Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

°º¤ø 9 ø¤º°

Selepas 15 minit,pihak polis tiba di apartmen Seonhee.Juyeon turut ada bersama mereka.Kalau diikutkan, Detektif Im tidak membenarkan kerana keadaan Juyeon ketika itu namun selepas melihat Juyeon bersungguh,lelaki itu akhirnya membenarkan.

Pintu rumah Seonhee dibuka.Polis melihat keadaan di dalam rumah dan menunjukkan tiada orang di dalam rumah itu.Juyeon memandang bilik stor yang terbuka itu.

"Sini!",panggil Juyeon dan Detektif Im serta beberapa lagi orang polis,menuju ke bilik stor.

"Saya rasa diorang turun melalui tingkap...lepastu melompat ke arah koridor.",ujar Detektif Im.

▪▪▪▪▪

Seonhee berlari ke arah tangga untuk melarikan diri tetapi tingkat yang ditujunya itu sedang dalam pengubahsuaian.Oleh disebabkan itu,pintu tangga ditutup manakala lif pula berada di hujung tingkat.Jadi,Seonhee membuat keputusan untuk naik ke tingkat atas.

Sebelum menukarkan haluannya,Seonhee melihat keadaan sekeliling kerana risau Seungmin akan munculkan diri  di situ.

Dia mempercepatkan langkahnya menuju ke tingkat atas.Hanya satu tempat yang ditujunya ketika itu, bahagian atas bumbung.

▪▪▪▪▪

Seungmin berjalan terhincut-hincut disebabkan kakinya yang semakin sakit akibat jatuhan tadi.

Pintu tangga dibuka dan dia terdengar bunyi derapan tapak kaki menuju ke atas.

"Seonhee..",dia tersenyum dan sebelum meneruskan langkahnya,Seungmin terpandang kotak alatan pertukangan yang terletak tingkat yang diubahsuai itu.

Seungmin membuka kotak alatan tadi dan mengambil gerudi tanpa wayar lalu menuju ke tingkat atas.

Seonhee segera mengunci pintu bumbung.Satu titisan air mula dirasai dan Seonhee mendongak ke langit.Hujan mulai turun renyai-renyai dan gadis itu duduk melepaskan lelah.

▪▪▪▪▪

"Kita perlu cari diorang kat luar bangunan.Mungkin Seonhee dah larikan diri tak jauh dari sini.",kata Detektif Im.

Pasukannya mengangguk faham sebelum membuat carian di luar apartmen.Detektif Im memandang Juyeon yang tercegat di sebelahnya.

"Lupa pulak ada dia..",getus hati lelaki itu.

"Juyeon...awak ikut saya.",kata Detektif Im dan Juyeon mengangguk faham.

▪▪▪▪▪

Seungmin cuba membuka pintu tetapi tidak boleh kerana pintu itu berkunci.Gerudi tanpa wayar ditangannya itu digunakan untuk menebuk lubang pada pintu tadi.

Seonhee terdengar bunyi bising datang dari arah pintu.Dia sudah tahu yang gerangan itu ialah tidak lain tidak bukan,Kim Seungmin.

"Tolong!! Tolong!!",jerit Seonhee dan usahanya itu sia-sia kerana suaranya tenggelam dalam hujan.

Seungmin akhirnya berjaya membuka pintu dan dia tidak meneruskan langkahnya sebaik melihat Seonhee sudah berdiri di bahagian tepi bumbung.

"Seonhee! Jauhkan diri awak dari situ!",arah Seungmin.

▪▪▪▪▪

Juyeon yang bersama Detektif Im meneruskan carian dan lelaki itu terdetik untuk mendongak ke atas.Dan ketika itu,dia ternampak seorang gadis berada di atas bumbung.

"Bukan sekarang,Seonhee...",ujarnya lalu terus berlari masuk ke dalam bangunan itu semula.

"Juyeon! Kau nak pergi mana?!",soal Detektif Im.

"Kemungkinan mangsa dan suspek berada di atas bumbung..cepat bergerak ke sana sekarang!",beritahu Detektif Im melalui walkie-talkie.

▪▪▪▪▪

Sekarang...tak ada siapa yang boleh tolong aku..",ujarnya di dalam hati.

Pandangan dialihkan dia ternampak serpihan kaca yang ada di situ.Kaca itu ialah serpihan tingkap yang disimpan di atas bumbung.Serpihan kaca itu diambilnya dan Seonhee memberanikan diri untuk berhadapan dengan Seungmin.

"Aku tak akan mati seorang diri kat sini.", getusnya lagi.Kaca tadi digenggam erat lalu dia menyerang Seungmin.

Seungmin sempat mengelak dari serangan Seonhee itu.Gerudi tanpa wayar di tangannya tadi juga sudah tercampak ke tepi.

"Aku akan bunuh kau,Kim Seungmin!!",Seonhee sudah kehilangan warasnya.

Dia membuat serangan tanpa henti.Seungmin pula tidak sempat bangun bila gadis itu tidak sedikit pun memberi peluang kepadanya.

Kerana terpaksa,Seungmin menolak badan Seonhee yang mana membuatkan gadis itu terjatuh.

"Arghh...",Seonhee memegang punggungnya yang terasa sakit akibat hentakan.

Seungmin terkejut lalu segera mendapatkan Seonhee.

"Seonhee...awak okay?",soal Seungmin cemas.Seonhee mengambil kesempatan itu dengan menghantukkan kepalanya.

Seungmin memegang hidungnya yang  dihantuk Seonhee tadi.Belum sempat dia hendak mendapatkan gadis itu,Juyeon sudah munculkan dirinya di situ.

"Tinggalkan Seonhee sekarang...",arah Juyeon.

Seungmin tersenyum sinis sambil matanya merenung mata Juyeon.Darah yang keluar melalui hidungnya itu dilap menggunakan hujung bajunya.

"Aku...tinggalkan Seonhee?",soal Seungmin dengan nada tidak percaya.

Juyeon memberi isyarat kepada Seonhee supaya bersembunyi terlebih dulu.Seungmin yang sedar dengan gerakan mata Juyeon,menoleh ke arah Seonhee.

"Seonhee!! Jangan lari!",Seungmin cuba menghentikan Seonhee namun Juyeon lebih tangkas dengan menyerang lelaki itu dari belakang.

Seonhee terkejut tetapi dia mengikut arahan Juyeon untuk mencari tempat bersembunyi.

"Kau nak apa,bodoh?!",Seungmin sudah berang bila Juyeon menyerangnya.

Juyeon tidak menjawab sebaliknya terus menumbuk muka lelaki itu.Seungmin tidak mengalah lantas menyerang semula.Kini gilirannya pula menyerang Juyeon.

Seonhee yang sedang bersembunyi,dapat merasakan seseorang sedang menghampirinya.Sebaik saja dia menoleh ke tepi,dia menjerit kerana terkejut.

"Arghh---",Seonhee terdiam bila Juyeon menutup mulutnya.Juyeon juga menggeleng,memberi arahan supaya Seonhee mendiamkan diri.

"Maafkan saya sebab salah sangka dengan awak...",kata Seonhee dalam keadaan berbisik.

Juyeon hanya tersenyum kecil lalu menggeleng.Asalkan Seonhee selamat di tangannya,itu sudah cukup melegakannya.

"Seonhee...awak percayakan saya kan sekarang?",soal Juyeon dan Seonhee mengangguk.

"Keluar sekarang!!!",jerit Seungmin.Seonhee dan Juyeon saling berpandangan ketika itu.

"Awak percayakan saya kan?", soal Juyeon sekali lagi dan Seonhee mengangguk.

"Awak pergi ke arah pintu,biar saya alih perhatian Seungmin.",arah Juyeon.

"Tapi...awak?",soal Seonhee semula.Lelaki itu sudah melakukan lebih dari segalanya semata-mata hendak menyelamatkan dirinya.

"Saya janji akan ikut awak...tapi awak pergi dulu...trust me.",Juyeon meyakinkan Seonhee dan gadis itu pun mengikut seperti yang diarahkannya.

Juyeon pun keluar dari tempat persembunyian tadi.Kelihatan Seungmin sedang melilau sambil memegang gerudi tanpa wayar.

"Yahh!! Lelaki tak guna!",Juyeon menarik perhatian Seungmin.

Seungmin mengetap giginya menahan geram.Dengan keadaan terhincut-hincut,Seungmin menghampiri Juyeon.

Juyeon terkejut bila Seungmin tidak menyerang dengan gerudi itu sebaliknya menumbuk mukanya.

"Lepaskan Seonhee,sial! Kau nak apa dari dia?!',soal Seungmin.

Juyeon tidak dapat bernafas bila dirinya dicekik Seungmin.Tangannya memukul Seungmin minta dilepaskan.Melihat keadaan Juyeon yang sudah pun nyawa-nyawa ikan,Seungmin melepaskan tangannya.

Juyeon tidak membuang masa sebaliknya terus menyerang kaki Seungmin yang terseliuh itu.

"Arghh!!! Sakitlah bodoh!!",Seungmin meraung kesakitan bila kakinya yang terseliuh itu ditendang Juyeon.

Juyeon cepat-cepat berlari mencari Seonhee sementara Seungmin masih mengerang kesakitan.Seonhee yang menunggu Juyeon di pintu,menghulurkan tangannya kepada Juyeon.

Melihat Juyeon yang sedang menuju ke arah Seonhee,Seungmin menerjah lelaki itu sebelum sempat Juyeon menyambut huluran Seonhee tadi.

"Jangan..sentuh..dia!!",jerit Seungmin sebelum menarik Juyeon jauh dari Seonhee.

Disebabkan pergelutan itu,kedua mereka terjatuh dari tingkat itu.Seonhee menarik nafas terkejut melihatkan itu.

Seluruh badannya lemah bila menyaksikan kejadian itu.Seonhee perlahan-lahan mengatur langkah untuk melihat keadaan Juyeon dan Seungmin yang terjatuh di depan matanya tadi.

▪▪▪▪▪

"Ark...",Juyeon memegang kepalanya yang terhantuk.Seungmin pula tidak memberi sebarang respon selepas terjatuh dari tingkat atas tadi.

Nasib baiklah mereka berdua terjatuh ke atas balkoni.Juyeon bangun perlahan-lahan.Dia memandang Seungmin yang terbaring di tepinya.

"Seonhee...",gadis itulah yang difikirkannya saat itu.

Seungmin membuka matanya lalu bingkas bangun sebaik saja mendengar Juyeon menyebut nama Seonhee.

"Jangan dekat dengan dia!",Seungmin menarik kaki Juyeon dan membuatkan lelaki itu terjatuh semula.

Seungmin menarik kolar baju Juyeon.Sekarang,mereka saling bertentangan mata.Juyeon dapat melihat kemarahan melalui mata lelaki di depannya itu.

"Aku tahu siapa kau,Lee Juyeon..",ujar Seungmin.

"Ma...macam mana kau tahu nama aku?",terkejut Juyeon bila Seungmin menyebut nama penuhnya.

Seungmin tersenyum sinis lalu memberi Juyeon dengan pandangan mengejek.

"Aku tahu semuanya tentang kau....nama penuh,keluarga kau termasuklah...adik lelaki kau..",sambung Seungmin.

"Apa nama adik kau...Lee M---"

Bang! Bang! Bang!

Kata-kata Seungmin terhenti sebaik saja beberapa das tembakan dilepaskan.

"Kim Seungmin...awak ditahan atas tuduhan menceroboh,cubaan menculik dan juga menganggu ketenteraman awam.",kata Detektif Im sebaik saja dia menggari tangan Seungmin.

Juyeon menarik nafas lega lalu menyandarkan dirinya pada dinding.Dia juga tidak sangka yang Kim Seungmin mengetahui latar belakangnya.

Seonhee menghampiri Juyeon.Nasib baiklah semasa hendak ke situ tadi,Seonhee terserempak dengan Detektif Im dan dia jugalah yang memberitahu keberadaan Seungmin dan Juyeon tadi.

"Semuanya dah berakhir,Seonhee..",kata Juyeon.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro