Chร o cรกc bแบกn! Vรฌ nhiแปu lรฝ do tแปซ nay Truyen2U chรญnh thแปฉc ฤ‘แป•i tรชn lร  Truyen247.Pro. Mong cรกc bแบกn tiแบฟp tแปฅc แปงng hแป™ truy cแบญp tรชn miแปn mแป›i nร y nhรฉ! Mรฃi yรชu... โ™ฅ

๐Ÿฅ€ ๐“ ๐ƒ ๐‘ ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ÿฅ€

SELEPAS berbual di bilik itu, Aveline dan Alaric bergerak menuju ke ruang makan istana yang terletak di tingkat bawah.

Langkah mereka bergema di sepanjang lorong-lorong yang suram, dengan dinding batu yang seolah-olah menyimpan kisah-kisah silam yang tidak terungkap.

Aveline memerhatikan sekeliling, matanya tertarik pada hiasan-hiasan lama yang masih kukuh terjaga. Lilin-lilin tinggi menerangi dinding, memberikan suasana yang klasik dan misteri pada tempat itu.

Setibanya di ruang makan, Aveline terpegun. Meja panjang dari kayu mahogani tua terbentang di tengah-tengah ruangan, dihiasi dengan pinggan porselin putih dan perak berukir.

Pelbagai jenis makanan telah tersedia di atas meja, iaitu roti yang masih panas, sup yang berasap, daging panggang yang harum, dan pelbagai hidangan lain yang tampak begitu mewah.

Vann berdiri di sisi meja, seperti seorang pelayan yang setia. "Sila duduk," katanya dengan nada suara yang penuh hormat tetapi tetap tegas.

Aveline tidak menunggu lama untuk melabuhkan punggungnya di atas kerusi empuk itu. Alaric pula duduk bertentangan dengannya. Bau makanan yang menggoda membuatkan perutnya berbunyi perlahan, dan dia tidak dapat menahan senyuman kecil.

Setelah beberapa minit, mereka mula menikmati hidangan masing-masing. Aveline mencuba beberapa jenis makanan di hadapannya, namun dia tidak dapat mengelak daripada memerhatikan pinggan Alaric yang kelihatan lebih menarik berbanding makanannya sendiri.

Aveline bersandar sedikit, matanya bersinar nakal. "Makanan awak nampak sedap. Tak nak kongsi dengan saya ke?" soalnya dengan nada manja yang disengajakan.

Alaric mengangkat kening, kemudian memandang ke arah pinggan Aveline yang penuh dengan makanan. "Kau ada sepuluh pinggan dekat depan kau. Kenapa masih tengok pinggan aku?" tanyanya dengan nada yang sedikit sarkastik.

Aveline menjuih bibirnya sebelum memandang pinggannya sendiri. Dia menghela nafas perlahan sebelum mengangkat sepotong kentang dari pinggannya dan menunjukkannya kepada Alaric.

"Sebab makanan saya macam kena sumpah," katanya dengan wajah comel yang dibuat-buat. "Tengok, kentang ni senyum kat saya. Normal ke?"

Alaric yang pada awalnya kelihatan serius akhirnya tersenyum kecil, sesuatu yang jarang berlaku. Dia menggelengkan kepalanya sedikit, tetapi tidak berkata apa-apa.

Vann yang berdiri di tepi meja hanya menahan ekspresinya, tetapi ada sedikit kelipan dalam matanya yang menunjukkan bahawa dia juga terhibur dengan telatah Aveline.

Aveline meletakkan kentang itu kembali ke dalam pinggan dan mengerutkan kening. "Saya serius, Alaric. Saya rasa makanan ni ada sesuatu yang pelik. Rasanya... berbeza."

Alaric menyandarkan tubuhnya ke belakang kerusi sambil memandangnya dengan mata yang tajam tetapi tenang. "Makanan di istana ini dibuat berdasarkan resepi turun-temurun. Mungkin kau belum terbiasa dengan rasanya."

Aveline mengambil sudu dan mengacau sup yang berada di hadapannya. "Mungkin..." Dia menoleh ke arah Vann. "Awak yang sediakan makanan ni?"

Vann mengangguk perlahan. "Ya, tetapi resepi ini telah digunakan sejak ratusan tahun. Makanan ini bukan sekadar hidangan biasa, tetapi juga mempunyai unsur tradisi yang penting."

Aveline mengangguk kecil, masih tidak sepenuhnya yakin, tetapi dia tidak mahu berdebat lebih lama.

Mereka meneruskan makan dalam diam seketika, hanya bunyi dentingan sudu dan garpu bergema di ruang makan itu. Namun, sesekali, Aveline menangkap pandangan Alaric yang seolah-olah memerhatikannya.

Setelah beberapa lama, Alaric meletakkan sudunya dan menatap Aveline dengan serius. "Kau rasa tempat ini... serasi dengan kau?"

Aveline mengerutkan dahi. "Apa maksud awak?"

Alaric memandang sekeliling ruang makan yang megah tetapi penuh dengan bayangan silam. "Istana ini bukan sekadar tempat tinggal. Ia menyimpan sejarah yang lebih besar daripada yang kau tahu. Dan aku tak pasti sama ada kau sepatutnya berada di sini atau tidak."

Aveline memegang cawan teh yang berada di hadapannya. "Kenapa awak fikir saya tak sepatutnya ada di sini?"

Alaric bersandar ke kerusinya. "Sebab tempat ini hanya menerima mereka yang terikat dengannya. Kau mungkin belum tahu sejauh mana pengaruh istana ini terhadap sesiapa yang tinggal di sini, cik gadis."

Aveline berdiam diri. Kata-kata Alaric membuatkan dia semakin tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang tersembunyi di dalam istana ini? Dan kenapa dia merasakan ada sesuatu yang pelik tetapi akrab tentang tempat ini?

Vann tiba-tiba melangkah ke hadapan. "Saya rasa sudah cukup untuk malam ini. Anda berdua harus berehat. Masih banyak yang perlu dibincangkan esok."

Aveline memandang Alaric, menunggu respons daripadanya.

Alaric mengangguk perlahan. "Baiklah." Dia berdiri dan menoleh ke arah Aveline. "Mari. Aku tunjukkan bilik kau."

Aveline mengikuti langkah Alaric keluar dari ruang makan, derapan kasut mereka bergema di sepanjang koridor batu yang dingin. Udara di dalam istana lama itu terasa berat, seolah-olah memikul beban sejarah yang tidak terungkap.

Lilin-lilin yang melekat pada dinding menerangi laluan mereka dengan cahaya samar, mencipta bayang-bayang yang menari pada permukaan batu.

Dia berjalan di sisi Alaric, tetapi fikirannya melayang jauh. Kata-kata lelaki itu tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Kau mungkin belum tahu sejauh mana pengaruh istana ini terhadap sesiapa yang tinggal di sini."

"Boleh saya tanya sesuatu?" Aveline akhirnya bersuara, memecahkan keheningan di antara mereka.

Alaric tidak berhenti melangkah. "Apa dia?"

Dia menjeling sekilas ke arah Alaric sebelum kembali memandang ke hadapan. "Kenapa awak bawa saya ke sini? Maksud saya, awak kata tempat ini hanya menerima mereka yang terikat dengannya. Tapi saya... Saya bukan sebahagian daripada semua ini, kan?"

Alaric terdiam seketika sebelum menjawab dengan suara perlahan, "Mungkin kau lebih berkaitan dengan tempat ini daripada yang kau sangka."

Aveline hampir memberhentikan langkahnya apabila mendengar jawapan itu. Ada sesuatu dalam nada suara Alaric yang membuatkan jantungnya berdegup lebih laju.

Mereka akhirnya tiba di hadapan sebuah pintu besar yang diperbuat daripada kayu oak gelap, dihiasi dengan ukiran halus yang menggambarkan bunga mawar berduri.

Simbol keluarga Alaric.

"Inilah bilik kau," kata Alaric sambil membuka pintu dengan satu tolakan ringan.

Aveline melangkah masuk perlahan-lahan, matanya menjelajah setiap inci bilik yang luas dan mewah itu. Katil berkanopi dengan langsir baldu merah, permaidani berwarna hitam dan emas, serta tingkap besar yang menghadap ke halaman istana yang suram.

"Tempat ni... lebih besar daripada bilik aku di rumah," gumamnya, lebih kepada diri sendiri.

Alaric bersandar di ambang pintu, memerhatikannya. "Tidurlah. Kita ada banyak perkara yang perlu dibincangkan esok."

Aveline berpaling ke arahnya, ingin bertanya lebih banyak, tetapi mata Alaric sudah kembali ke ekspresi dinginnya. Dia tahu lelaki itu tidak akan memberinya jawapan lebih daripada yang dia mahu.

Akhirnya, dia hanya mengangguk perlahan. "Baiklah."

Alaric tidak berkata apa-apa lagi. Dia hanya memandangnya seketika sebelum berundur dan menutup pintu.

Aveline berdiri di situ untuk beberapa saat, mendengar bunyi langkah Alaric yang semakin menjauh di koridor. Dia menarik nafas dalam dan menghembus perlahan.

Malam ini, dia berada di tempat asing. Namun, hatinya berbisik bahawa istana ini mungkin bukan sekadar tempat tinggal Alaric.

Ia mungkin juga menyimpan rahsia tentang dirinya sendiri.



๐“๐ฒ๐ฉ๐จ, ๐š๐›๐š๐ข๐ค๐š๐ง.
๐•๐จ๐ญ๐ž & ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ โ™ก

๐Ÿฆ‹ ๐„๐ง๐ฃ๐จ๐ฒ ๐ซ๐ž๐š๐๐ข๐ง๐  ๐Ÿฆ‹




Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen247.Pro