Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5. From The Dark Past to The Bright Future

────────• •────────

"Ito-san..."

"Tidak boleh, Cik Hotaru." Ito Ryuji mengeluh lagi sambil cuba menahan lengan Hotaru agar gadis itu tidak lari daripada pandangan para pengawal lagi. Senyuman nipis terukir di wajah, berharap agar Hotaru memahami keadaan yang dia sendiri perlu hadapi.

Tangan kiri Hotaru yang memegang lengan Ito melorot lemah. Riak wajahnya bertukar hampa.

"Kalau jalan-jalan sahaja, tidak apa kan?" Hotaru sekali lagi cuba memujuk agar dia bisa keluar walaupun dikawal ketat kerana arahan ibunya, Puan Tsuji.

Ito mengeluh sebelum mengangkat wajahnya untuk memandang Hotaru yang sudah membuat muka comel. Perlahan-lahan, senyuman nipis terzahir pada wajahnya mendatangkan aura gembira daripada Hotaru. Puteri kepada keluarga Tsuji itu kemudiannya mula melompat gembira bersama anak patungnya di atas katil.

Mana mungkin Ito Ryuji, seorang yang sudah lama berkhidmat dengan keluarga Tsuji, mampu menolak kecomelan karenah keturunan termuda mereka. Jika ayahnya, Ito Tsugio masih hidup pun dia pasti pesona Hotaru dapat memikat hati lelaki tua itu.

Tanpa berlengah, Ito Ryuji mengumpulkan semua pengawal yang bertugas dalam menjaga keselamatan Tsuji Hotaru dan bersiap sedia untuk keluar.

Jalan yang penuh dengan penduduk Sternbild dan juga pedagang di plaza bandar langsung tidak menarik perhatian Hotaru. Gadis itu asyik memandang ke atas, memerhati setiap bumbung bangunan yang pernah menjadi tempat singgahan Kiara setiap tengah hari.

Ito Ryuji yang sedar akan perlakuan gadis itu hanya mampu mengeluh. Rasa bersalah mengunjungi dirinya melihat keadaan Cik Hotaru yang sudah lama berada di bawah jagaannya.

Sehinggalah mereka berjalan melepasi lorong yang menjadi tempat kejadian kelmarin. Hotaru berhenti melangkah melihat beberapa kertas yang sudah diremuk terlihat tidak terusik di tengah-tengah lorong itu.

Ito Ryuji menyentuh bahu Hotaru sebelum melangkah mendekati gumpalan kertas itu. Perlahan-lahan, Ito membuka kertas itu satu persatu agar tidak koyak.

Setibanya helaian kertas itu di tangan Hotaru, gadis itu menitiskan air matanya. Senyuman nipis yang terzahir di wajah mula memudar. Dalam hati, Hotaru tidak henti menyumpah seranah dirinya yang bodoh kelmarin.

Kalau sahaja dia tidak memperkenalkan Kiara, rakannya itu tidak perlu kehilangan seseorang yang istimewa lagi. Hotaru juga, pasti bisa bersama dengan Kiara sehingga mereka dewasa.

Semuanya sudah terlambat. Salah kau Hotaru, gadis itu berbisik sendiri. Tangan yang memegang kertas itu mula meremukkannya semula. Kepalanya ditunduk sebelum memalingkan badan untuk beredar.

"Let's go home, Ito-san."

────────• •────────

"Hey! Come back here you theif!!"

"Run, Lloyd. Run! Hahahaha!"

"For God sake, call me Seulha!!"

Dua orang gadis berbadan kecil berlari kencang merentasi lautan manusia di pasar yang berdekatan dengan plaza bandar. Tangan gadis yang berpakaian jubah perang itu ditarik oleh rakannya agar mereka mampu mengelabui mata penjual tadi.

"Silver head, left!" Seulha Lloyd menjerit sambil menuding ke arah kiri. Gadis yang sedang menariknya itu tersenyum lebar sebelum berlari menuju ke arah lorong itu.

Seulha memaling ke belakang ketika mereka berlari masuk dengan lebih dalam, tersenyum lebar melihat peniaga itu sudah hilang daripada menjejaki mereka.

"Hahaha! That was a blast!" Suara riang rakannya kembali menarik perhatian Seulha. Mata Seulha mula mengekori langkah rakannya, melihat badan kecil itu mula menggunakan tangga yang berada berdekatan untuk naik ke bumbung.

Senyuman mengejek terukir di bibir Seulha sebelum dia menarik nafas yang dalam dan mengikuti gadis itu. Setibanya Seulha di atas bumbung, dia melihat rakannya meniti dengan perlahan sebelum mengambil duduknya.

Beg besar yang digendong gadis itu diletakkan ke sisi sebelum dia berpaling memandang Seulha yang masih lagi berdiri.

"Here." Gadis itu membaling sebuku roti yang masih lagi panas ke arah Seulha. Putus daripada lamunan, Seulha berjaya menangkap roti itu dengan cermat sebelum ia jatuh ke bumbung. Senyuman lebar yang terzahir di wajah rakannya itu tidak pernah berhenti memberikan dia rasa senang dan selesa.

Seulha melangkah dengan perlahan sehinggalah dia duduk di sebelah rakannya. Rambut putih bersinar seperti warna perak milik gadis di sebelahnya itu membuatkan jantung Seulha berdetak laju. Betapa lembutnya angin menerpa rambut gadis itu agar terbang bebas membuatkan Seulha terpesona.

Kecantikan gadis itu luar biasa. Sangat luar biasa sehingga dia sendiri terpikat dengan aura yang dibawanya. Seulha sehingga terfikir bahawa gadis yang sudah menjadi rakannya sejak dirinya berumur 7 tahun itu bukanlah manusia haiwan seperti semua penduduk Sternbild.

Renungan Seulha mula berubah kepada tawa halus, membuatkan rakan yang berada di sebelahnya itu mengangkat wajah daripada memandang makanannya dengan tekun.

"Messy eater as always, Lily." Pipi gebu gadis yang dipanggil Lily itu diusap lembut untuk membuang serbuk roti yang melekat. "Hah...what are you going to be without me later on?" Rambut gadis yang lebih muda daripadanya itu digosok kasar.

"Apa maksud kakak?" Lily bertanya keliru. Mulutnya juga sudah berhenti mengunyah roti yang berada do tangan dan menujukan fokusnya kepada Seulha. Gadis yang lebih tua itu mengeluh perlahan sebelum melihat mata polos Lily yang sedang merenungnya.

Mata berwarna biru muda itu masih lagi bercahaya dan suci, masih tidak mengerti akan sisi baik dan sisi kekejaman dunia. Seulha mengetap bibirnya apabila dia teringat semula kehidupan mereka di rumah anak yatim dahulu.

Mereka berdua, terutama sekali Lily seringkali menerima layanan yang teruk daripada penjaga rumah anak yatim itu. Caci maki dan sepak terajang bagaikan sarapan, makan tengahari dan makan malam Lily ketika berada di situ.

Sajian yang menjadi santapan anak kecil itu hanyalah baki roti yang tidak dihabiskan oleh anak yatim lain. Itu pun Lily hanya akan terima dua kali seminggu. Walaupun dilayan seteruk itu, Lily tidak pernah berhenti mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kerana badan kecilnya masih lagi hidup.

Sungguh, Seulha sendiri tidak mengerti akan perlakuan Lily yang tidak henti mengucapkan terima kasih. Kadang dia terasa jengkel, tetapi dia faham apa yang dilalui Lily kerana dia juga melalui perkara yang sama.

Seulha sendiri rasa berterima kasih kerana masih bernafas untuk melihat dunia.

Sehinggalah Seulha mendapat peluang untuk melarikan diri. Dia tahu, dia masih tidak akan dilayan dengan selayaknya di luar sana tapi dia tidak kesah. Asalkan dia keluar daripada neraka yang didiaminya saat ini.

Malam itu Seulha membaluti badan Lily yang terbaring longlai di atas lantai konkrit yang sejuk sebelum mereka berdua melarikan diri daripada rumah anak yatim itu. Melihat figura kecil yang lemah itulah Seulha bersumpah ingin menjaga Lily sehingga ke akhir hayatnya.

Sekarang, mereka di sini.

Hidup mereka bagaikan pelarian yang tidak akan diterima di mana-mana tempat. Seulha mahukan kehidupan yang lebih selesa agar mampu menjamin masa hadapan Lily. Namun buat masa sekarang, mereka harus bergantung hidup dengan mencuri makanan daripada jalan-jalan dan pasar di plaza bandar.

Mata Seulha mula bergenang dengan air mata. Dengan pantas, dia mengalihkan pandangannya daripada Lily sebelum mencapai tangan kecil gadis itu dan mengenggamnya erat.

"Lily, no matter how, kakak akan pastikan hidup kita selepas ini selesa dan gembira. Tidak perlu lagi mencuri makanan. Kakak janji." Tangan kecil milik Lily dicium lama sebelum air matanya menitis.

Rasa hangat setitik demi setitik mula jatuh ke tangan Lily. Gadis itu sedar akan situasi Seulha yang terbeban dengan janji untuk menjaga dan memberikannya kehidupan yang selesa. Roti yang digenggam sedari tadi dimasukkan semula ke dalam beg guni besar di sebelahnya.

Lily menurunkan tangan yang berada di dalam genggaman Seulha sebelum memaksa gadis yang lebih dewasa itu untuk memandangnya.

Senyuman lebar terukir di wajah. Riak yang lembut dan ceria milik Lily tidak pernah berhenti mendatangkan rasa senang dalam hati Seulha.

"Terima kasih, kakak!"

────────• •────────

"As the time passed, youth pursues her."

────────• •────────

"Anesthesia."

"...Anesthesia."

"Elder Jeannette?" Lily membuka matanya perlahan, cuba untuk menghalang daripada silau menerjah pandangannya. Badan diangkat daripada terus terusan menyandar ke sebatang pohon yang renek di belakangnya.

"Kamu tertidur di luar lagi?" Tawa halus lolos daripada bibir seorang wanita dewasa yang sedang duduk tidak jauh di hadapannya. Rambut wanita itu panjang sehingga mencecah rumput hijau yang menjadi alas mereka duduki.

Ini, bukan yang pertama kali dia bertemu dengan wanita ini.

Elder Jeannette.

Manusia haiwan tertua dalam puaknya dan mempunyai kekuatan magis yang tidak terbanding dengan haiwan lain. Semua haiwan yang tergolong dalam puak ini sentiasa merendah diri, walaupun telah mencapai pelbagai nama dan kejayaan yang patut dijadikan kebanggaan.

Puak haiwan yang sering dianggap suci dan berkuasa ini kini menjadi legenda dan cerita dongeng kanak-kanak di seluruh tanah Mesyats.

Nine-tailed Fox.

"Anesthesia, will you come and play with me?" Lamunan gadis itu mati apabila Elder Jeannette memetik jari runcingnya di hadapan wajah Lily kemudian tertawa perlahan.

"Yes!" Tanpa Lily sedar, dia menjawab soalan itu dengan penuh rasa semangat. Kedua belah tangan gadis itu tergenggam erat lalu dirapatkan ke dada kerana terlalu teruja.

Seketika tangan kecil Lily menyentuh telapak tangan Elder Jeannette, rumput yang menghijau di sekitarnya berubah ke warna perang kehitaman.

Langit juga bukan lagi biru lembut, malah ianya hitam dan gelap bersama calitan awan merah hasil pantulan cahaya daripada bulan yang seperti dilumuri darah.

Tangan Elder Jeannette yang tadi berada di hadapannya juga hilang tanpa jejak. Hanya tinggal Lily keseorangan di padang yang hangus dan sunyi itu. Matanya bergetar melihat sekeliling.

Lily takut. Lily takut, fikir gadis kecil itu. Air mata mula menitis kerana takut akan suasana yang tiba-tiba sahaja berubah dengan drastik.

Saat itu seorang wanita berlari kencang ke arah Lily. Pakaian dress putih yang wanita itu kenakan sudahpun terbakar beserta calitan darah. Wajah manis wanita itu yang sering Lily puji kini dihiasi dengan lebam dan luka.

"Elder Jeannette! Apa yang berlaku?! Lily takut! Lily takut!" Lily meraung kuat apabila badan kecilnya dicempung oleh wanita itu lalu meneruskan lariannya. Di belakang wanita itu, terlihat banyak bayang-bayang yang mengekori seperti ingin mengejar mereka sehingga ke hujung dunia.

Setelah lama berlari, akhirnya mereka menemui jalan buntu. Curam yang dalam menunjukkan sungai jauh di bawah sana berada di hadapan Elder Jeannette dan Lily.

Esakan tangis Elder Jeannette mula kedengaran. Wanita itu jatuh melutut ke bumi, mengotorkan dress putih yang dikenakannya sambil memeluk erat Lily yang berada di dakapan.

"Jeannette. Jangan larikan diri lagi." Suara yang sangat asing mula bergema daripada jauh membuatkan Lily semakin berpegang erat ke badan Elder puaknya itu.

Jeannette mengusap air matanya sebelum menurunkan Lily untuk berada di hadapannya.

"You...are the sole survivor of our kind." Elder Jeannette memegang kedua belah bahu Lily. Dirinya yang sudah kelihatan tidak terurus itu mendatangkan rasa yang sakit ke dada Lily.

Apa yang Elder Jeannette katakan selama ini memang betul. Seseorang yang kuat, tidak mampu berlawan tanpa semangat kepahlawanannya. Dan di mata Lily sekarang, Elder Jeannette sudah kelihatan lelah kerana mengeluarkan kuasanya untuk bertarung. Elder Jeannette hilang keberantungan.

"With my last power within my core, I crowned you, Lily Anesthesia Guerra, as the Queen of Nine-tailed Fox of Doux."

Lily lihat dengan jelas, dahi dan dada Elder Jeannette mengeluarkan cahaya putih yang terang sebelum dahinya disatukan dengan Elder Jeannette.

Ketika itu, Lily dapat rasakan betapa hangatnya aura aliran kuasa yang berpindah daripada tubuh Elder of Doux ke tubuh kecilnya. Selepas beberapa saat, Elder Jeannette mula terkulai layu ke tanah. Dahi dan dada Lily yang masih lagi bersinar membuatkan gadis itu panik.

"Lily, be proud of being a Doux. Always be thankful. Always." Tangan Elder Jeannette lembut mengusap rambut dan pipi Lily untuk menenangkan anak kecil itu. Tanpa Lily sedar, badannya sudahpun berada di hujung gaung tanpa bantuan tanah di kaki untuk berdiri.

"Live."

Sejurus itu, Elder Jeannette menjatuhkan Lily ke gaung tersebut, yakin bahawa gadis kecil itu pasti bisa terselamat dan akan menjalani hidup yang baharu.

Lily memandang ke atas, melihat Elder Jeannette menitiskan air matanya saat ditangkap oleh sekumpulan manusia haiwan yang mengejar mereka tadi.

Lily tersenyum manis sebelum berubah kepada bentuk musang berekor sembilan miliknya. Mata dipejam erat, cuba untuk menghayati deru angin yang menemaninya jatuh ke sungai deras di bawah curam ini.

"Terima kasih."

"...Lily!"

"Lily bangun! Kita perlu pergi." Tangan Seulha singgah di kedua-dua bahu Lily. Wajah rakannya itu mulai berubah cemas.

"Kita perlu mencari tempat berteduh. Sebentar lagi hujan akan turun." Seulha mula mengambil beg guni yang berisi makanan itu sebelum berdiri. "You sleep like a log. I can't help but to let you rest for a moment."

"Come on!" Seulha mendesak kerana dia tidak mahu lagi bermalam di bawah rekahan pokok dan basah buat semalaman. Makanan mereka juga mungkin akan rosak jika terdedah kepada air begitu lama.

"Coming!" Lily menyahut lalu berdiri dengan perlahan. Jubah dan pakaiannya ditepuk bagi menghilangkan debu sebelum kakinya melangkah membuntuti Seulha.

────────• •────────

Lily's Childhood : Unlocked

Heroin Appearance
Lily Anesthesia thyngboi
Seulha Lloyd seulcifer

End of Chapter Five :
From The Dark Past to The Bright Future

by thyngboi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro