Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

°º¤ø 10 ø¤º°

Seonhee tersedar dan perkara pertama yang dia lihat ialah siling putih.Pandangannya dialihkan dan kelihatan Detektif Im berada di sebelahnya.Dan barulah Seonhee teringat yang sekarang ini dia berada di hospital.

"Cik okay? Ada sakit kat mana-mana?",soal detektif itu.

Seonhee menggeleng lalu tersenyum.Dia juga membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa.Belakangnya masih terasa sakit namun tidaklah teruk mana.

"Juyeon mana?",tanya Seonhee pula.

"Dia okay....jangan risau.",jawab Detektif Im.

Seonhee menarik nafas lega.Dia bertanya kerana selepas Juyeon dibawa ke bahagian kecemasan semalam,dia tidak berjumpa dengan lelaki itu disebabkan dia juga ditahan untuk membuat rawatan.

"Saya mintak maaf atas kesalahfahaman yang berlaku atas Cik....Juyeon juga,dia dah lalui semua ni untuk selamatkan Cik.",ujar Detektif Im sebelum menundukkan kepalanya sebagai permohonan maaf.

"Tak ada apalah...sepatutnya saya yang mintak maaf pada Tuan...terima kasih juga sebab sudi membantu...saya nak pergi melawat Juyeon dulu.",balas Seonhee.

▪▪▪▪▪

Di luar hospital,

Seonhee dan Juyeon berjalan beriringan menuju ke bangku yang menghadap kolam ikan yang terletak di taman hospital itu.

Juyeon meninggalkan Seonhee sendirian di situ.Selepas beberapa minit,Juyeon datang semula dengan air tin di tangannya.Satu air tin itu dihulur kepada Seonhee.

Seonhee mengambil air itu lalu menundukkan kepalanya.Selepas meneguk air itu beberapa kali,Seonhee bermain dengan jarinya,memikirkan cara untuk berbual dengan Juyeon.

"Seonhee....kenapa awak senyap?",belum sempat Seonhee memulakan perbualan,Juyeon terlebih dulu bertanya.

"Ha? Ermm...Saya nak mintak maaf dengan awak.Sebabkan saya,diri awak pulak yang jadi mangsa.",Seonhee meluahkan apa yang terpendam di hatinya.

"Saya mintak maaf sekali lagi sebab salah sangka yang awak ni stalker...",sambung Seonhee.

"Sebab tu je awak senyap? Seonhee...saya buat semua ni demi keselamatan awak juga...dan lagi satu,ni bukan salah awak.",jawab Juyeon.

"Salah saya juga sebab tak jelaskan perkara sebenar...jadi kita seri sekarang,okay?",pujuk Juyeon dan Seonhee tersenyum manis.

"Terima kasih,Juyeon.",ucap Seonhee.

Juyeon memandang dua orang kanak-kanak lelaki yang sedang bermain di sekitar kolam ikan itu.Sesekali terdengar mereka tertawa sesama sendiri yang mana membuatkan Juyeon turut tersenyum.

Seonhee memandang setiap inci wajah Juyeon.Inilah kali pertamanya dia melihat wajah lelaki itu secara dekat.Tanpa disedarinya,pipinya sudah kemerahan.

"Seonhee...awak demam ke?",tanya Juyeon dan Seonhee cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

"Tak...saya tak demam.",jawab Seonhee tergagap-gagap.Juyeon tertawa kecil mendengar jawapan Seonhee.

"Seonhee...saya nak tanya awak sesuatu boleh?",soal Juyeon dan Seonhee hanya mengangguk.

"Eomma dengan Appa awak kerja apa? Sebab saya perasan yang awak selalu berdua dengan Sooyoung.",Juyeon menerangkan maksud dia bertanya,risau pula gadis itu salah faham dengan soalannya.

"Ouh...Appa saya owner Belmond Hotel...Eomma saya pulak PA kepada Appa saya...sekarang ni,diorang ada kat luar negara atas urusan kerja.",beritahu Seonhee.

"Eomma dengan Appa awak pulak? Haritu awak ada cakap yang diorang pun ada kat luar negara kan?",Seonhee bertanya semula.

"Haah...sebenarnya,Eomma saya dah bercerai dengan Appa...Eomma pergi ke luar negara sebab nak tenangkan fikiran,Appa pulak bawa haluan sendiri selepas penceraian tu.",terang Juyeon.Nadanya juga mendatar menceritakan tentang keluarganya.

"Maaf sebab tanya...",Seonhee berasa bersalah pula bertanyakan soal itu tadi.

"It's okay...Saya pun dah biasa.",kata Juyeon.

Setelah setengah jam meluangkan masa di taman,mereka berdua pulang semula ke wad masing-masing.

Seonhee berjalan sambil memandang Juyeon yang berada di depannya.Lelaki itu nampak seperti tiada masalah dan kehidupannya juga terlihat sempurna sedangkan realitinya, lelaki itu menyimpan banyak rahsia.

▪▪▪▪▪

3 hari kemudian,

Seonhee tidak duduk diam sebaik saja sampai di rumah itu.Mungkin ini kali pertama dia menumpang di rumah seseorang selain rumah Sooyoung.

"Buatlah macam rumah sendiri...maaflah kalau awak tak selesa...",ujar Juyeon.

Disebabkan keadaan rumah Seonhee yang masih dalam pembaikan,Seonhee menumpang di ruang Juyeon.Kalau ikutkan,dia boleh saja menginap di hotel namun kerana masih takut dengan keadaan luar,Seonhee mengambil keputusan untuk menumpang di rumah Juyeon sementara waktu.

Malam itu,

Juyeon memasak jjajangmyeon untuk mereka berdua malam itu.Seonhee ingin menolong tetapi Juyeon melarangnya untuk menjejakkan kaki ke dapur dan menyuruhnya menunggu di ruang tamu.

Seonhee memuncungkan mulutnya bila dirinya dihalau.Untuk menghilangkan rasa bosannya,Seonhee melihat rumah Juyeon yang bersaiz sederhana itu.Bingkai gambar yang tersusun kemas di atas kabinet televisyen itu menarik perhatian Seonhee.

Bingkai gambar itu diambilnya dan di dalam gambar itu,kelihatan Juyeon bersama seorang lelaki yang sebayanya,tersenyum mesra.

"Dah siap! Seonhee,jom makan.",pelawa Juyeon.

Jjajangmyeon yang dimasaknya tadi sudah dihidangkan di atas meja.Seonhee meletakkan semula bingkai gambar tadi di tempatnya semula sebelum menuju ke meja makan.

"Nah untuk awak...maaflah kalau tak sedap...dah lama saya tak masak untuk orang lain.",ujar Juyeon.

"Sedap lah...awak pun makanlah jugak.",puji Seonhee seraya menambahkan lagi makanan itu ke dalam pinggan Juyeon.

"Awak cakap awak dah lama tak masakkan untuk orang lain...siapa?",tanya Seonhee.

"Minho...adik lelaki saya.",balas Juyeon lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

Seonhee tidak menjawab sebaliknya menoleh ke arah bingkai gambar tadi.Jadi lelaki dalam gambar itu ialah adik kepada Juyeon.

Selesai makan,Seonhee membasuh pinggan mereka berdua.Walaupun Juyeon berkeras supaya meninggalkan pinggan di dalam sinki,Seonhee hanya memekakkan telinganya lalu membasuh pinggan dan juga kuali yang digunakan tadi.

Seonhee mengambil tempat di sebelah Juyeon yang sedang menonton televisyen.

Ting!

Detektif Im

Saya nak maklumkan pada Cik yang rumah Seungmin sudah kami geledah.Namun buat masa ini,tiada sebarang bukti ataupun petunjuk tentang Choi Sooyoung....Seungmin juga akan segera disoal siasat...apa-apa perkembangan,saya akan maklumkan pada Cik.

Seonhee mengeluh kecil.Sudah hampir sebulan Sooyoung diculik,namun pihak polis masih menemui apa-apa tentang sepupunya itu.

Juyeon yang menyedari riak wajah Seonhee,menutup televisyen lalu bertanya gadis itu.

"Kenapa?",soal Juyeon.

"Tak ada apa-apa... detektif cuma maklumkan tentang Sooyoung...",kata Seonhee.

"Ada apa-apa perkembangan?",tanya Juyeon lagi dan Seonhee menggeleng perlahan.

Juyeon menggenggam tangan Seonhee untuk memberi gadis itu semangat atas apa yang berlaku sekarang.

"Saya faham perasaan awak,Seonhee..",Juyeon cuba menyedapkan hati gadis itu.

"Sekarang saya dah tak ada sesiapa lagi.... sekurang-kurangnya awak masih ada adik...",luah Seonhee.

"Dulu saya ada adik...tapi sekarang,saya pun tak ada sesiapa.",ujar Juyeon dengan nada sedih.

Seonhee mengangkat kepalanya mendengarkan kata-kata lelaki itu.

"Apa maksud awak?",tanya Seonhee ingin tahu.

"Adik saya dah tak ada,Seonhee.",terang Juyeon.

"Macam...mana awak boleh kehilangan adik awak?",tanya Seonhee lagi.

"Accident...ataupun lebih tepat langgar lari...dan paling menyakitkan bila orang yang langgar adik saya dibebaskan macam tu je sedangkan adik saya terkorban.",cerita Juyeon.

Seonhee terdiam mendengarkan kisah itu.Sungguh lelaki itu kelihatan sangat tenang dari luarannya dan dia tidak menyangka kehidupan Juyeon lebih menyedihkan berbanding dirinya.

"Jadi saya bukak laman sosial untuk mencari orang yang terlibat dalam kemalangan tu,tapi....",Juyeon tidak menyambung kata-katanya.

"Maksud awak...kes tu tertutup macam tu je?",Seonhee meneka.

Juyeon mengangguk tanda mengiyakan.Dia juga mengukirkan senyuman menunjukkan dia dalam keadaan baik.

"Saya harap keadilan menyebelahi awak dan juga Minho,Juyeon.",Seonhee memberi semangat kepada lelaki itu.

"Terima kasih,Seonhee.",ucap Juyeon.

▪▪▪▪▪

Detektif Im meramas rambutnya geram bila Seungmin tidak memberi kerjasama.

"Aku tanya sekali lagi....mana kau sorok Sooyoung?",soal Detektif Im.

Seungmin memberi pandangan kosong ke arah detektif itu.Tanyalah berapa kali pun,dia tidak akan menjawab soalan yang ditanyakan itu.

"Kenapa kau stalk Seonhee? Kalau kau tetap tak nak bagi kerjasama,pihak polis juga tak akan bekerjasama dengan kau.",jelas Detektif Im.Dia juga sudah sehabis baik menggunakan bahasa yang sopan.

"Sebab dia dalam bahaya...polis macam kau ni pulak bodoh sebab buta dengan apa yang berlaku.",ujar Seungmin tanpa perasaan bersalah dengan menggelarkan pihak polis sebagai 'bodoh'.

"Kau tau tak? Sia-sia je kalau aku belasah kau kat sini....kau ingat dengan diam macam ni,kau boleh bebas macam tu je?!",berang Detektif Im.

Seungmin tidak menjawab sebaliknya terus berselubung dengan selimut.Sebelum dia bunuh detektif itu,lebih baik dia tidur.

"Taejoon...pastikan kau perhatikan budak ni elok-elok.",arah Detektif Im sebelum keluar dari situ.

Memandangkan Seungmin masih dalam rawatan,pihak polis terpaksa berjaga untuk memerhati Seungmin.Polis yang digelar dengan nama Taejoon itu mengangguk faham.

"Aku akan keluar dari sini...sendiri.",kata Seungmin sendirian sambil memerhati polis yang sedang berjaga di luar pintu wadnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro