Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PROLOGUE

"Omma, kesiannya budak perempuan tu." Jiera memandang ke arah seorang budak perempuan yang terselamat dari kebakaran yang berlaku berhampiran dengan rumahnya.

Dia memerhati budak perempuan itu memandang kosong ke arah tanah. Riak wajah budak perempuan yang kelihatan sebaya dengannya itu sungguh sugul.

"Mesti dia sedihkan omma?" Jiera memuncungkan bibirnya. Ibunya, Lee Chaerin mengusap belakang anaknya. Dia memandang ke arah suaminya, Jiyong.

"Awak baliklah dulu dengan anak. Nanti saya balik ya." Chaerin mengangguk dan membawa Jiera pulang ke rumah.

"Adik." Budak perempuan itu mendongak ke atas dan memandang Jiyong.

"Kita ke hospital dulu ya. Takut adik ada kecederaan." Budak perempuan itu hanya mengangguk dan mengikut Jiyong ke hospital.

Setelah bangun dari tidur, Jiera segera berlari keluar dari biliknya apabila mendengar seperti keadaan riuh di luar.

"Jeno tak nak adik baru!!" rengek Jeno.

"Jeno sayang. Kesian Mayra, dia ni tak ada ibu tak ada ayah tau. Apa salahnya dia jadi sebahagian dari kita." pujuk Chaerin.

Jiera memandang Mayra. Bukankah ini anak perempuan yang dia bersimpati semalam? Jiera terus tersenyum lebar dan memeluk Mayra. Dia mengabaikan abangnya yang masih lagi merengek.

"Nama saya Jiera. Lee Jiera. Nama awak siapa?" Jiera memandang Mayra sambil tersenyum. Mayra membalas senyuman Jiera.

"Nama saya Moon Mayra."

"Mayra ni sebaya dengan Jiera. Dua-dua umur 10 tahun ni." kata Jiyong.

"Mayra, panggil je kami ni omma dan appa. Mulai harini, Mayra tinggal dengan kami ya. Mayra jadi keluarga kami." ujar Jiyong sambil mengusap kepala Mayra.

"Ishh appaaaaa!!" Jeno masih lagi merengek.

"Lee Jeno, kau ni dah 14 tahun masih lagi merengek macam budak-budak. Mulai sekarang kau ada 2 orang adik. Jiera dan Mayra, faham?"

Jeno sempat menjeling Mayra sebelum menganggukkan kepalanya.

"Faham appa."

"Jom Mayra. Kita mandi dulu." Jiera menarik Mayra masuk ke dalam bilik. Seusai mandi, Jiera mengikat rambut Mayra.

"Cantiknya awak, Mayra." Mayra tersenyum memandang Jiera.

"Awak pun cantik Jiera."


- 7 tahun kemudian -

"Mayra sini!!!" Jiera menarik tangan Mayra dan membuatkan Mayra duduk di sofa. Mayra mengangkat keningnya sebagai tanda bertanya.

"Saya ada belikan sesuatu untuk awak." kata Jiera sambil tersenyum manis. Dia mengeluarkan klip rambut dan meletakkannya pada rambut Mayra.

"Awak beli untuk saya?" Mayra memegang klip yang berada di kepalanya. Jiera mengangguk.

"Awak cantik, Mayra. Kalau pakai klip ni mesti bertambah cantik."

"Terima kasih Jiera. Susahkan diri awak je. Duit awak tu patut awak simpan je tau." Mayra memegang tangan Jiera.

"Alaaa bukannya mahal pun. Awak ni nak pergi bekerja ke?" Mayra mengangguk.

"Dah nak dekat pukul 2, saya pergi dulu tau." Mayra mengambil beg sandangnya dan menuju ke salon rambut berdekatan dengan rumahnya.

Jiera mengeluh sambil berpeluk tubuh. Bukan dia sahaja yang melarang Mayra dari bekerja, namun ibubapanya juga turut melarang. Namun, Mayra terlalu degil dan selalu memberi alasan tidak mahu menyusahkan sesiapa.

"Kesiannya Mayra. Aku ni, sebaya dengan dia tapi aku belajar je. Dia pula belajar sambil kerja." Jiera mengeluh perlahan dan masuk ke dalam biliknya. Dia membuka buku dan membuat keputusan untuk mengulangkaji pelajarannya.


***

"Eh Mayra, awal betul kau datang." tegur rakan sekerjanya, Minjeong.

"Saja datang awal. Dapat buat OT, dapat duit lebih. Lagipun harini tak sekolah." Minjeong mengangguk faham dan menyapu lantai. Dia mengerling ke arah Mayra apabila menyedari gadis itu membebel kecil.

"Ish semak betul benda ni!" Mayra menanggalkan klip rambut dan membuangnya ke dalam tong sampah.

"Ingat aku ni budak-budak ke?! Semua dalam rumah tu buat macam aku ni budak-budak. Semak betul." Mayra melihat cermin dan merapikan rambutnya.

"Kau ada masalah ke dengan keluarga kau?" tanya Minjeong.

"Keluarga? Keluarga aku dah lama mampus la disebabkan kebakaran tu."

"Eh kau ni. Keluarga pakcik Jiyong tu."

"Dorang bukan keluarga aku." Mayra segera memakai apron apabila melihat pelanggan masuk. Dia terus melakukan kerjanya.

Minjeong hanya menggelengkan kepalanya. Dia hanya mampu diam. Tidak berani ingin masuk campur dalam urusan keluarga orang.



***

"Eiii kenapa kita pindah sini mama!" Aria mengipaskan dirinya tanda tidak tahan panas.

"Papa kamu tu ada urusan dekat sini. It's okay sayang. Sekejap je ni. Rumah kita kat sini pun besar tau."

"Ada aircond tak mama?" tanya Asha.

"Of course lah ada." Sandara memujuk Aria dan Asha untuk menyelesuaikan diri semasa berada di kampung ini.

Niki melihat sekeliling, kawasan ini dan bandar sangat jauh berbeza. Nampaknya dia akan kebosanan selama 3 bulan ini.

"Niki, papa dah daftarkan sekolah kamu dan Asha. Aria tu dia tengah cuti sem. Jadi nanti kakak kamu tu akan hantar kamu dan Asha ke sekolah." ujar Mr Nishimura.

"It's okay papa. Niki nak drive ke sekolah, can I ?"

"Iyalah. Silakan. Tapi jangan nak buat onar kat sini ya." Niki senyum senget sambil membuat tanda 'ok'.

"Jangan risau papa. I will be behave here. No need to worry." Mr Nishimura menjeling Niki sebelum masuk ke dalam rumah. Entah boleh dipercayai atau tidak anak lelakinya itu.

"Semoga sahaja dia betul-betul tidak membuat onar."

Niki masuk ke dalam rumah dan melihat keadaan sekeliling. Merasakan dirinya sudah bosan, dia mengambil kunci kereta dan membuat keputusan untuk bersiar-siar di kawasan kampung.

"Hey Niki, kau nak kemana tu?!" pekik Aria.

"Tengok kawasan jap noona. Bye!" Niki terus memecut keretanya untuk mengelak soalan dari kakaknya.

"Bertuah punya adik. Bukannya nak ajak aku. Fikir dia punya bosan je." Aria membuat muka dan memeluk tubuhnya. Dia mengambil keputusan untuk bersantai di tepi kolam renang.

Niki memandu sambil melihat kawasan sekeliling. Dia menghentikan keretanya apabila dirinya hampir sahaja melanggar seseorang.

"Alamak. Aduh siapa pulak yang bawa basikal kat sini!!" Niki mengetap bibirnya dan segera keluar dari keretanya. Dia melihat seorang gadis sedang membelek sikunya yang terluka.

Dia menghampiri gadis itu dan menyamakan ketinggian mereka.

"Hello? You okay?" Jiera memandang ke arah suara yang menegurnya. Niki mengebilkan matanya.

'Cantiknya.' desis hatinya apabila pandangannya dengan gadis itu bertaut.

"Hmm kenapa bawa kereta laju sangat? Dah tahu kan ni kawasan kampung. Nasib baik awak hampir langgar saya, kalau budak kecik macam mana? Lagi teruk dorang terluka tau." Jiera memarahi Niki tanpa perasaan takut. Yang dia tahu, lelaki itu salah. Bawa kereta macam pelesit!

Niki berdehem sebelum menghulurkan tangannya untuk membantu Jiera bangun. Jiera menyambut huluran Niki lalu bangun sebelum mengangkat basikalnya.

"Maafkan saya. Saya baru sahaja berpindah ke sini. Jadi saya tak biasa sangat."

"Tapi lain kali jangan ulang lagi. Bahaya untuk orang lain." Niki ketawa kecil.

"Baik awak. Saya menurut perintah." Niki segera menahan Jiera apabila melihat Jiera ingin pergi.

"Kejap awak." Jiera memandang Niki apabila terasa lengannya seperti dipegang.

"Saya Niki. Awak?"

"Jiera." Jawabnya lalu menaiki basikalnya dan pergi dari situ.

"Jiera? Nama cantik, tuan pun cantik." Niki tersengih dan masuk ke dalam keretanya. Dia berharap agar dapat menemui gadis yang bernama Jiera itu lagi.



T B C

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro