Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6. In The Midst of The Crimson Night

please bare with me in this chapter. it's kinda long and im suck at action and tense scene 😂

────────• •────────

"Next - Case 910."

"That brat..."

────────• •────────

Seulha Lloyd membelai rambut mulus dan panjang milik Lily agar gadis kecil itu mampu tidur dengan lena. Sesekali bibirnya bersenandung perlahan mengikuti rentak lagu yang dia diingati.

Pernah sekali sewaktu dia dan Lily sedang berehat di sebuah lorong jauh daripada keramaian, mereka terdengar alunan muzik yang sungguh lembut seperti dibawa angin bayu. Tanpa Seulha sedar, dirinya terbuai dengan muzik itu sehingga menjadi kegemarannya.

Perlahan-lahan, tangannya yang mengusap rambut Lily diangkat. Jubah panjang lebih miliknya diselimutkan ke atas badan Lily sebelum Seulha bangun tanpa menghasilkan bunyi.

Seulha melangkah beberapa tapak menjauhi pondok kecil terbiar yang menjadi tempat mereka berdua menginap buat semalaman. Hood daripada jubah ditarik agar menutupi wajahnya. Hujan yang mula berubah kepada gerimis tidak dihiraukan.

Buat beberapa saat, Seulha berhenti sebelum menjenguk ke belakang. Melihat Lily masih lagi nyenyak tidur, Seulha memandang sekeliling untuk memastikan keselamatan Lily sebelum kembali meneruskan perjalanannya.

Dalam gadis itu melangkah perlahan melalui lorong dan jalan besar bandar Sternbild yang kosong itu, dia sedar bahawa dirinya diekori.

Seulha sudah lama sedar akan kelibat yang cuba mengikuti bayangnya sejak dia menapak meninggalkan Lily di pondok terbiar itu. Keluhan dilepaskan perlahan kerana bersyukur mereka tidak menjadikan Lily sebagai target.

"Sly cat. I've sense your rotten smell from afar. It takes more than this to take me down!" Seulha berkata-kata agak kuat sebelum berpaling ke belakang untuk menahan pisau kecil yang berada di tangan 'bayang'nya tadi.

"I'm a fucking Lion." Orang yang mengekori Seulha itu bersuara perlahan. Berkerut wajah Seulha ketika cuba mengingati suara orang yang berada di hadapannya ini. Figura itu terus menghayunkan pisaunya ke hadapan, sesekali menggunakan layangan kakinya untuk menghentam badan Seulha.

Namun semua serangan figura itu langsung tidak berkesan jika ingin dibandingkan dengan kelincahan dan kepantasan Seulha dalam mempertahankan dirinya. Badannya yang sudah lama dilatih itu kini bergerak bagaikan angin, ringan sewaktu berada di udara untuk membalas tumbukan.

Sesaat tumbukan Seulha menghampiri, satu lagi pisau muncul di tangan kiri figura itu sekaligus menghiris buku lima Seulha dalam satu hirisan yang agak dalam.

Seulha melonjak ke belakang sambil mengibas tangannya ke kiri dan kanan. Rasa pedih hirisan itu membuatkan Seulha berdecit sebelum kembali mengepalkan tangannya.

Sekali lagi Seulha mendekati figura misteri di depannya itu. Sambil berlari ke arah figura itu, Seulha cuba menepis semua anak panah dan dagger kecil yang dituju ke arahnya.

Tanpa berlengah, Seulha menendang kuat busur yang berada di tangan figura itu sebelum berpusing ke arah belakang dan menarik tali pinggang yang menempatkan dagger kecil.

Tumbukannya dibawa laju ke arah figura itu sebelum dia terhenti. Orang yang berada di hadapannya itu mengangkat kedua-dua tangganya tanda mengalah sambil menunduk.

"As expected, Lloyd." Dia berkata-kata perlahan lalu melepaskan tawa kecil.

"Kenapa kau menyerah kalah?" Seulha mengetap giginya kuat tanda geram. Kedua belah tangannya juga mula menunjukkan urat kerana dikepal dengan kuat.

"Ranger will always lose in a close combat fight." Figura itu menjawab sebelum mengutip dagger dan busurnya yang berselerak di atas tanah.

"Lie."

Orang misteri di hadapan Seulha ketawa lagi. "I'm not a genius in both like you." Katanya sambil mendekati Seulha.

"And I'm a special case. A Lion who were known in close combat, only knew how to shoot arrows. Strange, isn't it?" Figura itu meletakkan kembali busurnya ke belakang badan. Tali pinggang pula dipakai sambil menyusun dagger ke bahagian yang sepatutnya.

"Am I being tested?" Seulha mengeluh. Hood yang meleret ke bahu dinaikkan semula untuk menutupi wajahnya. Tangan yang terluka digenggam erat, cuba untuk melupakan rasa sakitnya.

"Yes and no." Figura itu mengangkat wajahnya agar Seulha dapat melihat dengan jelas.

Melihat wajah figura itu, Seulha menunjukkan taringnya. Seulha berdesis kuat sambil membuka langkahnya setapak ke belakang. Gerak gerinya lebih berhati-hati daripada perlawanan tadi.

"Until we meet again?"

"Never." Wajah bengis Seulha langsung tidak menggerunkan figura itu, malah dia hanya tertawa melihat reaksi gadis kecil di hadapannya itu.

Figura itu mematikan riak wajahnya sebelum mengangkat tangan kiri mendekati wajah. Kemudian, sebuah topeng bercorak hitam dan putih menutupi wajah figura itu. Dia melompat tinggi ke arah bangunan berdekatan untuk pergi meninggalkan Seulha sendirian.

────────• •────────

Seulha mengetuk perlahan pintu kayu yang berada di hadapannya itu sebelum ia terbuka luas untuk menerima kedatangannya.

"My young Scarlet. Welcome Home." Seorang lelaki berpakaian mewah serba hitam mendekati Seulha sambil mendepakan tangan. Perlahan-lahan badan kecil gadis itu ditarik ke dalam pelukan.

Seulha yang tidak biasa akan pelukan menunjukkan wajah tidak selesanya. Kemudian lelaki itu melepaskan tawa kecil dan membawa Seulha masuk ke dalam kediaman itu.

"Mari. Semua sudah menanti." Lelaki itu tersenyum sebelum berjalan ke hadapan untuk menunjukkan arah. Seulha mengangguk perlahan sebelum mengikuti langkah lelaki yang samar-samar di ingatannya itu.

Setibanya mereka di sebuah ruangan makan, Seulha dapat melihat meja yang panjang berada di tengah-tengah bilik itu. Terdapat beberapa orang dewasa yang tidak dikenali, tidak kurang juga teman-teman Seulha yang persis dengannya.

Di sudut mata, Seulha nampak Lion yang menyerangnya tadi duduk tidak jauh daripadanya menyinarkan senyuman. Seulha hanya mengangguk kecil sebelum mengambil duduknya.

Suasana sunyi di ruangan itu. Rasa sejuk mencengkam tulang Seulha walaupun dia sudah mengenakan jubah tebal. Walaupun begitu setiap seorang daripada mereka yang berada di meja makan ini tetap fokus memandang ke hadapan.

Mata tajam mereka membuat Seulha sedar mengapa dia dijemput ke mari. Rakan sekerja Seulha pula menzahirkan senyuman gelisah ke arahnya, namun Seulha tidak endahkan. Dia harus mengekalkan auranya tanpa ada sedikit pun rasa goyah atau takut.

Kerana ini merupakan perjumpaan terbesar Seulha pernah ikuti sepanjang dirinya berkhidmat.

Tidak lama kemudian, lelaki yang menjemput Seulha tadi berdiri di hujung meja makan panjang itu. Gelas kacanya diangkat tinggi lalu diketuk perlahan menggunakan sudu kecil.

"Attention, assasins."

"Terima kasih kerana dapat menghadirkan diri dalam pertemuan ini." Lelaki itu tersenyum lebar menampakkan barisan giginya. Matanya pula tertutup rapat, menampakkan lagi kemesraan dalam senyumannya.

"Cut to the chase, Mr. Haden." Salah seorang daripada assasin yang duduk tidak jauh di hadapan berkata-kata agak kuat.

Seulha memandang figura yang berpakaian dress putih hitam itu sedang bermain dengan dagger kecil miliknya.

Lelaki bernama Mr. Haden yang sedari tadi tersenyum itu kembali ke wajah seriusnya. Mr. Haden memandang wanita tadi dengan senyuman yang tidak ikhlas sekilas sebelum kembali memandang ke assasin lain.

"The case we got today;" jari dipetik sebelum beberapa orang bawahan Mr. Haden datang daripada belakang mereka untuk memberikan sebuah fail coklat yang agak tebal.

"Macam yang kalian boleh lihat di kertas pertama, kes yang kita dapat hari ini daripada HQ Top Priority. This is a long-term mission, but worth the sacrifice." Mr. Haden mula berjalan mengelilingi meja makan di dalam bilik itu sebelum berhenti di belakang Seulha.

Seulha sedar akan gerak geri Mr. Haden. Walaupun tidak mengancam keselamatannya, Seulha masih lagi berjaga-jaga dan mengekalkan ketenangannya.

Mr. Haden mula mendekati Seulha. Kedua-dua belah tangannya diletakkan ke atas bahu kecil Seulha. "Because of its difficulty, the one who succeed this mission will be chosen by the HQ to work with them."

"A promising mission to end your assasin life and live peacefully." Mr. Haden menyambung sambil berbisik ke telinga Seulha, seperti cuba untuk menyucuk gadis muda itu untuk mengambil kes ini.

Seulha masih lagi fokus memandang fail di hadapannya. Satu persatu muka surat dibaca dengan teliti agar tidak ada satu pun info yang tertinggal sehingga ke muka surat terakhir.

"Apa maksud kau, Haden?" Lelaki yang duduk di sebelah Seulha menyahut, kurang faham akan kata-kata Mr. Haden sebentar tadi.

Mr. Haden mengeluh perlahan. Kedua tangannya menepuk bahu Seulha sebelum dia melangkah kembali ke hujung meja makan. Tangannya di depa ke kiri dan kanan sebelum menyambung kata-katanya.

"As said, misi ini datang daripada HQ. Mereka sedang mencari assasin bawahan yang berpotensi untuk menjadi salah satu daripada anggota mereka, tidak kira tua atau muda." Mr. Haden tersenyum nipis, memandang semua wajah assasin yang fokus ke arahnya kecuali Seulha.

"Sepanjang misi assasin yang mengambil kes ini akan diberikan tempat tinggal tetap. Makan, minum dan keperluan hidup juga ditanggung sepenuhnya oleh HQ."

"Namun kes ini boleh jadi berbahaya. Deadly, even." Mr. Haden menyambung ucapannya membuatkan semua assasin kembali memandang ke fail di hadapan mereka. Senyuman lebar mereka semua mati mendengar perkataan itu.

"Kita harus bermain dengan keluarga bangsawan Sternbild dan juga penglibatan daripada bandar lain. Kes ini besar. Satu langkah silap dan kematian menunggu."

Seulha menelan air liurnya mendengar ayat itu. Dia dapat merasakan kaki dan tangannya menggigil saat menyedari betapa besarnya skop penglibatan kes ini. Kematian bila-bila sahaja menunggunya dalam setiap langkah yang diambil.

Walaupun begitu, Seulha mengangkat tangannya ke atas, cuba untuk menanyakan soalan. Saat Mr. Haden sedar akan perilaku Seulha, dia tersenyum lebar.

"Yes, Scarlet?" Mr. Haden memanggil Seulha menggunakan nama panggilan yang dia gunakan. Mendengar panggilan itu membuatkan Seulha mengangkat wajahnya.

"Macam mana dengan ahli keluarga kami?" Seulha bertanya dengan suara yang tenang. Assasin lain memandang gadis itu dengan mata yang membulat.

Keluarga? Orang gila mana yang sanggup melakukan kerja berbahaya ini dengan mempunyai keluarga di sisi mereka?

Majoriti di dalam ruangan ini telahpun meninggalkan keluarga dan kekasih mereka saat memilih untuk menjadi seorang assasin. Tetapi gadis kecil ini?

"Well of course. Jabatan saya sendiri yang akan menguruskan hal ehwal keluarga kalian." Mr. Haden membalas ringkas. "And we will always inform you about their condition weekly."

"Macam mana dengan lokasi mereka?" Seulha bertanya lagi. Kali ini wajahnya serius memandang Mr. Haden, cuba mengenal pasti reaksi lelaki itu agar tidak mengeluarkan tipu helah di hadapan para assasin terhebat Sternbild.

"Sudah tentulah hanya HQ dan kamu sahaja yang tahu keberadaan mereka. Jabatan saya hanya wujud sebagai perantara." Mr. Haden membalas yakin.

"Our undercover?"

"Your undercover prompt will be assigned by HQ Cecilia Department." Senyuman Mr. Haden tidak gugur daripada bibirnya sepanjang menghadapi soalan daripada Seulha.

Mendengar jawapan lelaki itu, Seulha menarik nafas yang dalam. Dia menutup fail di hadapannya sebelum berdiri daripada duduk. "I'll take the case."

Wajah Seulha yang tenang itu membuatkan semua assasin yang hadir terkejut, malah terasa malu dengan gadis itu. Walaupun berbadan kecil dan masih lagi muda, dia sanggup mengambil kes yang berbahaya ini.

Kebanyakkan daripada mereka yang duduk semeja dengan Seulha juga merupakan assasin dewasa. Rasa malu itu langsung tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

"Well then. I see you later, Haden." Seulha menunduk sejenak tanda hormat sebelum memasukkan kembali kerusi ke bawah meja. Langkah Seulha keluar daripada bilik itu sangat senyap, bagaikan gadis itu sedang berjalan di atas angin.

Sejurus sahaja Seulha keluar daripada bilik itu, orang bawahan Mr. Haden membawa Seulha ke ruangan seterusnya untuk menandatangani kontrak persetujuan.

Di dalam bilik itu pula sunyi melabuhkan tirainya. Assasin lain yang mula merasakan ego mereka tercalar bangkit daripada duduk seusai sahaja Seulha beredar, manakala rakan sekerja Seulha pulak mula risau akan keadaan gadis itu nanti.

Sebaliknya bagi Mr. Haden yang tersenyum lebar apabila mendengar assasin muda di bawah jabatannya yang digelar Scarlet itu menerima kes ini.

Bukan sahaja ia mendatangkan keuntungan kepada Seulha Lloyd, malah kepada jabatan jagaannya juga.

Killing two birds with one stone, they said.

────────• •────────

"Jauh lagi ke, Scarlet?" Mr. Haden mengeluh perlahan sebelum menarik selimut tipis yang berada di atas pehanya ke atas bahu.

Sekarang Mr. Haden sedang membawa Scarlet kembali ke tempat dia dan Lily berteduh dengan menaiki kereta kuda. Walaupun kabin kereta kuda itu tertutup, rasa sejuk angin malam masih lagi menusuk ke tulang temulang.

Seulha yang sudah terbiasa dengan kesejukan itu masih lagi tenang dengan jubahnya. Pandangan dialihkan ke luar tingkap, memandang hutan tebal saat kereta kuda dibawa laju.

Soalan Mr. Haden tadi terbiar sepi. Seulha hanya bersuara apabila kereta kuda yang dinaiknya tiba di jalan sunyi bandar Sternbild. Perlahan-lahan kereta kuda itu berhenti di tepi jalan sebelum pintu terbuka daripada luar.

Mr. Haden menapak turun sebelum mengikuti langkah Seulha yang sudahpun berjalan pantas di hadapannya. Tidak lama kemudian, sebuah pondok kecil yang kelihatan tidak terurus dan jelas sudah terbiar memenuhi ruang mata Mr. Haden.

"Oh my, Scarlet. You sleep here everyday?" Terdengar sayu pada nada Mr. Haden saat melihat pondok itu. Seulha yang sudah tiba di hadapan pintu pondok itu memandang ke belakang.

"Rasanya saya sudah beritahu untuk duduk di dorm jabatan saya?"

"Aku sudah janji untuk tinggal di rumah hasil tangan sendiri." Seulha kekal dengan wajah seriusnya sebelum membuka pintu pondok itu perlahan.

Figura kecil Lily yang masih lagi nyenyak itu membuatkan Seulha tersenyum. Perlahan-lahan, tangan Seulha menyelak rambut gadis kecil itu ke belakang telinga sebelum menyentuh pipi mulus Lily.

"Lily...wake up. We need to move." Seulha menyentuh rambut Lily lalu mengusapnya beberapa kali. Mr. Haden yang masih lagi menonton daripada pintu pondok itu terdiam melihat gadis yang tertidur itu.

"Uh? Sudah pagi ke?" Lily bangun sambil menggosok matanya yang masih lagi separuh terbuka. Seulha menggeleng dan tersenyum. "Kakak jumpa rumah! Lepas ini kita tak perlu tidur macam ni lagi." Seulha berkata riang.

"Tak boleh esok pagi ke?" Suara kuyu Lily membuatkan Seulha tergelak lucu. Lily paling susah untuk dikejutkan apabila sudah tidur. Belum masuk air liur yang sudah kering di tepi pipi tu.

"Kita kena pergi sekarang! Kalau tak rumah kita orang lain ambil." Seulha berkata tegas.

"Hah?! Tak boleh macam tu! Mari kak, kita pergi sekarang juga!" Serta merta mata Lily menjadi segar bugar. Beg yang berisi makanan hasil curian mereka pagi tadi diangkat pantas.

"Let's go!" Seulha mengangkat beg guninya pula sebelum berjalan bersama Lily ke luar pondok. Melihat reaksi Mr. Haden, Seulha memberi signal untuk tunggu sehingga mereka masuk ke dalam kereta kuda dahulu.

Sejurus sahaja mereka masuk ke dalam kereta kuda, Lily merehatkan kepalanya ke atas peha Seulha dan terlelap dalam perjalanan.

"Betul dia adik kamu, Seulha?" Mr. Haden bertanya setelah sekian lama mendiamkan diri. Wajahnya juga berubah serius saat memandang Seulha yang duduk di hadapannya. "She looks... different."

"She have my mother's face. I got father's." Seulha membalas ringkas. Mr. Haden menzahirkan senyuman sebelum menyandarkan dirinya ke tempat duduk.

"Well...as long as she is your family then I'm okay with it." Mr. Haden tersenyum membuatkan Seulha tertunduk bersama senyuman nipis. Gadis berjubah itu mengangguk perlahan, tanda menyetujui kata-kata lelaki di hadapannya itu.

"She is my one and only family."

────────• •────────

Seulha's Childhood : Unlocked

Heroin Appearance
Seulha Lloyd seulcifer

End of Chapter Six :
In The Midst of The Crimson Night

by thyngboi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro