๐๐๐๐๐๐๐ ๐ณ๐๐๐๐ฉ๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki
_____
" awak tak ada true love?"
Soalan Iris itu sekali lagi hanya ku biarkan. Lantas ku bangun dari duduk.
" saya nak pergi kerja. Jaga abigail elok-elok. "
Sekerat senyuman terhias sebelum aku bergerak pergi.
DIHOTEL
TENGKU NAZRIN
AKU masih ingat lagi muka lelaki tu. Berderau darahku bila ku lihat bukan main mesra lagi diorang berdua semalam kat mall.
Natasha menarik-narik lenganku untuk memasuki kedai emas itu. Tapi tiada reaksi. Malahan semua tatapan ku menuju kepada kedua 'sejoli' di atas. Nampak keduanya bahagia ya?
Tajam anak mataku memerhatikan betina sial itu. Dasar sial!
" you! Cepatlah! Tadi kata nak tengok cincin?" Rungutan yang ku dengar sekali lagi tak ku endah. Akibatnya,meninggi suaraku.
" diam boleh tak?! Kalau you nak masuk,pergi masuk dulu!!" Tercalar habis riak mukanya,apa lagi aku menengkingnya depan ramai orang. Sebab malu yang amat,berlalu saja Natasha meninggalkan ku seorang. Nampak dia geram.
Ku alihkan semula pandanganku dan masih mereka itu jadi tatapan. Sepertinya mereka menikmati makan malam. Bukan main pandai si Iris ni cari jantan lain. Berkisar fikiran ku cuba mengecam wajah lelaki itu. Fikir cuba fikir...ternyata! Baru ku teringat. Hotel!
Ku lihat sekeliling. " mana jantan tak guna tu?" Gumamku sendiri.
Sekali sebut,dia muncul di depan mata. Tersenyum sumbing saja ku sambil menghampiri.
" eh mamat. "
Dia melihat. " ohh emm. Yes?"
" kau tau kenapa aku datang?"
Lelaki itu nampak tenang saja. Bodoh,konon nak berlagak bertenang? Padahal dalam hati kecut!
" ni hotel,so whatever you reason is,pintu hotel saya memang terbuka untuk semua jenis manusia. " jawabnya membuatkan hatiku bertambah panas. Macam mana lah jantan ni boleh ada kat dunia?
" kau ingat aku tak tau yang kau lelaki tolong betina sial hari tu,kan?"
Dia hanya mengetap bibirnya dan membuat muka bingung. " pardon,siapa?"
Dah terasa ringan tangan untuk ku hayun,jari ku kepal-kepal dulu.
" kau boleh tak jangan buat bodoh? Bekas isteri aku yang sial tak berguna tu! "
Aku sedar beberapa orang mula perasan akan keadaan kami berdua,tapi kerana melihat Hyde,mereka berpaling biasa saja. Mungkin bagi mereka tak ada apa yang jadi?
" ohh..bekas isteri? So why bother?"
Terdiam terus ku nak menepis kata-katanya. Babi punya lelaki! Cakap apa pun tak makan jalan!
" aku cuma nak pesan,kau tak payah sebok nak tolong betina tu,dia tu menyusahkan! Kau pula nanti dijadikan pak sanggup kalau kau tak percaya! "
Tertawa saja lelaki itu sebaik ku habis bicara. Memang sudah hilang kesabaranku disini.
" pak sanggup? Bukan dia baru lepas keguguran ke?"
Panas wajahku terasa. " celaka lah kau ni! " bercakap dengannya memang tak ada kata putus! Berlalu saja ku pergi dari situ. Celaka sungguh!
PHONE ku tarik dan ku call terus number si betina sial tu. Menahan marahku yang belum habis,malahan ditambah-tambah oleh kebodohan lelaki tadi.
" apa awak nak?" Soalnya sebaik dijawab.
" eh betina! Kau ni memang licik kan?! Kau ingat aku tak tau maksud kau dekat jantan hotel tu?! -kau nak suruh dia jadi bukti yang dia nampak Aryan bawa kau kat hotel dia tu kan?! " tengkingku sekerasnya ditalian.
Terkulat-kulat dia mahu menjawab. Segera ku potong," kau tak payah nak menafikan! Tak payah buat tak tahu lah bodoh! Sekali lagi kau nak cuba buktikan diri kau,aku takkan teragak bunuh lelaki tu! Kau dengar?! Sial!"
Serentak itu,talian ku matikan. Segala rasa cinta memang diganti dengan benci yang dalam. Aku benci Iris!
โป โป โป
IRIS NAHAIRA
Belum sempat apa-apa,ternyata dia pantas menyembur segala tuduhan dan talian dimatikan. Terkedu habis ku olehnya. Phone ku tenung kosong.
Bahu ku dipukul lembut tiba-tiba.
" ooo cik Iris oi."
Laju ku menoleh pada empunya suara dibelakang. Mak Timah sudah membawa dua loyang. Mula dipotong beberapa kertas minyak lalu diletakkan di dalam loyang.
" Apa lagi yang Iris renung tu? Mak Timah dengar kamu bercakap tadi..tuan Hyde telefon?" Tanyanya curiga.
Kami berdua memang berancang nak membakar kek,mak Timah pun dengar cerita juara dalam bab kek semua. Daripada membazir masa,baik buat apa yang boleh.
Ku letakkan phone ke dalam poket. Adunan yang ku kacau tadi ku bawa untuk diisi.
" tak adalah mak Timah. Bukan tuan Hyde pun. Bekas suami saya. "
Dengar bekas suami,bersemangat mak Timah menjengulkan kepalanya. " apa? Ex kamu call? Nak apa lagi? Nak berbalik semula ke,kan dah lepas cerai talak 3..?" Perli mak Timah bila sebut pasal Nazrin. Memang mak Timahlah orang yang paling sakit hati padanya. Mak Timah pula menjadi pendengar setia sambil makan kacang.
"Dia bukan nak berbalik..dia siap sound saya tadi ha. Dia ingat saya nak betulkan keadaan sekarang. Saya tak tahulah kenapa dengan dia tu. "
" dah kenapa pula dengan dia tu,orang tak ganggu..dia pula melebih. "
Tersenyum saja ku melihat mak Timah dan kek yang nak dibakar ku tarik sekali lalu masuk ke dalam ketuhar. " biarlah mak Timah. Saya pun malas nak fikir lagi. Apa yang penting sekarang,saya ada keluarga ni. "
Mak Timah justeru senyum tersengih dan dia faham apa maksudku. Aku tak nak fikir apa lagi pasal mereka.
โป โป โป
MALAMNYA...
AKU pergi ke rumah Hyde. Jaraknya hampir dan kawasan disitu pun terang. Jadi senanglah untukku merentas. Mujurlah ada basikal. Itu yang aku bertungkus lumus mengayuh menuju ke rumah Hyde.
Bila sampai,ku ketuk pintu dan Pak Amri yang menyapa. Nampak pun,kereta Hyde ada.
" tuan Hyde ada tak pak Amri?"
" ada tapi dia kat atas. Nak pak Amri panggil?"
Ku anggukkan kepala," boleh juga." Sempat ku berikan sekotak kek buat pak Amri. Buat Hyde pula,masih ditangan.
TERSENYUM ku melihat dia. Rambut coklat,mata biru,tshirt faded blue dan seluar kelabu. Tangannya yang bertatu itu ku perhatikan sesekali. Sepi saja kami berdua di kaunter.
" sedap tak?"
Hyde hanya menjuihkan bibir,dan menyuap lagi beberapa potongan kecil. " not bad lah. "
" Abigail mana? dengan mak Timah?"
Ku lebarkan senyuman sambil tetap melihat dia. " dia dah tidur. Tapi tengok je lah kalau lewat nanti dia terjaga ke tak. " nampak dia hanya mengangguk.
Sepi lagi. Kemudian ku ambil peluang!
" awak. Boleh tanya tak? "
Hyde melirik sekilas. " apa?"
Badan yang sedikit mengereng,ku luruskan. Teragak juga. Tapi wajah Hyde yang sudah menanti itu buat aku lekas-lekas bersuara. " ni..Nazrin ada jumpa awak tak?"
Wajah Hyde biasa-biasa saja.
" ada,kenapa?"
" kenapa awak tak bagitau saya dia jumpa awak?"
Makannya selesai,masih bersisa separuh tapi sudah ditutup.
" but masalahnya kenapa 'perlu' ?"
" tak..at least,bagitau saya ..sebab saya risaukan awak. "
Lagilah wajah Hyde seperti,tak suka dengan itu. " tapi masalahnya,dia jumpa saya and kenapa mesti saya bagitau awak? Tak semua benda pun perlu nak bagitau,lagi-lagi bila benda tak penting. And- tak perlu risau,I mean you don't have to,tak payah risau sebab itu bukan peranan awak. Saya tak perlukan orang risau untuk saya. I don't need it at all. Get it?"
Terdiam bila ku mendengar. Bingkas Hyde berdiri tapi tak sengaja lengannya ku tahan,laju ku lepas bila sedar tingkahku.
" awak,jangan marah saya. Sorry?"
" I'm just telling you. Ini cara saya. " Kata-katanya yang bersahaja itu ku telan hidup-hidup.
" you'll found my flaws everyday. So,learn to adapting with it. Baliklah. Saya pun nak rest. "
Perlahan ku jawab," okay. Good night. "
Hyde yang berlalu itu ku pandang kosong saja. Rumitnya dia.
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: Truyen247.Pro