati aktiviti lelaki tua itu yang sedang mengelap jam antik tersebut.
"Setiap manusia ada ujiannya. Ujiannya pula berlainan. Walau macam mana beratnya ujian itu dan lemah macam mana pun kita, kita kena bangun"
"Bangun untuk hidup. Hidup untuk berjaya"
Seusai mengelap, jam berwarna kuning keemasan itu diletak depan Myungho.
"Macam jam ni, dulu dia dibuang sebab tuannya ingat dah tak boleh dipakai tapi bila atuk baikinya semula dia kembali hidup. Atuk tahu jam ni ada perasaan kecewanya tapi dia tetap bangkit"
Segala bait-bait yang dikeluarkan dari belahan bibir milik lelaki tua itu dihadam. Dia merenung jam antik di hadapannya. Ada betul juga kata atuk itu.
Walaupun hatinya kuat mengatakan bahawa dirinya lemah namun dia percaya terdapat satu titik sudut di hatinya yang mengatakan dirinya masih kuat.
Sungguh dia berterima kasih pada atuk itu. Kalau bukan disebabkannya, mana mungkin dia dapat kembalikan semangatnya sekarang ini. Lelaki tua itu benar-benar membaiki dirinya seperti jam antik tersebut.
"Terima kasih atuk"
Atuk itu sekadar menguntumkan senyuman lebar pada Myungho.
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Keep reading anak-anakku sayang hehe. Don't forget to vote and drop your comment♥♥♥
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro