1 0 : 𝗺𝗼𝗺𝗲𝗻𝘁𝘀
KERTAS buku teks Sejarah yang dikoyak dan papan nombor pada pintu dipandang silih-berganti. Tangan menyeluk masuk poket hoodie, telefon pintar miliknya dikeluarkan. Laju jari menekan aplikasi Whatsapp, membaca semula mesej yang diterima beberapa jam yang lalu.
C15 : RL
Selesai sahaja membaca semula, telefon diseluk masuk ke dalam poket hoodie. Tangannya mula ingin naik untuk mengetuk pintu namun terhenti apabila ia telah dibuka.
Figura Rhysand yang memakai baju t-shirt plain berwarna putih dan apron hitam dipandang. Rhysand yang sibuk memegang senduk di tangan itu menyebabkan alisnya terangkat dengan wajah 'tak reti nak suruh aku masuk ke?'.
"Haa masuklah. Buat macam rumah sendiri."
Arahan Rhysand dituruti. Kaki melangkah masuk sambil kornea matanya meliar, memandang kawasan sekeliling apartment Rhysand. Boleh tahan kemas. Susunan buku mengikut genre tersendiri di rak, kedudukan perabot yang kemas dan teratur dan susunan kasut serta selipar di rak sudah cukup menunjukkan bahawa Rhysand ialah seorang yang pembersih dan mementingkan kekemasan.
"Duduklah dulu, aku nak sambung masak kejap. Berapa minit lagi siaplah ni."
"Alright."
Kelibat Rhysand sudah menghilang di sebalik dinding yang memisahkan dapur dan ruang tamu setelah mendengar jawapan Kakia. Senduk yang berada di tangan turun mengaul rata spaghetti yang berada di dalam pan.
Diangkatnya selaras dengan mulut sebelum jarinya mencalit sedikit. Dicalit sedikit pada hujung lidah sambil matanya terpejam. Cuba merasa masakannya sendiri.
"Kurang garam."
Bisiknya perlahan. Satu sudu kecil garam diisi masuk ke dalam masakannya. Spaghetti yang sudah bersalut dengan sos carbonara itu digaul rata.
Sekali lagi dia mencalit sedikit pada jari sebelum diletak pada hujung lidah. Bibir automatik mengukir senyum kecil, bila masakannya sudah cukup rasa dan sebati.
Api dimatikan seraya kepalanya dijengul keluar sedikit, mencari kelibat Kakia. Kelihatan gadis itu sedang duduk di sofa sambil melunjurkan kakinya. Matanya dikecilkan lagi apabila dia kurang nampak apa yang gadis itu sedang lakukan.
Kelihatan di riba gadis itu terdapat satu buku yakni buku miliknya. Kepalanya disandar pada sofa sambil matanya tekun membaca buku tersebut.
Rhysand hanya tersengih kecil. Dua pinggan kaca dikeluarkan dari dalam kabinet. Pinggan diletak cermat di atas meja. Kitchen gloves yang tergantung dicapai seraya disarung kemas pada tangan. Pan yang panas itu diangkat sebelum sebelah tangannya yang memegang senduk, bertindak menyenduk keluar spaghetti yang sudah masak.
Sudu dan garpu diletak kemas di sisi pinggan. Jag yang mengandungi jus oren dikeluarkan dari dalam peti ais. Dituangnya cermat ke dalam gelas kaca.
Setelah memastikan semuanya sudah selesai, Rhysand tanggalkan apron dan kitchen gloves yang tersarung. Langkah disusun kemas menuju ke arah ruang tamu.
"Kakia."
Serunya lembut. Melihat Kakia yang menoleh, terus sahaja tangan diisyaratkan ke arah dapur.
"Makanan dah siap, jom makan sama."
Anggukan diberi sebagai jawapan. Punggung diangkat seraya buku tadi diletakkan di rak buku semula. Kakinya menuruti rentak kaki Rhysand yang sudah mula menuju ke arah dapur.
Pili air dibuka. Tangannya dicuci bersih sebelum ditutup semula.
"Terima kasih."
Huluran tuala disambut kemas. Tangannya yang basah itu dilap. Mata disapa dengan Rhysand yang sudah melabuhkan punggung di meja makan. Tanpa banyak kata, kerusi ditarik sebelum punggungnya dilabuh kemas.
Spaghetti carbonara itu disuap masuk ke dalam mulut. Terpejam-pejam matanya menikmati masakan yang dimasak oleh Rhysand. Rhysand yang ralit memerhati kelakuan Kakia hanya tersenyum kecil. Comel!
"Sedap tak?"
Soalan itu mendapat anggukan daripada Kakia. Pipinya yang semakin kembang apabila bibir ingin mengukir senyuman itu makin buat Rhysand tak keruan. Ingin sahaja dia cubit pipi gadis itu tapi dimatikan niat, takut Kakia marah pulak.
"Kau memang reti masak ke?"
Rhysand mengangguk sambil tersenyum kecil. Satu suapan dimasukkan ke dalam mulut.
"Haah, sejak aku pindah sini aku mula belajar cara nak masak. "
Mulut membentuk huruf 'O' sebelum diri mula menyuap makanan masuk ke dalam mulut semula. Sepi bertandang buat seketika apabila masing-masing kelihatan khusyuk menikmati makanan.
"Kakia."
Kepala diangkat dari memandang ke arah makanan. Alisnya diangkat sebelah. Mulut setia mengunyah spaghetti carbonara sambil tangan bergerak mencapai segelas jus oren.
"Sorry for that day."
Dahi membentuk satu kerutan, cuba memahami kenapa Rhysand tiba-tiba meminta maaf kepadanya.
"Bila?"
"Hari yang kau langgar aku tu."
"Ooo, aku yang patutnya cakap sorry. Salah aku sebab meluncur dalam kawasan sekolah."
Jus oren diteguk. Mhmm sedap!
"But nah, i don't care about the rules. Rules are made to be broken."
Sambungnya lagi menyebabkan Rhysand hanya menggeleng kepala perlahan.
"Still, kau nak masuk detention ke?"
Tergelak sinisnya mendengar soalan Rhysand. Sudu diletakkan di sisi pinggan.
"Aku dah hadap yang lebih teruk daripada tu jadi that means nothing."
Balasnya mendatar. Suasana berubah sepi. Kunyahan diteruskan sambil otaknya tiba-tiba teringat semula akan cerita yang diberitahu oleh William kepadanya sebelum ini.
the rumoured kid
she used to beat someone till they enter ICU
Seketika dia berbelah-bahagi sama ada ingin menyoal Kakia tentang itu atau tidak. Kalau tanya nanti, takut pulak minah ni mengamuk. Tak tanya makin curious pulak.
Kau bunoh jelah aque!
"I'm finished."
Monolog dalamannya terhenti sendiri bila mendengar kerusi ditolak. Kakia yang kelihatan sedang menuju ke singki untuk mencuci pinggan dan gelas menyapa anak mata.
"Detention isn't that bad."
Tangan dilap setelah selesai mencuci. Tubuh dipaling menghadap Rhysand yang masih setia duduk di kerusi.
"I mean, setakat detention takdelah apa sangat. Kalaulah kau kena potong rumput ke, lari 200 pusingan tanpa henti ke or kena belasah oleh cikgu disiplin ke-"
Suaranya mula berubah perlahan di ayat terakhir. Senyum tipis diukir. Langkah mula diatur keluar dari dapur menuju ke pintu. Punggung diangkat dari kerusi. Terus sahaja dia membuntuti langkah Kakia yang semakin jauh.
"Thanks, Rhy. Sedap kau masak."
Pujinya di hadapan pintu. Tombol dipulas sebelum dia mula melangkah keluar. Rhysand mengukir senyuman. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, kata-kata Rhysand itu mematikan langkahnya.
"Aku tak tahu apa yang kau pernah hadap semasa dekat Vector High dulu tapi just wanna let you know that as your leader and a friend, I'm right here if you wanna talk. We are here. Me, Ace, William and Arfat. Kami ada untuk kau-"
"Jadi jangan segan kalau kau nak luah apa-apa because that's what friends are for."
Senyuman pahit terbit dengan sendiri.
Friends?
"Kawan? Are we even friends at the first place?"
Dan itu sudah cukup membuatkan lidah Rhysand kelu untuk membalas kata-kata itu.
JARI-JEMARI bermain sendiri di riba. Telinganya yang ditutup dengan headphone itu berdentum kuat dengan pukulan drum dan petikan gitar elektrik. Tubuhnya disandar pada dinding konkrit. Sesekali kepalanya menjenguk memandang ke bawah, tepat pada satu rumah banglo yang berada di tepi jalan.
Pintu gate yang masih tertutup rapat dan ketiadaan kereta mewah di situ menandakan bahawa penghuninya belum lagi pulang ke rumah. Lama matanya memerhati sambil sesekali kepala terangguk-angguk mengikut rentak melodi yang didengari.
"I wonder, how are they doing."
Bisiknya perlahan, cukup untuk dia seorang sahaja yang mendengarnya. Poket seluar diseluk. Satu kertas dikeluarkan sebelum dibuka. Membaca semula ayat yang tertulis di situ membuatkan bibirnya mengukir senyum hambar.
I will always love you, sister.
Andai sahaja mereka tahu bahawa jiwanya meronta-ronta ingin pulang, bertemu dengan mereka. Melihat setiap wajah yang langsung tidak pernah lepas dari ruang minda. Kekal di situ, walaupun setiap wajah itulah yang tidak pernah lepas dari meninggalkan parut yang berbekas.
Walaupun darahnya sudah kering, namun parutnya masih di situ.
Masih kekal segar, ibarat baru sahaja dilukakan semalam.
Satu keluhan dilepaskan. Mata dipejam erat. Nafas ditarik berkali-kali, cuba menenangkan perasaan sendiri yang mula berkecamuk.
Sometimes I just wanna quit
Tell my life, i'm done with it
When it feels too painful
Gema kuat mengisi setiap ruang telinganya itu diselangi lirik yang seolah memahami akan isi hatinya ketika ini. Kakinya dipeluk ke dada.
Sometimes I just wanna say
I love myself but not today
When it feels too painful
I smash my broken heart of gold
Wajahnya disembamkan pada lutut. Tubuhnya makin bergetar saat dentuman drum semakin menggila.
I smash my broken heart of gold
I smash my broken heart of gold
Petikan gitar elektrik beserta pukulan drum yang sedikit demi sedikit semakin perlahan, memaksanya mencelik semula mata. Dapat dirasakan satu cecair jernih mula membasahi pipi. Tempo lagu yang semakin perlahan menghilang dengan sendirinya saat ia sudah sampai ke penamat.
Kepala naik menghadap dada langit. Matanya yang bergenang dengan air mata buatkan semuanya kelihatan kabur. Pandangannya lama melekat di situ. Cecair jernih makin galak membanjiri. Bibirnya diketap, menahan tangis dari terus menggila.
Mentari kelihatan semakin mengengsot ke ufuk barat. Dada langit yang awalnya hanya dihiasi warna biru kini berubah menjadi warna ungu bersimbahkan celoreng jingga kemerahan.
Dulu, dialah manusia yang paling gembira saat menatap mentari makin terbenam, menandakan malam bakal berkunjung tiba. Cahaya kuning dan merah yang bersatu kelihatan cantik di sepasang anak mata milik Kakia.
Namun semuanya berubah. Kini, suasana mentari yang berubah ufuk itu tidak lagi mampu untuk membuatkannya gembira. Tiada lagi senyuman saat mata berlaga dengan cahaya yang dipancar dari mentari tersebut.
"ALONG!!!"
"PLEASE, TAHAN SIKIT LAGI. AMBULANS AKAN SAMPAI DALAM BERAPA MINIT!"
"FUCK, DAMNIT! BUKAK MATA KAU ALONG!"
"ALONG!!!!!!!"
Pelukan pada lutut semakin kuat beserta esak tangis yang makin menggila. Ruang kepalanya yang tadinya kosong kini mula diisi dengan memori yang dia sendiri tidak ingin ingati. Tidak akan pernah dia lupakan setiap apa yang terjadi, semuanya kekal di ruang mindanya tanpa pernah dia cuba untuk lupakan.
along, ambulans-
Sungguh ikutkan hati, ingin sahaja dia meraung sekuat hati, meluahkan segalanya berharap akan ada yang sudi pinjamkan bahu untuk dia bersandar dan telinga untuk mendengar segala isi hati. Namun, Kakia tahu. Di setiap pengakhiran cerita hidup, yang akan tinggal hanya dirinya sendiri.
Serabut otaknya saat memori-memori tadi tidak berhenti berputar, memainkan semula setiap babak tanpa henti, memaksanya untuk mengalih pandangan dari dada langit.
Makin dia termenung jauh, makin kuat otaknya digasak dengan babak-babak itu.
PON! PON!
Bunyi hon kereta yang ditekan beberapa kali menyentakkannya. Terus sahaja kepala dialih memandang ke arah rumah banglo tadi. Satu kereta mewah yang sedang menunggu di luar pintu pagar itu kelihatan sedang menunggu ia dibuka. Lama mata menatap ke arah pintu pemandu.
Pintu pagar dibuka dan serentak itulah kereta mula bergerak masuk ke dalam menuju ke tempat parkir. Satu kelibat wanita berusia yang keluar dari pintu penumpang beserta seorang lagi lelaki muda dalam lingkungan usia 20 tahun menapak keluar dari pintu pemandu.
Kelihatan dua figura tersebut sedang elok berbual sebelum wanita berusia tadi ketawa, mungkin ada sesuatu yang lucu sedang dibualkan. Lelaki itu hanya tersenyum sebelum tangan wanita tersebut dipimpin. Mereka berdua mengorak langkah menuju ke pintu utama.
Pintu dibuka luas sebelum beberapa batang tubuh lelaki menyapa anak matanya. Kelihatan mereka sedang berpelukan dengan wanita tersebut sambil tersenyum. Sedikit pun Kakia tidak mengalih pandangannya. Lama dia memerhati, beserta air mata yang masih setia mengalir.
Dan saat kelibat mereka itu tadi hilang dari pandangannya, terus sahaja senyuman pahit terukir. Air liur yang ditelan terasa kesat. Matanya dipejam erat semula.
"Damn, this hurts so bad."
Gumamnya perlahan dengan suara yang bergetar. Tangan dikepal menjadi penumbuk, cuba menyalurkan kekuatan buat diri sendiri. Nafas ditarik berkali-kali sebelum dihembus. Cuba menenangkan jiwanya yang sesak dengan perasaan yang dia sendiri benci untuk rasai.
"Stop crying, Kakia. Cool kid don't cry."
Pujuknya pada diri sendiri. Lama dia mengulang ayat yang sama sebelum punggungnya diangkat. Setelah merasakan dirinya sudah tenang, langkah mula diorak meninggalkan rooftop terbiar itu. Tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar.
"K."
Automatik tubuh itu mengeras saat satu figura muncul di hadapan pintu rooftop.
"It's been a while, adik."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro