Teaser : Teil des Lebens
"Hey bard! Play that one about Dragonspine!"
Tavern terkemuka Sternbild bagaikan bergema dengan laungan dan sorakan kuat daripada para pengunjungnya.
Pelayan bar yang sibuk membersihkan cawan tersenyum kecil mendengar kemeriahan tavern yang terkenal sejak dahulu itu.
"Yes, Sir!"
Seorang bard bangun daripada tempat duduknya. Segelas minuman keras diteguk laju sebelum tangannya mencapai lyre yang berada di atas meja. Kakinya melangkah dengan penuh ceria mengelilingi meja yang dipenuhi penduduk Sternbild bersama minuman mereka.
"A mountain made with a dragon's backbone,
frozen cold for a living.
But deep inside this dragon's hide,
it's heart we will be taking!"
Langkah bard itu semakin rancak saat mendekati sebuah meja yang diduduki pemuda Sternbild. Senyuman terukir di bibir mereka saat bard itu mengangkat cawan untuk mempelawa mereka menyanyi sekali.
Tanpa segan silu, mereka yang masih mengingati lagu ini turut menyanyi mengikut dendangan musik terhasil daripada lyre si bard.
"The mountainside contains a hoard,
we treasure seekers know.
But a heart inside that never dies
is buried in the snow;"
"Hey! Hahahaha!" Bard itu tersengih lebar sebelum duduk kembali ke tempat asalnya.
"Here some loose changes for the great song, bard." Salah seorang pengunjung tavern itu mencampakkan beberapa keping wang ke arah bard tadi.
Menggunakan topi kecilnya, bard itu bergerak ke seluruh tavern dan menerima wang kecil yang diberi oleh mereka. Senyuman lebar tidak lekang daripada wajah apabila menerima pujian walaupun daripada pengunjung yang sudah mabuk, terbuai dengan minuman keras.
Sesudah itu, bard itu melangkah perlahan ke arah pelayan bar yang masih sibuk mengelap. Beberapa keping wang emas yang baru sahaja diterima diletakkan ke atas meja.
Pelayan itu berpaling ke belakang saat terdengar wang syiling berlaga di atas meja diikuti bunyi kerusi yang diseret ke hadapan. "The finest wine?" Pelayan bar itu bertanya bard yang sedang mengelap lyre miliknya dengan penuh ketelitian.
"As always."
────────• •────────
Pohon gajus yang renek di atas bukit itu mampu memberi ruang seorang lelaki bersama lyre miliknya untuk berteduh. Keluhan lolos dari bibirnya bagi setiap tegukan daripada botol minuman arak di tangan.
Topi kecil yang dipakai sedari tadi diletakkan ke atas pangkuan. Tangan kanannya pula sibuk memintal rambut yang semakin memanjang.
"Aku nyanyi lagu kegemaran kau hari ini, Heart of Dragonspine." Dia tersenyum lalu meneguk sedikit lagi daripada botol arak itu. Keluhan berat kian kali dilepaskan sambil menyandar ke batu nisan yang berada di bawah pokok itu.
"Siapa sangka ramai yang masih lagi ingat lagu yang kau cipta, saat pertama kali kita ke Dragonspine dan tersesat. Heh..." Tangannya dihulur ke hadapan, mencapai batang pokok yang berada di hadapannya.
Tangan mulus lelaki itu bergerak mengikut ukiran nama yang terpahat beratus tahun lalu. "Selamat ulang tahun."
Minuman yang berada di tangan diteguk rakus. Saat bibirnya berpisah dengan bibir botol arak itu, pipi dan telinganya berubah merah kerana rasa panas yang masuk secara mendadak ke dalam badan.
"...Orion."
"Hm? Oh, that kid from Osbourne Clan." Lelaki itu tersengih. Kepalanya dilentokkan ke arah batu nisan yang berada di belakangnya.
"Jangan bercakap seperti orang sudah berusia." Lelaki yang menegur tadi langsung tidak berubah riak wajah. Matanya masih lagi memandang ke arah batu nisan yang menjadi sandaran Orion.
Sekuntum bunga glaze lily diletakkan ke atas pusara itu sebelum kedua belah tangannya bertemu untuk mengiringi doa.
"Kenapa...kau selalu datang ke sini?" Lelaki itu bertanya setelah dia berdiri tegak memandang Orion. Melihat tiada tanda-tanda untuk Orion membalas, lelaki itu membuka mulut untuk bertanya lagi.
"Setiap kali kami mencari kau, kau selalu ada di sini; bersandar sambil minum arak termahal di Sternbild." Lelaki itu terhenti seketika melihat Orion mula membetulkan duduknya. "Kenapa kau suka melawat kubur ini?"
"Bagi kau, aku sedang melawat kubur kah, Eadric?" Botol arak yang dipegang sedari tadi diletakkan ke sisi. Kepalanya ditoleh sedikit ke kiri untuk menarik perhatian lelaki yang dipanggil Eadric itu.
Eadric mengerut dahi. Jujur, dia tidak faham apa yang diutarakan oleh lelaki di hadapannya itu. Jelas sekali dia sedang berada di pusara seseorang.
"...Iya." Eadric membalas akhirnya. Sunyi mengisi ruang di antara mereka buat seketika sebelum Orion melepaskan tawa kecil.
"Kau salah, Eadric."
"Aku sedang melawat sahabat lama." Eadric terkelu bahasa, tidak mampu berkata-kata. Setahu lelaki berdarah keturunan Osbourne itu, pusara seorang bard yang berada di bawah pohon gajus ini sudah berusia lebih daripada 100 tahun.
"Wanna hear the story?" Perhatian Eadric beralih ke arah Orion yang masih bersandar. Tangan lelaki itu mengangkat botol araknya tinggi, mempelawa Eadric untuk duduk bersama.
Seketika Eadric duduk, Orion mencapai lyre miliknya lalu memetik beberapa not muzik daripada tali lyre itu. Matanya bertembung dengan renungan Eadric. "I can sing for you but-"
"-buy you wine afterwards. Got it." Eadric tersenyum. Kedua belah tangan dilipat rapat ke dada, menunggu Orion untuk memulakan cerita merdunya.
Orion tersenyum lalu memetik lyrenya.
────────• •────────
song credit :
@maddsbuckley on tiktok
────────• •────────
Thank you naralee__ for the beautiful book cover!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro