Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

°º¤ø 5 ø¤º°

Seonhee merenung ke luar tingkap teksi yang dinaikinya.Pesanan polis tadi masih tidak hilang dari ingatan.

"Budak muda sekarang memang suka dedahkan maklumat diorang tanpa sedar.Korang tak tahu ke semua benda tu bahaya...bukan je diri korang je,orang yang terdekat pun boleh jadi mangsa.Mulai sekarang,saya nasihatkan jangan aktifkan akaun peribadi awak,untuk keselamatan awak sendiri."

Setitik air matanya jatuh di atas belakang tangan Seonhee.Dia menyesal kerana tidak mengambil kisah nasihat yang pernah diberi Sooyoung kepadanya sebelum ini.Tiba-tiba perasaan rindu pada Sooyoung datang.

"Sooyoung...aku rindukan kau.",rintihnya perlahan.

Jangan dedahkan maklumat kau

Boleh jadi someone tu stalker kau..

Kini semuanya sudah terlambat.Sepupu yang selalu menasihatinya sudah pun menjadi mangsa akibat kedegilannya sendiri.

"Cik...dah sampai.",suara pemandu teksi itu menghentikan lamunan Seonhee.

Selepas membayar tambang teksi itu,Seonhee segera masuk ke dalam bangunannya itu.

▪▪▪▪▪

Seonhee melangkah masuk rumahnya untuk mengambil kunci kereta.Malam itu,Seonhee akan tidur di rumah ibubapanya.Walaupun rumah itu tiada orang memandangkan ibubapanya ke luar negara,namun itulah tempat yang paling selamat buat masa sekarang.

Barang keperluan seperti baju,cas telefon,beg dompet dan juga pas masuk kerja semuanya sudah dimasukkan ke dalam beg.

Sebelum meninggalkan rumahnya,Seonhee sempat melirik jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 12.45 malam.

▪▪▪▪▪

Punat kunci kereta ditekan,beg bajunya diletakkan di tempat duduk belakang dan dalam masa itu juga, satu bayang-bayang membuatkan Seonhee menelan air liurnya perlahan.

"Seonhee...",panggilnya.

Seonhee perlahan-lahan menoleh ke belakang dan terkejut bila melihat seorang lelaki yang lengkap memakai topi berdiri betul-betul di belakangnya.

Disebabkan terlalu terkejut,Seonhee jatuh terduduk.Lelaki itu melutut untuk menyamakan ketinggian mereka.Membulat mata Seonhee melihat gerangan yang dikenalinya itu.

"Se... Seungmin? Apa yang kau buat kat sini?",tanya Seonhee.Ada getaran dalam suaranya kerana ketakutan.

"Kalau kau nak selamat...baik kau menyorok sekarang.",kata Seungmin sambil memegang bahu Seonhee.

Seonhee melirik beg tangan yang tidak jauh darinya.Penyembur lada yang diberi Sooyoung itu,segera dicapainya.

Ssttt!

Seungmin meraung kesakitan bila mata kirinya disembur dengan penyembur lada.Seonhee mengambil kesempatan yang ada dengan menendang Seungmin.

Beg tangan dicapainya lalu segera berlari.Seungmin lantas berdiri dan mengejar Seonhee.Tangannya menutup mata yang disembur Seonhee tadi.

Seonhee menjerit sekuat hatinya namun semuanya sia-sia memandangkan tiada orang di tempat parkir kereta itu.Gadis itu segera berlari menuju ke arah lif yang tidak jauh darinya.

"Seonhee!! Jangan lari dari aku!!",jerit Seungmin yang sudah pun berhampiran dengan Seonhee.

Seonhee sudah menangis sementara menunggu pintu lif itu dibuka.Mendengarkan suara Seungmin yang semakin hampir,membuatkan gadis itu menggigil ketakutan.

"Seonhee...kat situ pun kau...",ujar Seungmin bila sudah pun menjumpai gadis itu.Perlahan-lahan kakinya melangkah ke arah Seonhee.

"Cepatlah bukak... cepatlah..",rayu Seonhee walaupun dia tahu rayuannya itu tidak berguna.

Ting!

Pintu lif terbuka dan tanpa melengahkan masa, Seungmin terus berlari laju ke arah Seonhee namun tidak sempat bila lif itu sudah pun tertutup.

Seonhee menarik nafas lega.Itulah saat paling menakutkan dalam hidupnya.Lelaki yang pernah dicintainya dulu sekarang sudah berubah sepenuhnya.

▪▪▪▪▪

Keluar saja dari lif,Seonhee terus berlari ke luar bangunan.Selagi masih berada dalam bangunan itu,selagi itulah dirinya rasa tidak selamat.

Juyeon yang baru saja pulang dari membuang kotak makanan,terkelu bila dirinya tiba-tiba dipeluk dari belakang.

"Ju...Juyeon..tolo...tolong saya!",pinta Seonhee sambil menangis teresak-esak.

Juyeon memusingkan badannya menghadap gadis itu.Dia terkejut melihat keadaan Seonhee yang sangat tidak terurus itu.

"Seonhee...kita masuk dalam dulu.",ajak Juyeon dan Seonhee hanya mengangguk setuju.

Di kedai,

Seonhee menceritakan semua yang terjadi pada Juyeon dari awal hinggalah masa dia berjaya melepaskan dirinya.

"Awak kenal ke tu siapa?",soal Juyeon.

Seonhee mengangguk.Dia masih tersedu kerana menangis dengan teruk tadi.Juyeon menghulurkan sebotol air mineral kepada gadis itu supaya lebih bertenang.

"Say...saya takut,Juyeon..",kata Seonhee.Matanya juga sudah bengkak  kerana menangis.

"Tak apa...sekarang awak dah selamat.Kita laporkan pada polis? Memandangkan awak kenal siapa,lagi senang polis nak buat carian.",cadang Juyeon.

Itulah perkara yang betul untuk dilakukan ketika itu.Juyeon tidak dapat membantu Seonhee kerana dia juga tidak tahu apa-apa tentang masa lalu Seonhee.

"Awak teman boleh?",tanya Seonhee.

Juyeon melihat jam tangannya sebelum mengangguk setuju.

"Boleh...lagipun sekarang dah pukul 1 pagi,tak ada orang pun yang datang masa ni.",kata Juyeon.

Juyeon memastikan kedai itu selamat dikunci sebelum menuju ke balai polis.Teksi yang kebetulan lalu di situ,segera ditahannya.

▪▪▪▪▪

Di balai polis,

"Awak pasti dengan apa yang awak laporkan sekarang?",soal polis.

Dia bertanya bukan kerana tidak percaya,namun kes seperti ini sudah banyak kali terjadi dan bila disiasat,semuanya kerana salah faham.

"Betul....saya yakin dia yang kejar saya selama ni.",jawab Seonhee yakin.Wajah Seungmin tadi masih terbayang-bayang di fikirannya.

"Baiklah kalau macam tu,pihak polis akan segera buat carian.Berdasarkan apa yang awak laporkan,suspek mungkin berada tak jauh dari tempat tinggal awak.",kata polis itu.

"Sekarang awak boleh balik...kalau ada apa-apa saya akan maklumkan.",sambung polis itu lagi.

Dalam perjalanan pulang,

Tiada sebarang suara yang menemani perjalanan mereka berdua.Juyeon memandang Seonhee yang kesejukan lalu memakaikan gadis itu dengan jaket yang dipakainya.

"Terima kasih...",ucap Seonhee dan Juyeon tersenyum.

"Tak ada apa...saya bersyukur yang awak terselamat dari orang macam tu...awak okay?",soal Juyeon.

"Ok..okay...tapi saya takut yang Seungmin akan ikut saya lagi.",adu Seonhee dan ketika itu jugalah telefonnya berbunyi.Melihat nama pemanggil,Seonhee segera menjawab.Juyeon yang berada di sebelah hanya membiarkan gadis itu.

"Annyeonghasayeo..."

"Betul ke? Terima kasih,tuan... terima kasih.",mendengarkan khabar itu,Seonhee tidak lagi dapat melangkah dengan betul.

Juyeon memegang bahu gadis itu lalu bertanya siapa yang membuat panggilan itu.

"Kenapa?",tanya Juyeon.

"Polis dah tangkap Seungmin..",beritahu Seonhee namun suaranya mendatar yang menunjukkan dia masih lagi takut.

"Secepat ni? Tak sangka pihak polis sekarang dah cekap....sekarang awak tak perlu lagi risau,Seonhee.",Juyeon memberi semangat kepada Seonhee.

"Mac...macam mana kalau Seungmin terlepas?",tanya Seonhee dan kali ini Juyeon menghadapkan badannya dengan Seonhee lalu memegang bahunya.

"Dia dah ditangkap,Seonhee...awak dah selamat sekarang...kalau ada apa-apa, awak boleh call saya..",Juyeon meyakinkan Seonhee.

Dia faham yang gadis itu masih trauma dengan apa yang berlaku.Seonhee tersenyum lemah mendengarkan kata-kata Juyeon.

"Terima kasih,Juyeon..",ucap Seonhee.

"Sekarang,awak balik dulu...bersihkan diri awak.Ingat kalau ada apa-apa,call saya...saya ada kat sini.",pesan Juyeon.

Seonhee mengangguk faham dan dia pun masuk ke dalam bangunan apartmennya.Juyeon menelefon Seonhee dan berbual dengan gadis itu hinggalah Seonhee sudah selamat tiba di apartmennya.

▪▪▪▪▪

Dua hari kemudian,

Seonhee masih mengurungkan dirinya di dalam rumah.Dia juga memaklumkan pada orang atasannya yang dia akan mengambil cuti beberapa hari.

Skrin telefon yang menunjukkan gambarnya bersama Sooyoung semasa di majlis hari lahirnya bulan lepas,ditatap lama.

"Maafkan aku,Sooyoung...aku rindu kau.",kata Seonhee.Airmata mengalir perlahan di pipinya.

Satu mesej masuk dan mesej itu merupakan dari Juyeon.Seonhee tersenyum kecil.Lelaki itulah yang ada bersamanya buat masa sekarang.

Juyeon

Awak okay?

Saya ganti Jisu Noona hari ni

Nak jumpa?

Saya okay

5 minit lagi saya sampai

Seonhee bangun dari tempat duduknya.Sudah 2 hari dia tidak keluar dari rumah kerana takut walaupun Seungmin sudah ditahan.

Disebabkan malas nak bersiap,Seonhee hanya mengenakan seluar panjang dan juga T-shirt berlengan pendek.Rambut pula hanya dibiarkan lepas.

▪▪▪▪▪

Juyeon tersenyum manis sebaik saja melihat Seonhee.Dia sengaja mengajak gadis itu berjumpa kerana hendak memastikan Seonhee dalam keadaan baik.Dan dari apa yang dilihatnya sekarang,gadis itu lebih baik.

"Hari ni saya belanja awak ramyeon nak?",pelawa Juyeon dan Seonhee mengangguk setuju.

"Awak dah tak takut lagi kan?",tanya Juyeon.

"Takut tu ada...tapi bila waktu malam je.",beritahu Seonhee.

Mereka berdua berbual sambil menikmati mi segera itu.Seonhee berasa lega kerana ada Juyeon untuk menemaninya.Perbualan mereka tergantung bila telefon Seonhee berbunyi.

Detektif Im

"Annyeonghasayeo.."

Annyeonghaseyeo...Saya nak maklumkan pada Cik yang Seungmin sudah dibebaskan kerana ada rakannya datang untuk mengikat jamin...disebabkan bukti yang kukuh,pihak polis membebaskan Seungmin..

Seonhee tercengang mendengarkan itu.

"Aku tak akan biarkan kau terjatuh dalam genggaman lelaki tu,Choi Seonhee.",kata Seungmin yang bersembunyi tidak jauh dari kedai serbaneka itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro