Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

°º¤ø 13 ø¤º°

Flashback

Juyeon tersenyum sendiri membaca mesej adiknya.Hari itu ialah hari yang dijanjikan untuk mereka berdua meluangkan masa bersama.Minho memberitahu Juyeon yang dia sudah menunggu di depan tempat kerjanya.

25 minit kemudian,

Minho melihat jam tangannya kerana sudah lama dia menunggu Juyeon di situ.Baru saja dia mahu mengeluarkan telefonnya,Minho ternampak Juyeon sedang melambai ke arahnya di seberang jalan.

"Hyung!! Minho pergi sana!!",laung Minho dan Juyeon mengangguk faham.

Minho tersenyum teruja sambil menunggu lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau.

Lampu bertukar hijau dan Minho melangkah kaki untuk menuju ke arah Juyeon.

Dalam pada yang sama,sebuah kereta meluncur laju ke arah Minho.Minho menoleh ke tepi namun dia tidak sempat menyelamatkan dirinya bila kereta itu sudah pun melanggarnya yang membuatkan lelaki itu tercampak.

"Minho!!!!",Juyeon berlari ke arah adiknya yang sudah pun terlantar di atas jalan manakala kereta yang melanggar Minho tadi sudah pun menuju ke arah Belmond Hotel.

Juyeon terus terduduk melihat adiknya yang berlumuran darah itu.Minho yang separuh sedar itu memandang Juyeon.

"Minho...maafkan Hyung...Minho..",kata Juyeon dengan nada sebak.

"Hy...Hyung...",panggil Minho lemah.Kesakitan yang dirasainya ketika itu membuatkan dia susah untuk bernafas.Juyeon memangku kepala Minho ke atas pangkuannya.

"Buka mata,Minho...jangan tinggalkan Hyung...",rayu Juyeon.Airmata sudah membasahi pipinya.

"Sakit...Hyung...",adu Minho lalu dia memuntahkan darah.Juyeon tidak mampu berbuat apa-apa selain memeluk adiknya.

Orang yang kebetulan lalu di situ segera menghampiri mereka berdua dan salah seorang dari mereka sudah menghubungi ambulans.

▪▪▪▪▪

Pusat pengebumian

Juyeon termenung sendirian sambil memandang gambar Minho.Ibubapanya pula melayan tetamu yang hadir di pengebumian itu untuk memberi penghormatan terakhir.

"Hyung...hari ni ada perlawanan besbol...lepas aku habis kerja,kita tengok sama-sama tau..."

Juyeon memeluk lututnya lalu melepaskan tangisan bila terkenangkan Minho.Rasanya baru sebentar tadi mereka berdua bergurau senda.

"Hyung!! Minho pergi sana!!"

Makin kuat tangisannya bila memikirkan adiknya.Encik Lee dan Puan Lee yang melihat keadaan anak sulungnya itu turut mengalirkan airmata begitu juga dengan tetamu yang hadir.Tetamu yang hadir hari itu kebanyakannya ialah kenalan rapat keluarga Encik Lee,jadi mereka sudah maklum dengan keakraban dua beradik itu.

"Juyeon...jangan macam ni.",pujuk Puan Lee.Mendengarkan suara ibunya,Juyeon mengangkat mukanya.

"Patutnya Juyeon yang lintas jalan tu...kenapa...kenapa Minho,Eomma?",ujar Juyeon.

Puan Lee terus memeluk Juyeon untuk memberinya semangat.Disebabkan Juyeon sangat rapat dengan Minho,Juyeonlah yang paling merasai kehilangannya.

Pelukan dileraikan bila detektif yang bertugas datang ke situ.Juyeon dan Puan Lee segera menghampiri detektif itu.

"Kami dah menahan pemandu yang melanggar Lee Minho dan dia akan ditahan reman selama 2 hari.Apa-apa maklumat,kami akan maklumkan semula pada keluarga Encik Lee..",beritahu detektif tadi.

"Takziah atas keluarga encik..",ucap detektif itu.

▪▪▪▪▪

Seminggu kemudian,

Juyeon dan keluarganya sudah tiba di mahkamah untuk menyaksikan perbicaraan yang diadakan.Juyeon memandang ke arah banduan yang melanggar Minho.Lelaki itu kelihatan tenang seperti tidak membuat apa-apa kesalahan.

Semua yang hadir di mahkamah berdiri bila hakim mula menjejakkan kaki ke dalam bilik persidangan.

Selepas menyebut kesalahan yang dituduh di atas suspek,hakim akhirnya memberitahu hukuman yang akan diberikan.

"Suspek,Choi Sangho dijatuhkan hukuman denda sebanyak 500,000 Won serta lesen memandu digantung selama setahun.",ujar hakim yang bertugas sebelum menutup perbicaraan.

Juyeon serta merta berdiri sebaik saja mendengar hukuman yang tidak setimpal dengan tuduhan itu.Kerana hilang kesabaran, Juyeon menuju ke arah banduan dan ingin menyerangnya namun tidak sempat kerana pengawal sudah pun membawa banduan tadi pergi dari situ.

Airmatanya mula bergenang bila melihat banduan itu memberi senyuman sinis kepadanya.Encik Lee dan Puan Lee memujuk Juyeon untuk pergi dari situ sebelum keadaan menjadi teruk.

▪▪▪▪▪

Selepas kejadian itu,Juyeon mengurung dirinya di dalam bilik selama 2 hari.Puas ibunya memujuk namun semuanya sia-sia kerana Juyeon tidak mengendahkan pujukan ibunya itu.

Baju yang selalu dipakai Minho dipeluk erat.Apa salah adiknya hingga diperlakukan begitu sekali? Bahkan kematian Minho juga tidak diperlakukan dengan adil.

Juyeon telah membuat keputusan lantas bangun dari tempatnya.Kali ini dia akan menuntut keadilan di atas kematian adiknya.

"Juyeon...nak pergi mana?",soal Encik Lee bila melihat anak sulungnya itu meluru keluar.

"Balai polis..",jawabnya pendek dan pintu rumah itu ditutup.

▪▪▪▪▪

Balai polis Seoul

Juyeon terus mencari detektif yang bertanggungjawab dalam kes langgar lari Minho.

"Kenapa orang tua tu boleh terlepas?! Kau sendiri yang cakap ada CCTV yang rakam kejadian malam tu...Macam mana dia boleh terlepas?!",berang Juyeon yang sudah pun mencekak kolar baju detektif itu.

Beberapa orang polis terpaksa masuk campur kerana ingin meleraikan pergaduhan itu.

"Kenapa tanya aku? Encik Lee sendiri yang nak pemandu tu dijatuhkan hukuman ringan...kenapa kau tak tanya Appa kau sendiri?",jawab detektif tadi.

Juyeon perlahan-lahan melepaskan kolar lelaki itu.Apa kaitan ayahnya dengan hukuman lelaki yang melanggar Minho?

"Ap..Appa?", soal Juyeon tidak percaya.

"Iya...Encik Lee yang mintak dengan pihak mahkamah supaya hukuman pemandu tu diringankan...kau boleh tanya Appa kau sendiri....dan keputusan hakim juga tak ada kaitan dengan pihak polis.",balas detektif.

Mendengarkan itu,Juyeon terus berlari pulang ke rumah.Sepanjang perjalanannya,dia berharap apa yang dikatakan detektif itu salah.

▪▪▪▪▪

Langkahnya terhenti bila melihat ayahnya sedang berbual dengan Choi Sangho,lelaki yang melanggar Minho.Kelihatan lelaki itu juga sedang menghulurkan sampul surat pada ayahnya.Nafasnya sudah naik turun menyaksikan pengkhianatan ayah kandungnya sendiri.

"Appa! Apa semua ni?!",marah Juyeon.Encik Lee juga terkejut dengan Juyeon yang tiba-tiba berada di situ.

"Annyeonghasayeo...",sapa Choi Sangho sambil tersenyum.

Juyeon memandang Choi Sangho yang sedang tersenyum kepadanya.Senyuman itu sama dengan senyuman yang dilihatnya ketika di mahkamah sebelum ini.

"Juyeon...saya pemilik Belmond Hotel,tempat Minho bekerja.Saya datang untuk mintak maaf dengan apa yang berlaku.Kemalangan  yang berlaku ialah disebabkan kecuaian saya sendiri....saya juga sudah beri pampasan kepada keluarga kamu...sekali lagi saya mintak maaf..",kata Choi Sangho lalu menundukkan kepalanya.

Tanpa berkata apa-apa,Juyeon terus menumbuk wajah lelaki tua itu.Akibat tumbukan itu,Choi Sangho terjatuh ke atas jalan.Encik Lee segera menolong lelaki tua itu bangun.

"Pampasan kepala otak kau!! Itu bukan pampasan,itu rasuah namanya bodoh!",ujar Juyeon dalam keadaan marah.

"Juyeon! Kenapa cakap macam tu pada Tuan Choi?!",marah Encik Lee.

"Appa tanya kenapa Juyeon cakap macam tu? Kenapa Appa terima duit pembunuh ni?! Takkan Appa pun bodoh sampai tak tahu nak bezakan pampasan dengan rasuah?!",herdik Juyeon.

Pak!

Juyeon memegang pipinya yang terasa kebas akibat ditampar.Dia memandang ayahnya dengan perasaan benci bercampur kecewa.

"Aku tak pernah ajar kau kurang ajar macam ni..",kata Encik Lee.

Juyeon terus masuk ke dalam rumah untuk mengemas baju-bajunya.Kayu besbol kesayangan Minho juga dibawa bersama.Dia tidak sanggup lagi untuk duduk serumah dengan orang yang bersubahat dalam jenayah itu.Puan Lee masuk ke dalam bilik Juyeon.

"Juyeon...nak pergi mana? Jangan tinggalkan Eomma...Juyeon..",rayu Puan Lee.Dia baru saja kehilangan Minho dan dia juga tidak mahu kehilangan anak sulungnya.

Juyeon memekakkan telinganya sambil memasukkan semua pakaiannya ke dalam beg.Sebelum pergi dari situ,Juyeon memandang ibunya yang sedang menangis.Dia melangkahkan kakinya menuju ke arah Puan Lee lantas memeluk tubuh wanita itu.

"Maafkan Juyeon,Eomma...Juyeon terpaksa pergi dari sini...jangan percayakan Appa...Appa bersubahat dalam hal ni,Eomma...Juyeon janji akan tuntut semua ni...",beritahu Juyeon sambil menangis.

Selepas memujuk ibunya,Juyeon pun meninggalkan rumah itu.Rumah yang banyak menyimpan kenangan manisnya bersama Minho.

▪▪▪▪▪

Di tanah perkuburan

Juyeon baring di sebelah kubur Minho dan meletakkan beg pakaian di bawah kepalanya.Dia sudah penat dengan apa yang berlaku.Lelaki yang sangat dihormatinya dulu,sudah menjadi pengkhianat dalam hidupnya.

"Minho...aku akan pastikan lelaki tua tu terima balasan dia.",janji Juyeon.

Sejak dari itu,Juyeon mencari kerja sambilan untuk menyara hidupnya dan dalam pada masa yang sama,Juyeon juga memerhatikan setiap gerak geri Choi Sangho.Segala maklumat yang diperolehinya,dicatat ke dalam buku

▪▪▪▪▪

Juyeon mengekori Choi Sangho hinggalah ke Belmond Hotel,tempat yang Minho pernah bekerja dulu.

"Aku dapat kerja dekat Belmond Hotel...kerja sebagai tukang masak.."

Wajah gembira Minho kerana diterima bekerja di situ masih segar di ingatannya.Juyeon tidak sangka yang pemilik hotel itu merupakan orang yang tidak berperikemanusiaan.

Kamera ditangannya dipegang kemas dan beberapa gambar diambil.Juyeon tersenyum sinis melihat Choi Sangho sedang memeluk anak perempuannya,Choi Seonhee.

"Aku akan pastikan yang kau akan rasa macam mana kehilangan orang yang kau sayang,Sangho.",getusnya.

▪▪▪▪▪

Pada satu malam,Sangho dan isterinya bertolak ke luar negara atas urusan kerja.Sebaik saja Sangho dan isterinya bertolak,Juyeon menukar targetnya dari Sangho kepada anak perempuannya,Choi Seonhee.

Juyeon mengetahui setiap aktiviti harian yang dilakukan gadis itu.Dari tempat kerja,tempat tinggal malah perkara yang wajib dilakukan gadis itu,memuat naik gambar di laman sosial turut diketahuinya.

Selama beberapa lama dia cuba menarik perhatian Seonhee,akhirnya cubaannya itu berhasil bila gadis itu membalas mesejnya di Instagram.

Sooyoung yang selalu memberi nasihat pada Seonhee itu turut menjadi mangsanya kerana Juyeon merasakan yang Sooyoung akan menjadi penghalang rancangannya.

Juyeon menunggu di luar bangunan apartmen Seonhee kerana tahu yang Sooyoung ada berkunjung ke situ.Dan bila gadis itu turun dari teksi,Juyeon menggunakan peluang yang ada lalu menculik gadis itu.

Dan bermula dari situlah,Juyeon merancang dengan rapi setiap apa yang akan dilakukannya demi meraih kepercayaan Choi Seonhee hinggalah gadis itu termasuk ke dalam perangkapnya.

End flashback.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro