Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

°º¤ø 1 ø¤º°

Senyuman lebar jelas terukir di bibir sambil matanya melihat gambar di skrin telefonnya.Sebuah buku nota kecil diambil lalu menulis setiap maklumat yang diperoleh melalui gambar itu.

"Choi Seonhee...aku akan pastikan yang satu masa nanti kita akan berjumpa...",gumam lelaki itu sendirian.Senyuman juga masih tidak lekang dari tadi.

Telefon dimatikan lalu diletakkan di atas meja.Matanya memandang sekilas gambar yang tertampal pada dinding bilik kecil itu dan bibirnya diketap sebelum menutup pintu biliknya dengan kasar.

▪▪▪▪▪

"Seonhee!! Tunggulah aku!",jeritan itu membuatkan gadis itu menoleh diiringi ketawa kecil bila melihat gerangan yang memanggil itu sudah termengah-mengah kerana mengejarnya.

"Aku tunggulah...mana ada aku lari pun...",ujar Seonhee lalu menggelengkan kepalanya.

"Macamlah kau tak pernah tinggalkan aku sorang-sorang...dahlah aku lapar ni,jom makan.",ajak Sooyoung yang juga merupakan sepupu kepada Seonhee.

"Banyak duit?",perli Seonhee dan sepupunya itu hanya tersengih.Melihat reaksi Sooyoung,sudah dapat tangkap apa yang dimaksudkan.

"Aku jugak yang kena...padahal kau dah kerja kan? Mana duit gaji kau?",Seonhee sudah mencekak pinggangnya dan matanya juga tidak beralih dari memandang sepupunya.

"Minggu depan aku belanja kau pulak...aku janji.",jawab Sooyoung dan Seonhee hanya memutarkan bola matanya.

Tanpa berkata apa-apa,Seonhee mengorak langkah terlebih dulu meninggalkan Sooyoung di belakang.

Dan pada masa yang sama,sepasang mata memerhati setiap gerak geri gadis itu sambil tersenyum.

"Seonhee...",getusnya.

▪▪▪▪▪

Di restoran,

Selepas saja membuat pesanan,Sooyoung dan Seonhee berbual tentang kehidupan harian mereka ataupun lebih tepat,kehidupan Choi Seonhee.Memandangkan Seonhee merupakan anak kepada pemilik hotel mewah yang terkenal,sudah pasti kehidupannya lebih senang.

"Okay senyum..",Seonhee sudah bersedia untuk mengambil gambar bersama sepupunya.

1,2,3...

"Ahh...cantiknya! Jap aku nak post kat Instagram.",ujar Seonhee.

Sooyoung hanya memerhati saja gelagat sepupunya itu.Satu keluhan kecil dilepaskan.Hanya itu yang mampu dilakukannya setiap kali Seonhee meletakkan gambarnya di media sosial.

"Done...",Seonhee bersuara selepas diam seketika kerana sibuk dengan aktiviti hariannya.

"Seonhee...walaupun benda ni aku dah pernah tegur tapi aku nak tegur sekali lagi.",kata Sooyoung.

Seonhee yang ralit memandang skrin telefonnya mengangkat kepala dan jelas kelihatan yang sepupunya ketika itu kelihatan serius.

"Apa?",soal Seonhee.

"Kan aku dah pernah pesan sebelum ni,jangan selalu post aktiviti harian kau kat Instagram...bahaya tau tak.Dengan beratus ribu followers,tak semua betul-betul sokong kau...boleh jadi someone tu stalker kau.",kata Sooyoung yang bernada teguran.

"Alah...suka hati dioranglah nak puas hati ke tak.Lagipun,apa susah...cari pasal dengan aku,aku saman...habis cerita.",balas Seonhee dan Sooyoung tidak menjawab.

Memang itulah yang dijawabnya setiap kali dia memberi teguran.Bukan mahu ambil langkah berjaga-jaga sebaliknya mengendahkan saja tegurannya itu.

Makanan yang dipesan sudah tiba dan kelihatan pelayan itu seperti mahu berkata sesuatu.

"Ye...kenapa?", soal Sooyoung yang melihat pelayan itu masih berdiri di meja mereka berdua.

"Ermm...ni Choi Seonhee Unnie ke? Kalau betul,boleh tak nak ambil gambar...saya peminat Seonhee Unnie.",beritahu pelayan itu lalu mengemam mulutnya menunggu jawapan.

Seonhee tersenyum lalu mengangguk setuju.Melihatkan anggukan itu,pelayan itu mengeluarkan telefonnya untuk bergambar bersama idolanya.Siapa yang tidak kenal Choi Seonhee,anak kepada pemilik Belmond Hotel yang merupakan antara 10 hotel terbaik di Korea dan juga Instafamous yang mempunyai lebih 900 ribu orang pengikut.

"Terima kasih!",ucap pelayan itu dengan gembira dan Seonhee hanya menghadiahkan senyuman manis.

"Sooyoung! Jangan makan lagi!",terhincut bahu Sooyoung dibuatnya bila disergah begitu.Hampir saja makanan itu mendarat ke dalam mulutnya namun tidak sempat.

"Ambil gambar dulu,baru makan...",ujar Seonhee yang ketika itu sudah pun menyusun pinggan makanan untuk diambil gambar.

"Ha cepat-cepat! Aishh...",Sooyoung menyilangkan tangannya menunggu Seonhee menyelesaikan pekerjaan separuh waktunya sebagai 'jurugambar' yang tidak berbayar.

Selesai makan,Seonhee dan Sooyoung meninggalkan restoran tadi dan terus pulang ke rumah.Lega rasanya bila perut sudah pun kenyang selepas seharian bekerja.

▪▪▪▪▪

Di rumah,

"Sooyoung...tengok ni.Aku baru je post setengah jam yang lepas tapi dah lebih 20 ribu likes...",Seonhee menunjukkan skrin telefonnya kepada Sooyoung.

"Macam lah ni first time kau dapat banyak likes...ermm mungkin ni lari dari topik tapi kau dah ada boyrfriend baru ke?",soal Sooyoung.

Sengaja dia bertanya kerana selepas Seonhee memutuskan hubungan dengan kekasih lamanya 2 bulan lepas,Seonhee kelihatan seperti sudah berjumpa pengganti baru.

"Nampak macam tu ke?",Seonhee tidak menjawab sebaliknya membalas dengan soalan dan diselitkan juga senyuman.

Sooyoung tidak menjawab sebalik hanya mengangguk.

"Nak cakap yang dia tu boyfriend,belum lagi kot...tapi aku kenal dia 2 minggu lepas.Nak tengok gambar dia?",akhirnya Seonhee memberitahu sepupunya tentang lelaki yang menarik perhatiannya.

"Boleh jugak...",jawab Sooyoung pendek.

Seonhee membuka galeri gambarnya di dalam telefon untuk mencari gambar teman lelaki barunya itu.

"Ha..Ni dia...hensem kan?"

Sooyoung mengambil telefon Seonhee untuk melihat gambar itu dengan lebih dekat.

"Ceritalah macam mana kau boleh kenal dia...umur dia berapa, nama dia apa.",pinta Sooyoung.Telefon sepupunya itu juga dipulangkan semula selepas melihat gerangan yang memikat hati Seonhee itu.

"Dia yang tegur aku dulu dekat Instagram...dah lama sebenarnya cuma sebelum ni aku tak ambik kisah pun tapi disebabkan dia macam berusaha,aku pun reply dm dia.",cerita Seonhee.

"Nama dia Lee Juyeon....dia tua 2 tahun dari aku...followers pun boleh tahan ramai..",sambung Seonhee lagi.

"Ooo...22 lah umur dia? Okaylah tu...aku harap kali ini kau boleh ambil pengajaran dengan perkara lepas.",kata Sooyoung.

Dia juga tumpang gembira kalau Seonhee gembira kerana dari apa yang Sooyoung nampak,Juyeon seperti lelaki yang baik namun Sooyoung juga berbelah bagi kerana itu jugalah apa yang dirasakan nya semasa berjumpa dengan bekas kekasih Seonhee dulu.

▪▪▪▪▪

Keesokannya,

Loceng apartmen milik Seonhee ditekan beberapa kali membuatkan Seonhee terjaga dari lenanya.Dia melihat jam dan menunjukkan masih awal pagi.Dengan berat hati,terpaksalah Seonhee membuka pintu rumahnya.

Dia melihat melalui CCTV dan kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di depan pintunya ketika itu.Disebabkan kedudukan CCTV itu berada di penjuru,Seonhee tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu.

"Seonhee...saya ni.",mata Seonhee membulat mendengarkan suara itu.Suara yang sangat dikenalinya.

"Kim Seungmin..."

"Kita perlu berbincang...please cakap dengan saya..", rayu Seungmin dan Seonhee pun membuat keputusan untuk mengabaikan saja bekas kekasih lamanya itu.

"Seonhee!! Saya nak cakap dengan awak!! Kenapa awak susah sangat nak faham saya?!",kali ini Seungmin mengetuk pintu rumah Seonhee dengan kuat yang mana perbuatannya itu membuatkan Seonhee terkaku.

Disebabkan sikap Seungmin itulah Seonhee membuat keputusan untuk mengakhirkan hubungan mereka yang bertahan selama 3 tahun.Walaupun Seungmin tidak pernah sekali pun mengangkat tangan pada dirinya,namun Seonhee tidak lagi dapat bertahan.

"Baik kau balik sebelum aku panggil pengawal untuk heret kau dari sini!",ugut Seonhee.

Tidak lama kemudian,Seungmin meninggalkan rumah dan Seonhee mengambil nafas lega.Selepas 2 bulan tidak bersua muka,inilah kali pertama Seungmin munculkan dirinya semula.

▪▪▪▪▪

Pintu bilik dihempas dengan kasar.Seungmin meramas rambutnya dengan geram.Sakit hatinya bila gadis itu tidak memberi peluang kepadanya untuk bercakap sebaliknya dirinya pula diugut.Gambar Seonhee yang diletakkan dalam bingkai gambar,ditenung lama tanpa sebarang reaksi.

"Kenapa kau susah sangat faham aku?",Seungmin berkata sendirian dan matanya tidak lepas dari merenung gambar Seonhee.

Heyyo everyone! Yana buat comeback 😗😗 kali ni Yana buat genre thriller...psikopat gitu...hohoho... InshaAllah kalau idea datang mencurah-curah akan di update setiap hari...selalunya Cite macam ni otak Yana laju...kalau terlebih laju,double update....support tau hehehe

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro