°º¤ø 2 ø¤º°
Seonhee meregangkan badannya sebaik saja terjaga dari tidur.Nasib baiklah dia dapat melelapkan mata dengan tenang walaupun kehadiran Seungmin semalam sedikit menganggunya.Baru saja ingin menapak ke bilik air,telefonnya berbunyi menandakan notifikasi baru masuk.
Telefon yang berada di atas meja lampu,diambilnya dan Seonhee mengeluh kecil bila melihat nama penghantar mesej itu.
Sooyoung✨
Seonhee...ingat apa yg aku
pesan semalam..
Jangan terlalu dedahkan
maklumat kau kat ig
Mesej itu hanya dibiarkan tanpa berjawab.Entah apalah yang dirisaukan sangat sepupunya itu sedangkan dia tidak pernah lagi menerima mesej ataupun komen yang buruk mengenai dirinya.
"Overthinking betul...",bebel Seonhee.
Seonhee tiba-tiba tersenyum bila teringatkan hari itu ialah hari yang dijanjikan Juyeon untuk berjumpa dengannya.Sebelum ini dia tidak pernah berjumpa lelaki itu secara depan selain hanya berbalas mesej di Instagram.
"Baju apa yang aku nak pakai ni...dress? Macam dah biasa je..",pintu almari dibuka dan koleksi baju di dalamnya diselak untuk mencari pakaian yang sesuai.
▪▪▪▪▪
Sebelum melangkah masuk ke dalam kereta,Seonhee sempat selfie untuk berkongsi tentang aktivitinya hari itu.Pesanan Sooyoung sebentar tadi dilupakan begitu saja.
"Hashtag date with someone...",Seonhee tersenyum seorang diri semasa melakukan itu.
Tiba-tiba tingkap keretanya diketuk seseorang yang mana membuatkan Seonhee melatah lalu terjatuhkan telefonnya.
"Maaf saya mengganggu....barang Cik terjatuh tadi.",jelas lelaki asing itu lalu menghulurkan rantai kunci yang tercicir tadi.
"Ha? Ouh....terima kasih.",ucap Seonhee sebelum menaikkan semula tingkap keretanya.
"Terkejut aku...Sooyounglah ni selalu takutkan aku dengan imaginasi dia...",rungutnya sebelum menghidupkan enjin kereta.
Lelaki yang memulangkan semula rantai kunci tadi tersentak bila seorang lelaki tiba-tiba menghalang jalannya.
"Kau cakap apa dengan Seonhee?",tanya Seungmin.
"Seonhee? Siapa tu?",lelaki tadi menyoal semula.Pelik bila soalan itu ditanya sedangkan dia juga tidak mengenali nama yang disebutkan itu.
"Tak ada apalah...maaf.",kata Seungmin sebelum beredar dari situ meninggalkan lelaki tadi terkebil-kebil sendirian.
▪▪▪▪▪
Seonhee mencari Juyeon di tempat yang dijanjikan.Sedang mencari,telefonnya berbunyi dan segera Seonhee menjawab panggilan sebaik saja melihat nama yang tertera.
"Hello? Awak ada kat mana...saya dah sampai ni.."
Pusing belakang...saya dah nampak awak.
Seonhee memalingkan badannya dan kelihatan Juyeon sedang melambai ke arahnya sambil tersenyum mesra.Seonhee mematikan panggilan sebelum menghampiri jejaka itu.
"Lama dah ke sampai? Maaf lambat...Jalan jammed tadi.",beritahu Seonhee.
"Tak pun...baru je.Cantik awak hari ni.",puji Juyeon dan Seonhee sudah pun tersenyum malu bila dipuji begitu.
"Mana ada...awak pun apa kurangnya.",balas Seonhee.
Sementara menunggu makanan tiba,mereka berdua menghabiskan masa dengan berbual dan berkenalan lebih dalam walaupun masing-masing sudah berkenalan di Instagram.
"Maksudnya sekarang ni,awak single?",tanya Juyeon lalu menghirup jus epalnya.
"Ya...macam tulah.Awak hensem macam ni tak kan single jugak?",soal Seonhee pula.
Juyeon tersenyum nipis mendengarkan soalan itu.Itu bukanlah kali pertama dirinya ditanya soalan begitu.
"Buat masa ni,saya belum lagi jumpa orang yang betul-betul menarik perhatian saya....kalau awak nak tahu,ni first time saya keluar dengan perempuan...jadi saya harap awak faham kalau saya kekok.",jelas Juyeon.
Seonhee mengangguk faham.Sedikit sebanyak dia tergamam mendengarkan penjelasan Juyeon.Dengan wajah yang tampan itu,dia menyangka Juyeon seorang yang sosial dengan gadis di luar sana namun sangkaannya jauh tersasar.
Mata Juyeon tidak berkelip memandang Seonhee yang ketika itu sedang menikmati makanan.Dia tidak percaya yang dia dapat berjumpa dengan gadis seperti Seonhee.Nampaknya usaha dia untuk mengenali Seonhee,berhasil.
"Awak tak makan? Nanti dah sejuk tak sedap.",Juyeon cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan Seonhee tergelak kecil.
"Comel...",getus Seonhee dalam hati.
▪▪▪▪▪
Malam itu,
Selesai saja membersihkan diri,Seonhee merebahkan dirinya di atas sofa.Penat rasanya bila seharian suntuk berjalan.
"Tak sangka Juyeon tu innocent dalam bab macam ni...aishh comel.",gumam Seonhee sambil melihat semula gambarnya bersama Juyeon di taman petang tadi.
0112786****
Hai
Seonhee mengerutkan dahinya melihat mesej itu.Tidak pernah pula dia melihat nombor yang menghantar mesej itu.Gambar profil juga tiada untuk Seonhee mengecam orangnya.
0112786****
Hai
Err...siapa?
Rasa-rasa siapa?
Seonhee sudah tidak duduk diam.Entah kenapa tiba-tiba jantungnya berdegup laju melihat jawapan itu.Perlahan-lahan jarinya menaip satu persatu perkataan di telefonnya.
0112786****
Hai
Err...siapa?
Rasa-rasa siapa?
Kim Seungmin?
Seungmin?
Bukanlah,ni Juyeon
Hehe
Seonhee menarik nafas lega sebaik saja mendapat tahu yang itu Juyeon.Kepalanya digeleng-geleng beberapa kali.Kenapalah dia boleh terfikirkan Seungmin waktu itu.
Mesej Juyeon tadi segera dibalas supaya lelaki itu tidak salah faham dengannya.Selepas lama berbual,mereka berdua mengakhiri perbualan dan loceng rumah Seonhee berbunyi.
"Siapa pulak...ouh lupa Sooyoung nak hantar baju yang dia pinjam hari tu.",Seonhee segera membuka pintu dan Sooyoung tersenyum sebaik saja bersua muka dengan sepupunya.
"Masuklah dulu...",pelawa Seonhee.
"Kau nak bancuh air kat aku ke? Jarang kau nak pelawa aku masuk rumah kau.", perli Sooyoung.
"Kau nak boleh je...lagipun aku nak story pasal Juyeon kat kau..",Seonhee memberitahu niatnya mengajak Sooyoung masuk ke dalam rumahnya.
Sooyoung membuat mimik muka menyampah bila Seonhee menyebut nama Juyeon.Sengaja lah tu nak buat dirinya rasa sendu.
Sejam kemudian,
"Macam tulah ceritanya...tapi serius aku cakap,Juyeon hensem gila depan-depan....dengan innocent dia tu..comel.",bersungguh Seonhee menceritakan tentang Juyeon.
"Siapa lagi hensem....Seungmin ke Juyeon?",usik Sooyoung dan serta merta riak muka Seonhee berubah.
"Apa kaitan Seungmin dengan Juyeon?....dah pukul 10 ni,tak nak balik lagi ke?",Seonhee mengubah topik.
"Nak baliklah ni...terima kasih tau bagi pinjam baju hari tu....aku balik dulu.",Sooyoung meminta diri untuk pulang dan Seonhee mengangguk.
"Ouh sebelum aku lupa...nah.",Sooyoung melemparkan sesuatu kepada Seonhee.
"Pepper spray? Nak suruh aku masak guna benda ni ke?",sindir Seonhee.
"Perlilah selagi mampu...sekarang ni aku jelah yang ada untuk nasihatkan kau...lagipun Eomma dengan Appa kau dah amanahkan aku suruh tengokkan kau.",balas Sooyoung.
"Aku bagi kau benda tu sebagai langkah berjaga-jaga...ingat pesanan aku,tak semua orang baik dengan kita.",sempat Sooyoung mengingatkan Seonhee tentang itu.
Seonhee seperti biasa,hanya mengangguk malas mendengarkan pesanan sepupunya itu.
▪▪▪▪▪
Sooyoung berjalan sendirian memandangkan pemandu teksi tidak masuk ke perumahannya.
Sooyoung memakai earphone supaya perjalanannya tidak terasa sunyi.Lagipula perumahannya itu tidaklah gelap mana memandangkan hari baru menunjukkan pukul 11 malam.
Semasa perjalanan,Sooyoung merasakan yang langkahnya dieekori seseorang dari arah belakang.
Sooyoung memberanikan dirinya untuk berpaling ke belakang dan serta merta Sooyoung menarik nafas terkejut.
▪▪▪▪▪
Seungmin masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang sukar ditafsirkan.Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya dan perkara pertama yang dia lihat ialah membuka laman sosial milik Seonhee.
Dia melihat gambar Seonhee sambil tersenyum dan perlahan-perlahan senyumannya mati bila melihat gambar Seonhee dan Juyeon petang tadi. Walaupun ia hanyalah sekeping gambar,namun dapat dilihat kemesraan di antara mereka berdua.
"Kau akan menyesal nanti,Choi Seonhee."
Double update...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro