Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

°º¤ø 12 ø¤º°

Keesokannya,

Seonhee menghirup udara pagi di balkoni hotel yang disewanya.Juyeon pula balik ke rumah ibubapanya semalam untu bermalam di sana.

Sementara menunggu Juyeon datang menjemputnya,Seonhee mengemas beg pakaian yang dibawanya.Juyeon sebenarnya mengajak Seonhee untuk bermalam di rumah ibubapanya namun Seonhee berkeras untuk bermalam di hotel.Disebabkan Seonhee tetap dengan keputusannya,Juyeon pun mengalah.

Seonhee melihat jam telefonnya dan sudah menunjukkan pukul 8:45 pagi.Tiba-tiba telefonnya berdering dan Seonhee melihat nama pemanggil lalu segera dia menjawabnya.

"Kenapa,Juyeon?",

Saya mungkin lambat lagi nak datang jemput awak...kalau awak nak pergi jalan-jalan dulu,pergilah...tak jauh dari hotel tu ada taman rekreasi.

"Ouh yeke...kalau macam tu okay...saya tunggu awak kat sana.",

Okay...nanti saya dah sampai,saya telefon awak.

"Okay..",Seonhee pun mengakhiri panggilan tadi.

▪▪▪▪▪

Seonhee berjalan-jalan menikmati pemandangan taman itu.Disebabkan kawasan yang agak terpencil dari bandar,suasana di taman itu agak sunyi.

"Bosanlah...",rungut Seonhee.Sebaik saja mengambil tempat di sebuah bangku,Seonhee mengeluarkan telefonnya.

Stesen kereta api,

Seungmin turun dari kereta api setelah tiba di destinasi.Dia mengambil masa yang lama untuk sampai ke situ.Telefon yang dicurinya semalam,dikeluarkan untuk mengesan lokasi Seonhee ketika itu.

Dia tersenyum bila lokasi Seonhee tidak jauh dari tempat dia berada sekarang.Tanpa membuang masa,Seungmin segera menuju ke tempat itu.

▪▪▪▪▪

"Maknanya Juyeon dalang di sebalik semua ni?",soal Detektif Im tanda tidak percaya.

Rupa-rupanya,Seungmin yang disangkakan penjenayah itu cuba menyelamatkan Seonhee namun lelaki itu pula yang menjadi mangsa pertuduhan.

"Jejak kedudukan Seonhee...dia dalam bahaya sekarang!",arah Detektif Im.

Dua orang polis yang bertugas dalam hal itu mengangguk faham dan segera mengesan lokasi Seonhee.

"Tuan...saya rasa Seungmin pergi ke tempat Seonhee...",celah Taejoon dan Detektif Im memandang lelaki itu dengan pandangan hairan.

"Macam mana awak tahu?",soal Detektif Im.

"Seungmin curi telefon saya semasa melarikan diri semalam dan saya dapat tahu sebab Seungmin memasang lokasi di telefon saya...saya rasa,Seungmin sengaja buat macam tu supaya kita dapat jejak dia.",jelas Taejoon panjang lebar.

Detektif Im terdiam mendengarkan itu.Ada betulnya apa yang dikatakan Taejoon itu.

"Jadi kat mana lokasi Seungmin sekarang?",tanya Detektif Im.

"Mokpo...",jawab Taejoon.

Tidak lama kemudian,salah seorang polis yang bertugas dalam mencari lokasi Seonhee,datang menemui Detektif Im.

"Tuan...Seonhee berada di Mokpo sekarang.",beritahunya.

Detektif Im dan Taejoon berpandangan serentak.Mendengarkan itu, Detektif Im segera menyuruh pasukannya untuk segera bertolak ke Mokpo.Detektif Im juga sudah berhubung dengan balai polis Mokpo untuk memaklumkan hal itu.

▪▪▪▪▪

"Seonhee..",panggil Seungmin.

Telefon yang dipegang Seonhee terjatuh kerana terkejut melihat kehadiran Seungmin.

Seonhee pelik macam mana lelaki itu boleh tahu tempat itu dan memandang Seungmin sedang memegang telefon.Barulah gadis itu tahu yang menghantar mesej kepadanya semalam bukanlah Taejoon sebaliknya Seungmin.

"Jangan dekat dengan aku!",jerit Seonhee bila Seungmin mahu menghampirinya.

Seungmin tidak mempedulikan Seonhee lalu segera menarik tangan gadis itu.

"Kita kena pergi dari sini sekarang,Seonhee....awak dalam bahaya!",beritahu Seungmin.

Seonhee tidak mengendahkan apa yang dikatakan Seungmin itu.Dia cuba melepaskan tangannya dari genggaman Seungmin tetapi lelaki itu mengeratkan lagi tangannya.

"Dengar cakap saya,Seonhee...tolong jauhkan diri awak dari Juyeon dan ikut saya sekarang.a",rayu Seungmin.

"Arghh!",Seungmin menjerit kesakitan bila Seonhee menggigit tangannya untuk melepaskan diri.

Seonhee mengambil telefonnya yang terjatuh tadi lalu segera melarikan diri dari situ.

Seonhee memandang sekelilingnya dan apa yang dilihatnya ialah pokok-pokok besar.Tangannya sudah terketar-ketar bila memikirkan cara untuk lari Seungmin.

"Juyeon...aku kena call dia..",Seonhee mendail nombor Juyeon namun tidak boleh kerana tiada rangkaian di situ.

Dia risau kerana Juyeon akan pergi ke taman itu manakala Seungmin juga berada di tempat yang sama.Pergaduhan mereka tempoh hari kini bermain semula di fikirannya.

▪▪▪▪▪

Seungmin mencari Seonhee yang menghilang di dalam hutan itu.Dia kecewa kerana gadis itu sedikit pun tidak mempercayai kata-katanya.

"Kenapa Seonhee tak nak percayakan aku?",soal Seungmin.

Flashback

Seungmin mengekori Seonhee dari tempat kerja hinggalah gadis itu selamat sampai ke rumah.

Walaupun sudah dua bulan mereka tidak berhubung namun Seungmin tetap memerhati Seonhee demi keselamatan gadis itu sehinggalah pada satu malam,dia ternampak seorang lelaki mengekori Seonhee.

Seungmin pun mengambil beberapa gambar untuk dijadikan bukti.Selepas beberapa hari,Seungmin pergi ke rumah Seonhee untuk memberitahu tentang Juyeon.

Tiba di rumah Seonhee,Seungmin menekan loceng rumah gadis itu namun tiada jawapan.

"Seonhee...saya ni..",beritahunya.

"Kita perlu berbincang...",sambung Seungmin lagi.

"Seonhee!! Saya nak cakap dengan awak!! Kenapa awak susah sangat nak faham saya?!",Seungmin sudah hilang kesabarannya.

Usahanya sia-sia bila Seonhee tidak memberinya peluang.Seungmin tidak berputus asa dengan tetap mengekori Seonhee untuk keselamatan gadis itu sendiri.

▪▪▪▪▪

Pada hari Seonhee berjumpa dengan Juyeon, Seungmin membuat keputusan untuk menerima yang Seonhee sudah pun berjumpa penggantinya tetapi niatnya itu dibatalkan sebaik saja mendapat tahu yang Juyeon ialah lelaki yang dilihatnya sebelum ini.

Seungmin tetap setia menunggu di depan bangunan apartmen Seonhee.Melihatkan gadis itu sudah pulang,Seungmin menghampiri Seonhee di tempat parkir kereta.

"Kalau kau nak selamat,baik kau menyorok sekarang.",pesan Seungmin.

Pesanannya itu tidak diendahkan Seonhee sebaliknya gadis itu menyembur penyembur lada ke matanya.

Seungmin mengejar Seonhee hinggalah dia ternampak gadis itu memeluk Juyeon dari belakang.Seungmin membuat keputusan untuk pulang kerana kecewa.

Dalam perjalanan pulangnya,Seungmin ditahan pihak polis atas tuduhan menyerang hendap bukan saja pada malam itu tetapi sebelum itu juga.

Di balai polis,

Detektif Im menyoal siasat Seungmin atas tuduhan yang dilaporkan.

"Maafkan saya, Tuan...tapi saya tak faham apa yang Tuan cakapkan sekarang ni... menyerang hendap? Semua ni fitnah.",tegas Seungmin.

"Awak ada bukti dengan apa yang awak cakapkan tadi?",soal Detektif Im semula.Dia juga perlukan bukti yang kukuh kerana tidak mahu menuduh orang yang tak bersalah.

"Tuan boleh call kawan sekerja saya untuk pastikan apa yang saya cakap.",cadang Seungmin.

Yeosang datang untuk memberi keterangan kepada pihak polis.Setelah disahkan yang Seungmin berada di tempat kerja sebelum ini,Seungmin dibebaskan dan membayar ikat jamin atas kesalahan di tempat parkir itu.

▪▪▪▪▪

Malam kejadian di rumah Sooyoung

Seungmin bangun dari tempat menunggunya bila melihat gadis itu berlari keluar.Tanpa membuang masa,Seungmin mengejar gadis itu.

Disebabkan jalan yang licin,Seungmin terjatuh yang mana membuatkan pergelangan kakinya terseliuh.Kalau diikutkan hatinya,dia ingin mengejar Seonhee namun keadaan kakinya tidak mengizinkan yang mana membuatkan Seungmin kecewa.

▪▪▪▪▪

Seminggu kemudian,

Sebelum bertolak ke tempat kerja,Seungmin hanya menunggu di luar bangunan.Dan ketika itu,dia ternampak Juyeon baru saja keluar dari bangunan apartmen Seonhee.Melihatkan itu,Seungmin pergi ke rumah Seonhee untuk memastikan gadis itu dalam keadaan baik sebelum pergi dari situ.

Pulang dari tempat kerja,Seungmin terus pergi ke rumah Seonhee dan dalam pada masa yang sama,Seonhee keluar untuk berjumpa dengan Juyeon.

"Kalau aku pergi dekat dia sekarang,dia akan salah faham...lebih baik aku tunggu kat rumah dia.",ungkap Seungmin dan meneruskan perjalanannya menuju ke rumah Seonhee.

Seungmin menggunakan serbuk tepung untuk mengesan cap jari Seonhee dan dari situlah dia mendapat tahu kata laluan rumah Seonhee.

End flashback

Dan mulai daripada itulah,Seonhee salah faham dengan tindakannya yang sebenarnya ingin menyelamatkan Seonhee dari termasuk dalam perangkap Juyeon itu.

"Aku tak kisah kalau kau nak benci aku,asalkan kau selamat,Seonhee.",ujar Seungmin.

▪▪▪▪▪

Seonhee menangis ketakutan dengan keadaan hari yang semakin gelap.Langkahnya diteruskan dan dia terjumpa sebatang anak sungai.

Seonhee pun membuat keputusan untuk berjalan mengikut aliran anak sungai itu sehinggalah menemui sebuah rumah di kawasan itu.Dia terus menuju ke rumah itu dengan harapan untuk meminta bantuan dari penghuni rumah itu.

▪▪▪▪▪

Seungmin masih mencari Seonhee walaupun hari sudah gelap.Dia tidak akan berputus asa demi gadis yang dicintainya itu selamat.

Semasa mencari,kolar baju Seungmin dtarik secara kasar dari belakang dan membuatkan Seungmin terjatuh ke belakang.

Lehernya yang terasa sakit itu dipegang kerana ditarik secara tiba-tiba.Juyeon yang memakai hoodie berwarna kelabu itu berdiri di depan Seungmin yang masih belum bangun dari tempatnya.

Tanpa berkata apa-apa,kayu besbol yang dibawanya tadi diangkat tinggi untuk menyerang Seungmin.

Ppak!!

▪▪▪▪▪

Seonhee mengetuk pintu rumah tadi lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah itu secara perlahan oleh kerana pintu yang terbuka sendiri.

Suasana rumah itu suram dan Seonhee mengagak yang rumah itu sudah tidak berpenghuni lagi.

Langkahnya diteruskan sehinggalah dia terdengar bunyi derapan tapak kasut.Seonhee segera bersembunyi di dalam sebuah bilik.Dengan keadaan yang gelap,Seonhee terpaksa menggunakan cahaya yang datang dari skrin telefonnya.

Ting!

Seonhee terkejut bila notifikasi telefonnya berbunyi.Dia melihat mesej tadi dan tersedar yang di dalam rumah itu ada rangkaian.Mesej yang dihantar itu dibukanya.

Detektif Im

Seonhee...awak ada kat mana? Penjenayah sebenar bukan Kim Seungmin tapi Lee Juyeon...saya mintak awak lari dari dia dan biarkan telefon awak terbuka supaya senang pihak polis nak jejak lokasi awak.

Habis saja membaca mesej itu,pintu bilik yang didudukinya tadi,dibuka dari luar.Seonhee mengundurkan beberapa langkah ke belakang sebaik saja melihat Juyeon sedang tersenyum ke arahnya.

Juyeon meletakkan Seungmin yang tidak sedarkan diri itu betul-betul di sebelah Seonhee.

"Annyeong...Seonhee.",sapa Juyeon.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro