0 6 : 𝗳𝗶𝗴𝗵𝘁
BUK!
Satu tumbukan hinggap pada perut milik Amir menyebabkannya terundur beberapa tapak ke belakang. Kakia atur kedudukannya. Tangan naik seolah memanggil rakan Amir yang lain untuk mara.
Pelajar lelaki botak yang berada dari tepi cuba menghampiri sambil melayangkan uppercut mengharapkan ia akan mengena pada wajah Kakia, namun hampa bila ia ditepis oleh satu lengan.
Mata Kakia membulat bila melihat gerangan tersebut. Lengannya yang terasa berbisa itu diusap. Wajah Kakia di belakang ditoleh sekilas.
"Let's do this together."
Mengangguk perlahan mendengar kata-kata William, mereka berdua mara ke depan. Rakan Amir yang cuba melakukan tendangan itu cuba ditepis namun gagal bila dirinya terkena serangan hendap dari belakang.
PAK!
Kakia meringis kesakitan. Belakangnya terasa sakit. Namun, dirinya tidak mengalah. Tumbukan demi tumbukan dilepaskan kepada kedua mereka. Satu sepakan dilayang tepat pada bawah rahang menyebabkan salah seorang rakan Amir jatuh menghempap lantai.
Kakia menoleh ke belakang. Tumbukan dari pelbagai sisi dilakukan namun dirinya lebih cekap menepis. Mata tajam memerhati setiap pergerakannya.
"Seems like I was right, you fight like a girl."
Serentak itu, satu sepakan kuat dilayang tepat pada pipi menyebabkan mulutnya tersembur darah. Kakia tak berhenti, tumbukan demi tumbukan diberikan. Melemahkan pihak lawan yang sedia ada lemah.
Lelaki itu terus jatuh ke atas lantai. Perutnya dipijak beberapa kali, sebelum Amir yang cuba bangun itu dipandang. Tapaknya mara ke depan, dengan tangan yang masih setia mengepal penumbuk.
William yang masih elok berlawan dengan seorang geng Amir, dijeling sekilas. Batu kerikil yang bersaiz sedikit besar itu dicapai. Kepala itu ditarget sebelum batu itu dilontar tepat mengena pada kepala lelaki itu.
PUK!
Bunyi batu itu berlanggar dengan kepala kedengaran. William layang satu lagi tumbukan pada bawah rahang sebelum kaki bersedia untuk dilayang, menyerang bahagian pinggangnya.
Dan ya, sekelip mata sahaja lelaki itu jatuh menghempap lantai. Bibirnya yang berdarah itu Amir pandang.
Bibir diketap rapat tanda geram dan marah. Wajah William dan Kakia yang semakin mendekat memaksanya berundur ke belakang.
"Kau ingat aku takut?"
Sempat pulak menyoal walaupun dirinya sudah berasa sedikit ketakutan ketika ini. Makin-makin bila melihat wajah gadis itu yang penuh dingin dan bengis.
"Talk less and act more, Amir."
Kakia menyuruh dingin. Mata masih memanah tajam anak mata Amir. Buku limanya yang terasa perit itu tidak diendah.
"Asal? Takut?"
Katanya dalam nada mengejek. Makin menyinis bila melihat wajah Amir yang makin merah padam itu. Kelihatan takut dan teragak-agak untuk menyerang, Kakia lepaskan keluhan, sengaja ingin memprovok Amir.
"Telur kau dah hilang ke apa ni? Huh, buang masa betullah nak lawan ngan orang pondan cam kau ni."
"Ka..Kau cakap apa tadi?"
Suara itu bergetar. Giginya diketap rapat.
Mendidih darahnya mendengar segala yang Kakia katakan. Tanpa sedar, kakinya mara ke depan. Tangan dikepal menjadi penumbuk.
Isyarat mata diberikan kepada William. Seolah menyuruhnya agar berundur dan biarkan dia sahaja yang selesaikan semua ini. Dirinya terasa serba salah untuk biarkan Kakia berurusan dengan Amir, namun melihat isyarat mata Kakia itu akhirnya menyebabkan dia beralah.
Langkah diatur menuju ke arah Aizat, pelajar yang dibuli itu. Tubuh itu segera didekati sebelum dirinya cuba memeriksa sama ada pelajar itu luka teruk atau tidak.
"Kau taklah hebat mana yang aku sangka. The way you fight seriously, like a clown. Nah, bro. You're not a clown, you're the entire circus."
"SENYAPLAH BETINA!"
Serentak itu, kelajuan ditingkatkan sebelum satu penumbuk dilayang. Kakia yang seakan sudah tahu apa yang Amir akan lakukan, satu tapak diundur ke belakang.
"You're so easy to read."
PAK!
Satu side kick dilayang tepat pada sisi wajah menyebabkan Amir tidak sempat untuk melakukan serangan. Darah pekat berwarna merah tersembur keluar dan sekali gus, tubuh itu gugur jatuh ke atas lantai. Erangan kesakitan yang dilepaskan itu hanya membuatkan senyumannya makin bertambah sinis.
William dan Aizat yang memerhati hanya mampu ternganga. Terkejut melihat kebolehan dan kekuatan Kakia yang mampu menumpaskan lawan dengan sekali sepakan.
"People like you disgust me."
Kaki diturunkan semula. Kakia tarik nafas sebelum dihembus semula. Kepala dialih memandang wajah William dan Aizat bersilih ganti. Langkah diatur merapati mereka berdua.
"Is he fine?"
"He is, just a little bit of bruises on his stomach. Kesan sepakan tadi. The other part is doing fine."
Kakia mengangguk perlahan. Mata menjeling tag nama sekilas.
Aizat Faizul
"Boleh bangun tak, Aizat?"
Soalan Kakia itu dijawab dengan anggukan lemah. Perutnya masih terasa sakit kerana sepakan tadi diusap perlahan.
Tubuh itu dirapati sebelum lengan Aizat diletakkan di atas bahunya. Riak wajah Aizat berubah terkejut dan William juga.
Pipinya terasa berbahang bila berdekatan dengan Kakia. Kepala ditundukkan, tidak ingin Kakia perasan akan pipinya yang sudah berona merah.
"Ambik beg dia."
Arah Kakia kepada William. Tanpa banyak kata, isi beg Aizat dimasukkan semula. Selesai memasukkan semuanya, beg digalas kemas pada bahu. Kepala diangguk tanda selesai.
"We need to go before people see us."
"Where should we go?"
"Infirmary."
PUNGGUNG dilabuhkan di atas bangku yang berada di luar bilik sakit yang menempatkan Aizat. Helaan nafas lega dilepaskan. Tubuh disandar pada bangku. Matanya dipejam sebelum dicelik semula. Cuba menenangkan diri sendiri.
Penutup botol air yang berada di tangan dibuka. Keningnya sedikit berkerut menahan sakit. Air diteguk perlahan seraya melihat suasana infirmary yang sedikit sunyi. Hanya beberapa orang jururawat yang sedang berada di kaunter menyapa anak mata.
"You good?"
Dirinya mengangguk perlahan. William yang melabuhkan punggung di sisi hanya dijeling sekilas. Kedengaran helaan nafas berat yang dilepaskan oleh William.
"Budak tu okay tak?"
Kepala diangguk tanda menjawab. Pandangan dialih memandang sisi wajah William. Tepi bibirnya luka dan kini mata dialih memandang buku lima William. Tanpa sedar, tangannya naik menyentuh lengan William. Ditarik sedikit kepadanya tangan William yang terluka.
William yang terkejut alih wajah memandang Kakia. Tangannya yang berada dalam pegangan Kakia itu buatkan pipinya terasa berbahang. Fuck, she touch my hand.
"Tangan kau luka."
Kakia berbisik perlahan namun dapat didengari William. Bibir mengukir senyum kecil, melihat perlakuan Kakia yang kelihatan comel di matanya.
"We should go and meet the-"
"Takpe, sikit je ni. Kau yang patut jumpa doktor."
William menolak lembut. Kakia mencebik. Orang suruh dia, dia pulak yang suruh orang balik. Huh!
"Mana ada luka sangat ni. Tak perlu jumpa doc pun."
"Then, the same goes to me."
Mata dijulingkan ke atas, menyampah dengan William yang suka sangat nak menjawab. Tangan William dibelek lembut, cuba memeriksa jikalau ada bahagian lain yang terluka.
Dirinya tersenyum kecil bila tiada lagi luka. Cuma bahagian buku limanya yang memerah dan berdarah sedikit sahaja.
"Kalau kau kiss luka tu, maybe terus elok kot."
Dengan penuh selamba William menutur. Kakia yang mendengar dah mencebik dan membuat muka geli.
"Tercebik macam tu nak aku kiss ke?"
PAP!
Satu tamparan hinggap pada bahunya menyebabkan William mengaduh kesakitan. Wajah Kakia yang langsung tak bersalah itu dijeling.
"Instead of punching my shoulder, it will be better if you-"
"Sambung and you're dead."
Amaran Kakia menyebabkan William mematikan niat ingin mengusiknya. Tangan diangkat tanda mengalah. Pandangan dialihkan ke hadapan semula dan begitu juga Kakia.
Kedua-dua mereka mendiamkan diri.
"Thanks."
Suara Kakia menerjah gegendang telinga. Alis terangkat rendah. Pelik bila gadis itu tiba-tiba mengucapkan terima kasih kepadanya.
"For what?"
"Sebab tepis tumbukan tadi."
William mengangguk dengan senyumannya yang terukir sendiri.
"You know, I don't save you for free."
Sudah mula dah dia nak mengusik. Kakia di sisi tadah bola mata ke siling. Tak ikhlas langsung!
"Kalau tak ikhlas, lain kali buat tak nampak apa yang jadi."
"Who said I'm not being sincere?"
"Dahlah, malas aku nak layan kau."
William tergelak kecil mendengar respons daripada Kakia. Alahai lah, comel betul. Kedua-duanya mendiamkan diri lagi.
"Aku akan ikut audition tu."
Lantas kepala dialih memandang wajah Kakia. Riak wajah tidak percaya menjadi tatapan mata Kakia buat sekarang. Membulat besar mata William bila Kakia menutur sebegitu.
Seriouslah?
"Kau biar betul? Aku-"
"I'm serious."
Nadanya ditekan menandakan dia betul-betul serius dan tidak bermain-main dengan kata-katanya. Sejujurnya, hatinya masih berbolak-balik sama ada ingin mengikuti uji bakat itu atau tidak.
Tapi disebabkan oleh William yang telah menyelamatkan well taklah menyelamat mana, dia rasa terhutang budi. Jadi, mungkin dengan menyertai uji bakat itu, dia mampu untuk balas jasa William.
"Kalau kau ikut semata nak balas jasa-"
"Shut up or I'm going to change my mind."
William beralah. Tangan turun menyeluk poket seluar. Sekeping flyer yang sudah kerenyuk dihulur kepada Kakia. Alis terangkat rendah namun huluran tetap disambut.
Dibukanya cermat memandangkan dah nampak macam nak koyak. Tajuk besar flyer tersebut menarik perhatiannya.
"Siapa edit ni? Lawa gak."
"Mana ada edit, aku curi template orang pastu ubah sikit."
"Tak kreatif langsung."
Komen Kakia membuatkan William tergelak. Lah minah ni, dah tak kreatif terpaksalah buat cara ni macam author gak eh-
"Pape jelah, just go for it when you feel like you want too okay?"
Kakia mengeluh perlahan. Anggukan diberikan walaupun dia malas dah nak menjawab setiap soalan William.
Kalau dia kata nak join tu, then she will go for it.
Kertas itu dilipat sebelum diseluk masuk ke dalam poket seluar.
"Kakia, if you wouldn't mind, I want to ask you something."
"Apa?"
Soal Kakia dalam nada bosan. Apa lagi si William ni nak?
"Can you teach me how to play violin?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro