Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

05

'I will'

.
.
.
.
.
.

chapter:05

"Minghao!"

"Budak baru!"

"Yah budak!"

Sepanjang hari, hanya itulah yang asyik menerpa masuk ke dalam gegendang telinganya.

Dia tidak kisah tentang gelarannya di pejabat. Asalkan ia tak menganggu kerjanya sudah.

"Budak! Sini kejap"

Lantas Myungho bangun. Kedua irisnya berusaha mencari pemilik suara itu.

"Xu Minghao!!" Suara itu kedengaran marah. Gerun. Itulah yang dihadapi pemuda bermarga China sekarang ini. Perlahan-lahan dia mendekati seorang lelaki.

Sebuah dokumen di hulur. Myungho memandang lelaki di hadapannya. Sempat lagi matanya memandang kad pekerja yang tergantung elok di tubuh lelaki itu.

'Seo Woong'

"Kau tengok apa? Ini, kau pergi cetak setiap helai dokumen ni. Jangan tinggal satu pun"

"Baik"

Dia akur lalu dokumen itu dicapai. Ingin sahaja Myungho beredar, lantas lengan bajunya ditarik kasar sehingga membuatkan pemuda itu terdorong ke belakang.

"Kau cakap apa tadi?"

Adakah dia tersalah cakap? Tapi dia tak ada cakap sebarangan tidak elok. Matanya terkebil-kebil. Kepalanya pula menunduk walhal dirinya tiada kesalahan.

"Aku senior kau tahu. Kenapa? Dah tak pandai nak hormat senior sejak masuk negara orang ni? Huh?"

Jari telunjuk lelaki itu menolak bahu Myungho diselangi dengan satu patah perkataan.

"Kau patut cakap, 'baik, senior' berat sangat ke mulut kau?"

"Saya minta maaf, s-senior"

Seluruh tubuh lelaki itu menunduk maaf. Riak wajah Woong nampaknya tidak berpuas hati. Dia menggosok sedikit dagunya seperti memikirkan sesuatu.

"Apa kata kau melutut?"

Myungho mengangkat wajahnya. Tubuhnya masih menunduk.

"A-apa?"

"Kenapa? Melutut je pun. Tak susah bukan?"

"T-tapi.."

"Nak aku bagitahu ketua tentang sikap kurang ajar kau?"

Kelihatan semua pekerja di situ hanya melihat situasi yang dihadapi lelaki itu. Sudah dapat dilihat wajah mereka yang seakan-akan menanti tindakan Myungho sebentar lagi.

"Kenapa saya? Saya tak ada salah"

"Melutut atau..dibuang kerja? Kalau kau dibuang mesti pecah rekod bukan? Menjadi pekerja yang bekerja paling singkat di sini"

Dalam masa ini Myungho buntu. Ya tuhan ujian apakah ini? Kalau dia dibuang nanti keluarganya di sana mahu makan apa? Ini buat kali pertamanya dia mendapat kerja dengan gaji yang begitu tinggi.

Jikalau dia memilih untuk melutut, maruahnya akan jatuh mendadak. Takkan hanya sekadar kesalahan bicaraannya dia harus melutut? Tetapi dia tidak mahu dibuang kerja.

"Cepat. Xu Minghao ssi"

Sekali lagi dia memandang semua wajah pekerja itu. Matanya seperti berbicara untuk meminta bantuan namun satu orang pun tidak hiraukannya.

"B-baiklah.."

Kakinya sekarang ini menggeletar malah begitu juga matanya. Semakin lama dilihat, lututnya semakin jatuh menyembah lantai.

Dan kini lelaki bernama Xu Minghao telah melutut di hadapan Seo Woong.

"Dia tengah melututlah, cepat rakam"

"Tak sangka dia sanggup jatuhkan maruah dia"

"Saya minta maaf, senior"

Woong tersenyum puas. Sempat lagi dia mengambil gambar Myungho yang sedang memandang lantai. Kedua tangannya erat diletakkan di pehanya.

"Terima kasih, aku terhibur sangat"

Woong berlalu pergi meninggalkan Myungho yang masih melutut. Dapat didengari suara tawa kecil lelaki bermarga Seo itu.

"Tak apa-apa Hao"


━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..

💌 : Keep vote and comment juseyo ! Let's spread the love no hate ♥♥♥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro