Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prologue : Lone Wolf

"Arghh!"

"Asteria, ada pengembara di sana!" Jerit si rakan kecil disisinya.

"Aku tahu." Asteria membalas tenang. Tangannya diluruskan ke sisi sehinggalah muncul sebilah pedang di dalam genggamannya. Pandangan mata Asteria mulai tajam saat berlari laju meluru ke arah pengembara itu.

"Hiyahh!" Pedang di tangan dihunus ke dalam badan Goblin yang menyerang pengembara tadi. Saat goblin pertama tumbang, seekor lagi cuba menyerang daripada belakang.

Tidak sempat mengelak, Asteria cuba melindungi kepalanya terlebih dahulu. Ketika itulah, senjata tajam yang digenggam si goblin mengenai tangan kanan Asteria.

"Ah! Sst...tak guna!" Bengang kerana luka yang dalam, Asteria mengenggam pedangnya erat. Walaupun rasa pedih yang amat, dia mahu cuba sedaya upaya untuk membantu pengembara tadi.

"Ya! Mugo!" Goblin itu menjerit bahasa yang sangat asing ditelinga mereka. Asteria mengerutkan dahinya sebelum kembali berdiri tegak. Sementara goblin di depannya itu menjerit bahasa pelik, Asteria merapatkan diri dengan pengembara yang sedang menarik nafas dalam untuk menenangkan diri.

"Ya!" Datang lebih banyak goblin daripada belakang pengembara yang berlindung di sebalik Asteria. Walaupun geram kerana dikepung, Asteria tetap mengekalkan ketenangannya agar dapat fokus dalam berlawan.

Lagipun, fokus dan rasa tenang adalah kunci utama untuk menang.

"Kau boleh berlawan?" Asteria bertanya kepada pengembara yang cuba berdiri di belakangnya.

"Heh, tak guna." Suara berlagak milik pengembara itu sedikit mengejutkan Asteria. Dia menoleh ke belakang, melihat pengembara yang cuba dia selamatkan itu mengangkat tangan ke udara sebelum munculnya selengkuk busur.

Asteria tersenyum sinis melihat pengembara ini juga merupakan pengguna Vision*.

Mata mereka berdua bertentangan antara satu sama lain. Pengembara itu mengangguk sebagai tanda bersedia untuk memulakan serangan.

"Leo!"

────────•       •────────

"Ah...akhirnya! Bandar!"

YEAR   891.   STERNBILD,  MESYATS.

Asteria mengeluh lega saat tapak kakinya melangkah masuk ke dalam gerbang bandar Mesyats.

Suasana yang agak riuh kerana ramai penduduk yang masih sibuk berjual beli menarik perhatian Asteria dan rakan kecilnya, Paimon*.

"Selamat datang ke Sternbild!" Langkah Asteria terhenti apabila pengembara yang berlawan bersamanya tadi membuka kata. Tangannya didepa sebagai tanda alu-aluan menyambut kedatangan pengembara dari bandar asing itu.

"Lega betul sampai sini. Tak perlu Paimon tidur dalam khemah lagi— argh!" Figura kecil yang berterbangan di sisi Asteria itu mengaduh kecil kerana kepalanya dijentik.

"Memandangkan hampir semua kawasan luar daripada bandar Mesyats musnah total, aku faham kesulitan kau." Pengembara itu menepuk bahu Asteria perlahan.

Asteria tersenyum nipis sebelum mengaduh kesakitan apabila tangan kanannya mula berdenyut kuat. Lupa pula luka awal tadi masih lagi tidak dirawat, malah hanya dibalut dengan sehelai kain tipis.

"Maaf. Sebab nak bantu aku, tangan kau terluka pula." Pengembara tadi berubah riak wajah. "Sini." Tangannya mencapai tangan Asteria lembut sebelum membuka kain yang membaluti luka tersebut.

"Tak dalam ni. Mari, aku bersihkan dan sapu ubat." Ibu jari pengembara itu tidak henti mengelus luka di tangan Asteria, membuatkan wajah gadis itu agak memerah.

Paimon yang sedar akan perubahan itu mula tersenyum sinis ingin mengusik. Asteria hampir saja ingin menerkam Paimon yang masih terapung itu. Nasib sahaja dia sedang menahan kesakitan.

Asteria mengikuti langkah pengembara itu dan mengambil tempat duduk berdekatan air pancut tidak jauh daripada pintu gerbang.

"Kau puak serigala kan?" Tanya pengembara itu apabila dia terlihat tatu kecil di pergelangan tangan Asteria.

"Y-ya." Paimon tergelak mendengar balasan Asteria yang tergagap kerana terkejut. Kali ini, tangan kiri Asteria yang bebas mencengkam mulut Paimon agar rakan kecilnya itu tidak bisa mengeluarkan kata.

"Mesyats sebuah bandar yang terbuka dan menerima semua puak serigala, jadi aku jarang lihat lone wolf." Pengembara itu berbual lagi, cuba menghilangkan aura kekok di antara mereka.

"Memandangkan kau dari puak yang sudah pupus, pasti rasa terbeban kan?" Pengembara itu meletakkan tangan Asteria yang kaku ke atas peha gadis itu semula sebelum tersenyum manis.

"A.. apa? Asteria—!?" Paimon mendekati Asteria lalu mengoncang lengan gadis itu kuat. Wajah Paimon mula cuak kerana tidak sangka akan kata-kata pengembara itu. Asteria masih lagi membatu.

Wajahnya tidak percaya kerana ada lagi serigala lain yang masih mengenali simbol tatu puaknya yang sudah pupus beratus tahun dahulu.

Anak mata Asteria kekal memandang figura pengembara yang mula melangkah pergi dengan pandangan yang curiga. Apa yang lelaki ini tahu?

"Oh iya. Nama aku Damon. Lone wolf puak Noir." Pengembara itu mengangkat tangan kanannya seperti ingin melambai. Ketika itu, angin bertiup sedikit kuat sehingga lengan baju yang menutupi pergelangan tangan Damon terselak.

Tanpa sedar, Asteria menghembuskan nafas lega, begitu juga Paimon.

"Oi! Kami hampir kena serangan jantung tahu?!" Paimon mendekati Damon lalu menendang lengan lelaki itu dengan kaki kecilnya. Walaupun tidak sakit, ia cukup untuk menghiburkan Damon.

Asteria bangun lalu mendekati Damon. Tangan diangkat tinggi sebelum merapatkan tatu di pergelangan tangan kanannya dengan tatu milik lelaki itu.

Buat beberapa saat, pergelangan tangan mereka yang bersentuhan mengeluarkan cahaya biru yang agak malap sebelum memudar.

‘ Comrade. ’

"Heh..." Asteria tersengih melihat cahaya biru itu saat tatu milik mereka bersentuhan. Paimon yang melihat mula mengeluarkan bunyi aneh kerana teruja. Kaki kecilnya ditendang-tendang ke udara.

Damon tersenyum sinis. Butang kemeja di pergelangan tangannya dikancing semula lalu memandang Asteria melalui hujung matanya. "Rad poznakomit'sya, tovarishch."

Mendengar dialek bahasa kuno itu, Asteria mengangkat wajahnya dan membalas dengan penuh keyakinan.

"Davno ne videlis'."

────────•       •────────


before any questions come in flooding.

1. this is not a remake applyfic. i just simply change the year set and plots.

2. all the appliers that were accepted before remained the same.

3. i'll revoke your form myself to fit the storyline so there's no need for another form submission. don't worry too much. muah.

────────•       •────────

*Vision 1.0 : Inspired from Genshin Impact. Vision in this world (Mesyats) was hold by a certain types of animal. The clans who inherits vision from a different element have their own duty to fulfill. More information will be updated later.

*Paimon : A small human figure that floats and often mistakes as emergency food by other people. Paimon is originally a NPC that accompanies Traveler in Genshin Impact. But in my applyfic, she's just a magical-being, friend to Asteria. She's cute tho. (The boy next to Paimon is Aether, the original main character from Genshin Impact. Aether tak de kena mengena dengan af aku.)

DISCLAIMER :
— the city sets, the work of vision(basically your power) and the background story of the city is inspired from the game im currently addicted to named Genshin Impact.

i might as well add some more things from Genshin Impact if it's connected to this applyfic. all credit goes to Mihoyo my beetch :>

— i also have my own idea. so it's not a game based af.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro