Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

0 8 : 𝗮𝘂𝗱𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻

MATANYA memandang jam tangan beberapa kali. Beberapa minit sahaja lagi uji bakat bakal berakhir namun kelibat yang dinanti masih tidak kelihatan.

Riak wajah Ace dah gelisah. Sesekali kepalanya ditoleh ke belakang cuba melihat sama ada kelibat yang dinantikan itu sudah tiba atau tidak.

Namun, hampa. Kelibatnya langsung tiada.

“Kau cari siapa?”

Rhysand menyoal Ace yang tampak gelisah. Mata menjeling perlakuan Ace yang dari tadi tak berhenti melihat ke arah jam tangannya. Dan juga memandang ke arah belakang. Dia yang naik rimas.

“Kakia ke?”

Soalnya lagi apabila Ace masih tidak menjawab. Isyarat tangan diberikan kepada peserta yang berada di atas pentas, tanda masa untuk melakukan persembahannya sudah berakhir.

Your time is up. Apa-apa nanti, kami akan update. Thank you for being here today.”

Tutur Rhysand sambil tersenyum kecil. Peserta tersebut hanya menganggukan kepalanya sebelum beredar pergi dari atas pentas.

“Dia takkan datang.”

She will.”

Balas Ace sambil matanya masih melekat pada pintu utama dewan. Menanti dengan penuh sabar.

“Berapa minit lagi tinggal, Fat?”

Arfat terus berhenti menulis. Rhysand dipandang sekilas sebelum jam tangannya dijeling.

6:20 p.m

“10 minit lagi.”

Rhysand mengangguk perlahan. Ace di sisi hanya dijeling sekilas. Sesekali matanya melilau pada setiap tempat duduk, cuba melihat sama ada orang itu sudah tiba atau tidak namun hampa.

Masih kosong.

Ace lepaskan keluhan. Pandangannya dialihkan ke hadapan semula. Entah kenapa dia rasa kecewa.

I told you, she wouldn't-”

I'm sorry for being late!”

Satu suara bergema memenuhi setiap pelusuk dewan. Semua pelajar yang berada di situ tak terkecuali mereka bertiga mengalih pandangan ke arah pintu utama dewan Rid.

Pandangan mereka disapa dengan satu figura yang sedang berdiri di hadapan pintu dewan sambil termengah-mengah mencari nafas yang tersisa.

Dirinya termengah-mengah mencari nafas. Skateboard digenggam kemas di tangan. Rodanya yang sudah tercabut itu dijeling sekilas. Memang salah dia sebab meluncur terlalu laju di atas jalan tar yang tak rata sehinggakan roda skateboard itu tercabut.

Isn't that the new kid?”

“Wei tu bukan minah dari Vector High ke?”

“Yang buat hal dulu tu kan?”

Suara-suara yang berbisik itu, Kakia buat tak endah. Sekarang ni, niatnya hanya ingin naik ke pentas dan buat persembahan. Langkah diatur laju menuju ke atas pentas.

“Kakia.”

Ace berbisik perlahan. Riak wajahnya bertukar. Satu senyum tipis diukir. Mungkin sedikit lega, kelibat yang dinantikan itu sudah tiba.

Mata masih melekat pada Kakia yang sudah berada di atas pentas. Skateboard diletakkan di sisi tangga.

Beg diletak kemas di atas lantai pentas. Zip dibuka cermat sebelum violin dan penggesek dicapai. Pandangannya dibuang ke hadapan, memandang wajah tiga orang lelaki yang sedang duduk tidak jauh darinya.

“Kakia Miller.”

We know, and seems like you already have 5 more minutes. You can get started.”

Show us your talent, Miss Miller.”

Ujar Rhysand sebelum dia mula berpeluk tubuh. Mata setia merenung wajah Kakia yang tampak tenang. Anggukan diberikan.

Violin diletakkan di atas bahu kanan. Penggesek dicapai seraya digenggam kemas. Matanya dipejam sebelum dicelik semula.

Nafas ditarik dan dihembus semula. Setelah memastikan dirinya sudah bersedia, tangan automatik naik menggesek violin.

Perlahan-lahan, jari-jemarinya mula menggesek, memainkan satu melodi.

Caprice No.24 ; Niccolò Panganini

Arfat dan Ace sudah berpandangan sesama sendiri. Mereka kenal melodi ini. Dan melodi ini ialah salah satu melodi yang paling sukar untuk dimainkan oleh para violist.

Caprice No.24 karya Niccolò Panganini.

Salah satu karya yang paling sukar untuk dimainkan dan untuk mahir bermain melodi ini memerlukan masa yang agak lama dan usaha yang berterusan.

Mereka berdua terpaku dengan kelajuan dan fleksibiliti Kakia menggesek violin itu.

Memang, untuk bermain karya Niccòlo Panganini memerlukan fleksibiliti dan gerakan tangan yang pantas.

Mata dipejam erat tiap kali gerakan tangan bergerak laju menggesek violin. Sesekali badannya bergerak mengikut rentak melodi.

Jujur dia katakan, ini adalah salah satu pieces yang paling sukar dia pernah mainkan selain dari karya Mozart.

Kesemua mata penonton galak memerhati setiap gerakan Kakia. Sungguh, mereka terpukau dengan kemahirannya bermain violin.

Gerakan tangan yang masih kekal kemas walaupun rentak melodinya memerlukan dia untuk menggesek dengan lebih laju.

Tubuhnya yang turut bergerak sama, terbuai dengan alunan melodi karya Niccòlo Panganini yang mengasyikkan.

Arfat dan Ace kedua-dua hanya terdiam namun mata galak memerhatikan setiap gerakannya. Langsung tidak lepas memandang. Kesemua perhatian penonton di dalam dewan Rid itu hanya melekat pada Kakia.

Terpukau dengan kemahirannya yang sudah pasti bukan semua orang mampu untuk memilikinya.

Her skill is beyond the reach of anyone else.

Penggesek digesek kemas pada setiap tali violin, mengikut not yang diingati. Rhysand menjeling Arfat dan Ace di sisi. Kedua mereka mendiamkan diri dengan mata hanya melekat pada Kakia.

Damn, she's very unique.

Itu yang Rhysand mampu simpulkan. Sungguh dia tidak sangka, Kakia akan memainkan karya Niccòlo Panganini. Karyanya yang satu ini memang merupakan satu karya yang mengambil masa untuk mahir memainkannya.

Dan melihat Kakia memainkan karya Caprice No.24 ini dengan penuh gemersik, cukup untuk membuktikan bahawa gadis ini bukanlah seorang gadis biasa.

She's different.

Variation 11.”

Gumamnya perlahan. Nampaknya, Kakia makin hampir pada klimaks lagu.

Genggaman pada penggesek semakin erat apabila tiba pada klimaks lagu. Mata dipejam erat, tangan semakin lincah menggerakkan penggesek.

Last one, Kakia.”

Hatinya berdetik kecil. Tangan masih setia menggesek, dapat dirasakan dirinya berpeluh walaupun dewan Rid itu dipenuhi dengan penghawa dingin.

Seems like I'm too enjoying myself.

Gessekannya berhenti bila tiba pada pengakhiran melodi. Perlahan-lahan matanya dibuka sebelum kornea mata disapa dengan wajah-wajah para penonton.

Seisi dewan disampuk sepi. Mungkin masih terpaku dengan skill Kakia bermain violin sebentar tadi. Satu tepukan yang gemuruh dari pintu utama dewan Rid menghentikan sepi yang bertandang sebelum keseluruhan isi dewan berdiri sama dan menghadiahkan tepukan yang gemuruh kepada Kakia.

Rhysand, Ace dan Arfat turut kehilangan kata. Tidak dinafikan, persembahannya sebentar tadi sudah cukup untuk membuatkan mereka terkaku dan kelu untuk memberikan reaksi.

Cukup memukau sampaikan langsung tiada yang mengalihkan pandangan mereka daripada Kakia.

Pandangannya teralih pada figura yang bergerak ke arahnya dari pintu utama dewan. Senyuman kecil diukir.

Well, well. Looks like you're enjoying this too much, Mr Jones.”

Bisiknya perlahan. Figura William yang berdiri di sisi meja juri itu ditatap sekilas. Dirinya mengundur beberapa tapak ke belakang. Violin dan penggesek dipegang erat di tangan.

Matanya berlaga dengan setiap anak mata 4 jejaka yang berhadapan dengannya ketika ini. Kakia hanya beriak tenang walaupun dapat dirasakan jantungnya berdegup dengan sangat cepat sekarang ini.

You played so well, Miss Miller.”

Kedengaran suara Rhysand bergema memenuhi setiap pelusuk dewan. Kakia hanya mengangguk perlahan mendengar pujian yang dilontarkan oleh Rhysand kepadanya.

“Memang tak dijangkakan that you will play one of the hardest pieces by Niccòlo Panganini. It's very rare to see a violist play something classic these days.”

Giliran Ace pula yang menyambung. Mata masih setia memandang Kakia. Wajah tidak beriak gadis itu mencuit hatinya sedikit.

Kena puji pun muka stoik kau kasi.

Honestly, from the moment you start playing, no one in this room take their eyes off you. Everyone is speechless. Including me. Like how's someone can play Caprice No.24 perfectly? Every tune is just perfect.”

Pujian melambung daripada Arfat membuatkan Kakia tersenyum kecil. Sedikit gembira apabila merasakan ini kali pertama seseorang menghargai bakatnya sebagai seorang violist.

You did well, Kakia.”

Dan kata-kata yang terakhir itu semestinya daripada William. Tubuh dibongkokkan tanda mengucapkan terima kasih.

Seems like our audition already ended for today. Thanks to all of you for being here today. We appreciate it so much. And the results will be updated on the websites. So, don't forget to check it out later. Thanks, Miss Miller for the amazing performance.”

Sekali lagi tepukan gemuruh bergema buat Kakia daripada seisi dewan. Bibir hanya mengukir senyuman kecil sebelum dirinya mula melangkah turun dari pentas.

Beg violin dicapai sebelum digalas kemas di atas bahu. Seketika matanya berlaga dengan sepasang anak mata milik William.

Lama mereka berpandangan sesama sendiri sebelum William sendiri yang melarikan pandangannya. Sejujurnya jantung dia berdebar tiap kali matanya singgah pada sepasang anak mata berwarna coklat itu.

Wahai jantung janganlah macam ni!

Di saat dia ingin mengalih pandangan ke arah Kakia semula, kelibat itu sudah pun tiada. Mhmm dah balik rupanya.

“Well, till we meet again Miss Miller.”

TANGAN segera mencabut baju yang disidai pada ampaian. Diisi masuk ke dalam bakul sebelum diletakkan di hujung bilik. Nanti-nanti bila dia dah free, baru dia akan lipat.

Punggung dilabuh di atas kerusi beroda. Buku Biologi yang elok tertutup rapat dibuka. Sebatang pen dan highlighter diletakkan di sisi buku. Cawan yang berisi air koko diteguk perlahan. Senyum tipis terukir, sedap jugak air yang aku buat ni.

Cawan ditolak lembut ke sisi. Fokusnya kini pada buku teks Biologi tersebut. Isi buku dibaca perlahan, cuba memahami setiap maklumat yang tertulis di dalamnya.

Sekeping kertas A4 yang terselit di dalam buku ditarik. Diletakkannya di sisi buku sambil tangannya mengenggam sebatang pen. Sambil otaknya cuba mencerna dan memahami setiap isi yang dibaca, tangannya pula sibuk menyalin maklumat-maklumat penting.

Kakinya sesekali menghentak lembut lantai bilik, cuba membuatkan dirinya dari tidak mengantuk.

DING DONG..

Telinga disapa dengan bunyi loceng pintunya ditekan. Kakia buat tak dengar, malas nak melayan bunyi tersebut.

DING DONG..

Senyap. Masih tiada reaksi daripadanya.

DING DONG..

Gigi diketap rapat, menahan geram. Laju sahaja langkahnya diatur menuju ke arah pintu. Mukanya penuh bengang, siapa saja tak geram bila waktu belajarnya diganggu?

What do you wan-”

Niatnya untuk memaki manusia yang menekan loceng pintunya berkali-kali itu terbantut apabila langsung tiada figura yang berada di hadapannya ketika ini.

Kepala dijengul keluar sedikit, menoleh ke setiap sisi namun kawasan koridor yang kosong itu menyapa anak matanya. Kakia dah mula seram sejuk namun wajahnya dikekalkan tidak beriak.

Kemudian, pandangannya tertancap pada satu paper bag berwarna kelabu yang diletak di sisi pintu. Tanpa banyak kata, terus sahaja ia dicapai sebelum pintu ditutup rapat.

Langkah disusun kemas ke bilik semula. Punggung dilabuh di atas kerusi beroda. Bukunya ditolak ke sisi meja, memberi ruang untuk paper bag tersebut.

Satu kad yang dilekat pada paper bag itu dicabut. Dibuka cermat sebelum Kakia mula membaca isi yang tertulis.

Satu senyuman pahit terukir di bibir saat membaca apa yang tertulis.

I will always love you, sister.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro