Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18

"Jadi Ara dah jumpa dengan Niki?" Jiera mengangguk.

"Tapi masih kena yakinkan dia. Ara tahu dia masih tidak percaya sepenuhnya."

"Sudah semestinya. Ara buatlah apa yang patut nanti. Kalau perlukan apa-apa pertolongan, bagitahu je mummy. Mummy sedia membantu."

"Terima kasih mummy."

"Mummy pergi dulu."

"Sekejap mummy. Ara nak cakap tentang butik." Jinah kembali duduk di meja dan memandang Jiera dengan pandangan ingin tahu.

"Beberapa hari sebelum ni, ada beberapa syarikat hantar proposal untuk mengajak kerjasama. Salah satu syarikat tu, ada syarikat Mayra. Ara cadang nak ajak syarikat GreenLit untuk berkerjasama. Kalau syarikat kita dan syarikat tu bergabung, akan jadi satu kerjasama yang amat kuat. Mummy setuju ke?" Jinah mengambil dokumen yang dihulur oleh Jiera dan meneliti maklumat dokumen tersebut.

"New product? Natural based.. It's good.  Memandangkan syarikat kita pun baru nak berjinak dengan skincare. Can proceed, I approved." Jinah memandang ke arah Jiera sambil tersenyum.

"Thanks mummy! Ara janji yang Ara takkan hampakan mummy." Jiera tersenyum lebar apabila proposalnya mendapat kelulusan dari Jinah.

"I trust you,dear." Jinah mengusap rambut Jiera sebelum keluar dari rumah. Jiera kembali duduk dan meminum kopi yang telah disediakan. Dia teringat kejadian malam tadi.

'Niki tak cari aku ke?'

Jiera mulai gusar, bimbang jika rancangannya tidak menjadi. Jika lelaki itu masih tidak menghubungi, pasti lelaki itu masih tidak mempercayai identiti baharunya.

"It's okay Jiera. Slowly. Sekarang fokus pada proposal untuk mengajak GreenLit bekerjasama dulu." Jiera bangun dan membasuh cawan yang digunanya. Dia mencapai tas tangannya dan menuju ke kereta untuk ke butik.


***

"Asha? Kenapa tak datang semalam?" Heeseung menegur Asha setelah mendapati gadis itu keseorangan di taman. Pasti sebab Jungwon dan Sunoo tidak hadir menyebabkan wajah gadis itu cemberut hari ini.

"Ohh.. Sir Heeseung, maaf. Asha tak ok sikit semalam."

"Aik? Kenapa tak ok? Apa jadi?" Heeseung duduk di sebelah Asha.

"Hmm Asha rindukan Kak Jiera je."

"Janganlah macam ni Asha. Yang hidup kena teruskan hidup. Saya pun bersimpati terhadap pemergian kakak ipar awak tu." Asha mengeluh sebelum memandang Heeseung yang setia merenung dirinya.

"Sir, Asha nak minta maaf sebab terhilangkan buku yang sir bagi. Asha dah puas cari tapi tak jumpa. Nanti Asha ganti balik ya buku tu." Heeseung tergelak apabila melihat wajah kesal Asha. Dia memberi kembali buku lukisan Asha yang tercicir pada hari itu.

"Eh, ni buku Asha! Sir curi eh!" Asha membulatkan matanya dan segera memeluk buku tersebut.

"Mana ada sir curi. Asha yang terjatuhkan buku ni. Nasib saya yang jumpa tau." Heeseung membiarkan sahaja Asha membelek buku tersebut. Dia tahu gadis itu risau jika terdapat sebarang kerosakkan.

"Terima kasih sir. Kali ni Asha akan jaga buku sir ni elok-elok."

"Ya Asha. Jangan risau. Saya tak marah pun."

"Sir.."

"Ya Asha?"

"Boleh ke kalau saya nak nombor telefon sir?? Kakak Asha suruh Asha minta. Kalau tak dia cubit Asha lagi la sir." Kata Asha dengan jujur. Heeseung mengerutkan dahinya apabila mendengar omongan tersebut. Kakak Asha menyakiti Asha?

"Kenapa pula kakak Asha nak nombor telefon saya? Tak payahlah. Kalau ada urusan penting, datang je pejabat."

"Asha pun tak tahulah sir. Nanti Asha cakap macam tu kat kakak."

"Kalau kakak Asha cubit Asha lagi, bagitahu saya tau." Asha mengangguk.

"Jom saya belanja Asha makan aiskrim."

"Aiskrim?! Nak!!" Asha tersengih apabila mendengar pelawaan dari Heeseung. Rugi jika mahu tolak. Siapa je yang tidak suka dibelanja.

"Jadi sir muda lagi la ni? Asha ingat sir dah pakcik." Kata Asha sambil memakan aiskrimnya. Heeseung membuat muka tanda tidak puas hati.

"Saya punyalah gagah, perkasa, hensem pula tu. Asha kata saya orang tua? Sampai hati Asha."

"Maaflah sir. Biasa pensyarah kat sini semua dah buncit macam Sir Sooman." Heeseung menggelengkan kepalanya.

"Tak tahu kalau Sir Sooman dengar Asha kutuk dia."

"Alaa janganlah Sir Heeseung. Tak nak lah." Asha mulai gelabah. Sir Sooman antara pensyarah yang garang di universiti itu. Mahu dia kena bebel nanti.

"Marilah saya hantar Asha balik." Heeseung jalan beriringan dengan Asha menuju ke kereta.

***

"I said no mama! I don't want him! I have my own choice!"

Sandara menggulingkan biji matanya apabila mendengar protes dari Aria. Dia sudah muak dengan alasan dan protes dari Aria setiap kali dia mengusulkan penjodohan.

"Kau tu dah tua Aria! Kau perempuan, bukannya lelaki. Umur dah nak masuk 30 tahun tapi tak kahwin lagi. Muka aku ni malu tahu bila orang tanya kau bila nak kahwin! Adik lelaki kau tu dah 2 kali kahwin."

"Tu Niki. Ni Aria. Hidup Aria."

"Kalau nak harapkan kau yang atur hidup kau sepenuhnya. Sampai ke matilah kau hidup gini. Kerja nak habiskan duit bapak kau je!" Aria mengetap bibirnya.

"Ha kau cakap ada calon. Mana calonnya?!"

"Nanti Aria bawalah balik, kenalkan kat korang semua." Sandara senyum sinis.

"Sebenarnya tak ada, sebabtu kau kata nanti. Tak ada, kau kena terima penjodohan ni." Aria menjeling Sandara dengan tajam dan menhenyak tubuhnya ke sofa.

"Tak nak! Aria tetap dengan keputusan Aria!"

"Nishimura Aria!!" Sandara menjegilkan matanya ke arah Aria yang masih lagi berdegil. Anak daranya ini sangat keras kepala.

"Nenek eungh." Minki menggosok matanya setelah terjaga akibat pergaduhan mulut antara Sandara dan Aria.

"Ya cucu kesayangan nenek ni. Kenapa sayang?" Sandara menyamai ketinggiannya dengan Minki dan mengusap rambut cucunya dengan lembut.

"Minki lapar. Minki nak susu."

"Kau ni dah besar pun nak susu ke?" Sampuk Aria.

"Biarlah dia minum susu. Biar tak bodoh macam kau." Tempelak Sandara dengan geram sambil membawa Minki ke dapur.

"Aik, asyik aku je kena. Asal aku je bodoh, anak tak guna. Aku ni lagi function dari si lembap tu lah!" Gumam Aria kerana tidak puas dengan Sandara.

Aria bangun setelah mendengar bunyi kereta memasuk perkarangan rumahnya. Dia segera keluar apabila mendapati Heeseung yang menghantar Asha pulang.

"Asha, masuk." Arah Aria. Asha yang tidak mahu dimarahi itu segera masuk ke dalam rumah.

"Maaf sebab datang tanpa diundang. Saya cuma hantarkan adik encik je." Heeseung menunduk.

"No need to say sorry. Thanks sebab hantar adik saya. By the way, saya Aria. Kakak Asha." Aria menghulur tangannya untuk berjabat tangan dengan Heeseung. Heeseung yang melihat huluran Aria itu membalas jabat tangan.

"Saya Heeseung."

"Saya tak pasti Asha ada buat tak apa yang saya pesan. Saya ada suruh dia minta nombor telefon awak. Dia ada minta ke?" Heeseung senyum canggung.

"Ada, tapi maaf. Nombor telefon saya adalah privasi saya. Segala urusan yang melibatkan Asha boleh terus ke universiti. Selesaikan di pejabat." Aria memandang Heeseung sambil berpeluk tubuh.

"Itu tak penting. Saya memang nak nombor awak. Tak ada kaitan dengan budak Asha tu."

"Maaflah Cik Aria. Saya tak rasa kita ada apa-apa urusan yang penting. Kalau sekadar nak borak kosong, saya sibuk."

"Sombong! Baru jadi pensyarah dah sombong. Bila-bila masa je boleh hilang title tu la!" Heeseung terkedu dengan sikap angkuh Aria. Dia tidak menyangka kata-kata ini akan keluar dari mulut gadis itu.

"Terima kasih atas kata-kata cik. Saya minta diri dulu ya." Aria mengetap bibirnya apabila melihat Heeseung berlalu pergi.

"Tak guna! Apa yang sombong sangat?! Setakat kerja kuli je. Kau tak payah nak sombong sangatlah!" Aria tantrum seorang diri di luar rumah. Susah juga mahu mendekati pensyarah itu.

"Aku kena cepat sebelum mama semakin paksa aku. Aku kena pastikan aku dapat Heeseung juga!"


***

"

Semalam you cakap you free malam ni. Kenapa tiba-tiba tak free pula?" Tanya Mayra sambil menyuap salad buah ke dalam mulutnya.

Niki memerhati Mayra yang dari tadi menikmati salad buah yang dipesannya. Disebabkan mahu mengambil hati Mayra, dia terpaksa membeli minum petang dan makan di pejabat isterinya.

"Biasalah kerja. Tiba-tiba ada appointment."

"Lewat ke balik? You dah janji nak main dengan anak kita." Mayra memerhati suaminya yang sibuk melihat gambar ultrasound janin.

"Tak sayang. I janji I balik awal."

"Sayang? Next month I nak ikut you pergi check up boleh? I nak merasa juga teman wife I tengok baby. Kawan I cakap kat klinik boleh request dengar heartbeat baby." Suapan Mayra terhenti apabila mendengar permintaan Niki.

"Are you okay?"

"Kawan perempuan ke? Sejak bila you ada kawan perempuan ni?" Mayra dengan pantas mencari topik lain untuk mengelak soalan dari Niki. Dia menolak makanan yang berada di hadapannya, tanda tidak ada mood.

"Sayang, you janganlah salah faham. Kawan I lelaki, dia dah kahwin tu yang dia tahu." Niki segera memeluk Mayra dan menenangkan isterinya yang sedang marah.

"Tak payah sentuhlah! Tak ada mood!"

"Hey baby, listen here. I only love you, only you inside my heart. I tak ada sesiapa selain you. You pun tahu apa I buat untuk pastikan kita bersatu bukan?"

"Beranilah you buat yang bukan-bukan. You tak kenal lagi siapa Moon Mayra. Once you buat hal, siap you." Niki tertawa.

"Kenal. Moon Mayra tu wife kesayangan I. Best wife I ever had."  Mayra tersenyum apabila mendengar penyataan dari Niki.

"I pergi dulu tau sayang. Hati-hati balik nanti." Niki sempat mengucup bibir Mayra sebelum berjalan keluar untuk menuju ke keretanya. Dia mengeluarkan telefon pintar dari dalam poketnya sebelum tangannya lincah menaip di papan kekunci telefonnya.

"Izeara. Malam ni pukul 8 ya. I tunggu dekat Restaurant Skyline."

Setelah selesai menghantar mesej itu pada Jiera. Niki segera masuk ke dalam keretanya dan memandu ke pejabatnya. Dia perlu menyiapkan kerja sebelum pergi ke restoran yang dijanjinya.

Jiera yang sedang membuat proposal itu tersenyum apabila membaca pesanan yang dihantar oleh Niki. Nampaknya lelaki itu sudah masuk ke dalam perangkapnya.

"Ok noted."

Jiera membalas pesanan Niki sebelum menyusahkan proposalnya. Dia mencetak proposal tersebut sebelum menyerahkan proposal itu pada pembantunya, Giselle.

Jiera mencapai telefon pintarnya dan menghubungi Jinah.

"Hello mummy."

"Ya Ara? Ada apa?"

"Malam ni Ara jumpa dengan Niki. Dia baru je chat Ara. Ajak Ara jumpa malam ni."

"Good. It's a good news for us. Ingat plan kita. Mummy dapat rasakan Niki tu senang diperdayakan."

"I will mummy. I won't disappoint you. Malam ni mungkin Ara balik lambat sikit."

"Ok Ara. Be careful. If anything happen, cepat-cepat call mummy atau abang ya."

"Okay mummy. Thanks."

Jiera mematikan panggilan dan pulang ke rumah sedikit awal. Dia segera bersiap sejurus sahaja tiba. Dia membuat keputusan untuk memakai dress v-line berwarna hitam, dipadankan dengan fur coat memandang cuaca ketika ini agak sejuk.

Jiera menyanggulkan rambutnya untuk kelihatan kemas dan elegan. Setelah selesai dia memakai kasut tumit tinggi dan berjalan keluar dari rumah. Sebaik sahaja keluar, dia bertembung dengan Taeyong.

"Eh abang."

"Ara nak kemana?"

"Jumpa Niki nanti." Taeyong mengerutkan dahinya.

"Niki? Abang follow dari jauh ya." Cadang Taeyong. Jiera tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. Dia tahu Taeyong khawatir terhadap dirinya namun dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu.

"It's okay abang. Ara akan ok je. Jangan risau. Ara pergi dulu ya." Taeyong mengeluh perlahan dan ketepi untuk memberi laluan kepada gadis. Dia melihat Jiera memandu pergi dengan hati yang risau.

Sejujurnya dia masih lagi tidak setuju dengan rancangan ini. Sesungguhnya rancangan ini satu kerja gila. Jika tersilap langkah, segalanya akan hancur.

Taeyong memandang ke arah langit dan merenung langit buat masa yang lalu. Buat seketika, kenangannya bersama mendiang Izeara berlegar di dalam fikirannya.

"Abang tahukan kenapa Ara sayang sangat dekat abang? Sebab abang hebat!"

"Mana ada abang hebat Ara."

"Hebatlah! Abang graduate with honour. Siap dapat anugerah lagi! Ara bangga sangat dengan abang! Lepasni Ara nak masak makanan kegemaran abang."

"Eleh, Ara mana reti masak."

"Ara dah pandailah masak. Tapi masak makanan favorite abang jela sebab abang special bagi Ara."

"Special sangat ke?"

"Haah, abang cinta hati Ara. My second love sebab first love Ara of courselah mendiang daddy."

"Ada-ada je Ara ni."

"Betul la. Ara cintakan abang, sayangkan abang."

Taeyong memejamkan matanya. Dia membiarkan angin yang dingin menyapa tubuh. Tidak lama kemudian, dia kembali memandang ke arah langit.

"Abang tak tahu kenapa mummy buat semua ni. Tapi Ara jangan risau, abang akan pastikan mummy akan ok disini. Kalau sudah keterlaluan, abang akan berusaha untuk membetulkan keadaan dan menegur mummy. Ara tenanglah disana."

Taeyong menarik nafas sedalamnya sebelum masuk ke dalam rumah. Dia melihat gambar keluarga mereka yang sebelumnya dihiasi dengan senyuman manis Izeara, kini sudah ditukar dengan wajah Jiera.

"Semoga semuanya baik-baik sahaja. Buat mummy dan juga buat Jiera."

T B C

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro