0 3 : 𝗹𝗲𝘁𝘁𝗲𝗿
TELEFON dikeluarkan dari dalam poket seluar. Wajah Rhysand dipandang sebelum jari menekan skrin. Satu video yang tadinya terhenti kini dimainkan semula. Rhysand pandang telefon milik William dengan penuh tekun.
Belakang tubuh seorang gadis dengan tangan yang setia menggesek violin, Rhysand lihat. Telinga disapa dengan setiap melodi indah yang turut menyebabkan dirinya terpesona.
William menyandar tubuh pada sofa. Wajah Rhysand dipandang sekilas sebelum matanya melekat pada skrin telefon. Turut menonton video itu bersama Rhysand.
Gema melodi yang berirama dan penuh merdu mengisi ruang apartment milik mereka. Mata Rhysand terpejam. Menghayati melodi yang lancar dimainkan.
Bibir melorek senyuman lebar. Makin William berasa gembira bila tengok tubuh Kakia yang bergerak ke sana sini, mengikut alunan lagu. Rambutnya yang terbuai, bunyi tapak kasut Converse menghentak lantai studio itu diselangi dengan melodi penuh lunak dan gemersik, cukup membuatkan William terpesona.
Mata ralit memandang setiap perlakuan Kakia. Jelas dapat dilihat, Kakia amat menghayati melodi ini. Di saat matanya terpejam erat apabila tiba pada klimaks lagu, gesekan yang lancar dan jari-jemari yang lincah menari pada tali violin cukup membuktikan bahawa ;
she's very passionate in playing violin.
and he loves it.
Jari William naik menekan butang pause bila video sudah berakhir. Rhysand angkat kepala sebelum pandangannya dialih ke hadapan, memandang komputer riba miliknya. William pun melakukan perkara yang sama.
Masing-masing mendiamkan diri buat beberapa minit. Mungkin cuba memproses ataupun masih terkesima setelah menonton video itu tadi.
"Beautiful, isn't it?"
William bersuara memecahkan sepi yang bertandang. Jujur dia katakan, melodi itu bukan indah namun it's beyond beautiful.
Ya, lagu itu mungkin kedengaran seperti biasa, namun ada sesuatu pada gaya Kakia bermain pada setiap anak tali violin yang menjadikannya penuh merdu dan mampu membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar terpesona.
Including him.
Mata menjeling Rhysand yang memberi anggukan sebagai jawapan. Dapat dilihat senyuman lebar yang terukir pada bibir jejaka itu.
"Who is that girl?"
Soal Rhysand dengan nada teruja. Siapa ja tak excited lepas tengok persembahan yang menarik macam tu?
"Budak yang sama kelas dengan Arfat dan Ace tak silap. She's the rumoured kid that people talked about."
Tuturnya sambil kepala dialih memandang sisi wajah Rhysand. Riak wajah Rhysand yang berubah sedikit selepas mendengar ayat 'the rumoured kid' menjadi perhatian William.
"Rumoured kid? Apa yang jadi?"
Soalan itu menyebabkan tangan William menggosok leher. Serba-salah sama ada ingin bagitahu Rhysand atau tidak.
"I don't know if I should tell you this but-"
"Just tell me. I'm fine with it."
Helaan nafas berat dilepaskan. Rhysand toleh memandang wajah William. Cuba mendengar apa yang dia ingin katakan.
"Aku banyak dengar tentang dia. The teachers and the students really hates her."
Kening terjungkit dengan riak wajah yang pelik.
"Why?"
"Well, if I'm not mistaken she's from Vector High before entering our academy. Kau tahu kan akademi Vector High tu macam mana?"
Anggukan diberi sebagai tanda faham akan kata-kata William. Siapa saja yang tak kenal dengan akademi yang tak kurang gahnya seperti Sky High?
Akademi yang berada dalam TOP 3 akademi terbaik di Malaysia dan kedudukannya tidak pernah tergugat bertahun-tahun. Akademi yang boleh dikatakan 'musuh ketat' Sky High kerana Vector High merupakan akademi yang sangat hebat dan sukar untuk dikalahkan terutamanya dari bidang kurikulum dan kokurikulum. Majoriti pelajar akademi Vector High merupakan pelajar dari luar negara yang memang merupakan pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik.
Merupakan akademi yang berada di tempat yang pertama manakala Sky High berada di tempat yang kedua. Akademi swasta yang menempatkan pelajar-pelajar yang bijak dan terbaik dalam kalangan yang terbaik.
"Jadi kenapalah dengan dia tu?"
"She's a smart student, Rhy. People that left Vector High mostly student yang cemerlang. Aku tahu dia budak pandai sebab aku mintak tolong Ace untuk hack sistem kerajaan. Nak tengok result perempuan tu. Well, budak dekan untuk setiap semester and setiap tahun and she always got number 1 dan aku tengok rekod takda siapa pernah dapat lawan dia. Well, the reason she become a rumoured kid sebab people said she's problematic. She used to beat someone till they enter ICU. And dia keluar dari situ sebab the principal can't handle her anymore, but I don't know if that's true or not."
Terangnya panjang lebar. Sebenarnya, William langsung tak percaya dengan apa yang orang cakap tentang Kakia. Kakia is totally the opposite. Tak dinafikan dia memang dingin dan susah nak bercakap, but the proof that she smiled to him and talked to him even though awal tu sepatah-sepatah but she's nice.
Senyuman terukir sendiri. God, I wish she can smile again for me.
Cuma mereka saja yang tak dapat terima kenyataan bahawa Kakia ini lebih berbakat dan bijak daripada mereka.
Jealous much huh?
"So people hates her sebab dia pandai? Wow, bodohnya."
Rhysand bersuara dengan nada jengkel. Anggukan diberi sebagai jawapan.
"She's a nice person, Rhy. I can see that and dia memang berbeza dengan apa yang orang cakap."
"But, I just want to ask you. Kenapa kau pergi tengok dia main?"
Tersengih kecil William mendengar kata-kata Rhysand.
"Aku jalan-jalan kat koridor dan aku terdengar bunyi yang merdu so yeah, end up I was there standing and watching her playing the violin."
Rhysand mengangguk sebelum kedua mereka mendiamkan diri.
"Rhy."
"Mhmm.. Apa?"
"Tak silap aku kau cakap time meeting, kau nak ikut sama kalau Arfat dan Ace buat audition this week right?"
Rhysand mengangguk.
"So, how about we make her enter the audition?"
"How? I can see her talent but I don't know if she will agree."
William melorek senyuman yang makin melebar.
"Don't worry, aku ada idea."
BUKU nota Biologi dimasukkan ke dalam beg. Selepas sahaja bunyi loceng yang terakhir berbunyi, semua pelajar terus keluar dari kelas meninggalkannya dan Ace. Cepat betul mengemas, detik hati kecil Kakia.
Pen diisi semula ke dalam bekas pensel. Buku teks yang berada di bawah meja dikeluarkan sebelum satu sampul berwarna hitam terjatuh.
Kening Kakia berkerut. Tubuh dibongkokkan cuba mengambil sampul tersebut.
"Ape bende ni?"
Soalnya separa berbisik kepada diri sendiri. Dibelek-belek sampul tersebut, mana tahu tu surat cinta. Kot-kotlah ada coklat hershey melekat ke eh-
"Cuba kau bukak."
Kakia alih kepala memandang ke arah Ace. Ace yang sudah elok mengemas itu, dia pandang dengan pandangan 'sukati kau je eh'.
"Asal pandang aku macam tu?"
Ace menyoal dalam nada pelik. Alis terangkat rendah bila melihat riak wajah Kakia.
"Sukati kau je eh nak suruh aku bukak."
"Yelah, aku pun nak tengok apa dalam tu."
Balas Ace selamba. Terus dia mengaduh sakit apabila tangan Kakia naik menampar bahunya. Dijeling tajam namun hampa bila Kakia buat tak endah.
"Mind your own business, Ace."
Tuturnya sebelum mata dijulingkan ke atas, menyampah dengan Ace yang suka menyibuk nak tengok.
Sampul surat dibuka cermat. Sehelai kertas berwarna biru laut menyapa anak mata. Kening berkerut. Surat cinta ke ni?
"Eh kau ni dah kenapa?!?"
Suaranya naik seoktaf bila tangan Ace tiba-tiba sahaja merampas kertas tersebut. Terus ia dibuka sebelum reaksi wajah Ace berubah sedikit.
"Give it to me lah, Ace!"
Kakia cuba untuk merampas semula namun kerana Ace yang lebih tinggi daripadanya, menyukarkan Kakia untuk merampas kertas tersebut.
Tangan Kakia yang masih cuba untuk merampas, Ace genggam erat. Sukar untuknya memproses apa yang dia baca sekarang.
"ACE LEPASLAH!"
Meronta-ronta Kakia minta dilepaskan, namun Ace malas nak melayan. Kepala dialih memandang wajah Kakia yang merah padam.
She's mad.
"ACE LET ME GO!"
Suaranya makin menaik. Pergelangan tangannya sakit apabila digenggam kuat sebegitu.
"Can you wait for a goddamn minute?"
Keras dan dingin nadanya menyoal Kakia yang masih meronta. Geram apabila gadis itu menjerit dan meronta tanpa henti.
Walaupun matanya sekarang memandang tepat pada Kakia, tapi fikirannya sudah melayang ke tempat lain.
Are they fucking serious right now?
Sungguh dia tak percaya apabila melihat isi kandungan surat tersebut. Reaksi wajah dia diubah tenang, cuba mengelakkan Kakia menjadi curiga.
"No, aku tak boleh sebab I'm the one who should read that letter instead of you!"
Balasnya dingin. Mata melawan pandangan tajam dari Ace. Geram apabila jantan yang dia baru kenal tak sampai berbulan act like he should know everything about her.
"Aku just want to check sama ada kau dapat surat cinta ke tak. Aku pengawas, dating isn't allowed in this academy."
Ace cuba untuk menipu namun Kakia dapat mengesannya apabila anak mata lelaki itu melilau melihat ke arah lain.
"Liar. Give it to me, Ace."
Gelengan diberikan dengan riak wajah dingin. Sungguh, dia takkan berikan surat ni dekat Kakia.
By hook or by crook.
Melihat Ace yang masih berdegil, buatkan darah Kakia makin mendidih. She hates stubborn people.
"OWW FUCK!"
Surat terlepas dari tangan bila kakinya disepak kuat oleh Kakia. Pantas surat yang hampir jatuh ke atas lantai itu dicapai namun gagal bila vest yang dipakainya ditarik ke belakang.
Ace tarik kuat sehingga menyebabkan Kakia jatuh ke atasnya. Surat yang berada di sisi dan tak jauh berapa meter daripadanya, Ace cuba untuk ambil namun tangan Kakia lebih pantas menumbuk kuat dada Ace menyebabkan lelaki itu terbatuk.
"Just give up Ace!"
"Never!"
Adegan bergelut mereka langsung tidak berhenti. Masing-masing tak nak kalah, Ace cuba untuk mematikan langkah Kakia dengan memulaskan kedua lengannya ke belakang namun Kakia dapat mengelak. Kaki Ace dipijaknya berkali, cuba melemahkan lelaki itu.
"Kakia?"
Satu suara garau menyoal mematikan adegan bergelut mereka. Mereka berdua memandang serentak ke arah figura yang berdiri di hadapan kelas, tak jauh dari jarak meja mereka berdua.
Mata lelaki itu yang terkebil-kebil, cuba memahami apa yang terjadi sebentar tadi. Alisnya terangkat rendah.
"William?"
Ace pun terkejut bila tengok William sedang berdiri di hadapannya ketika ini dan lebih mengejutkan ialah bila mereka berdua mengenali antara satu sama lain. Reaksi wajahnya berubah pelik. Mata menjeling sekilas wajah Kakia yang turut terkejut dengan kehadiran William di situ.
William alih anak mata memandang ke arah wajah Ace yang nampak terkejut. Isyarat mata diberikan tanda dia akan menjelaskannya nanti kepada Ace.
Macam dia tak tahu apa yang Ace cuba nak tanya.
"So, mind to explain what happened?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro