ChΓ o cΓ‘c bαΊ‘n! VΓ¬ nhiều lΓ½ do tα»« nay Truyen2U chΓ­nh thα»©c Δ‘α»•i tΓͺn lΓ  Truyen247.Pro. Mong cΓ‘c bαΊ‘n tiαΊΏp tα»₯c ủng hα»™ truy cαΊ­p tΓͺn miền mα»›i nΓ y nhΓ©! MΓ£i yΓͺu... β™₯

πŠππˆπ†π‡π“'𝐒 | 𝐒𝐀𝐓𝐔

ℐ𝒢𝓃'π“ˆ β„π“ˆπ’Άπ’·β„―π“π“β„―
𝐓𝐇𝐄 πŠππˆπ†π‡π“'𝐒 π…π‹πŽπ–π„π‘

𝐒𝐀𝐓𝐔



DUA TAHUN KEMUDIAN

Aren mengemas meja setelah selesai makan. Biarawati yang lainnya telah pergi ke satu majlis agama di satu gereja, dan beberapa orang biarawati lagi berehat di dalam kamar sendiri.

Petang itu seperti biasa. Ahad hari semua penganut agama Kristian akan berkunjung ke gereja dan melakukan ibadah.

"Selamat petang,"

Sapa dari belakang mengejutkannya. Dia turut senyum sebaik tahu siapa gerangan itu.

"Selamat petang juga Sister Catriana."

"Awak dah makan?"

"Dah," pinggan yang dicuci dalam sinki ditunjuk. "β€”baru je habis." Disoal kembali soalan itu pada Rahib Catriana dan ternyata gadis sebayanya itu sudah lama mengenyangkan perut.

"Awak ada apa-apa rancangan tak hari ni?" Soal Rahib Catriana memeluk tubuh.

"Tak rasanya, saya nak berehat di sebelah malam. Kalau petang ni, rasanya saya akan pergi ke perpustakaan je rasanya." Selesai mencuci, kesemua barang atas rak itu dilap dan diletak atas kaunter tersedia. Di mana kesemua barang-barang kepunyaan biarawati diletakkan di sana.

Seiringan dia dan Rahib Catriana berjalan ke luar dapur rumah rahib sebelah gereja. Tiba di luar, mata menyambut beberapa orang biarawati yang baru saja pulang ke rumah. Tak jauh dari hujung jalan, ada kelibat seorang lelaki sedang memerhatikan mereka berdua, lebih tepat, Aren. β€”seperti selalu.

"Saya tanya, sebab William yang suruh." Aren menahan pipi yang mula panas, terasa bahunya diusik oleh Rahib Catriana. Tunduk wajahnya melihat lelaki berkolar roman putih itu kacak sekali, lagi-lagi bila wajah kemerahan itu disimbah terik panas. William juga seorang paderi muda yang baru saja menamatkan pengajian sebagai biarawan. Lelaki itu sering jadi perbualan biarawati di sini kerana keberaniannya sewaktu menjadi pembantu Paderi di upacara menghalau hantu.

Semakin panas terasa pipinya bila William mengatur langkah mendekat.

"Hai," sapa William pada kedua biarawati itu. Rahib Catriana sedar dia mengganggu dua kedua sejoli itu segera ambil langkah. Meninggalkan mereka berduaan. Kini tinggal Aren dan William, masih tiada suara antara mereka.

Deheman lelaki itu menarik perhatian Aren. "Jadi, awak ada rancangan?"

"Kenapa?"

William tersenyum, "Saya plan nak ajak awak keluar."

"Saya ada rancangan lain." Jawab Aren jujur, bukanlah berniat menolak ajakan itu.

William yang sedikit hampa sekadar angguk kepala. Tak boleh juga nak paksa-paksa, nanti imejnya hancur di depan gadis istimewa ini.

"Okaylah kalau macam tu, awak nak ke mana?"

"Saya ada hal di perpustakaan."

"Kat situ pun tak mengapa."

Aren angkat muka, keliru. "Maksud awak?"

Ada yang sudah mengernyih senget sambil tersipu malu. Tengkuknya diusap lembut hilangkan gementar. "Jalan-jalan dengan awak di perpustakaan pun tak mengapa, asalkan awak ada."

Kedua-duanya tersimpul malu bila mata memancarkan getar yang sama.



𝐒𝐂𝐄𝐍𝐄 πˆπ’ 𝐂𝐔𝐓 πŽπ”π“.
𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 πƒπˆ ππŽπ•π„π‹ 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen247.Pro