Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12

"Niki.. Harini awak sibuk ke?" Jiera memandang suaminya yang sedang bersiap untuk ke pejabat.

"Kenapa? Awak ada nak pergi mana-mana ke?" Tanya Niki.

"Saya nak pergi klinik. Harini appointment dengan doktor. Harini mungkin bas penuh sebab cuti umum."

"Boleh. Nanti nak pergi awak telefonlah saya. Saya pergi dulu, papa dah tunggu kat bawah tu." Niki mengambil beg kerjanya dan terus turun ke bawah. Jiera kembali merebahkan dirinya ke atas katil.

"Rehatlah kejap sementara tak ada orang dekat rumah pagi ni." Jiera melelapkan matanya untuk seketika. Jiera terjaga apabila mendengar bunyi penggera. Dia bingkas bangun dan membersihkan dirinya memandangkan temu janjinya pada 2 petang.

Jiera bersiap dan mengambil telefonnya. Dia menghubungi nombor Niki.

"Hello awak-"

"Kau nak apa telefon kekasih aku ni? Dia tak ada, sibuk."

Jiera mengeluh apabila menyedari Mayra yang menjawab panggilan tersebut.

"Suami saya dah janji nak hantarkan saya ke klinik. Awak tak ada hak nak menidakkan tugas dia terhadap saya."

"Dia tengah lunch dengan aku. Aku tak suka orang kacau masa aku dengan kekasih aku. Kau dah besarkan? Pergilah sendiri. Bukannya kudung pun!"

Jiera mengetap bibirnya apabila Mayra memutuskan panggilan tersebut. Dia cuba untuk menghubungi Niki lagi namun panggilan tidak berjawab.

"Dah lambat ni. Haish!" Jiera keluar dan pergi ke hentian bas. Dia menahan teksi dan pergi ke klinik keseorangan.

"Eh saya ingat Puan Jiera tak datang harini." Tegur pekerja klinik apabila melihat dirinya masuk dalam keadaan tergesa-gesa.

"Saya datang, cuma susah sikit nak datang transport harini. Doktor Choi sibuk ke?"

"Tak pun Puan Jiera, masuklah, tak ada pesakit pun kat dalam bilik Doktor Choi." Jiera mengangguk. Dia mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam bilik doktor.

"Masuklah Puan Jiera." Doktor yang bernama Sooyoung itu tersenyum memandang Jiera. Setelah bertanya khabar, Jiera baring di katil yang disediakan untuk memeriksa keadaan rahimnya.

"Puan Jiera." Jiera memandang ke arah Sooyoung.

"Kenapa doktor?"

"Ada janin di dalam rahim puan. Puan mengandung." Kata Sooyoung sambil tersenyum. Jiera membulatkan matanya dan turut melihat mesin ultrasound itu. Benar, ada satu ketulan yang sedang membesar sedang hidup di dalam rahimnya.

"Tahniah Puan Jiera." Jiera masih lagi tidak mempercayai khabar itu. Dia bingkas bangun setelah Sooyoung selesai membuat pemeriksaan.

"Kalau diikutkan, kandungan puan baru saja masuk 7 minggu. Masih awal lagi, puan perlu rehat secukupnya. Tak boleh terlalu stres." Jiera mendengar pesan doktor dan menganggukkan kepalanya. Dia mengambil gambar ultrasound kandungannya dari Sooyoung dan menyimpan gambar tersebut di dalam begnya.

Jiera mengusap perutnya sepanjang berjalan. Tidak tahu mahu senang atau sedih. Tambahan pula dirinya mengandung pada saat yang sulit buat dirinya.

"Tak apa nak. Walau apapun yang terjadi, ibu tetap akan melindungi baby ibu ni." Kata Jiera sambil mengusap perutnya yang masih tidak membesar.

Langkahnya terhenti di hadapan kedai bayi, dia melihat barang-barang yang ditayangkan. Dia senyum kecil.

"Ibu akan kuat demi baby ibu." Jiera mengambil telefonnya yang berada di dalam beg. Dia melihat Haneul menghantar pesanan padanya.

Haneul

Jiera!

Betul ke apa yang aku tengok ni?

Kau tengok apa?

Buka instagram Mayra sekarang!

Jiera segera membuka Instagram, dia mencari nama Mayra di pencarian. Dia terkaku apabila melihat Mayra mengunggah gambar mesranya bersama Niki dan Minki. Dia membaca caption gambar tersebut.

'My perfect happy family❤'

Jiera keluar dari applikasi itu. Hatinya semakin sakit lagi-lagi bila suaminya mungkir janji untuk menghantarnya ke klinik hari ini. Dia memegang perutnya sambil menahan tangisnya.


***

"Mayra." Chaerin terkejut apabila melihat Mayra berdiri di depan rumahnya.

"Ya Puan Chaerin. Mana Encik Jiyong ya? Saya ada sesuatu yang nak dibincangkan." Mayra mengabaikan Chaerin yang memandangnya.

"Mayra, kenapa kamu begini nak? Kenapa kamu bersama dengan suami Jiera?" Mayra menolak Chaerin apabila wanita itu mula memegangnya.

"Jangan sentuh akulah! Aku datang dengan cara baik. Jangan nak naikkan kemarahan aku!" Chaerin menahan airmatanya dari turun. Dia tidak menyangka gadis yang dia sudah anggap seperti anak kandungnya sendiri bersikap begini.

"Moon Mayra! Apa yang kau buat dengan eomma ni?" Marah Jiyong apabila melihat isterinya terduduk di tanah.

"Ok baguslah dua-dua dah ada. Aku nak korang berdua suruh Jiera bercerai dengan Niki. Jangan nak ganggu hubungan aku dengan Niki lagi."

"Apa kau gila? Kau yang menganggu hubungan mereka berdua." Mayra tertawa.

"Dia yang rosakkan segalanya. Kalau dia tak jadi penghalang antara hubungan aku dengan Niki dulu. Semua ini tak akan terjadi. Aku tak kira, aku nak Jiera bercerai dengan Niki secepat mungkin. Atau Jiera dalam kesusahan." Mayra segera mengelak apabila melihat Jiyong mahu menamparnya. Dia menolak Jiyong sehingga lelaki terhentak pada dinding rumah.

"Ingat, kalau sayangkan anak perempuan korang yang tak berguna tu. Suruh dia bercerai dengan kekasih aku." Baru sahaja Mayra ingin melangkah, dia mendengar Jiyong berbicara.

"Kau anak yang tak kenang budi. Kau tak sedar ke yang kau hidup atas belas ihsan keluarga kami sebelum ni?!" Mayra memandang ke arah Jiyong dan Chaerin. Dia tersenyum sinis.

"Ihsan? Aku tak perlukan semua itu. Ohh sekarang kau nak cakap pasal jasa? Ok." Mayra membuka begnya dan melemparkan sejumlah wang yang agak banyak pada Chaerin dan Jiyong.

"Tak cukup? Kalau tak cukup nanti aku bagi lagi." Mayra menjeling Chaerin dan Jiyong sebelum berlalu pergi. Chaerin akhirnya menangis akibat kecewa.

"Sudah Chaerin. Tak payah menangis. Anak kita hanya Jeno dan Jiera." Jiyong mengangkat Chaerin. Dia mengabaikan sahaja duit yang berteraburan di tanah.

Jeno yang baru pulang dari kerja, bingung melihat wang berteraburan dan juga melihat ibunya yang sedang menangis.

"Kenapa ni appa? Kenapa duit banyak-banyak ni? Eomma kenapa?" Tanya Jeno dengan nada risau.

"Mayra."

"Kenapa dengan Mayra?"

"Masuklah dulu Jeno." Jiyong membawa Chaerin masuk ke dalam rumah. Jeno mengikut ayahnya dari belakang.

"Mayra buat macam tu kat appa dan eomma?!" Jeno membulatkan matanya. Dia mengenggam penumbuknya kerana menahan amarah.

"Appa pun terkejut. Dia sangat lain sekarang." Jeno terus bangun.

"Lain kali jangan alukan kedatangan dia. Jeno keluar sekejap." Jeno mengutip duit-duit yang berteraburan dan menuju ke satu tempat. Rumah Mayra.

Jeno terus menaiki lif setelah tiba di apartment. Matanya meliar mencari nombor rumah Mayra. Langkahnya terhenti apabila melihat Mayra dan Niki sedang berciuman di muka pintu rumah.

"NISHIMURA RIKI!!" Jeno mengatur langkahnya dengan pantas dan menumbuk Niki. Niki yang tidak sempat mengelak terjatuh akibat tumbukkan dari Jeno.

"Lee Jeno! Kau buat apa kat sini hah?! Berambus!!" Mayra menolak Jeno namun tangannya digenggam erat oleh Jeno.

"Kau perempuan jenis apa Mayra? Sampai hati kau khianati keluarga kau sendiri!" Jeno mengeluarkan wang Mayra dan melemparkan kembali pada Mayra.

"Keluarga aku bukan pengemis! Kami tak perlukan duit kau ni!" Niki menolak Jeno apabila melihat Mayra meronta untuk lepaskan diri.

"Kau pun jantan yang tak tahu malu. Kau sedar tak yang kau ada isteri? Isteri kau tunggu kat rumah dan kau bermesraan dengan perempuan simpanan kau?" Jeno mahu membelasah Niki namun dirinya tiba-tiba dipegang oleh orangnya tidak dikenali.

"Lee Jeno .. Kau memang dari dulu gangster tak bertempatkan. Dasar bodoh tak sedar diri." Mayra melihat ke arah lelaki-lelaki yang memegang Jeno.

"Ajar jantan ni cukup-cukup. Bawa dia berambus dari sini." Arah Mayra.

"MAYRA! MOON MAYRA! KAU MEMANG PEREMPUAN YANG TAK GUNA!" Pekik Jeno ketika ditarik pergi. Mayra mengetap bibirnya sambil memandang Jeno.

"Babe, you okay? " Mayra terus mengusap pipi Niki yang memerah. Niki mengangguk. Dia memegang tangan Mayra.

"Tangan you ni dah lebam." Mayra berdecit.

"Semua sebab jantan bodoh tu. Sakit tau dia genggam tangan I tadi babe." Mayra memuncungkan bibirnya lalu memeluk Niki.

"Sini I rawat you." Niki membawa Mayra masuk ke dalam rumah. Mayra senyum kecil sebelum berpura-pura sakit kembali.

"Tapi you nak balik. Konon isteri you tengah tunggu you."

"Nanti I balik, I rawat you dulu." Niki menuamkan ais pada tangan Mayra. Mayra memeluk lengan Niki dengan erat sambil membiarkan kekasihnya menuam tangannya.

"Bila you nak ceraikan perempuan tu? Kesian anak kita tak boleh nak manja-manja dengan you sangat."

"Sabar, biarlah keadaan reda dulu. Nanti I ceraikan dia." Mayra terus tersenyum puas.

"Ok, I tunggu."




***

"Serius Mayra buat macamtu!?" Jiera menganggukkan kepalanya. Dia membuat keputusan untuk bermalam di rumah sepupunya, Haneul.

"Eh dasar anak kutip tak sedar diri! Jadi masa kau couple dengan Niki dulu, Mayra pun ada hubungan dengan Niki lah?"

"Aku tak tahu Haneul, aku penat sangat. Emosi aku sekarang buat aku makin penat." Keluh Jiera. Haneul segera menarik Jiera masuk ke dalam pelukannya. Dia tahu, sepupunya perlukan sokongan yang banyak sekarang.

"Aku sedih Haneul. Patutnya aku gembira sekarang. Sambut berita kehamilan aku dengan suami aku. Tapi pada masa yang sama, suami aku dah ada keluarga yang dia dah idamkan." Haneul menjeling Jiera.

"Keluarga apa?! Mayra tu cuma penyondol yang tak ada hubungan sah pun dengan Niki. Kau isteri sah Niki. Kau je yang ada keluarga dengan Niki." Jiera mulai menangis lagi.

"Aku tak tahu nak buat apa, Haneul. Aku buntu bila tahu aku mengandung. Kalau aku bercerai, kesian anak aku Haneul. Aku masih sayangkan suami aku." Haneul mengeluh dan mengusap belakang Jiera. Dia menenangkan Jiera apabila Jiera mulai menangis teresak-esak.

"Kau tak keseorangan Jiera. Kau ada keluarga kau, aku pun keluarga kau. Kami boleh jaga anak kau dengan kau. Aku tak sukalah aku tengok kau sedih macam ni." Mata Haneul turut berair apabila melihat wajah sedih Jiera. Hatinya sakit melihat sepupunya diperlakukan begini.

"Aku nak beritahu Niki pasal anak kami dulu. Kalau dia tak ada usaha untuk membaiki hubungan kami, aku akan.." Jiera tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya. Haneul mengangguk faham. Dia melihat telefonnya berdering.

"Hello, kenapa ni mak ngah?" Haneul membulatkan matanya dan memandang Jiera. Jiera mengesat airmatanya dan memandang Haneul dengan pandangan yang keliru.

"Ya, nanti Haneul datang dengan Jiera." Haneul memutuskan panggilan.

"Jiera, jom kita ke hospital. Abang kau masuk hospital." Jiera membulatkan matanya.

"Hah?!" Dia terkejut dengan khabar yang diterimanya. Dia bangun dan mengikut Haneul ke hospital. Setelah tiba di hospital, dia melihat ibunya yang sedang menangis di kerusi.

"Eomma, abang macam mana?" Jiera terus memeluk Chaerin.

"Jeno tengah dirawat. Eomma takut adik." Jiera mengeratkan pelukannya. Beberapa minit kemudian, dia melihat doktor yang merawat abangnya keluar dari bilik rawatan.

"Macam mana dengan abang saya, doktor?"

"Pesakit berada dalam keadaan yang stabil. Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Pesakit cuma mengalami sedikit kecederaan di kepala namun tidak serius."

"Boleh kami melawat pesakit?" Tanya Haneul setelah melihat Jiera terdiam.

"Boleh, pesakit pun telah sedar." Doktor tersebut meminta diri. Chaerin segera masuk ke dalam wad anak lelakinya dan memeluk Jeno dengan erat.

"Eomma, Jeno ok je. Jangan risau ok?" Jeno melihat Jiera dan Haneul yang turut berada di dalam wad.

"Kenapa sampai boleh jadi macam ni Abang Jeno? Siapa yang buat?" Haneul mencekak pinggangnya.

"Ya nak, Jeno gaduh lagi ke? Janganlah mula bergaduh lagi. Eomma tak nak apa-apa jadi pada Jeno." Pujuk Chaerin. Jeno mengeluh perlahan.

"Jeno tak gaduh eomma. Jeno pergi ke rumah Mayra tadi sebab nak pulangkan duit dia tu. Lepastu terserempak dengan Niki kat sana." Jiera segera memandang abangnya apabila mengetahui Niki berada di rumah Mayra.

"Lepastu Niki yang belasah kau?!" Haneul mulai emosi.

"Bukan, orang suruhan Mayra."

"Wah wah anak kutip tak sedar diri tu! Eh dia tu memang tak tahu erti malu ke ha?! Kalau aku jumpa dia memang makan menyepak aku perempuan tu!" Bebel Haneul.

Jiera termenung apabila mengetahui hal yang sebenar. Mahu atau tidak, dia perlu bersemuka dengan Mayra. Dia perlu mempulihkan semula keadaan untuk menjadi seperti biasa.

T B C

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro