0 9 : 𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱𝘀
KAKIA tayang muka menyampah. Wajah empat orang jejaka dipandang dengan mata mengecil. Langkahnya mati di tengah ruang koridor. Empat jejaka itu menurut sama. Lengan Ace yang memaut lehernya dirungkai.
Pintu loker dibuka seraya buku nota ditarik keluar di sebalik timbunan kertas dan buku teks. Tangan disua pada Rhysand.
“What?”
Alisnya terangkat rendah. Jari telunjuk diarah pada beg sandangnya yang digalas kemas pada bahu Rhysand. Mulut membentuk huruf ‘O’ apabila berjaya menangkap apa yang dimaksudkan oleh Kakia.
Beg bertukar tangan. Buku nota diselit masuk sebelum beg dizip kemas. Tali digalas pada bahu seraya pintu loker ditutup.
“Kau tahu tak yang kau ni cantik?”
Persoalan yang agak tiba-tiba daripada Arfat itu mengundang pandangan penuh terkejut dan jijik daripada mereka semua di situ. Rhysand dah tayang muka menyampah dengan mulut yang nampak sangat mengumpat Arfat.
Tak lagi muka Ace dan William yang memandangnya dengan penuh tidak percaya sebelum bibir mereka berdua mencebik. Muka Kakia beriak penuh jijik buat seketika sebelum kembali seperti tidak berperasaan.
“Mende kau ni?”
“Kakia yang baru kau kenal beberapa hari kau puji, aku yang dah berkawan lama dengan kau sejak kucing Pak Samad sebelah rumah lahir dari baby sampailah dia mampus takde lak kau puji?”
“Yelah Fat, faham. Aku tahu kitaorang tak lah secantik Kakia.”
Wajah pura-pura sedih ditayang. Air mata palsu yang tak wujud diseka.
“Kau ni sekor. Cantik apanya? Kita hensemlah!”
Kakia tadah bola mata ke langit. Menyampah! Malas nak melayan mereka yang sudah mula bertekak di belakang, dia atur langkah meninggalkan kawasan koridor menuju ke studio latihan.
Semenjak dia dapat tahu dia terpilih untuk jadi ahli SLICKS, mamat-mamat ni langsung tak berhenti melekat dengan dia. Walaupun dia dah banyak kali cakap yang dia nak hubungan mereka sekadar sesama ahli, namun semuanya buat tak dengar.
Berapa kali dia warning supaya jangan terlalu rapat dengannya namun jejaka berempat tu buat tak kisah. Makin dia larang, makin menjadi. Jadi, terpaksalah dia akur dan biarkan sahaja mereka buat apa yang mereka suka.
Dah larang tapi tak masuk saman.
Lagipun, dia bukannya tak kenal mereka. Ace dan Arfat tu satu kelas, Rhysand pulak sebab mamat yang dia langgar pada hari pertama sekolah. William pulak mhmm mamat yang stalk dia main violin.
So, i guess that's fine?
“Eh tunggulah!”
Jeritan daripada Arfat mematikan lamunannya. Seketika dia menoleh sekilas, memandang ke arah mereka berempat yang terkocoh-kocoh berlari ke arahnya. Kasut ditanggalkan. Disusunnya kemas di tepi pintu studio.
Tombol pintu dipulas. Belum sempat dia nak langkah masuk ke dalam studio latihan, Arfat dah rempuh masuk bersama Ace menyebabkan dia terundur ke belakang.
“MY BABYYYYYYYYYYYY!!!”
Sungguh, boleh pekak dia kalau Arfat jerit macam ni hari-hari. Mata disapa dengan kelakukan Arfat yang meraung sambil memeluk gitar yang dia pasti milik Arfat. Dengan air mata palsunya, dengan mukanya, Ya Allah nyampah aku.
“Jom masuk.”
Panggilan William mendapat anggukan daripada Kakia. Kaki melangkah masuk ke dalam sebelum punggung dilabuh kemas di atas stool.
“So, now.”
Rhysand bersuara sambil tangannya mencapai satu buku di atas meja kayu berhadapan dengan tingkap. Diselaknya cermat sebelum jarinya berhenti pada satu muka surat.
“Baca ni.”
Buku disambut kemas. Mata mula memerhati setiap isi yang terdapat pada muka surat tersebut.
“Jadi, ini adalah a few rules yang aku buat selepas band SLICKS ini ditubuhkan. Well, most of us tak ikut sangat pun rules tu except for rules number one, number three, four and five. Jadi, aku harap kau dapat ikutlah rules yang telah ditetapkan. Chill, santai je kay?”
Kepalanya terangguk-angguk mendengar penjelasan Rhysand. Buku ditutup sebelum diserah semula pada Rhysand. Begnya diletakkan di atas lantai studio.
Mata memerhati kawasan sekeliling. Studio ni boleh tahan cantik. Siap dengan aircond lagi dan kipas yang berfungsi. Barisan alat muzik yang tersusun kemas pada dinding, fail-fail yang menempatkan music sheets dan pantri. Memang serba cukup kecuali tandas sahaja yang takda dekat sini.
“Oop.”
Tangannya yang cuba membuka zip beg terhenti bila tangan Ace menyentuh permukaan beg.
“Asal?”
Alisnya terangkat rendah. Sedikit pelik bila Ace tiba-tiba tahan dia dari membuka beg.
“Kau fikir kau datang sini terus practice ke?”
Soalnya pada Kakia yang tampak bingung. Takkan minah ni tak tahu?
“Dahtu, datang studio ni buat apa? Memancing?”
Tersengih William yang masih menarik fail dari rak mendengar jawapan Kakia.
“Taklah, harini takda latihan pun.”
Keningnya bersatu membentuk kerutan. Setiap wajah mereka dipandang satu persatu tanda tidak mengerti.
“Dahtu kita datang studio ni buat apa?”
“Since ni first day kau officially one of the member for SLICKS, kitaorang decide untuk tak buat latihan dan instead kitaorang nak buat ice-breaking dengan kau. And discussing something with you.”
Jawapan daripada Rhysand membuatkannya mengangguk perlahan. Heh, buat penat aku je angkat beg ni dari tadi.
“Nah.”
Tin air ice lemon tea diserahkan pada Kakia. Disambutnya sebelum penutup dibuka.
“Kalau kau nak pape, ambik je air dari dalam peti ais kat belakang.”
Kepala ditoleh sekilas ke belakang. Tak dinafikan dia rasa kagum dengan studio akademi ni. Semuanya cukup. Dari jenis alat muzik hinggalah ke keperluan asas murid.
“Studio ni aku yang mintak pengetua untuk buat. Aku mintak dia sediakan segala kelengkapan untuk sesiapa sahaja yang nak masuk ke sini dan berlatih. Cuma, yang kurangnya takde tandas jelah sebab pengetua tak nak tapi yang lain tu cukup.”
“Wow.”
Tuturnya membuatkan Arfat tergelak kecil. Walaupun sepatah sahaja jawapannya, namun riak wajah Kakia yang nampak kagum tu dah cukup untuk buktikan apa yang gadis itu rasa sekarang ini.
“Yeah, selain dari tu, kitaorang turut mintak sumbangan daripada pihak sekolah untuk beli alat muzik. Dari guitar ke cello, boleh cakap yang hampir semua kecuali alat muzik tradisional sahaja yang kitaorang tak beli. Tu lah yang kau tengok banyak betul alat muzik yang bergantung.”
“Mantapnya.”
Gumamnya perlahan, cukup untuk dia seorang yang dengar.
“So, Kakia. I think that's enough for us to explain pasal studio ni.”
Mereka mencapai stool masing-masing seraya punggung dilabuh berhadapan Kakia. Kakia alih pandangan ke arah sebuah fail yang berada di tangan William.
“So, aku rasa kau kenal kitaorang semua. But, still we need to introduce ourselves properly.”
Kesemua mereka mengangguk mendengar kata-kata Rhysand.
“Nama aku Rhysand Lee. Call me Rhysand or Rhy. That will be enough. I guess kau dah kenal aku since kau ialah perempuan yang lawan cakap aku pagi tu kan? And minah yang rempuh aku dengan skateboard dia. But, past is in the past. Aku malas nak ingat. Aku ialah leader dan pengasas kepada SLICKS. I'm the main guitarist and main vocalist for this band.”
Kakia tersengih kecil. Laa, ingat rupanya mamat ni.
Orite, Rhysand or Rhy.
“Hai, aku pula Arfat Mikael. Call me Arfat or Fat. Mika pun okay gak. Aku ialah lead guitarist and also lead vocalist untuk band ni. I'm also good at playing gitar akustik but aku lebih prefer electric guitar. So, selamat berkenalan.”
Celoteh Arfat yang serupa kanak-kanak buatkan mereka tersenyum. Lahai, comel.
Next is, Arfat or Fat. Seems like Mika suits him.
“Next, nama aku Ace Fox. Call me Ace sebab Fox tu bapak aku. I'm the drummer and nice to know you, Kakia.”
Cubaan nak buat lawak tak jadi sebab takde sape gelak.
Just Ace eh? Interesting.
“And aku ialah William Jones. Call me William or Will. I'm the rhythm guitarist for the band. And that's all from me. Yep, nice to know you too, Miss Miller.”
William or Will? Alrighty, that's enough for me.
“You guys sure have interesting names and interesting personality.”
“Well, tengoklah sapa kitaorang dulu.”
Mata dijuling ke atas, menyampah! Bapak tinggi dia punya confident tu.
“Alright, then.”
Matanya berlaga seketika dengan sepasang anak mata milik Rhysand. Memberi isyarat dan seakan faham, Rhysand mengangguk perlahan.
“So, Kakia. Tell us about yourself.”
Kini, pandangan mereka ke arah Kakia. Menanti gadis itu memperkenalkan dirinya.
“Kakia Miller. Call me Kakia. A violist specifically. But, aku jugak main alat muzik yang lain macam piano, cello, drum dan gitar. But yang aku selalu main ialah violin. Aku rasa Ace dan William tahu pasal ni sebab diaorang ialah manusia pertama dan kedua yang tahu aku reti main alat muzik selain violin dekat akademi ni. Aku jugak reti cakap bahasa lain selain dari bahasa melayu dan english. Contohnya macam Tagalog, Spanish, Korean dan French. Tapi, aku lebih fasih bahasa Melayu since aku dah lama tinggal kat Malaysia berbanding negara asal aku iaitu Spain.”
Terangnya panjang lebar. Jejaka-jejaka tadi mengangguk sambil mulut membentuk huruf ‘O’.
“Tapi, kau tak nampak macam-”
“Haa yelah, dah aku mix. Memang taklah muka aku nampak macam orang sana sangat. Mak aku dari Malaysia, ayah aku lak orang sana. So, tu je kot daripada aku. Ke korang nak lagi?”
Soal Kakia sambil jari bermain sendiri di riba. Kakinya disilang sambil berpeluk tubuh merenung setiap wajah di situ.
“Aku rasa tu dah cukup untuk setakat ni. I guess sesi ice-breaking kita dah tamat. Jadi, marilah kawan-kawan, kita kembali ke jalan yang benar.”
“Tak lawak pun, Ace.”
“Haa yelah.”
“Anyway, harini kitaorang ada nak discuss something dengan kau.”
Rhysand mencelah. Malas nak dengar dua ekor tu merepek macam biasa.
Keningnya terjungkit.
“Jadi, dalam masa 3 bulan lagi akan ada majlis persaraan Miss Arlene, guru Geografi. And Sir Zahid dah request band kitaorang untuk buat persembahan masa majlis tu nanti. We don't have any problems nak perform but the problem is lagu yang dia nak kitaorang perform tu dalam bahasa Korea. All of us tak reti cakap bahasa tu so I'm asking for a favor daripada kau. Aku mintak sangat kau tolong ganti aku jadi main vocalist pada hari tu nanti. Can you do that?”
Terang Rhysand dengan muka penuh berharap. Melihat Kakia yang masih tak beriak, makin buat dia rasa gelisah.
Haraplah minah ni setuju.
“Yeah, whatever. I can do that.”
Balasnya dengan senyuman nipis.
Wajah Rhysand dah bercahaya. Senyumannya melebar sehingga menampakkan kedua lesung pipitnya. Terus sahaja dia bangun sambil mendepakan tangan seluas-luasnya.
“Don't.”
Riak wajahnya berubah, acah sedih. Punggung dilabuh semula.
Titew benciw Kakia!
“So, nampaknya masalah kita dah settle. Jadi, bila kita boleh mulakan latihan?”
Soalan daripada Ace membuatkan mereka semua memandang ke arah Rhysand yang membuat muka monyok.
“Dah dahlah tu, nyampah pulak aku tengok kau serupa anjing Uncle Chen sebelah rumah.”
Baru nak menganjing, Arfat dah selamat kena penyepak dari Rhysand. Sampai terjatuh dari stool mamat tu.
“Nanti aku inform. Banyak yang kena settle sekarang.”
Semua mengangguk.
“So, what now?”
“Jom makan. Aku ada bawak keropok tadi.”
Maka, tersengihlah mereka semua di situ kecuali Kakia. Kepala digeleng.
Macam-macamlah perangai diaorang ni.
TALI kasut yang tercabut diikatnya semula. Buku nota diletakkan sebentar di atas jalan tar. Selesai mengikat, tangan segera mencapai buku nota seraya tubuhnya ditegakkan semula. Baru sahaja dia ingin menyambung langkah, satu panggilan mematikan niatnya.
Kepala ditoleh ke belakang. Figura Rhysand yang sedang memakai singlet berwarna biru gelap dan trainer jacket yang tersarung kemas kelihatan menghampirinya.
Keningnya terangkat. Wajah Rhysand dipandang tanpa riak.
“Dah nak balik ke?”
Anggukan diberi sebagai jawapan. Sesekali kepalanya dijengul memandang ke belakang, pelik bila budak bertiga tu tidak bersama Rhysand hari ni.
“William ada hal, Ace pulak sibuk dengan latihan judo and Arfat pulak tengah practice taekwondo. Jadi, diaorang akan balik lewat dari aku.”
Melihat Kakia yang asyik memandang ke belakangnya membuatkan Rhysand terpaksa menerang tanpa dipinta. Peluh di leher dilap dengan kolar trainer jacket.
“Aku balik sama dengan kau boleh?”
Laju kepala menggeleng. Memang taklah dia nak balik sama dengan Rhysand.
They're not that close to walk home together.
“Aku tinggal apartment jadi aku rasa haluan kita tak sama.”
Balasnya seraya langkah mula diatur menuju keluar dari kawasan akademi. Rhysand mengangguk sambil menurut sama. Kakinya cuba diseragamkan dengan rentak kaki Kakia.
“Which apartment?”
“Elvis Apartment. Why?”
Rhysand tersenyum nipis. Tangan diseluk masuk ke dalam poket seluar. Cuba mencari kehangatan yang tersisa apabila angin tidak berhenti menderu sejuk, menyapa setiap inci kulit. Menyesal pulak dia pakai singlet sahaja harini tapi apakan daya, semua bajunya masih kotor dan belum dibasuh.
“Heh, seberang rumah aku je. Queen Apartment.”
Bibirnya mencebik bila Kakia langsung tak bereaksi malah gadis itu masih meneruskan langkahnya.
Tiba sahaja mereka di depan apartment yang dihuni oleh Kakia, Rhysand menyentuh bahunya lembut memaksa gadis itu mematikan langkah. Badan Kakia dipaling menghadapnya.
Dengan kening yang berkerut, bibirnya bergerak berkata ‘apa’ tanpa suara.
“Kau free tak malam nanti?”
Soalan itu mendapat anggukan daripada Kakia. Tali beg sandang yang terlurut digalas kemas.
“Temankan aku dinner.”
Keluhan kecil dilepaskan. Sebenarnya, dia tidak berapa selesa memandangkan mereka belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam. Ikutkan hati ingin sahaja dia reject tapi muka Rhysand tu nampak macam faham bahasa ke?
Tak kan?
“Okay.”
Jadi, bagi mengelakkan dari bertekak, Kakia memilih untuk mengangguk dan menjawab sepatah.
Dan itu sudah cukup untuk membentuk satu senyuman lebar di bibir Rhysand.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro