°º¤ø 16-END ø¤º°
Seonhee yang berpakaian serba hitam perlahan-lahan melangkahkan kaki ke arah kubur.Bunga yang dibelinya tadi,diletakkan bersebelahan batu nisan.
"Semoga tenang kat sana,Minho...maafkan saya dengan apa yang dah berlaku.",kata Seonhee sendirian berserta keluhan kecil.
Tangan yang menyentuh bahunya membuatkan gadis itu menoleh ke arah empunya badan.Senyuman manis diukirkan bila melihat orang yang memegang bahunya tadi.
"Semoga apa yang berlaku,dapat jadi pengajaran buat kita...",kata Sooyoung dan Seonhee mengangguk tanda mengiyakan.
Selepas memberi penghormatan terakhir,mereka berdua pun meninggalkan tanah perkuburan itu.
▪▪▪▪▪
Hospital Seoul
Seungmin hanya melihat jururawat yang sedang mencabut jarum dari tangannya.Hari itu ialah hari terakhirnya di hospital setelah dua minggu ditahan wad.
"Sebelum encik discaj,encik pergi ke bilik doktor untuk penerangan lanjut tentang temujanji encik nanti.",kata jururawat itu.
Seungmin mengangguk faham lalu melemparkan senyuman sebelum jururawat itu meninggalkan bilik wadnya.
Selepas mengemas baju,Seungmin bangun dari katil dan menuju ke arah tingkap wad itu.Kejadian yang menimpa dirinya masih lagi segar di ingatannya.Seungmin memalingkan pandangannya ke belakang bila terdengar pintu dibuka.
"Awak dah siap?",tanya Seonhee yang baru tiba.
"Dah...tapi sebelum tu,saya kena jumpa doktor dulu..",jelas Seungmin.
"Okay...Kalau macam tu jom.",ajak Seonhee.Beg baju Seungmin juga sudah dibawanya.
▪▪▪▪▪
Suasana dalam kereta senyap tanpa suara.Seonhee memasang radio supaya suasana tidak terlalu janggal.Sesekali matanya memandang ke arah Seungmin.Dia menarik nafas dalam sebelum menyusun kata yang bermain di fikirannya.
"Seungmin...",panggil Seonhee dan lelaki itu serta merta menoleh ke arahnya.
"Saya mintak maaf atas semua yang berlaku...awak boleh suruh saya buat apa-apa je asalkan awak maafkan saya..",kata Seonhee sementara matanya fokus ke hadapan kerana sedang memandu kereta.
"Tch...benda sama je yang awak cakap...sejak saya masuk hospital sampai dah keluar hospital pun cakap pasal tu.",ujar Seungmin dengan nada mendatar.
Seonhee mengemam mulutnya mendengarkan itu.Dia memang tidak mahu berkata perkara yang sama namun disebabkan Seungmin tidak memberi jawapan,membuatkan dia rasa bersalah dengan lelaki itu.
"Saya tanya sebab awak tak pernah bagi saya jawapan...maaf kalau soalan saya buat awak tak selesa.",ungkap Seonhee.
"Nanti bila saya dah sedia,saya jawab soalan awak.",balas Seungmin.
"Ouh ya...macam mana dengan keadaan Juyeon?",tanya Seungmin sebaik saja nama lelaki itu terlintas dalam fikirannya.
"Dia masih kat hospital untuk rawatan...harap dia boleh datang masa perbicaraan Appa nanti.",luah Seonhee.
Memanglah kalau diikutkan tindakan Juyeon melampaui batasan namun dia faham kenapa Juyeon sanggup berbuat demikian.Kerana ayah kandungnya,Juyeon yang terpaksa menanggung derita sedangkan ayahnya masih bebas di luar negara.Dan perbuatan ayahnya itu juga perlukan balasan yang setimpal.
"Hmm...",jawab Seungmin pendek.
▪▪▪▪▪
Dua hari kemudian,
Keadaan di luar bilik persidangan agak riuh dengan wartawan yang sudah memenuhi ruangan itu sejak pagi lagi untuk mendapatkan berita terbaru yang melibatkan pemilik Belmond Hotel yang terkenal di Seoul.
Seonhee,Seungmin dan Sooyoung sudah mengambil tempat di dalam bilik itu.Choi Sangho yang ditahan pihak polis tiga hari lepas turut ada di situ untuk diberi hukuman.
Hakim yang ditugaskan hari itu sudah masuk ke dalam bilik persidangan.Semua yang hadir bangun untuk memberi penghormatan sebelum perbicaraan dimulakan.
"Pada 23 November 2019...jam 8:35 malam,sebuah kereta melanggar seorang lelaki yang dikenali sebagai Lee Minho di hadapan Belmond Hotel telah dilaporkan.Kemalangan yang menyebabkan kematian itu telah melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan nombor plat CSH 7678 yang telah dirakam dari CCTV yang berhampiran.Kereta itu juga dipercayai milik tertuduh,Choi Sangho,betul?",soal pendakwa raya kepada Sangho.
Sangho mengangguk tanda mengiyakan soalan yang diberikan.Hakim memandang ke arah peguam bela untuk memberi keterangan.Namun peguam itu menolak untuk memberi sebarang keterangan.
"Menurut keterangan saksi yang juga merupakan abang kandung kepada mangsa,tertuduh juga memberikan rasuah kepada Lee Heojoon,ayah kepada mangsa dan juga saksi untuk menutup kes terbabit,betul?",sambung pendakwa raya itu lagi.
Semua yang hadir mula berbicara sesama sendiri bila kenyataan itu disebut.
Choi Sangho tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk.Dia tahu yang dia sudah tidak boleh menyelamatkan dirinya lagi.
Selepas semua dakwaan dikemukakan,hakim sudah bersetuju untuk menjatuhkan hukuman ke atas Sangho.
"Pihak mahkamah telah bersepakat bahawa tertuduh,Choi Sangho akan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan juga denda sebanyak 70,000 Won bagi kesalahan rasuah mengikut Seksyen 17 akta suruhanjaya pencegahan rasuah.",jelas hakim itu.
"Tertuduh juga akan dijatuhkan hukuman penjara 8 tahun dan juga denda sebanyak 300,000 Won mengikut Seksyen 41 akta pengangkutan jalanraya."
Hakim itu pun mengakhiri perbicaraan.Seonhee memandang ke arah ayahnya yang sedang dibawa pegawai polis.Tanpa membuang masa,Seonhee berlari ke arah ayahnya lalu memeluk badan lelaki itu.
"Maafkan Appa...Appa malu dengan anak Appa....maafkan saya,sayang.",kata Sangho bila anak tunggalnya itu memeluk badannya.Isterinya juga turut memberi pelukan terakhir.
"Seonhee maafkan Appa...",kata Seonhee dan di situlah mereka bertiga terpisah sebelum Sangho dibawa pegawai polis.
▪▪▪▪▪
Di kafe,
Seungmin menunggu Seonhee di kafe seperti yang dijanjikan.Dia sudah tekad untuk menjawab persoalan Seonhee sebelum ini.
Loceng kafe itu berbunyi menandakan pelanggan masuk.Seungmin tersenyum bila melihat Seonhee yang baru saja masuk ke dalam kafe itu.
Kerusi ditarik dan Seonhee pun duduk di kerusi yang berhadapan dengan kerusi Seungmin.Selepas membuat pesanan,Seonhee memandang ke arah Seungmin.
"Kenapa awak ajak saya jumpa?",tanya Seonhee bila Seungmin tidak bersuara.
"Ermm...saya nak bagitahu awak jawapan yang pernah awak tanya saya dulu.",jawab Seungmin.
"Pasal mintak maaf tu ke?",Seonhee inginkan kepastian dan Seungmin mengangguk.
"Kan awak tanya saya,apa yang awak perlu buat supaya saya maafkan awak.",ujar Seungmin.
"Apa dia? Saya sanggup buat apa-apa je."
Seungmin ketawa kecil melihat Seonhee yang bersungguh-sungguh itu.
"Apa-apa je?",soal Seungmin semula dan Seonhee mengangguk.
"Saya nak awak jadi girlfriend saya semula...boleh?",tanya Seungmin.
Seonhee terdiam seraya menggaru kepalanya.Menyesal pula bila dia berkata yang dia sanggup buat apa-apa saja.
"Kalau saya setuju,awak maafkan saya?",tanya Seonhee polos.
Seungmin menyandarkan badannya pada kerusi sambil menyilangkan kedua tangannya.
"Hmm saya akan pertimbangkan.",balas Seungmin.
"Ishh...benda lain tak ada ke?",bantah Seonhee.
"Kalau tak nak,tak apalah...saya pergi dulu.",kata Seungmin sebelum berdiri untuk pergi dari situ.
Seonhee segera menahan tangan Seungmin bila melihat lelaki itu ingin meninggalkannya.
"Okaylah...asalkan awak maafkan saya.",akhirnya Seonhee bersetuju.
Seungmin menahan dirinya daripada tersenyum di situ.Apa pun yang terjadi,dia perlu mengekalkan riak wajahnya.
▪▪▪▪▪
Seonhee menghampiri Juyeon yang sedang bersendirian di bangku yang terletak di kawasan hospital.
"Juyeon...awak okay?",soal Seonhee dan lelaki mengangguk lalu tersenyum.
Berdasarkan pemeriksaan,Lee Juyeon telah menunjukkan tanda-tanda masalah mental disebabkan trauma yang pernah berlaku...dan kadang-kadang dia juga tidak sedar dengan perkara yang dibuat.Jadi saya nasihatkan supaya Juyeon ditahan di sini untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Kata-kata doktor sebentar tadi terngiang-ngiang di ingatannya.Seonhee memandang Juyeon yang berada di sebelahnya.
Seungmin yang baru pulang dari kedai serbaneka,menghampiri Seonhee dan Juyeon.
"Seungmin...aku mintak maaf tau pasal haritu.",ucap Juyeon sebaik saja Seungmin tiba di situ.
"Aku maafkan kau...dah makan?",soal Seungmin pula.Seungmin juga ada bersama Seonhee semasa berjumpa dengan doktor yang merawat Juyeon tadi.
Mereka bertiga menikmati kimbap yang dibeli Seungmin di bangku itu.Biarlah semua yang sudah berlaku itu berlalu diiringi masa.
Memaafkan orang yang sudah menyakiti kita umpama mencabut anak panah yang menancap pada badan.Perit,sakit hingga membuatkan kita menangis kerana menanggung kesakitan.Tetapi dengan cara itu jugalah,luka akan sembuh sepenuhnya walaupun akan mengambil masa yang lama.
Memaafkan mungkin tidak akan mengubah masa lalu namun dengan memaafkan juga,dapat mengubah masa depan.
-tamat-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro