°º¤ø 3 ø¤º°
Flashback
Seungmin tergesa-gesa mengejar Seonhee yang tidak jauh darinya.Dia tidak akan sesekali membiarkan gadis itu membuat keputusan sesuka hati tanpa memberinya ruang untuk bercakap.
Tangan Seonhee ditarik kasar yang mana membuatkan Seonhee berpaling.
"Kenapa awak nak putus dengan saya? Salah ke saya cemburu tengok awak dengan lelaki lain?",tanya Seungmin dan Seonhee tidak memandang wajah jejaka di depannya ketika itu.
"Seonhee! Saya tanya awak ni!",jerit Seungmin dan jeritan Seungmin menarik perhatian beberapa orang yang lalu di situ.
"Ye salah! Nak tau apa yang salah? Cara awak ni yang memalukan saya...lagipun cemburu awak ni dah melampau Kim Seungmin.Takkan lah saya nak berinteraksi dengan klien lelaki pun tak boleh? Mana logik awak?!",kali ini Seonhee sudah tidak kisah lagi dengan keadaan sekeliling.
Rasa marah dan sedih bercampur baur sekarang.Seungmin terkedu bila Seonhee memberitahu sebab gadis itu ingin mengakhiri hubungan mereka.
"Seon.. Seonhee,maafkan saya please. Saya janji tak akan buat awak macam ni lagi...saya sayangkan awak,Choi Seonhee.",rayu Seungmin.Tangan Seonhee juga digenggam erat.
Seonhee mengelap airmatanya yang mengalir.Dia sudah penat dengan semua ini.Seungmin terlalu kongkong hidupnya hingga membuatkan dirinya sakit hati.Masih terbayang kelakuan Seungmin yang tiba-tiba menggertak klien lelakinya di kafe tadi.Seonhee perlahan-lahan menarik tangan yang digenggam Seungmin tadi.
"Saya dah banyak kali maafkan awak Seungmin...tapi kali ni,saya betul-betul maksudkan yang saya nak putuskan hubungan kita...sekarang awak boleh tinggalkan saya dan jangan ikut saya lagi.",kata Seonhee lalu mengorak langkah.
"Saya cakap jangan ikut saya! Selangkah awak melangkah,saya akan jerit.... I mean it.",ugut Seonhee dan Seungmin memberhentikan langkahnya.
Bayang gadis yang dicintainya itu perlahan-lahan menghilang dan Seungmin tidak tahu mahu membuat apa lagi.
"Walaupun saya tak ikut awak sekarang,tapi masih ada banyak cara untuk saya tahu kehidupan awak selepas ni,Choi Seonhee.",kata Seungmin.
End flashback
▪▪▪▪▪
Seonhee yang sedang bersiap-siap ke tempat kerja,memandang penyembur lada yang diberikan Sooyoung malam tadi.
"Nak bawak sekali ke? Bawak jelah.",Seonhee pun mencapai penyembur lada yang berada di atas meja ruang tamu rumahnya.
Selepas memastikan rumah sudah berkunci,Seonhee terus menuju ke keretanya.
Telefon dibuka dan perkara pertama yang keluar di skrin telefonnya,mesej daripada Sooyoung.
"Benda sama lagilah tu...",bebel Seonhee lalu menekan mesej itu untuk dibaca.
Sooyoung✨
Seonhee-ya..
Aku tak pergi kerja hari ni
Aku demam
Kerja elok-elok tau❤️
Seonhee mengerutkan dahinya membaca mesej yang dihantar Sooyoung.
"Siap ber love lagi...memang sah dia demam.",mesej tadi tidak dibalas kerana memang itu yang dilakukannya setiap kali sepupunya itu menghantar mesej.
Pedal minyak ditekan dan kereta yang berjenama Hyundai Veloster dipandu Seonhee meninggalkan tempat parkir itu.
▪▪▪▪▪
"Wah! Kau peminat Seonhee jugak ke? Aku pun peminat dia!",sergah kawan sekerja Seungmin yang entah datang secara mengejut
Seungmin yang sedang melihat laman sosial Seonhee,segera menutup telefonnya.
"Hmm..",jawab Seungmin pendek.Telefon sudah selamat disimpan dalam poket seluarnya.
"Kenapa tangan kau tu berbalut Seungmin? Kau terjatuh ke?",kali ini kawannya itu menarik tangan Seungmin untuk melihat lebih dekat tangan Seungmin.
Seungmin segera menarik tangannya.Menyampah betul dengan orang yang suka ambil kisah pasal orang lain sedangkan mereka bukanlah berkawan rapat.
"Jangan sesuka hati kau nak sentuh aku...kau kenal aku pun tak sampai sebulan jadi tak payah nak berlakon macam kita ni rapat.",jawab Seungmin dengan nada marah lalu beredar dari situ.
Kawan kerjanya yang mesra dipanggil Yeosang itu hanya mendiamkan diri.Kenapalah dia ditugaskan bersama Seungmin.Dia hanya ingin bermesra dengan lelaki itu namun dirinya pula dimarahi.
"Patutlah orang panggil dia sociopath.",gumam Yeosang sebelum menyusun kotak-kotak makanan yang mana itu merupakan tugas Seungmin.
▪▪▪▪▪
Habis saja waktu bekerja,Seonhee singgah di kedai serbaneka yang berhampiran apartmennya untuk membeli sedikit makanan memandangkan dia masih belum makan tengahari.
Kedai serbaneka,
Seonhee menuju ke belakang kedai untuk mencari bungkusan roti coklat dan juga susu pisang yang merupakan kegemarannya.
Ketika membuka pintu peti untuk mengambil susu pisang,secara tidak sengaja Seonhee terlanggar badan pekerja kedai itu yang kebetulan sedang menyusun stok makanan di rak.
"Maaf! Saya tak sengaja...awak okay?",tanya Seonhee cemas.
"Saya okay...",jawab pekerja tadi.
Mendengarkan suara itu,Seonhee memandang semula pekerja yang dilanggar tadi.
"Juyeon? Awak kerja kat sini?",terkejut dibuatnya melihat Juyeon ada di situ.
Juyeon menggaru belakang kepalanya sambil tertunduk.Macam manalah dia boleh tidak perasan yang gadis itu ialah Choi Seonhee,gadis yang keluar dengannya semalam.
"Haah...saya kerja kat sini.",jawab Juyeon.
"Kenapa saya tak pernah tengok awak? Saya selalu jugak singgah kedai ni.",soal Seonhee lagi.
"Sebab sebelum ni saya shif malam...tapi hari ni Jisu Noona mintak tolong saya gantikan shif dia.",jelas Juyeon.
"Ouhh yeke...saya selalu jugak berbual dengan Jisu Unnie.Dia pun ada cerita pasal pekerja lelaki,tak sangka pulak pekerja yang dimaksudkan dia tu awak.",kata Seonhee dengan nada ceria.
Juyeon yang tadinya gementar,beransur lega kerana Seonhee tidak mempertikaikan pekerjaannya.
"Saya tak sangka pulak awak kerja macam ni...maksud saya,dari apa yang saya tengok kat Instagram,saya ingatkan awak tak bekerja.",Seonhee memulakan perbualan.
"Saya bosan duduk rumah,Eomma dengan Appa pulak dekat luar negara...jadi saya pun carilah kerja untuk hilangkan bosan.Tak sangka pulak dapat jumpa awak kat sini.",ujar Juyeon sambil tangannya mengimbas makanan dan minuman yang dibeli Seonhee.
"Semua sekali 1,367 won.",beritahu Juyeon.
"Okay...nanti ada masa kita keluar lagi tau...saya balik dulu...anything,just text me.",Seonhee menghulurkan wang kepada Juyeon.
Juyeon mengangguk lalu tersenyum.Menyedarkan itu,segera Juyeon menampar pipinya perlahan.
"Kenapa kau senyum sorang-sorang ni.",Juyeon menggeleng kepalanya lalu menuju ke bahagian belakang untuk menyusun stok makanan yang belum selesai tadi.
Seungmin yang berada tidak jauh dari kedai itu,mengetap giginya melihat kemesraan Juyeon dan Seonhee sebentar tadi.
"Sampai hati kau lupakan aku,Seonhee...aku akan pastikan yang kau tak akan terjatuh dalam genggaman lelaki tu.",kata Seungmin.
▪▪▪▪▪
Sooyoung membuka matanya dengan perasaan berat.Selepas beberapa minit,barulah dia tersedar yang sekarang dia bukan berada di rumahnya.
Perasaan takut mula menghantui dirinya bila melihat gambar-gambar Seonhee yang dimuat naik di Instagram ada ditampal di dinding bilik itu.
Pintu bilik dibuka dan seorang lelaki mula menapak masuk.Sooyoung berdiam diri supaya lelaki itu tidak menghampirinya.
Sooyoung ingin melihat gerangan itu namun tidak dapat oleh kerana lelaki itu memakai topi dan juga topeng muka.
"Kenapa kau culik aku?",Sooyoung memberanikan dirinya untuk bertanya.
Lelaki tadi yang sedang melakukan sesuatu menoleh ke arah Sooyoung.Perlahan-lahan kakinya melangkah menghampiri Sooyoung dan sekarang matanya bertentang dengan mata Sooyoung.
"Sebab....kau menyusahkan aku untuk dapatkan Seonhee.",katanya lalu tertawa kecil.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro