Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Retelling : Mesyats

────• ℒet the 𝕿𝖆𝖑𝖊𝖘 begin. •────

𝕶embali ke 100 tahun dahulu, tahun 760.

Wujudnya sebuah negara yang penuh dengan perkara magis. Hutan belantaranya indah tak terkata, dipenuhi haiwan yang hidup harmoni.

Kemudian lahirnya sejenis haiwan. Ganas dan brutal, si pemangsa yang sentiasa berburu dikala sunyi untuk memenuhi laparnya. Ini apa yang haiwan lain fikirkan.

Serigala. Haiwan yang bergerak secara berkumpulan dan menganggap setiap seorang daripada ahli puaknya sebagai keluarga. Cara hidup serigala yang lebih sistematik diikuti hierarki yang teguh mampu mengawal diri dan naluri alami mereka.

Berlalunya masa, puak-puak serigala yang semakin berkembang akhirnya diterima oleh haiwan lain kerana kestabilan mereka memimpin. Sehingga tertubuhnya beberapa puak yang lebih berkuasa dan dominan daripada puak lain.

Noir.

Lumière.

Néant.

It's all fun and game, until they clash.

────────• •────────

Disebabkan oleh sebuah ramalan palsu hasil daripada musang si peramal, puak serigala yang termakan hasutan manis memulakan kemusnahan.

Deklarasi perang di antara puak Lumière dan Néant menggerunkan para haiwan yang menghuni segenap ruang tanah di Mesyats.

The Declaration of Dark War.

Bertahun-tahun perang mereka berlangsung, langsung tidak terlihat walau setitik cahaya untuk dua puak ini menghentikan peperangan.

Kesan perkelahian dua daripada tiga puak terkuat ini menghancurkan bandar-bandar yang menjadi kediaman banyak haiwan lain sekaligus meragut ratusan malah ribuan nyawa tidak berdosa.

Semuanya kerana sebuah ramalan palsu rekaan puak musang, Rapide, yang diterima secara membabi buta oleh puak Lumière dan Néant.

Bagaimana dengan Noir?

Dalam kesengitan perang yang berlaku di antara dua puak serigala itu, puak Noir lebih memilih untuk mengambil cara pasif.

Dengan kudrat seluruh puak Noir dan bantuan daripada puak haiwan lain yang sudi membantu, mereka cuba untuk membangunkan sebuah bandar baharu.

Jauh di bahagian timur laut tanah Mesyats, terbangunnya bandar baharu yang lebih indah dan megah.

Bandar itu dibina dengan tujuan menerima dan menempatkan haiwan-haiwan daripada bandar yang sudah musnah akibat kesan peperangan puak Lumière dan Néant.

Di situ wujudlah kehidupan baharu bagi mereka yang kehilangan tempat berteduh, semuanya atas idea puak Noir yang lebih mementingkan keamanan dan rasionalisasi.

────────• •────────

Tahun 781, peperangan akhirnya tamat apabila Noir, puak tertua di antara tiga puak serigala yang dominan itu bersetuju untuk membunuh semua keturunan Lumière dan Néant.

Tidak kira tua atau muda, kedua-dua puak yang terus terusan melakukan kemusnahan ini perlu dihentikan secara total. Keturunan mereka harus dihapus, walau dengan cara yang kejam demi kelangsungan hidup haiwan di Mesyats.

Walaupun begitu, keadaan negara Mesyats selepas peperangan dua puak serigala itu jelas sekali memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap haiwan lain yang masih bertahan hidup.

Haiwan yang selama ini dilindungi oleh puak Noir di bandar baharu itu mula menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi sebagai tanda terima kasih mereka.

Bandar bersejarah naungan puak Noir masih kekal sehingga kini. Bandar tanpa diskriminasi dan menerima semua haiwan tanpa pilih kasih.

Sternbild.

────────• •────────

[ calling on duty : ]
naralee__ sugaseesaw minyoongrin avaais_ Junati15 seulcifer intellijoon

idk if y'all remember this af lmao. hello again.

Note :

Semua haiwan dalam dunia Mesyats ni berbadan manusia tau. Baka je haiwan. Boleh tukar-tukar form gitew.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro