Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14

Chaerin melihat Jiera yang sudah dua hari termenung. Semenjak Niki menghantar diri pulang, anak perempuannya itu banyak termenung. Dia akan keluar bilik jika dipaksa sahaja, itu pun akan tetap termenung juga.

"Adik. Mari makan. Adik janganlah fikirkan pasal suami adik tu." Jiera mengesat airmatanya.

"Adik tak fikir pasal dia omma. Adik fikirkan pasal nasib adik. Kenapa malang sangat hidup adik ni?"

"Adik janganlah cakap macamtu. Tuhan tengah uji adik. Tuhan uji, tanda tuhan sayangkan adik." Jiera memeluk Chaerin dengan erat. Dia menyandarkan kepalanya pada dada ibunya.

"Adik kena kuat, kena bangkit. Ini bukan pengakhiran hidup adik. Adik boleh bina hidup baru lepasni." Jiera hanya berdiam diri. Dia mendengar sahaja omongan ibunya.

"Adik, ni ada surat." Jeno masuk ke dalam rumah sambil memegang satu sampul surat.

"Surat? Siapa bagi?" Jiera mengerutkan dahinya.

"Entah, abang baru nak tidur dekat pangkin luar tu. Tiba-tiba orang datang bagi surat." Jiera mengambil surat tersebut. Dia terdiam apabila mengetahui surat itu adalah surat tuntutan cerai. Dia melihat Niki sudah menandatangani surat itu.

'Pasti dia nak aku sign.'

"Oh surat cerai? Kau sign jela adik. Kau boleh dapat lelaki yang lebih baik dari jantan pengecut tu." Jeno mengepal penumbuknya. Jiera memandang abangnya yang sedang menahan amarah.

"Sabar abang. Sudahlah bergaduh dengan Niki. Tak akan selesaikan apa-apa pun." Jiera meletakkan surat itu di atas meja. Dia merenung surat itu sejenak sebelum menandatangani surat itu.

Jiera menahan tangisnya. Tidak sangka perkahwinannya yang telah dibina selama 5 tahun, berakhir seperti ini. Jiera mengusap perutnya sambil menggigit bibirnya dengan perlahan.

"Sayang duduk dengan ibu je tau? Ibu akan jaga anak ibu ni dengan sebaik mungkin." Jiera memasukkan surat itu kembali di dalam sampul surat. Dia mengambil telefonnya dan menghubungi Niki.

"Kau dah sign ke surat cerai tu? Ke kau nak merayu dekat kekasih aku supaya tak lepaskan kau?"

Jiera mengeluh apabila Mayra yang menjawab panggilan itu.

"Mana Niki?"

"Tak perlu tahu. Boleh tak kau sign je surat cerai tu? Don't be dramatic!"

"Aku dah sign. Ni aku nak hantar. Itu yang aku tanya Niki dekat mana?"

"Baguslah akhirnya kau sedar diri. Aku keluar dengan Niki."

"Aku hantar kat sana. Aku nak selesaikan semuanya hari ini juga."

"Ok. Nanti aku hantar location."

Jiera mematikan panggilan. Dia menarik nafasnya. Jika ini yang Niki mahukan, dia akan menerimanya. Jiera terus keluar dari rumah setelah dapat lokasi di mana Niki berada.

Setibanya dia di sana, dia melilau untuk mencari kelibat Niki. Dia menghampiri pesisir pantai setelah melihat satu kelibat.

"Hoi perempuan bodoh!" Jiera berpaling apabila mendengar suara Mayra.

"Mana Niki. Aku nak bagi surat cerai ni dekat dia. Aku tak mahu lama-lama." Mayra merampas surat tersebut. Dia senyum puas apabila melihat Jiera sudah menandatangani surat itu.

"Kan bagus kalau dari awal macam ni, tak adalah menyusahkan orang untuk hadap perangai bebal kau tu." Jiera mengenggam penumbuknya.

"Kau pasti rasa hebatkan? Dapat runtuhkan rumahtangga orang. Bangga pun ya kan?" Mayra menjeling Jiera apabila Jiera tiba-tiba menyindirnya.

"Itu bukan masalah kau kalau aku rasa hebat ke bangga ke. Ohh lupa. Kau tengah sedih sekarang. Yela, tengah jadi janda. Dah la janda, mandul pula tu. Sedih eh kau."

"Apa masalah kau, Mayra? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku ha?" Mayra mendekati Jiera. Dia senyum sinis sebelum menolak Jiera jauh darinya.

"Aku benci kau. Aku jijik dengan kau. Kau ni sebenarnya perampas. Tapi berlagak baik. Yela, kau kan yang terpaling baik, terpaling bagus. Padahal sundal juga kau ni." Jiera menampar Mayra. Mayra yang tidak dapat menerima dirinya ditampar oleh Jiera segera menarik rambut Jiera. Mereka bergelut sehinggalah mereka terjatuh ke dalam air.

"Kau mati jela perempuan! Benci aku tengok muka kau ni!!" Mayra menolak kepala Jiera. Jiera meronta untuk melepaskan dirinya. Dia terpaksa menarik rambut Mayra dan menolak Mayra jauh darinya.

"Kau kenapa ni, Mayra?!" Jiera panik apabila Mayra membawanya semakin dalam ke dalam air. Dia tidak tahu berenang.

"Mayra, lepaskan akulah!" Jiera kembali menarik rambut Mayra. Mayra meringis kesakitan sebelum mereka mula dibawa hanyut akibat bergelut.

"LEE JIERA! MOON MAYRA!" Niki segera menghampiri mereka berdua. Dia melepaskan tangan Jiera dari terus menarik rambut Mayra.

"Niki, tolong saya Niki." Jiera berpaut pada tangan Niki. Mayra segera berpura-pura seperti ingin tenggelam.

"Niki!! Tolong saya!! Saya tak tahu berenang!!" Jiera memegang tangan Niki dengan erat apabila melihat Niki seperti mengabaikannya.

"Mayra! Awak naik cepat." Niki membantu Mayra. Mayra segera naik ke darat. Niki melihat ke arah Jiera setelah merasakan gadis itu memegang kakinya.

"YOU! PEREMPUAN TU CUBA NAK BUNUH I TADI." Pekik Mayra apabila dia melihat Niki masih lagi di dalam air bersama Jiera.

Jiera menggelengkan kepalanya dan terus memegang Niki dengan erat.

"Niki, dia yang tolak saya dulu." Niki mengetap bibirnya dan menolak Jiera jauh darinya. Dia membiarkan sahaja Jiera terkapai-kapai untuk meminta tolong.

"Babe! I takut." Mayra segera memeluk Niki dengan erat. Dia membiarkan sahaja Jiera mulai dibawa arus. Niki berpaling ke belakang dan segera mengangkat Mayra pergi dari situ.




***


"Dapat call tak adik?" Tanya Chaerin dengan risau. Sudah lewat malam namun Jiera masih lagi tidak pulang.

"Tak dapatlah omma. Masuk voicemail, biasanya dia tak pernah matikan telefon dia." Jeno turut resah menanti kepulangan adiknya.

"Dah tanya Haneul?" Jiyong memandang Jeno.

"Dah appa. Jiera tak ada kat sana. Kejap Jeno cuba tanya Asha. Kot-kot Jiera ada dengan dia." Jeno segera menghubungi Asha namun tetap hampa.

"Tak ada juga ke?" Jiyong memandang Jeno yang masih lagi sugul.

"Tak ada juga appa. Manalah adik ni pergi."

"Appa cuba cari kawasan sekitar sini. Dah malam sangat ni, tak boleh dibiarkan." Jiyong memakai baju yang tebal sebelum keluar untuk mencari anak bongsunya. Jeno turut ikut untuk mencari Jiera.

"Ya tuhan, tolong lindungi anakku. Janganlah sesuatu yang buruk terjadi padanya." Chaerin berdoa sambil berharap agar Jiera pulang dengan selamat.



***

"Izeara.. Saya datang lagi malam ni." Taeyong duduk di atas pasir yang kering dan menghadap laut yang terbentang luas di hadapannya.

"Mummy dan saya rindukan awak. Dah setahun awak hilang disini." Taeyong bangun dan mengibas seluarnya. Dia masih lagi tidak dapat menerima kematian tunangnya. Semuanya akibat salah faham yang berakibat dari dirinya.

Ketika dia berjalan untuk pulang, dia ternampak satu jasad terbaring di pesisiran pantai. Dia membulatkan matanya dan segera menuju ke jasad itu.

"Masih hidup.." Kata Taeyong setelah merasakan nadi jasad yang ditemuinya itu masih berdenyut. Dia mengangkat gadis itu dan menghantar gadis itu ke hospital yang berhampiran.

Setelah tiba di hospital, dia segera membawa gadis itu ke unit kecemasan dan menanti gadis itu selesai dirawat.

"Pewaris pesakit ke?" Taeyong terpaksa mengangguk.

"Ya. Saya kawan dia." Doktor tersebut mengangguk.

"Baiklah, pesakit masih lagi lemah. Kami dah keluarkan sejumlah air dari paru-paru pesakit namun... Maafkan kami, kami gagal selamatkan kandungannya." Taeyong terdiam.

"Baiklah doktor, terima kasih." Taeyong menunduk badannya. Dia mengerling Jiera yang berada di dalam wad.

"Esok sajalah aku melawat dia. Dia nampak masih lemah." Taeyong melangkah pergi dari situ. Dia memberi Jiera ruang untuk berehat sebelum kembali semua pada gadis itu keesokan harinya.

Taeyong memandang Jiera yang perlahan-lahan membuka matanya. Jiera memandang sekeliling sebelum memegang kepalanya yang berasa berat.

"Awak dah sedar. Awak nak air ke?" Taeyong memandang Jiera yang kelihatan bingung.

"Encik siapa? Kenapa saya dekat sini?"

"Saya Taeyong, Lee Taeyong. Saya yang bawa puan ke sini semalam. Saya jumpa puan terbaring dekat tepi pantai." Jiera segera duduk dan memegang perutnya.

"Anak saya.. Anak saya baik-baik sahaja kan?" Jiera memandang Taeyong dengan wajah yang panik. Taeyong terdiam buat seketika. Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu hal sebenar pada gadis itu.

"Awak tahukan? Mesti doktor beritahu awakkan?" Jiera mulai mencengkam baju Taeyong.

"Puan.. Maafkan saya, doktor cakap anak puan tak dapat diselamatkan.." Jiera menggeleng.

"Tak.. Takk. ANAK AKU MASIH HIDUP! KAU TIPU AKUKAN!!" Jiera menggoncang badan Taeyong sambil menangis. Taeyong memegang bahu Jiera.

"I'm so sorry for your lost, but it's the truth." Jiera terduduk di katil. Dia menangis teresak-esak, tidak dapat menerima kenyataan yang anaknya kini sudah meninggalkannya.

"ANAK IBU!! KENAPA TINGGALKAN IBU!!" Raung Jiera. Melihat Jiera masih meraung, Taeyong memanggil jururawat untuk menenangkan Jiera. Akhirnya, Jiera diam setelah disuntik ubat penenang.

Taeyong mengeluh perlahan. Dia berasa kasihan melihat apabila gadis itu meraung kesedihan.

"Apa yang jadi sebenarnya. Dia dah tak ada keluarga ke?" Taeyong bermonolog sendirian apabila merasakan ada sesuatu yang aneh terjadi pada gadis itu. Dia melihat jam di tangannya. Dia perlu ke pejabat sekarang.



[ JIERA P.O.V ]


Jiera perlahan-lahan membuka matanya. Dia merenung siling. Dia membiarkan sahaja airmatanya mengalir membasahi pipi.

"Hidup kau dah hancur, Jiera. Kau dah tak ada apa-apa. Anak-anak kau pun tak sudi nak lahir dari rahim kau." Dia termenung sebelum bangun dan keluar dari wadnya.

Dia terdengar suara tangisan bayi. Dia melihat seorang bayi yang berada di dalam stroller sedang menangis. Dia menghampiri bayi itu.

"Anak ibu.." Katanya sambil tersenyum. Dia mengangkat bayi itu dan menenangkan bayi itu.

"Janganlah nangis, ibukan ada kat sini." Dia tersenyum lebar apabila bayi itu berhenti menangis. Dia merenung wajah bayi itu.

"Eh puan, maafkan anak saya. Dia memang suka menangis. Terima kasih tolong tenangkan anak saya." Ibu kepada bayi tersebut mengambil bayi itu dari pangkuan Jiera dan berlalu pergi. Jiera melihat sahaja pemergian mereka. Dia menahan dirinya daripada menangis apabila mengingat dirinya yang sudah kehilangan anak.

Jiera berjalan sehingga menaiki jejantas yang berada berhampiran dengan hospital. Dia melihat kenderaan yang lalu lalang disitu.

"NISHIMURA RIKI!! MOON MAYRA! KAU PENYEBAB ANAK AKU MATI!!" Jeritnya tanpa mengabaikan orang yang lalu lalang. Dia menjerit sepuas hatinya lalu terduduk. Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding jejantas dan menangis.

Setelah puas menangis, dia kembali masuk ke dalam wadnya. Dia melihat lelaki yang ditemui pagi tadi berada di dalam wadnya.

"Maaf kalau kehadiran saya menganggu puan. Saya datang sebab nak pulangkan puan kepada keluarga puan." Taeyong melihat mata sembap Jiera.

"Jangan panggil saya puan. Panggil je Jiera." Taeyong mengangguk.

"Jiera tinggal dengan mana? Saya boleh hantar awak balik." Jiera berdiam diri dan duduk semula di katil. Dia memandang Taeyong dengan pandangan yang kosong.

"Rumah saya dah hancur..." Taeyong mengerutkan dahinya. Dia membiarkan sahaja Jiera baring dan menutup matanya.

Taeyong membantu menyelimutkan Jiera. Dia tahu gadis itu sedang kemurungan. Dia membiarkan gadis itu menenangkan dirinya. Dia meninggalkan kad namanya berserta satu nota.

Kalau awak dah rasa tenang, awak boleh hubungi saya. Saya sedia membantu awak.

- Lee Taeyong

Taeyong meletakkan nota dan kad nama tersebut di atas meja sebelum keluar dari wad Jiera.



T B C

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro