Chร o cรกc bแบกn! Vรฌ nhiแปu lรฝ do tแปซ nay Truyen2U chรญnh thแปฉc ฤ‘แป•i tรชn lร  Truyen247.Pro. Mong cรกc bแบกn tiแบฟp tแปฅc แปงng hแป™ truy cแบญp tรชn miแปn mแป›i nร y nhรฉ! Mรฃi yรชu... โ™ฅ

๐Š๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐‡ ๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’‚๐’•

๐“๐‡๐„ ๐†๐‘๐„๐€๐“๐„๐’๐“ ๐Š๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐‡

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

_______

IRIS NAHAIRA

" lepaskan saya lah,Naz!" Bentak ku saat dia menggenggam tanganku bila di atas. Tadi bukan main dia tak peduli,sekarang baru nak ambil berat?

Dia menatap aku dengan tajam. Aku nampak dia menahan marah,jelas ketegangan dirahangnya.

Ku cuba palingkan diri tapi dia tetap menahan. " sayang,Iris...kenapa buat saya macam ni? Janganlah marah.."

Petang itu panasnya cukup terasa,persis hatiku yang panas sekarang. " apa yang saya buat? Awak yang buat saya macam ni Naz! Awak tak tau macam mana Aryan layan saya,awak tak pernah nak ambil tahu! Apa yang awak tau,awak tendang saya pada dia!"

" Iris...jangan macam tu...I promise saya akan pastikan yang Aryan takkan berkasar lagi dengan awak. Saya janji. "

Ku gelengkan kepala,aku berbelah bahagi dengan kata-kata harapan manisnya dan kesakitan yang ku rasakan. Ku tepis pegangannya. Punggung segera ku labuhkan ke birai katil. Nazrin masih tercegat di depan. Nampak wajahnya kesal dengan sikap ku.

" please sayang...percaya. trust me. Dia takkan layan Iris dengan kasar lagi. "

Tubuh yang letih itu ku baringkan ke katil. Tak ada balasan kepada kata-katanya. Tapak tanganku letakkan dibawah pipi dan cuba menahan air mata yang bergenang.

" I need a rest. Saya letih. "

Nazrin mendekat,menutup bahagian kaki ku dengan comforter dan melayang kucupan lembut di dahi ku.

Aku tak perlukan ciuman,tapi aku perlukan lelaki ini untuk melindungi.





KEESOKANNYA..

Seperti biasa,setiap rutin ku yang berganti hari-hari itu akan berubah tempat. Rumah-aryan. Begitu saja keadaan semenjak malam itu. Perut ku usap saja saat sendirian di rumah Aryan. Ku lemparkan pandanganku ke luar,menampakkan hujan sedang lebat membasahi bumi.

Bunyi derap kaki menarik perhatianku dari mengelamun. Aku sedar bunyi derap kaki itu semakin hampir,pintu yang sedikit ternganga itu membolehkan aku mengintai dalam diam. Aku nampak Aryan. Diletakkan satu plastic di atas meja dan dia menghampiri bilikku.

Pintu dikuak saat dia didepan.

" em,Iris,makan jom. Aku ada beli makanan. "

Terkaku ku sekejap mendengar kata-kata dan suaranya. Lembut dan tak sekasar selalu. Mungkin dia sedar tindakbalas ku tiada,dia mula berlalu. Tak menentu fikiranku untuk cuba menghadam apa yang cuba dibuat oleh Aryan. Tak sempat fikir jauh,dia kembali lagi. Masuk sekali ke dalam dengan piring yang berisi mee goreng. Aku hanya jadi pemerhati bila Aryan begini.

Tempat duduk yang kosong disebelahku diisi. " nah..makan."

Masih ku tercegat. Bukan apa,tindakannya sekarang menghalang aku bergerak. Mana taknya,lelaki yang dari hari pertama mengasari aku..sekarang dia sudi menyuapkan aku? Tak percaya.

Dia menegurku lagi.

Tapi masih ku tercegat begitu. Kosong pandangan.

" sayang,letak je lah kalau dia tak nak! Yang you sebok nak suap dia bagai kenapa?"

Kami berdua berpaling kepada empunya suara itu,Haifa. Tersenget jengkel bibirnya melihat tingkahnya Aryan.

Ku lihat ke arah Aryan semula. Dia sudah memberikan signal untuk Haifa pergi.

" eshhh! " mendengus perempuan itu berlalu. Kembali Aryan menyuruh aku makan. Bukan nak menyambut suapannya,tapi ku tarik piring itu perlahan dan juga sudu.

" saya makan sendiri. " jawabku kalut. Aryan hanya menatap,dalam beberapa minit baru dia pergi meninggalkan aku sendiri.

Entah apa permainan dia kali ni.




SELEPAS makan,aku mula keluar hendak menuju ke dapur. Diluar sudah kelibatku disambut dengan 'meriah' oleh jelingan Haifa. Berdua mereka duduk bersama di ruang tamu. Tak ku hiraukan,terus saja ku berjalan.

" Iris..nak buat apa ni? Nak makan lagi? " terkejut ku dengan sergahan Aryan itu. Lebih tepat,aku terkejut dengan perubahannya yang mendadak. Piring ku letakkan ke sinki tapi laju ditarik Aryan untuk dicuci.

Aku nak pergi mengambil gelas,dia memintas haluanku dengan lebih pantas memberikan gelas.

" nah. "

Teragak-agak untuk ku mencapai,tapi ku tarik perlahan dari tangannya. Bukan itu saja,dia siap sedia menarik air mineral yang ada di atas kaunter. Dihulur padaku.

" nah. Minumlah. Bawa bilik ke,kau rehat je la petang ni. Tak payah buat apa-apa kerja. Lagipun- " katanya terhenti dan dituding perutku.

" -kau kan mengandung?"

Ku anggukan saja kepala dan buat muka tiada reaksi. Ku berikan saja senyuman segaris,yang nampak bukan seperti senyuman.

Langkah ku atukan keluar,nampak Haifa sudah menjelingku tajam.

" tak payah lah nak mendapatkan perhatian sangat! " sindirnya tapi tetap tak ku pedulikan. Bukan aku yang mahu,aku pun hairan bila Aryan begitu.




ARYAN HAULDAR

Berkerut dahiku memandang Haifa,lagi-lagi mendengar dia menyindir. Pintu Iris ditutup sudah kedengaran,punggung ku labuhkan disofa.

" kenapa pula awak cakap macam tu?"

Haifa sudah memeluk tanganku dan dilentokkan kepalanya. " I jeles lah you ni. "

Ku jeling saja dengan sengihan sinis.

"Awak tak nak balik ke? Dah kenapa pula stay kat sini?"

Dia menarik muka saat soalan itu muncul. " I nak jaga you lah,nanti you buat bukan-bukan pula dengan dia. "

" dia siapa?" Saja nak menduga,walaupun aku tahu siapa -Iris.

" ishh you ni,Iris lah! "

Tertawa kecil saja ku mendengar.

" ohh okay. Takdelah. Saya buat semua ni bersebab tau. Sebab duit. Anak dalam kandungan dia tu,berharga. Lebih berharga dari awak. "

Haifa sudah menunjukkan wajah tak puas hati,tapi sebabkan alasan mendengar 'anak itu berharga',dia membatalkan marah.

" kenapa pula?"

Telinganya ku kucup lalu ku bisikkan sesuatu. " jom kita naik atas and I will tell you. But now I nak makan 'you' dulu. "

Tersenyum gatal saja Haifa bila mendengar kemahuanku itu. Tubuhnya ku cempung dan menuju ke anak tangga.


โ€ป โ€ป โ€ป


IRIS NAHAIRA

Satu suara dari atas memanggilku. Aku tak tau kenapa,tapi aku pasti itu Haifa. Bergegas ku menuju ke tangga.

" kenapa?"laungku. Dia menjengulkan kepala dari atas.

" naiklah! Aku panggil kau nak tunjuk sesuatu!" Dengan keterpaksaan ku naik,tapi hatiku terasa tak sedap. Malangnya ku turuti saja kehendaknya.

Bila diatas,dia menarik tudungku dan mengheretku ke muka pintunya. Disuruh aku melihat Aryan yang masih tertidur dikatil.

" kau tengok tu! Ini bukti yang Aryan tu aku punya! Kalau kau berani buat macam-macam,kau buat silap besar! Faham?!"

Diseretnya lagi ku dihujung tangga. Ku cuba stabilkan kakiku. Takut nanti tersilap langkah.

Tangannya yang masih mengenggam tudung itu ku cuba leraikan. Sakit!

" sakitlah...lepaskan saya. Saya bukan nak Aryan tu pun! Saya takkan merampas dia daripada awak!" Luahku dalam tangis. Kepala ku ditolak-tolak dan semakin kuat genggamannya.

" aku tak peduli! Cuma aku tak suka bila Aryan layan kau dengan baik macam tadi! Setan!"

" kau ni perempuan murahan,konon bertudung! Aku benci betina macam kau! "

Mataku pejam saat tangannya menolak wajahku kasar.

" Haifa!"




ARYAN HAULDAR

Riuh yang ku dengari itu membuatkan aku sedar dari lelap. Ku lihat diluar,Haifa dan Iris sudah bergelut. Pantas ku bangun dan menyarung seluar tanpa baju.

Ku dekati mereka.

" aku benci kau!"

" Haifa! " ku tarik tubuhnya dan terlerai pergelutan. Tapi tangannya yang menahan dan menolak Iris tadi terlerai. Menyebabkan tubuh Iris tumbang akibat hentamannya. Nak ku tarik,tapi tak sempat.

" Iriss!"

Jelas dimataku ..Iris jatuh dari tingkat aras atas hingga ke bawah.

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen247.Pro