Chร o cรกc bแบกn! Vรฌ nhiแปu lรฝ do tแปซ nay Truyen2U chรญnh thแปฉc ฤ‘แป•i tรชn lร  Truyen247.Pro. Mong cรกc bแบกn tiแบฟp tแปฅc แปงng hแป™ truy cแบญp tรชn miแปn mแป›i nร y nhรฉ! Mรฃi yรชu... โ™ฅ

๐Š๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐‡ ๐‘ซ๐’–๐’‚๐’‘๐’–๐’๐’–๐’‰

๐“๐‡๐„ ๐†๐‘๐„๐€๐“๐„๐’๐“ ๐Š๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐‡

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

____



ARYAN HAULDAR

PHONE ku tarik lagi. Marah yang ku rasa semakin meruap-ruap. Dia lepas tangan sekarang?!

Berulang kali ku call,langsung tiada jawapan. Disaat aku nak minta pertolongan dia,dia hilangkan diri pula! Cubaan yang entah ke berapa kali itu pun gagal,sudahnya ku hempaskan phone pada stereng.

"Sial! Kau memang nak cabar aku ke apa Nazrin? " bicaraku sendiri,mengepal tangan yang bagaikan sejuk saja rasanya.

Dulu bukan main berjanji!

ย ย  " kau dah ceraikan dia kan,so aku dah tak ada apa-apa lagi kaitan dalam ni. Apa kau nak buat,kau buat! " duit dalam sampul ku main-main ditangan,sesekali baunya ku cium. Bukan bau duit,tapi bau kaya yang sedang bergolek sekarang. Nak saja ku melangkah pergi dari parkir lot itu,tapi dia menahan.

Nampak wajah Tengku bodoh tu gusar. " takkan kau nak stop?"

" habis tu awak nak saya buat apa? Awak kata nak cuci tangan sebelum ni kan? Selepas kau ceraikan perempuan tu kan?" Tak percaya dengan lelaki ni. Kenapalah ada manusia macam ni?

" aku ada kerja lagi untuk kau! Aku kahwin lain lepas tu kau buntingkan perempuan tu,kau kena ingat ..bayi yang bakal kau 'tumpang'kan dalam perempuan tu,akan dapat warisan! So peluang kau ada,takkan kau nak lepaskan macam tu?"

Wajahnya yang memang terdesak itu ku hadap. " ehh aku tak kesahlah pasal warisan kau tu. Aku cuma dah letih menghadap perempuan tu semua,cukuplah Iris yang kau suruh aku jaga. Tu pun dah naik semak aku dibuatnya! " geram pula bila teringat Iris. Kerjanya hanya menangis,mengelamun. Walau apa pun yang ku katakan,nampaknya Tengku Nazrin tak nak mengalah lagi.

" okay kalau kau mendesak..."

Diberikannya signal,dan terasa dibelakang kepalaku bagaikan ditolakkan dengan sesuatu oleh pengawalnya.

" kau in atau peluru tu tembus dalam kepala kau?" Tanpa fikir panjang,aku terpaksa akur. Takkan nak mati sia-sia? Tak akan!

Senyumannya terukir sebaik jawapan muktamad di dengar.

" kau buat benda betul. Aku akan bank in kan duit kau selalu. Asal kau tetap jalan dalam plan ni. Mark my words. "

" celaka punya Naz. Kau tunggu kalau aku bongkar semua tu nanti. Kau main dengan api,kan?"

Aku memang pantang ditipu. Tak apa,tengok siapa yang bakal merangkak nanti.

โ€ป โ€ป โ€ป

CHARLES HYDE

Hari ini sibuk.

Sentiasa pintu dipenuhi orang masuk berpusu untuk menempah bilik hotel. Aku sekadar memantau saja staff-staff hotel disini. Kerjaan dipejabat sudah lama selesai.

" good morning sir. "

" good morning too. " ku berikan saja anggukkan dengan senyuman.

" hai.." suara lembut di depan itu membuat aku menoleh ke depan. Siap senyumannya terpamer.

" Scarlet? Hi juga. "

Baju kuning menyerlahkan lagi warna tona kulitnya yang putih,rambut sedikit coklat itu pun menaikkan lagi aura tapi sayangnya,tak cukup membuat hati lelaki ku tertarik. Dia hanya biasa.

" tak nak tanya kenapa I datang ke?"

Tangan ku muatkan ke poket," rasanya tak perlu kut,sebab ni kan hotel..so boleh je datang bila-bila,sebab apa nak datang. "

Scarlet di depan sudah tertawa. Dia kenal aku macam mana,jadi perasaan tercalar itu sudah sebati.

" you ni kan? Apasal selalu macam ni ah,nasib I sayang you tau. I tak kesah pun actually. I nak ajak you keluar sebab tu I datang sini. Jomlah?" Pujuknya,digoyang lenganku sedang kuat. Akhirnya ku iyakan juga kemahuannya.


ย  GARFU nya diletakkan. Potongan kecil buah yang dimakan kini dibiar saja. " so dia memang tinggal dengan you lah?"

" ya. " ringkas balasanku. Dia sibuk pula bertanya tentang Iris itu siapa. Macam mana boleh ku jumpa dia lah,macam-macam.

Scarlet menyelak rambutnya ke belakang. Nampak wajahnya sedikit tak puas hati. Tak perlu cakap,aku memang boleh baca.

" tapi you tak takut ke,dia kan...muslimah? Manalah tahu dia jampi-jampi you ke..." ujarnya berbaur cuba menguasai fikiranku,tapi manakan mungkin aku nak terumpan?

" kalau nak jampi,saya rasa mak Timah dan pak Amri boleh buat lebih awal lagi. " jawabku dengan rasional disitu,dan itu yang membuatkan Scarlet lagi gigih untuk melawan.

" betul tapi maksud I,perempuan tu muda tau. You takkan lah tak takut? Kalau mak Timah dan Pak Amri tu I taulah diorang takkan buat benda tu. Well who knows kan? " hanya gelengan ku berikan dengan sengihan.

" awak ni nampak moden,urban..tapi cara fikir masih rural. Tak perlu kut nak guna jampi semua,sekarang kalau nak amik kesempatan dan nak tipu,ada je kat hujung jari. "

Disilangkan tangannya dan mengalah itu belum terbentuk dalam perbualan kami. "Memanglah,manalah tahu dia datang minta awak tolong tu sekadar nak tutup bangkai dia?"

" masalahnya saya jumpa dia ,bukan dia datang jumpa saya. "

" see? Dia perangkap awak lah tu! Saya tahu." scarlet masih tak nak mengalah. Bercakap dengan dia bagaikan berdebat dalam court. Cakap di atas cakap,berbalas dengan balasan bertalu-talu.

"Perangkap? Kalau awak tahu perangkap,tell me what it is. " pancingku dengan meminta dia mengemukakan alasan untuk kata-katanya.

Scarlet ke depan sedikit,tampak yakin. " takkan you tak nampak,dia saja nak jaga Abigail and what I can observe from her,ialah dia tu setakat nak jadikan Abigail tu alasan untuk dia ada disana. That's what I think. "

Ku usap daguku. " 'that's what I think'? so to conclude,all of this matter are just clarify base on your assumption. Am I right?"

Jelas ayatku itu seakan satu tamparan padanya. Sentap. Itu reaksi Scarlet. Padahal kan itu hanya ayat biasa,yang mendapat jawapan dari ayatnya sendiri? Kenapa perlu sentap?

" I didn't say I assume,tapi that's what I see. "

Aku masih geli hati dengan perangainya yang tak mengalah.

" awak kata dia perangkap saya and awak tahu,so I'm asking you apa perangkap dia,I ask you to tell me what the subject itself,not to tell me what's you think. Jawapan masih tak ada lagi. " begitu saja,Scarlet menarik muka. Tahu dia dah tiada apa nak balas.

" eh sudahlah,lupakan lah pasal dia. You ni,berianya nak back up dia?" Perlinya.

" back up? Saya bukan back up sesiapa,apa yang saya tanya tu benda biasa kan? "

Belum sempat dia nak menjawab,tiba-tiba bunyi deringan itu menjadikan perbicaraan kami terputus.

" helo? Ya pak Amri? Saya ada kat luar sekarang. " mendengar apa pak Amri katakan,lantas saja ku iyakan. Laju saja ku bangkit dari situ dan ingin pergi. Scarlet yang nak menahan tak ku pedulikan.

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen247.Pro