๐ฅ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ฅ
CAHAYA pagi yang lembut menyusup masuk melalui tingkap kecil dapur keluarga Everhart.
Bau roti segar memenuhi ruang, dicampur dengan aroma herba yang direbus oleh ibunya, Lady Maribel. Aveline menyingsing lengan bajunya, tekun memerah susu ke dalam baldi kayu sambil menikmati keheningan pagi yang selalu membawa ketenangan.
"Aveline, jangan lupa menghantar roti ke rumah Elder Myra nanti," suara ibunya memecahkan tumpuan.
"Baik, ibu," jawab Aveline dengan senyuman kecil. Kehidupannya di kampung kecil di pinggir hutan itu sederhana tetapi penuh rutin.
Dia menyayangi ketenangan itu, walaupun kadang-kadang dia mengimpikan sesuatu yang lebih daripada kehidupan kampung yang serba biasa.
Ayahnya, Elias Everhart, seorang pengukir kayu dan juga penjelajah hutan, sering menghabiskan masanya mencipta barang-barang yang luar biasa dari kayu seperti kotak musik, ukiran patung, atau barang kemas.
Elias selalu menjadi tumpuan cerita orang kampung. Mereka menyangka lelaki itu sedikit pelik, tetapi bagi Aveline, ayahnya adalah dunia yang penuh keajaiban.
"Ave," panggil Elias sambil melangkah masuk ke dapur, wajahnya cerah dengan senyuman yang biasa. "Ayah ada sesuatu untuk kau."
Aveline meletakkan baldi susu di atas meja dan menghampiri ayahnya, matanya bercahaya dengan rasa ingin tahu. Elias mengeluarkan rantai kecil dengan loket berbentuk mawar dari poketnya.
"Ayah buat ini malam tadi," katanya, menyarungkan rantai itu ke leher Aveline. "Agar kau sentiasa ingat, walau di mana kau berada, ayah kau akan sentiasa bersama kau."
Aveline memegang loket itu dengan penuh berhati-hati, hatinya dipenuhi rasa kasih sayang. "Ia sangat cantik, ayah. Terima kasih."
Elias tersenyum lebar, tetapi di matanya ada sesuatu. Sesuatu yang tersembunyi, seperti rahsia yang dia enggan lepaskan. "Kalau kau suka itu, tunggu sampai kau lihat apa yang ayah sedang siapkan," katanya dengan nada misteri.
Aveline mengerutkan dahi. "Apa yang ayah siapkan?"
Elias hanya menggeleng sambil mengusap rambutnya. "Sabarlah, anakku. Kau akan tahu pada waktunya."
๐ฅ๐ฅ๐ฅ
HARI-hari berlalu dengan kehidupan seperti biasa, tetapi ada sesuatu yang Aveline tidak boleh nafikan.
Ayahnya semakin kerap menghabiskan masa di luar rumah. Setiap kali dia pulang, pakaiannya kotor dengan tanah dan ranting, matanya letih tetapi penuh tekad.
Satu malam, ketika Aveline bangun untuk mengambil air, dia mendapati ayahnya duduk di meja kerja. Cahaya lilin menerangi wajah Elias yang serius, tangannya sibuk menulis sesuatu di atas kertas peta lama yang lusuh.
"Ayah, ayah buat apa malam-malam macam ni?"
Elias terkejut, tetapi senyumannya tetap tidak hilang. Dia melipat peta itu dengan cepat dan memasukkannya ke dalam beg kulit. "Hanya... kerja lama yang belum selesai," jawabnya ringkas.
Aveline tahu itu bukan jawapan sebenar, tetapi dia tidak ingin mendesak. Ayahnya selalu penuh teka-teki, dan dia tahu bila untuk berhenti bertanya.
Pada malam yang lain, Elias pulang lebih lewat daripada biasa. Wajahnya berlumur dengan peluh, dan ada calar di lengannya. Maribel, isterinya memandang dengan risau.
"Elias, sampai bila kau nak terus masuk ke dalam hutan tu? Aku takut sesuatu akan jadi pada kau," katanya dengan suara yang hampir berbisik.
"Aku tak boleh berhenti sekarang, Maribel," jawab Elias dengan nada tegas. "Aku semakin hampir. Aku tahu aku akan jumpa sesuatu."
"Apa maksud ayah 'sesuatu'?" potong Aveline, yang mendengar perbualan dari sudut dapur.
Elias menghela nafas panjang, matanya menatap anak gadisnya dengan penuh kasih. "Aveline, ada banyak perkara di dunia ini yang kita tak tahu. Ayah hanya mahu... memastikan sesuatu. Kau percayalah pada ayah, ya?"
Dia mengangguk, walaupun jawapan itu langsung tidak menjawab persoalannya. Tetapi Aveline tahu ayahnya, ketika dia sudah bertekad untuk melakukan sesuatu, tiada apa yang mampu menghalangnya.
Malam itu adalah malam terakhir dia melihat ayahnya.
Keesokan paginya, ketika Aveline bangun, dia mendapati tempat tidur Elias kosong. Ibunya menangis teresak-esak di dapur, mengeluh tentang kejahatan hutan yang telah menelan suaminya.
Orang kampung datang berbondong-bondong untuk membantu mencari Elias, tetapi hutan itu besar dan gelap, dan selepas seminggu tanpa sebarang petunjuk, mereka mula menyerah.
"Kita kena terima bahawa Elias mungkin dah tiada," kata Elder Myra dengan suara berat.
Namun, Aveline tidak percaya. Ayahnya bukan orang yang akan tersesat begitu sahaja. Dia tahu ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku, sesuatu yang berkait dengan peta-peta dan nota-nota rahsia yang disimpan oleh ayahnya.
Dia kembali ke meja kerja Elias, mencari petunjuk. Di bawah tumpukan kertas-kertas lama, dia menjumpai sebuah peta dengan tanda 'X' besar di tengah hutan dan nota kecil.
"Kebenaran ada di sini."
Dengan loket mawar di lehernya, Aveline tahu dia perlu melangkah ke tempat yang paling dia takuti untuk mencari jawapan.
๐๐ฒ๐ฉ๐จ, ๐๐๐๐ข๐ค๐๐ง.
๐๐จ๐ญ๐ & ๐๐จ๐ฆ๐ฆ๐๐ง๐ญ โก
๐ฆ ๐๐ง๐ฃ๐จ๐ฒ ๐ซ๐๐๐๐ข๐ง๐ ๐ฆ
Bแบกn ฤang ฤแปc truyแปn trรชn: Truyen247.Pro