Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

°º¤ø 14 ø¤º°

Juyeon keluar dari rumah persembunyian untuk pergi ke taman seperti yang dijanjikannya.Dia tersenyum lebar kerana hari itu ialah hari yang ditunggunya selama ini.

Kayu besbol kepunyaan Minho juga dibawa bersama.Setelah 2 bulan merancang,akhirnya Juyeon akan dapat menuntut keadilan atas kematian adiknya.

▪▪▪▪▪

Semasa dalam perjalanan,Juyeon ternampak Seonhee seperti sedang melarikan diri dari seseorang.Juyeon bersembunyi di sebalik pokok besar sambil memerhati Seonhee dari situ.

"Seonhee lari dari siapa...Seungmin?",gumamnya sendirian.

Langkahnya diteruskan dan sangkaan dia betul bila ternampak Seungmin berkeliaran di kawasan itu.Giginya diketap menahan geram.Dia tidak akan membiarkan Seungmin menghancurkan rancangannya.Juyeon pun menghampiri Seungmin.

Juyeon mengatur langkah lalu menarik kolar baju Seungmin dari belakang dengan kasar.Akibat dari perbuatannya itu,Seungmin jatuh ke belakang.

Melihat Seungmin yang masih memegang lehernya itu,Juyeon berdiri betul-betul di hadapan Seungmin.Tanpa sempat lelaki itu berkata apa-apa,Juyeon mengangkat kayu besbolnya untuk memukul Seungmin.

Pukulannya itu tidak mengena bila Seungmin bingkas bangun dari tempatnya.Baru saja dia nak melarikan diri,Juyeon sudah memukul belakang kepalanya dan pandangannya terus berubah gelap.

Semasa hendak mengangkat badan Seungmin,telefon terjatuh dari poket baju yang dipakai Seungmin.Juyeon mengambil telefon itu lalu menutup lokasi yang dipasang Seungmin.

"Semua usaha kau sia-sia..",katanya lalu tertawa sinis.Telefon itu dicampak ke dalam anak sungai berhampiran.

▪▪▪▪▪

Juyeon membawa Seungmin di atas belakang menuju ke rumahnya yang tidak jauh dari situ.Disebabkan Seungmin masuk campur,dia terpaksa menambah jumlah mangsanya.

Pintu rumah ditolak dan lampu dibuka lalu Juyeon meletakkan Seungmin di atas lantai.Dia meneruskan kerjanya dengan mengheret Seungmin ke satu bilik dan ketika itu,dia ternampak kesan tapak kasut yang ada di dalam rumah itu.

"Seonhee? Baguslah...tak payah aku menyusahkan diri aku nak cari dia lagi..",katanya sendirian.

Pintu bilik dibuka dan seperti sangkaannya,Seonhee berada di dalam bilik itu.Dia meletakkan Seungmin di sebelah Seonhee dengan kasar.

Juyeon menepuk-nepuk tangannya seusai itu dan pandangannya dihalakan ke arah Seonhee yang kelihatan terkejut.

"Annyeong...Seonhee.",sapa Juyeon disertakan dengan senyuman.

Seonhee menarik nafas terkejut melihat Juyeon.Baru sebentar tadi, Detektif Im menyuruhnya melarikan diri dari lelaki itu kini Juyeon sudah pun berada di depannya.

"Apa yang awak nak buat sekarang?",soal Seonhee.

Juyeon menyilangkan tangan,jari telunjuknya diletakkan pada dagu memikirkan jawapan.

"Hmmm...aku tak dapat nak fikir lagi sekarang,jadi aku biarkan dulu kau kat sini...nanti aku dah ada idea,aku datang balik.",jawab Juyeon sebelum mengunci pintu bilik itu dari luar.

▪▪▪▪▪

Seonhee menghembus nafasnya setelah Juyeon pergi dari situ.Dia memandang Seungmin yang terbaring di tepinya itu lalu menangis perlahan.Walaupun dia pernah membenci Seungmin namun dia juga tidak sanggup melihat keadaan lelaki itu sekarang.

"Kenapa awak bahayakan diri kau,Seungmin...",ujar Seonhee dalam tangisnya.

Seonhee memeluk lututnya lalu melepaskan tangisannya.Dia berharap apa yang berlaku sekarang hanyalah sekadar mimpi ngeri kerana dia sudah tidak sanggup hadapinya lagi.

Seonhee mengangkat mukanya lalu mengambil telefonnya kerana hendak memastikan lokasinya terpasang.Dan ketika itu,dia menyuluh cahaya telefon itu ke arah dinding dan betapa terkejutnya bila melihat gambar-gambar yang pernah dimuat naik di laman sosial dulu,tertampal di situ.

"Seonhee...",panggil Seungmin perlahan.Dia ingin bangun dari situ namun tidak boleh kerana rasa sakit yang menyerang kepalanya.

Seonhee menoleh ke arah Seungmin bila mendengar lelaki itu memanggilnya lalu menghampiri Seungmin.

"Maafkan saya...sebab tak dapat nak lindungi awak..",kata Seungmin.

Seonhee mengelap airmatanya yang mengalir.Betapa rasa bersalahnya dia pada Seungmin.

"Tak... Saya yang patut mintak maaf...kalaulah saya dengar penjelasan awak...",ujar Seonhee pula lalu memegang tangan Seungmin.

Seonhee perasan yang darah mengalir dari kepala Seungmin lantas dia terus menanggalkan jaket yang dipakainya untuk membalut kepala Seungmin.

"Arghh...",Seungmin mengerutkan dahinya menahan sakit.

"Tahan sikit...awak kena selamat tak kira apa pun yang terjadi,Seungmin.",tegas Seonhee sambil tangannya membalut kepala lelaki itu.

▪▪▪▪▪

Setelah berapa lama terkurung,Seonhee terlelap di dalam bilik itu begitu juga dengan Seungmin.

Seonhee tersedar bila terdengar Seungmin seperti mengumam sesuatu.Dia menghampiri Seungmin dan meletakkan belakang tangannya di atas dahi Seungmin.Rupanya Seungmin diserang demam.Disebabkan tidak beralas sesuatu,membuatkan Seungmin kesejukan.

"Seungmin...Seungmin..",panggil Seonhee dan lelaki itu membuka matanya sebelum menutup semula.

Seonhee lega kerana Seungmin masih sedar.Dia pun mengubah posisi Seungmin kepada posisi duduk.Disebabkan Seungmin kesejukan,Seonhee memeluk Seungmin untuk memanaskan badan lelaki itu dan ketika itu juga,Juyeon membuka pintu bilik.

"Wah...dah berbaik ke? Tahniah...",sindir Juyeon lalu menepuk tangannya tanda meraikan.

"Awak nak saya kan? Jangan apa-apakan Seungmin.",kata Seonhee.

"Okay...sekarang,aku nak kau keluar dari bilik ni.Aku dah ada idea dengan apa yang nak dibuat.",arah Juyeon

Seonhee mengangguk faham.Seungmin juga ditinggalkan dalam keadaan baik.Sebelum keluar dari bilik itu,Seonhee menyorokkan telefonnya di bawah almari yang ada di dalam bilik itu.

▪▪▪▪▪

Sebaik saja dia keluar,Juyeon terus menolak badan Seonhee hingga gadis itu tersungkur.

"Ap...apa salah saya,Juyeon?",kali ini Seonhee tidak dapat menahan tangisannya lagi.Dia buntu memikirkan sebab Juyeon memperlakukannya begitu sekali.

Juyeon tertawa melihat Seonhee menangis.Dia merendahkan dirinya supaya sama dengan kedudukan gadis itu.Airmata Seonhee dilap menggunakan tangannya.

"Shh...jangan menangis,tak cantik.",kata Juyeon.

Juyeon menatap mata Seonhee lama sebelum memberitahu sebab dia melakukan semua ini.

"Kau tak salah,Seonhee tapi Appa kau....Appa kau yang salah.",beritahu Juyeon.

Seonhee mengerutkan dahinya mendengarkan penjelasan Juyeon.Dia baru saja mengenali Juyeon,jadi apa kaitan ayahnya dengan Juyeon?

"Appa?",soal Seonhee.

"Lelaki tak guna tu pembunuh Seonhee....dia yang langgar Minho!",berang Juyeon secara tiba-tiba.

Seonhee tersentak bila Juyeon meninggikan suaranya.Dia masih tidak faham macam mana ayahnya boleh terlibat dalam kemalangan itu.

"Kau tak percaya? Aku tahu yang kau takkan percaya dengan apa yang lelaki tak guna tu dah buat.",kata Juyeon.

Dia pun menceritakan apa yang berlaku kepada Minho.Mulai dari adiknya dilanggar lari sehinggalah dia mendapat tahu tentang pengkhianatan ayah kandungnya sendiri.

Seonhee pula terdiam bila mendapat tahu hal itu.Dia memandang Juyeon yang berdiri tidak jauh darinya.

"Juyeon...mun..mungkin awak salah faham dengan semua ni?",Seonhee masih membela ayahnya.

Mendengarkan itu,Juyeon menampar muka Seonhee.Gadis itu memegang pipinya yang ditampar tadi.

"Aku dah agak yang kau tak akan percaya semua ni,Seonhee....Minho,kena langgar depan mata aku sendiri... Appa aku khianat keluarga aku depan mata sendiri! Salah faham kau cakap?!",marah Juyeon.

"Adik aku mati tapi lelaki tak guna tu tak dikenakan hukuman langsung...denda? Setakat 500,000 Won tu bukan jumlah yang besar bagi keluarga kau,Seonhee....",sambung Juyeon lagi.

Seonhee menangis perlahan.Patutlah ibubapanya bergegas pergi ke luar negara dengan alasan kerja.Dia cuba untuk tidak percaya dengan khabar angin tentang ayahnya itu,namun selepas mendengar penjelasan Juyeon,akhirnya dia faham.

"Maafkan saya,Juyeon.",ucap Seonhee.

Juyeon memandang Seonhee dengan pandangan yang sukar ditafsirkan lalu meninggalkan gadis itu sendirian.Tak lama kemudian,dia datang semula tetapi dengan pisau di tangannya.

Seonhee mengundurkan dirinya beberapa langkah ke belakang.Walaupun dia tahu peluangnya untuk melarikan diri tipis tetapi dia juga tidak mahu mengalah.

"Aku akan pastikan yang Sangho akan rasa kehilangan macam apa yang aku rasa...",kata Juyeon.

Kakinya melangkah perlahan menuju ke arah Seonhee.Dia tahu yang gadis itu tidak bersalah namun disebabkan rasa sakit hati,dia menghiraukan tentang itu.

Seonhee membulatkan matanya bila memandang ke arah belakang Juyeon.Kelihatan Seungmin memberi isyarat kepada Seonhee supaya gadis itu mendiamkan diri.

"Jangan,Seungmin...",pinta Seonhee di dalam hatinya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro