Chร o cรกc bแบกn! Vรฌ nhiแปu lรฝ do tแปซ nay Truyen2U chรญnh thแปฉc ฤ‘แป•i tรชn lร  Truyen247.Pro. Mong cรกc bแบกn tiแบฟp tแปฅc แปงng hแป™ truy cแบญp tรชn miแปn mแป›i nร y nhรฉ! Mรฃi yรชu... โ™ฅ

๐Š๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐‡ ๐‘ณ๐’Š๐’Ž๐’‚

๐“๐‡๐„ ๐†๐‘๐„๐€๐“๐„๐’๐“ ๐Š๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐‡

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki



IRIS NAHAIRA

Beep. Beep. Beep

Sakit kepalaku.

Sakit seluruh badan.

Aku tak pasti sudah berapa lama aku disini tapi,nampaknya aku berada di hospital. Kerana bunyi 'beep' tersebut. Kelopak mata lemah ku buka dan melilau mataku melihat sekeliling.

Kosong.

" Naz...?"

" ehh Iris dah sedar. Jap mama panggil doctor. "

Suara mama Nazrin. Tak nampak dengan jelas dia dimana dan aku hanya membiarkan. Tubuhku masih lemah.

Apa yang ku ingat...aku dan Haifa bergaduh. Itu sahaja. Yang lain...entah.



DADA ku sakit. Hatiku remuk. Mendengar apa yang dikatakan oleh doctor baru tadi. Memang mereka berhati-hati untuk memberitahu perempuan seperti ku,yang anak dalam kandunganku tak mampu diselamatkan.

Aku keguguran.

" maafkan kami puan Iris. Minta puan Iris bertabah. Saya pergi dulu. "

Ku berikan dia anggukan lemah,meskipun kehilangan itu sakit,tapi tak begitu sakit..kerana itu bukan anak sebenar Nazrin. Aku tak nak anak itu dijadikan sebagai senjata untuk mereka mengambil kesempatan.

Ya...aku tau tentang harta loteri yang dikatakan oleh Nazrin pada Aryan semasa dirumah Aryan hari tu. Sebab itu Aryan berubah baik. Jadi,mungkin ketentuan ini lah yang terbaik.

Air mata ku sekat laju. Mama mengusap bahuku lembut. Mama pula yang menangis lebih dari aku. Rasa bersalah bersarang dalam hatiku saat itu.

Kenapa Nazrin tak lihat wajah mama nya sekarang,yang mati-mati percaya anak itu waris Nazrin?

" mama akan selalu ada dengan Iris..Iris kuat ya? Iris dan Naz boleh cuba lagi. Kita tak boleh pertikaikan ketentuanNYA. "

" ya ma. Iris minta maaf sangat. Iris akan kuat. "

Mama hanya melebarkan senyumannya yang disembunyikan disebalik kesakitan.

" Nazrin mana ma?"

" dia ada kat cafe,dengan kawan dia. "

Kawan?



TENGKU NAZRIN

Ku tumbuk lagi mukanya. Memang aku betul-betul naik hantu! Nak saja ku bunuh Aryan di tandas ini,tapi masih ada sesuatu menahanku.

Kolarnya ku tarik.

" lepaslah wei! Aku tak sengaja ah buat dia keguguran! "

" lepas dua hari dia kat hospital,baru kau nak tayang batang hidung?! Aku suruh kau datang,tapi kau baru muncul hari ni lepas kau hantar dia kat hospital,lepas tu blah! Kau kata kau tak sengaja?! Habis tu kalau kau tak takut,kenapa lari?!"

Darahnya yang mengalir diludah keluar. Lemah Aryan kelihatan.

" aku tak sengaja,bukan aku yang tolak dia,tapi awek aku! Dia yang gaduh dengan Iris,aku manalah tau! "

" kau lari ,aku repot kau kat polis atas cubaan membunuh! Aku nak kau buat Iris hamil lagi lepas ni,jangan sampai dia keguguran lagi!"

Seperti biasa,Aryan tak menolak.

" asal duit aku masuk! "




DI DALAM ruang. Ku lihat Iris.

Nampak dia keletihan.

" sayang...jangan sedih ya? Kita boleh cuba lagi. " iris langsung tak memberi reaksi pada kata-kataku. Aku tahu dia mesti stress. Mama di depan ku menggeleng,memberi aku signal untuk meninggalkan Iris seketika. Perempuan keguguran kan mudah meroyan?

Mama dan aku akhirnya bersama keluar dari ruangan Iris.

" Nazrin bersabar ya? Tak apa..boleh cuba lagi. "

Senyuman sedih ku buat-buat.

" ya ma...Naz...Naz..." tapak tanganku konon menekap diwajahku yang menangis,secara lakonan.

" sabar Naz...sabar. "

Ku seka air mata yang kosong," ya ma..Nazrin sabar. Naz akan usaha lagi. " kataku memberi sepenuh harapan,kerana aku yakin akan ada peluang selagi Aryan dan Iris disini.

โ€ป โ€ป โ€ป


IRIS NAHAIRA

Sudah hampir sebulan aku di bawah jagaan seorang wanita yang diaturkan oleh papa sendiri, mama baru saja balik. Nazrin? Dari tadi aku call,tapi langsung tiada jawapan. Aku nak balik hari ni dari pusat jagaan ini, naik jemu bila disini seharian.

Jam ku lihat sudah masuk maghrib,aku bertekad untuk balik sendiri. Nak harap Nazrin jemput? Heh.

Rumah ku lihat terang. Kereta Nazrin pun ada. Tapi kenapa aku call dia langsung tak angkat? Berpusu-pusu persoalan berbisik. Pintu rumah ku hampiri dan hujan yang tadi rintik kini semakin lebat. Sejuk. Lenganku usap untuk memberikan sedikit kehangatan.

" awak? Naz...?"

Bell ku tekan dua kali. Tapi tiada yang menyambut. sekali lagi bell ku tekan. Beberapa minit kemudian,baru pintu itu dikuak. Namun masa bagaikan terhenti sebaik seorang wanita rupanya yang menjemputku. Siap dengan pakaian night gown yang nipis. Paling teruk...dia-

" puan Iris?!"

-PA Nazrin.

Sebagai isteri,pastinya aku panas hati. Langkah yang sebenarnya tersekat kerana keadaan ku masih tak sembuh sepenuhnya tak ku hirau.

" mana suami saya?! Nazrin!!"

" nazrin!! "

" puan..maafkan s- "

Ku tuding muka Natasha itu. " shut up! Mana boss awak?!"

Perlahan Natasha menuju ke atas dan selang beberapa minit,Nazrin turun. Perempuan tadi? Sembunyi di atas!

" sayang! Kenapa balik tak bagitau?" Nadanya tak bersalah,hanya bersahaja.

" jangan nak tipu saya Nazrin! Mana perempuan tu?!! Kenapa dia bersembunyi kat atas?! "

Tubuhku yang mahu naik ke atas,ditahan oleh Nazrin. Dia menahan aku dari mengerjakan perempuan itu.

" lepaskan saya Nazrin! Kenapa awak tipu saya?! Kenapa?!!!" Ku pukul dada bidangnya itu sekuat hati. Tangisanku terluah,air mataku turun berderaian laju.

"Sayang,sayang...stop it! Semua ni salah faham...dia datang sini nak buat kerja,kitorang ada benda nak siapkan. Projek kerja sayang.."

Tertawa sinis ku padanya. Tudungku yang senget pun tak ku peduli. "Seriously?! Dengan pakaian nipis macam tu?! Busy sangat sampai saya call awak pun tak dengar?! " sindirku sarkastik. Nazrin masih cuba selindung bangkai yang sudah nyata jelas berbau.

"Sayang...jangan- "

Kata-katanya terhenti bila tapak tanganku hinggap kuat di pipinya.

" jangan nak tipu saya lagi Nazrin! I trust and love you so much! Kenapa awak buat saya macam ni?!"

Masih Nazrin cuba mempertahankan dirinya. Ditariknya lenganku.

" sayang! Listen up! Jangan cakap macam ni,I sayang you juga! I love you too,and you have to trust me!"

" trust you?! Apa lagi yang awak nak buat?!" Suara ku memang memenuhi ruangan itu kali ini. Pastinya perempuan diatas itu tersenyum mendengar pertekakan ini kan?

" jangan macam ni. Shh..I tau ..I tau you stress sebab keguguran. I tau you sakit sekarang,sebab tu fikiran pun tak menentu.." akibatnya,lenganku rentap. Terlepas dari dia.

" bukan sebab keadaan saya awak jadikan alasan! Apa awak buat dengan perempuan tu?! "

Lagi,Nazrin masih tak beralah.

" shh sayang...I know. Nanti I suruh Aryan hamilkan you lagi okay? Kali ni I janji,I'll hired a maid to look after you. "

Ku sembunyikan suara dulu. Tak sangka lelaki ini begini rupanya.

" saya akan bagitau mama dan papa tentang Aryan. Saya akan bagitau mereka tentang baby tu,bukan anak awak tapi Aryan! Awak cuma nak harta Nazrin! Saya tahu semuanya! "

Bila ku sebut itu,nampak wajahnya berubah serta merta. Menjadi bengis. Nampak dadanya turun naik.

" don't you dare nak buka mulut kat my parents,Iris!"

Ternyata,ya...dia takut mereka tahu anak mereka ini ternyata setan!

" no! Saya akan bagitau mereka juga!"

" Iris! Kalau kau degil,aku akan lafazkan ayat tu..jangan cabar aku. "

" saya tetap akan bagitau mereka,apa yang awak dah buat selama ni Nazrin! "

Kemudian hinggap satu tamparan Nazrin,kuat hingga aku rebah ke lantai. Tubuhku sakit,bila punggung pun terhentak kuat tadi. Lenganku ditarik kasar oleh Nazrin. Diheretnya aku bagaikan binatang. Hujan lebat itu membasahi kami berdua saat menapak keluar.

" Iris Nahaira binti muhammad Radhi,aku ceraikan kau dengan talak tiga!" Maka jatuh kedudukan ku sebagai isterinya saat itu. Dihumbannya aku keluar dengan kasar lalu pagar hendak ditutup.

" awak! Awak sanggup ceraikan saya?!" Tangisku macam orang bodoh! Ditolaknya tubuhku kasar.

" berambus sial!" Ditolak lagi dan kepala ku pun pening ,tubuh lemah. Silauan kereta dari depan sempat ku sedari tapi tak ku mampu elak saat semuanya sudah berganti gelap.



CHARLES HYDE

Kereta ku berhenti mengejut sebaik seorang perempuan tak waras berdiri di depan,dalam hujan lagi. Serentak berhenti,wanita itu pengsan. Phone yang ku lihat,ku letak ke tepi. Driver ku segera keluar untuk memeriksa.

Boleh ku nampak ditepi,ada seorang lelaki seakan menjerit ke arah driverku.

Tingkap kaca ku turunkan.

" what's wrong? "

Dia berlalu ,tapi sempat ku dengar dia berkata sebelum itu," bawak perempuan tu dari sini! Dia tu pelacur,kalau kau nak dia,tak payah pinjam,aku bagi! "

Kemudian datang driverku meluru ke arahku.

" macam mana ni tuan Hyde?"

" perempuan tu macam mana?"

Habis tempias air hujan kemuka ku. Driver ku pun habis basah satu badan. Hujan pun kelihatan semakin lebat.

" dia pengsan. "

" just bring her in,once she's awake,kita hantar dia kat sini lagi. "

Driverku mengangguk dan ku perhati saja dia mencempung seorang perempuan lalu dimasukkan ke dalam kereta bahagian belakang. Aku keluar dari tenpat duduk belakang dan beralih ke arah passenger seat sebelah pemandu.

Bila sudah selesai,ku suruh dia bergerak. Sempat ku lirik sedikit perempuan itu.

Entah lah siapa.





Unedited version tapi ada yang berubah, part dia kata sebulan dah di sini di bawah jagaan seorang wanita yang diatur oleh papa sendiri. Versi awal ia adalah 'Sudah lebih seminggu' tapi saya ubah sebab ketelanjuran yang tak disengajakan pada bab selepas ini, Iris solat sedangkan dia baru je lepas mengandung dan masih ada darah nifas. Saya betulkan agar masuk akal sikit, okay? Nanti akan dibetulkan bebetul lagi sampai version lain akan muncul. Harapnya. Amin. โค๏ธ

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen247.Pro