°º¤ø 6 ø¤º°
Seonhee tertunduk mendengarkan kata-kata polis itu.Bukti kukuh? Apa lagi yang lebih kukuh selain apa yang disaksikannya sendiri 2 hari lepas.
"Seonhee..",
Seonhee mengangkat kepalanya lantas berdiri hingga kerusi yang didudukinya tadi terjatuh.
"Arghh...pergi!!!!",jerit Seonhee bila melihat Seungmin berada di tempat Juyeon tadi.
Terkejut Juyeon dibuatnya bila Seonhee menjerit ke arahnya.Bayang Seonhee sudah tidak kelihatan dan Juyeon ingin mengejar Seonhee namun niatnya terbantut kerana seorang pelanggan yang singgah di situ.
▪▪▪▪▪
Seonhee segera mengunci pintu sebaik saja masuk ke dalam rumahnya.Dia terduduk di belakang pintu lantas memeluk lututnya.
Tangisan dilepaskan di situ juga.Rasa rindu pada Sooyoung kian terasa bila dirinya ditimpa perkara sebegitu.Selama ini,Sooyoung lah yang selalu memberi semangat kepada dirinya.
"Maafkan aku,Sooyoung....", rintih Seonhee dalam esakannya.
Detik dia dikejar Seungmin tempoh hari,kembali menghantui fikirannya.Apa motif sebenar Seungmin buat begitu padanya? Pertemuannya dengan Seungmin ialah kesilapan paling besar dalam hidupnya.
Ting!
Seonhee membuka telefonnya dan mesej yang dihantar segera dibuka.
"Soo...Sooyoung?",gadis itu terkejut bila melihat nombor yang menghantar mesej tadi.
Sekeping gambar Sooyoung yang tidak sedarkan diri itu beserta pesanan dihantarkan melalui nombor Sooyoung sendiri.
30 minit aku bagi masa untuk selamatkan Sooyoung.
Sebaik saja Seonhee membaca mesej itu,terus mesej tadi dipadam semula.Seonhee buntu untuk mencari tahu tempat itu.
"Rumah Sooyoung...",getusnya.
Dia yakin yang Sooyoung berada di rumahnya memandangkan penghantar mesej itu tidak memberi alamat kepadanya.
Airmatanya diseka dan Seonhee segera bangun dari tempatnya.Kakinya menuju ke dapur dan matanya tertumpu pada pisau yang tersusun di laci dapurnya.
"Aku akan selamatkan Sooyoung sendiri...",tekad Seonhee.
Buat masa sekarang,dia yakin yang pihak polis tidak lagi akan mempercayainya.
Kalau ada apa-apa,awak boleh call saya.
"Juyeon...dia sorang je yang percayakan aku sekarang ni.",katanya lalu menghantar mesej kepada Juyeon.
Seonhee mengambil salah satu pisau tadi sebelum meninggalkan rumahnya.
▪▪▪▪▪
Rumah Sooyoung,
Hari sudah pun hujan di luar namun itu tidak menghalang Seonhee untuk menyelamatkan Sooyoung.Dia sanggup korbankan nyawanya sendiri demi sepupunya itu.Semua yang berlaku itu ialah berpunca dari dirinya sendiri.
Seonhee menapak masuk ke dalam rumah Sooyoung perlahan-lahan.Dia yakin yang penculik Sooyoung ada di situ kerana ketika dia tiba di rumah Sooyoung tadi,pintu tidak berkunci.
Tempat pertama yang ditujunya ialah ruang tamu.Disebabkan bekalan elektrik terpotong,Seonhee menggunakan lampu telefonnya untuk menerangi rumah itu.
Sedang mencari Sooyoung,Seonhee dapat merasakan ada seseorang yang berselindung di sebalik langsir rumah Sooyoung.
Seonhee mencari tempat untuk bersembunyi dan kini matanya tertumpu pada bilik stor rumah Sooyoung tetapi langkahnya terhenti bila satu suara menegurnya.
"Kau nak pergi mana?",soal lelaki itu perlahan.Mendengarkan suaranya saja membuatkan jantung Seonhee berdegup kencang.
"Soo...Sooyoung mana? Aku dah buat apa yang kau suruh.",Seonhee memberanikan dirinya dan perlahan-lahan menoleh ke arah belakang.
"Arghhhhhh!!",Seonhee menjerit ketakutan bila melihat maskot beruang berdiri di belakangnya.Telefon ditangannya juga terlepas.
Maskot itu masih berdiri menyaksikan Seonhee berusaha melepaskan dirinya.Oleh kerana lelaki itu memakai maskot,Seonhee tidak dapat mengecam pemilik suara itu.
"Kau nak jumpa Sooyoung?",tanya penculik itu.
"Ma..Mana dia??",soal Seonhee.
Penculik itu tidak menjawab sebaliknya menuju ke arah pintu.Seonhee tidak berganjak sedikit pun dari tempatnya.Bunyi seretan kedengaran dan mata Seonhee membulat sebaik saja melihat penculik itu sedang menyeret kayu besbol.
Dalam keadaan merangkak,Seonhee cuba melarikan dirinya namun semuanya terlambat bila kakinya terlebih dulu ditarik.
"Kau boleh jumpa dia kat neraka!!",jerit lelaki tadi lalu mengangkat kayu besbol itu untuk memukul Seonhee.
Pang!!
Pukulannya tidak mengena sebaliknya terkena perhiasan kaca yang tersusun di atas meja.
Seonhee cepat-cepat bangun sebelum lelaki itu menghampirinya.Pisau yang dibawanya tadi masih berada di atas meja.
Pisau itu diambil dan Seonhee sedia untuk menikam lelaki yang menyerangnya itu namun lelaki itu lebih pantas dengan menepis tangan Seonhee dan gadis itu terpelanting ke tepi.
"Kau nak bunuh aku?! Aku yang patut bunuh kau!!", berang lelaki tadi.Kayu besbol diseret menuju ke arah Seonhee.
"Ke...kenapa kau nak bunuh aku?",tanya Seonhee perlahan.Dia hampir kehabisan nafas kerana cuba melarikan dirinya.
Sebelum dia mati,dia juga ingin tahu kenapa dirinya diserang begitu sedangkan dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa bahkan di tempat kerja sekalipun.
Ketawa sinis kedengaran bila soalan itu ditanya.Lelaki itu berhenti dari terus menuju ke arah Seonhee.
"Kau pasti tak tahu? Ke kau pura-pura tak tahu?",perlinya.
Disebabkan keadaan rumah yang gelap,hanya kedengaran suara saja.Seonhee sedaya upaya mencari tempat untuk menyorok.
Dalam keadaan yang samar-samar,tangannya menyentuh tangga yang menuju ke tingkat dua.
"Sebab aku putuskan hubungan dengan kau? Aku tahu yang itu kau,Seungmin.",kata Seonhee.Dia baru teringat yang Seungmin sangat sukakan patung beruang,oleh disebabkan itulah dia pasti yang di sebalik maskot itu ialah Seungmin.
"Putuskan hubungan?",lelaki itu berdecih.
"Lebih teruk dari tu..",sambungnya.
Pisau yang berada di genggamannya dipegang erat.Seonhee sudah bersedia untuk melarikan diri ke tingkat atas.
"Kau nak lari?",kini rambut Seonhee ditarik kasar yang membuatkan gadis itu terjatuh ke belakang.
Pisau yang tidak jauh darinya segera dicapai lalu Seonhee menikam kaki lelaki itu.Rambutnya serta merta dilepaskan sebaik saja rasa perit menyerang kaki lelaki itu akibat tikaman tadi.
"Kau memang cari pasal!!",amuk lelaki itu lantas mengangkat tinggi kayu besbol nya untuk menyerang.
Seonhee menutup mukanya.Tidak sanggup untuk melihat maskot beruang yang kelihatan menyeramkan itu.Tangannya perlahan-lahan diturunkan bila terdengar suara tawa.
"Tak seronoklah kalau mati sekarang...aku bagi kau 10 saat untuk menyorok.Kalau aku tak jumpa kau,maknanya kau terselamat.",ujarnya.
"Ha?",Seonhee masih tercengang.
"1....",kiraan sudah bermula dan Seonhee cepat-cepat melarikan dirinya untuk mencari tempat bersembunyi.
Melalui kesamaran cahaya,lelaki itu melihat Seonhee berlari ke tingkat atas.Kayu besbol turut dibawa sementara kakinya menuju ke arah Seonhee.Disebabkan tikaman tadi,kaki kanannya sedikit terhincut namun itu tidak menghalangnya untuk dia meneruskan permainannya yang sudah pun bermula.
▪▪▪▪▪
Di bilik Sooyoung,
Seonhee menyorok di bawah katil.Mulutnya ditutup rapat supaya tidak terdengar sedikit pun suaranya.Airmata juga sudah mengalir laju seiring dengan degupan jantungnya.
"10!....kau kat mana..",terdengar suaranya berada di luar bilik Sooyoung.
Pintu bilik dikuak perlahan.Seonhee memejamkan matanya kerana ketakutan.Dapat dirasakan yang sekarang lelaki itu berdiri betul-betul di depan katil.
"Seonhee...kau kat mana sekarang?",soalnya sambil melilau mencari tempat yang kemungkinan gadis itu berada.
"Ha!! Kat sini!!",katanya lantas menyelak langsir.
"Hmmm...tak ada.",langkahnya diteruskan mencari Seonhee.
Seretan kayu besbol itu kedengaran begitu mengerikan dan membuatkan Seonhee menutup telinganya.Mulut dikemam rapat supaya tangisannya tidak dapat didengari lelaki gila itu.
Kedebuk!
Seonhee membuka matanya dan tanpa sengaja,dia menjerit dengan kuat bila matanya bertentang dengan mata maskot yang dipakai lelaki itu tadi.
"Seonhee!!",
Kepala maskot itu terpelanting bila seseorang menendangnya.Seonhee terpinga-pinga melihatkan itu.
"Seonhee..kau kat mana?"
"Juyeon?",getus Seonhee dalam hatinya.
Dia menjerit kecil bila Juyeon tiba-tiba menjengahkan kepalanya di bawah katil.Seonhee menarik nafas lega bila tekaannya betul.
"Cepat keluar dari sini..",kata Juyeon lalu menghulurkan tangannya untuk menarik Seonhee keluar dari bawah katil itu.
Huluran tangan Juyeon disambut Seonhee.Semasa hendak keluar dari situ,mata Seonhee tertumpu pada kaki kanan Juyeon.Walaupun kakinya lengkap berkasut,namun masih kelihatan kesan darah pada kasutnya.
Terlintas di fikirannya yang baru sebentar tadi dia menikam kaki lelaki yang menyerangnya.
Segera Seonhee menarik semula tangannya.Juyeon terkejut dengan kelakuan Seonhee yang menarik semula tangannya.
"Kenapa,Seonhee?",soal Juyeon hairan.
"Kenapa...kaki kanan awak berdarah?",tanya Seonhee dan Juyeon terdiam seraya memandang ke arah kakinya.
Aip...jangan gelabah dulu....lek lu baru episod 6 😗😗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro