19
"So you already have family and now expecting a second baby?" Niki mengangguk. Jiera tertawa kecil.
"Kenapa you ketawa?"
"Nah. I cuma tak sangka you dah ada family. Yela you still muda plus a man like you mostly tengah having fun sekarang. Tak ada apa-apa komitmen lagi."
"Supposed to be but I took the wrong step when I was young." Jiera mengangkat keningnya, tanda ingin tahu.
"Apa maksud you?"
"Dulu masa sekolah, I tersilap langkah. Terlanjur dengan wife I. She ended up having our baby at that time."
"So, you dah lama la berkahwin ni?" Niki menggeleng.
"Baru kahwin. Sebelum ni I bujang tali I bertanggungjawab je pada wife I. Cuma baru kahwin sebab masing-masing bagi masa untuk kembangkan kerjaya dan ambil masa untuk betul-betul bersedia dulu."
Jiera senyum tipis. Dia sepertinya ingin sahaja melempang lelaki di hadapannya sekarang namun dia menahan dirinya dari berbuat demikian. Bujang? Sedangkan lelaki itu sudah lima tahun berkahwin dengannya sebelum berkahwin dengan Mayra.
"Bagusnya you. Sangat bertanggungjawab. I like this type of guy." Niki tersenyum bangga apabila mendengar pujian dari Jiera.
"Well, it's normal for a gentleman, right? How about you? Dah berpunya ke?" Jiera menyicip jus yang berada di hadapannya sebelum menjawab soalan dari Niki.
"Kenapa kalau I single? You nak jadikan I milik you ke?" Wajah Niki berubah secara drastik apabila mendengar soalan itu. Jiera senyum miris sebelum menyambung kata-katanya.
"I gurau je. I still single. Tak ada siapalah tertarik dengan I ni. Yela, I ni jenis little bit straightforward and if in a relationship, I prefer to make it legal and show it on public." Niki mengangguk faham. Perwatakan Izeara agak persis seperti Mayra. Namun dia dapat rasakan aura yang lebih kuat dari Izeara.
"You study dekat mana dulu? I dengar you baru balik sini."
"I study dekat Melbourne. I balik sini around 5 month ago. Tapi baru mulakan legasi my mom. Baru ada rasa yakin tu untuk mula kerja." Jelas Jiera.
"You janganlah rasa macam tu. You kena percaya pada diri you sendiri. I tahu you boleh handle butik mummy you tu."
"Mana you tahu I boleh buat?" Jiera memandang Niki sambil menongkat dagunya. Dia memberi pandangan yang lembut pada lelaki itu.
"I yakin dengan you. Kalau mummy dengan abang you hebat, you mesti hebat juga Izeara." Niki tersenyum memandang Izeara. Jiera membalas senyuman dari Niki namun di dalam hatinya hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya hati dia setiap kali menatap wajah lelaki itu.
"Opss! Alamak tertumpah pula." Jiera sengaja berpura-pura seperti menumpahkan minuman secara tidak sengaja di baju. Niki yang panik segera mengambil tisu dan menghulurnya pada Jiera.
"Thanks Niki. I think nak tukar bajulah." Jiera bangun dan mencapai tas tangannya.
"Eh you nak tukar dekat mana?"
"Hotel dekat depan ni. Lagipun I memang cadang nak stay sana malam ni. Nak sambung borak dekat sana? I rasa kita tak habis borak lagi ni." Ajak Jiera. Niki terkejut dengan pelawaan Jiera.
"Tak apa Izeara. Kita sambung borak lain kali jela. I kena balik ni."
"Awalnya nak balik. Hmm tak apa. You teman I sampai ke muka pintu bilik boleh?" Niki mengangguk.
Mereka pun menuju ke arah hotel. Niki mendengar sahaja perbualan antara Jiera dan penyambut tetamu. Dia sempat mengerling ke arah kad pengenalan Jiera.
'Betul la dia ni hanya mirip dengan Jiera.' Bisik hati Niki.
"Jom you." Jiera menekan butang lif dan menekan butang yang menempatkan tingkat biliknya. Setelah keluar dari lif, Jiera mengucapkan terima kasih pada Niki kerana menemannya sehingga ke muka pintu.
"Hati-hati ya Izeara. Sekarang hotel pun tak selamat sangat. Apa-apa call je I kalau you nak minta tolong." Jiera mengangguk.
"Thanks a lot Niki. I appreciate it."
Langkah Niki terhenti apabila mendengar Jiera memanggilnya.
"Ya Izeara?" Niki mengangkat keningnya sambil memandang Izeara yang berdiri di depan pintu.
"Sorry tapi boleh tolong I kejap tak?"
"Sure." Jiera memegang tangan Niki dan menarik lelaki itu masuk ke dalam bilik hotel.
"Eh kenapa ni Izeara?" Tanya Niki setelah melihat Izeara berdiri membelakanginya.
"Tolong buka zip dress I. I tak dapat capai." Niki membulatkan matanya apabila mendengar arahan dari Jiera.
"Are you serious?"
"Ya, tolong buka zip je. Lepastu you baliklah." Jiera masih kekal di posisinya. Niki menarik nafas sebelum membuka zip dress Jiera. Dia melihat badan Izeara yang terdedah sebelum matanya tertarik pada satu tahi lalat di bahu Jiera.
Tanpa dia sedari, dia menyentuh tahi lalat tersebut. Tidak hilang, bermakna itu tahi lalat yang betul.
"You okay? Ke ada something dekat bahu I?" Jiera pura-pura panik.
"T-tak Izeara. I pergi dulu ya." Niki mengalihkan pandangan apabila melihat bahagian dada Jiera hampir terdedah. Dia terus berjalan keluar dari bilik hotel tersebut.
Setelah Niki pergi, Jiera senyum puas. Sangkaannya tidak salah. Niki benar-benar tidak sepenuhnya percaya pada dia. Dia melihat bahagian belakang tubuhnya menggunakan cermin dan tersenyum.
- flashback -
"Jiera perlukan apa-apa lagi ke?" Tanya Jinah.
"Saya rasa saya perlu ubah sedikit badan saya." Jinah mengerutkan dahinya.
"Kamu nak buat pembedahan plastik ke?" Jiera menggeleng.
"Saya nak tatoo tahi lalat. Badan saya tak ada sebarang tanda. Untuk Izeara saya mahu letak tanda itu, bagi buat Niki lebih percaya pada saya." Jinah mengangguk faham.
"Pandai, mummy pun tak terfikir. Jadi kamu nak buat tatoo tu dekat mana?" Jiera memandang Jinah lalu berfikir sejenak.
"Di bahu belah kanan saya dan di belakang telinga belah kiri."
"Baik, nanti mummy uruskan. Jiera jangan risau."
"Baiklah mummy. Terima kasih."
Jiera mengambil nafas yang panjang setelah hari yang dinantinya telah tiba. Dia memasuki kedai tatoo dan duduk di kerusi.
"Boleh buka baju dulu cik." Sapa pekerja sambil memegang alat membuat tatoo. Jiera mengangguk dan membuka bajunya.
"Ni sakit sikit je. Tapi yang dekat belakang telinga mungkin agak sakitlah." Kata pekerja itu.
"Tak apa. Saya faham." Jiera membuatkan pekerja itu menandai badannya. Setelah siap, dia melihat hasil di cermin.
"Macam mana? Dah ok ke? Atau cik tak berpuas hati?"
"Dah ok ni. Terima kasih." Jiera senyum lalu membayar servis tatoo itu sebelum beredar dari situ.
- end flashback -
Jiera kembali memakai gaunnya. Dia sebenarnya boleh saja membuka dan menutup zip sendiri, tapi dia sengaja mahu mempermainkan Niki.
"The real plan was begin."
***
"You dari mana? Kata nak balik awal." Tanya Mayra sambil menidurkan Minki.
"Sorry sayang. Appointment tu habis lewat. Client I banyak songeh pula." Mayra memandang Niki yang sedang menanggalkan pakaiannya.
"You dah janji dengan anak. Kesian anak tunggu you."
"Mayra. Esok masih ada. You kan kerja juga. Kenalah faham I. Bukan saja-saja I kerja sampai malam. You ingat I taknak rehat ke?" Mayra menghela nafasnya.
"Nanti pandai-pandailah you cakap dengan anak."
"Don't worry. I will." Mayra bingkas bangun setelah Niki masuk ke dalam bilik air. Dia mengambil telefon Niki dan memeriksa segala pesanan yang masuk. Tiada sebarang kecurigaan.
"Mungkin betul dia kerja." Kata Mayra dengan perlahan sebelum meletak kembali telefon Niki. Dia menuju ke arah pintu bilik setelah mendengar ketukan dari luar.
"Ya Kak Aria? Kenapa?"
"Mayra, akak nak pinjam duit Mayra dulu boleh? Mama kedekutlah taknak bagi duit." Kata Aria sambil tersengih.
"Berapa akak nak?"
"Tiga ribu boleh?" Mayra mengawal ekspresinya wajahnya apabila kakak iparnya dengan selamba memberitahu amaun yang dia perlukan.
"Yela, nanti Mayra transfer dekat akak." Aria terus tersenyum dan memeluk Mayra.
"Yeayy! Terima kasih! Jangan lupa transfer tau!" Aria berlalu pergi dan keluar dari rumah itu.
'Kerja minta duit je. Kalau bab nak suruh tolong tengokkan Minki, liat.' Kutuk Mayra di dalam hati. Dia mencapai telefon pintarnya dan memasukkan duit ke dalam akaun Aria.
"You." Mayra melihat Niki keluar dari bilik air setelah selesai mandi.
"Ya kenapa?"
"Kenapa kita tak boleh duduk sendiri eh? Rumah kita sendiri kan dah ada."
"Kalau kita pindah, siapa nak tengokkan mama. Asha tu pun nak kena tengokkan juga." Niki baring di sebelah Minki.
"Upah jela maid. You kan banyak duit." Cadang Mayra.
"Mama tak suka ada orang asing dalam rumah."
"Habistu sampai bila? Sampai kita tua ke duduk kat sini? I need my own privacy too."
"Sayang, you pun tahu yang I satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ni. I kenalah jaga keluarga I." Mayra mengetap bibirnya.
"Cakap dengan you memang tak berguna. Asyik tak sebelahkan I je! I ni isteri you tau!"
"Moon Mayra! I penat nak bergaduh. I nak rehat." Niki memejamkan matanya sambil memeluk Minki yang telah tidur dengan lena.
Mayra memandang Niki dengan ekspresi wajah yang tidak puas hati. Sejak berkahwin, Niki selalu menyebelahi keluarganya. Sebelum kahwin, elok pula Niki menyebelahinya.
Mayra membetulkan ikatan perut palsunya dan baring di sebelah Minki. Lebih baik dia tidur dari terus berfikir yang dapat menyakitkan hatinya.
***
"Izeara Kim?" Jiera berpaling setelah mendengar namanya dipanggil.
"Yes I am." Jiera segera berdiri dan menunduk hormat setelah mendapati yang menegurnya itu adalah pengarah syarikat GreenLit, Taeyeon.
"Duduklah, santai je memandangkan hanya kita disini." Taeyeon senyum lalu duduk berhadapan dengan Jiera.
"Saya dah tengok proposal yang awak hantar tu. Saya agak tertarik dengan idea yang awak beri, Izeara. Sangat fresh dan relevant." Puji Taeyeon.
Jiera tersenyum apabila mendengar pujian dari Taeyeon. Lega hatinya apabila proposalnya itu mungkin tidak akan ditolak.
"Terima kasih puan. Saya hargai pujian dari seseorang yang pengalaman lama seperti puan." Taeyeon tertawa kecil.
"Kamu ni betul-betul anak Jinah. Sopan, bijak. Tapi saya ada soalan, kenapa awak pilih kami untuk bekerjasama?" Soalan dari Taeyeon membuatkan senyuman Jiera semakin lebar.
"Kita merupakan pesaing rapat puan. Tapi jika kita berkerjasama, saingan itu dapat memberikan saingan yang sihat. Kita berdua dapat untung, samada enggagement ataupun nama syarikat semakin naik."
"Jadi dengan produk yang terhasil dari kerjasama kita dapat memberikan impak positif. Kemungkinan untuk berdaya saing juga kurang sebab dua jenama telahpun bersatu. Dan saya tahu syarikat puan perlukan satu sumber untuk menghasilkan rekaan yang baru. Syarikat saya boleh berkerjasama dengan puan untuk mereka design yang puan mahukan juga." Terang Jiera dengan panjang lebar.
"Interesting. Jadi kita boleh mulakan proses R&D. Jika semua testimoni berkesan dan menunjukkan kesan positif, saya setuju untuk berkerjasama dengan awak, Izeara." Jiera mengangguk faham.
"Proses R&D akan dilakukan dalam masa terdekat. Puan jangan risau, saya sendiri turut akan terlibat dalam testimoni tersebut." Taeyeon mengangguk.
"Around 2 weeks, saya nak report dari proses R&D tu boleh?" Jiera sekali lagi mengangguk faham.
"Boleh puan. Jangan risau, saya akan buat yang terbaik."
"Teruskan usaha awak Izeara. Industri kita perlukan orang muda seperti awak. Sampaikan salam saya kepada ibu awak ya." Taeyeon menepuk perlahan bahu Jiera dan menunduk hormat sebelum pergi. Jiera turut membalas tundukkan dari Taeyeon.
Jiera berjalan keluar dari perkarangan pejabat GreenLit. Selepas dia masuk ke dalam kereta, telefonnya berbunyi.
"Ya Giselle?"
"Maaf Cik Izeara. Puan Moon Mayra ada dekat pejabat sekarang. Katanya nak berjumpa dengan cik berhubung dengan proposal hari itu."
Jiera senyum sinis apabila mendengar khabar tersebut.
"Bagitahu dengan dia, saya tak available harini. Jadual saya packed dengan appointment di luar."
"Baik cik."
"One more thing, kalau nak jumpa saya, suruh dia buat appointment dulu."
"Baik cik. Saya faham."
Giselle terus melihat ke arah Mayra yang berdiri memandangnya sambil menunjukkan wajah yang kerek.
"Mana boss kau?"
"Maaf puan, dia tak masuk ke pejabat dah. Kalau puan nak jumpa dia, kena buat appointment dulu."
"Appointment? Sibuk sangat budak mentah tu." Mayra melemparkan proposal di atas meja Giselle.
"Bagi proposal baru ni dekat boss kau. Cakap dekat dia, jangan sombong sangat. Dia tu baru nak menapak masuk dalam bidang ni. Patut bersyukur tau aku ajak berkerjasama."
"B-baik puan." Giselle menunduk. Dia duduk setelah Mayra pergi dari situ.
"Ish, kerek betul. Tak padan dengan perut besar. Kalau profesional sangat, taknya serang pejabat begini." Kutuk Giselle.
Dia menyambung kerjanya yang tergendala. Malas mahu melayan kerenah orang yang berperangai begitu. Buat dia banyak dosa je sebab mengata.
T B C
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro