04
"Masuklah awak." Niki mempelawa Jiera masuk ke rumah keluarganya. Jiera senyum canggung dan masuk ke dalam rumah itu. Dia melihat sekeliling. Rumah suami itu terlalu besar sehingga membuatkan dirinya berasa janggal.
"Jom kita masuk dalam bilik kita." Niki menunjukkan bilik mereka pada Jiera. Jiera mengikut sahaja Niki.
"Besarnya bilik awak." tegur Jiera.
"Besar? Kat Seoul lagi besar. Ni kecik je." Jiera perlahan-lahan duduk di atas katil apabila Niki menariknya duduk.
"Awak rehatlah dulu. Biar saya kemaskan baju awak." Jiera mengangguk dan baring di atas katil itu memandangkan kepalanya juga terasa pusing.
Niki membiarkan Jiera berehat dan mengemas barang isterinya. Dia keluar dari bilik setelah selesai mengemas.
"Mana kak Jiera?" tanya Asha sebaik sahaja melihat Niki keseorangan di ruang tamu.
"Dia tidur, dia pening kepala." Asha mengangguk dan duduk disebelah abangnya.
"Adik nak suruh abang ajar ke ni?" Tanya Niki setelah melihat Asha memeluk buku. Asha menganggukkan kepalanya.
"Asha tak faham homework ni. Susahlah." Asha menunjukkan kerja sekolah subjek matematiknya.
"Oh ni senang je. Meh abang ajar." Niki mengambil pensil dan mula mengajar Asha. Asha sempat menggaru kepalanya beberapa kali kerana tidak memahami apa yang diajar.
"Faham tak?" Asha menggelengkan kepalanya tanda tidak faham. Niki menghembus nafasnya dengan perlahan. Dia sekali mengajar adiknya tetapi kalini dengan lebih perlahan.
"Ohh ok. Asha dah faham sikit."
"Cuba buat, abang nak tengok." Niki mengawasi Asha membuat latihan yang diberi.
"Oi Niki." Niki melihat Aria yang sedang memandangnya sambil berpeluk tubuh.
"Kenapa noona?"
"Mana bini kau tu?"
"Dia tidur, kepala dia pening." Aria mengangkat keningnya.
"Ohh tiba-tiba pening kepala. Tadi time kahwin elok pula kepala tu. Nanti dia bangun suruh dia masuk bilik aku. Aku nak minta tolong dia sesuatu." arah Aria.
"Aku boleh tolong kau. Kau nak suruh buat apa?"
"Tak payah tahu la. Hal perempuan ni." Aria melihat Asha yang merenung dirinya terus bercekak pinggang.
"Apa tengok aku macam tu? Nak penampar ke?" Asha segera menggelengkan kepalanya dan kembali memandang buku latihannya.
"Kau tak payah nak acah belajarlah! Bukannya pandai pun, memang kau dilahirkan untuk jadi bengap la!" Aria sempat menunjal kepala Asha sebelum masuk ke dalam biliknya. Asha mencebik bibirnya sambil menahan airmatanya dari turun.
Niki memeluk Asha dengan erat dan menenangkan adiknya. Dia tidak mahu Asha menangis. Jika tidak, pasti susah mahu dipujuk.
"Kenapa kakak macam tak sukakan Asha. Jarang kakak baik dengan Asha." Adu Asha sambil mencebik.
"Kakak kitakan memang macam tu. Dia tu macam mama lah. Garang tak bertempat. Dah sambung buat latihan. Abang teman adik sampai adik siap." Asha mengangguk dan kembali fokus pada latihannya.
***
"Sunyinya rumah ni." Chaerin bersuara ketika mereka berkumpul di meja makan untuk makan malam.
"Biasa ada Jiera. Ni Jiera dah jadi isteri orang." Jiyong mengunyah daging yang dimasak isterinya.
"Jeno kan ada. Ni Mayra pun ada." jawab Jeno.
"Mayra jela harapan keluarga ni. Jiera tu dah gelap gambar dah. Nanti bersalin mesti berhenti belajar." Suapan Mayra terhenti apabila mendengar kata Jiyong.
"Mayra nak ke Itali." Chaerin terus memandang Mayra.
"Itali? Buat apa? Omma minta maaf. Omma tak mampu nak tanggung Mayra ke Itali." ujar Chaerin. Mayra senyum tipis.
"Mayra dapat tajaan belajar di Itali. Tak apa omma, appa tak perlu keluarkan duit pun."
"Mayra pun nak tinggalkan omma?" Chaerin menatap Mayra dengan pandangan yang sedih.
"Biarlah dia nak pergi belajar. Benda baguskan. Pergilah, kalau perlukan apa-apa bagitahu appa. Appa akan belikan." Jiyong memandang Mayra yang sedang meminum air.
"Tak apa appa. Mayra kan kerja. Mayra tak akan susahkan sesiapa pun." Mayra meneruskan suapannya apabila ditenung oleh Jeno.
"Mayra." Jeno menarik tangan Mayra apabila mereka selesai makan.
"Kenapa?" Mayra berpeluk tubuh sambil memandang ke arah lain.
"Mayra serius mahu ke Itali?"
"Ya, Mayra nak belajar kat sana. Peluang untuk terus dapat kerja pun tinggi nanti." Jeno mengenggam tangan Mayra dengan erat.
"Abang risaukan Mayra.." Mayra memandang Jeno dan senyum. Dia melepaskan pegangan Jeno dan memeluk Jeno.
"Abang jangan risau. Mayra akan ok saja kat sana. Nanti Mayra balik sini semula lepas semua selesai." Jeno terkaku apabila dipeluk Mayra. Dia mengebilkan matanya kerana tidak percaya dengan apa yang berlaku saat ini.
"Lepas Mayra balik sini, kita kahwin nak? Abang betul-betul nak jaga Mayra." Mayra meleraikan pelukan dan tetap tersenyum.
"Mayra masuk dulu ok." Mayra terus masuk ke dalam rumah. Jeno membiarkan sahaja pemergian Mayra. Dia tersenyum. Pasti Mayra bersetuju dengannya.
[ JIERA POV ]
Kini sudah 3 bulan Jiera menetap bersama keluarga suaminya. Suaminya juga semakin sibuk kebelakangan ini kerana mereka sudah berpindah kembali ke Seoul.
Niki pernah memberitahunya bahawa dia akan sibuk di Seoul kerana banyak menghadiri kelas tambahan. Jiera mengusap perutnya yang semakin kelihatan. Dirinya mulai merinduinya keluarganya di Pohang.
"JIERA!!!" Lamunan Jiera terhenti apabila mendengar jeritan dari ibu mentuanya.
"Kenapa mama?"
"Kau ni memang nak jadi mem besar ke kat dalam rumah ni? Tak reti nak tolong aku? Aku pernah mengandung juga, tak ada lah sampai tak boleh buat apa-apa langsung." bebel Sandara sebaik sahaja melihat wajah Jiera. Jiera hanya menunduk.
"Kau pergi sidai baju sana. Jangan nak buat alasan mual eh."
"Baik mama." Jiera mengangkat bakul baju dan menjemur baju di ampaian. Sandara memerhati tingkah laku Jiera sambil berpeluk tubuh.
"Kau ni, sidai baju pun lambat. Benda senang. Banyak lagi kerja kau ni." Jiera segera menyudahkan kerjanya dan kembali ke Sandara.
"Ok lepasni kau pergi masak. Aku nak makan Pesto Seafood Spaghetti." arah Sandara. Jiera terdiam. Dia tidak pandai memasak masakan western.
"J-jiera tak pandai masak makanan tu mama." Sandara menghela nafasnya sebelum memandang Jiera dengan pandangan yang tajam.
"Habistu? Kau nak bagi aku makan apa? Makan makanan kampung kau tu?! Ada menantu pun tak boleh diharap! Kau masak jela. Telefon ada kan. Cari resepi sendiri!" Sandara menarik Jiera masuk ke dapur.
"Awas eh kau! Nanti aku keluar dari bilik balik. Aku nak tengok kau dah siap masak. Kalau tak, kau yang aku masak nanti." Jiera mengangguk dan terus membuka peti. Dia mengusap perutnya sebelum mengeluarkan beberapa bahan.
Dia memasak sambil melihat resepi yang dia jumpa di Google. Harap makanan ini menjadi atau dirinya akan dimarahi lagi.
"Dah ok kot. Kalau aku rasa pun, aku tak tahu apa rasa asal dia." Jiera menutup api dan menghidang makanan di atas meja. Dia melihat kakak iparnya keluar dari bilik sambil menggosok matanya. Pasti baru bangun.
"Kau masak apa?" Aria menjeling ke arah meja untuk melihat masakan Jiera.
"Mama suruh Jiera masak spaghetti." Jawab Jiera.
"Kakak nak makan? Jiera boleh hidangkan."
"Sure. Nak latte sekali. Buatkan ya." Aria dengan selamba duduk di meja makan dan menunggu Jiera menghidangkan makanannya. Jiera meluru ke dapur dan membuat air yang diminta oleh kakak iparnya.
"Nah kakak. Makanlah." Jiera menghidang spaghetti dan latte buat Aria. Aria terus makan tanpa banyak cakap. Dia sudah kelaparan sebaik sahaja mencelik matanya.
"Urmm not bad. Pergilah sana. Buat apa tengok aku makan." Aria menjeling Jiera lalu sambung makan. Jiera senyum kecil sebelum kembali ke dalam biliknya.
"Untung menjadi. Kalau tak habislah aku." Jiera menarik nafas lega. Dia melihat jam di telefonnya. Sudah pukul 2 petang.
"Niki balik pukul berapa eh harini? Lewat petang juga ke?" Jiera memuncungkan bibirnya. Sejujurnya dia bosan terperap di rumah ini. Dia mahu belajar namun tiada sekolah yang dapat menerima pelajar yang mengandung walaupun sudah menikah.
Ingin belajar di rumah, dia tidak mahu membebankan sesiapa untuk membayar yuran cikgu persendirian. Tambahan pula, yuran cikgu persendirian sangat mahal.
***
"Awak ok ke duduk kat rumah?" Tanya Niki sambil memandang isterinya yang sedang menjahit sarung tangan bayi.
"Saya ok je. Tengok ni saya belajar buat sarung tangan baby. Saya buat warna putih dulu sebab tak tahu gender anak kita lagi." Jawab Jiera sambil tersenyum. Niki memandang ke arah sarung tangan bayi itu.
"Minggu depan saya dah final exam. Lepastu papa suruh saya masuk office untuk belajar sikit sementara saya sambung belajar nanti."
"Baguslah, nanti awak tak ada lah sakit kepala sangat bila kena kerja. Awal-awal dah ada pengalaman."
"Ya, awak ok ke saya jarang ada kat rumah? Awak dah dapat sesuaikan diri awak kat sini?" Jiera menyudahkan jahitannya dan memandang ke arah suaminya.
"Saya ok je awak. Awak janganlah risau. Tapi saya rindukan keluarga sayalah." Niki mengusap rambut Jiera dengan lembut.
"Nanti saya ada masa, kita balik Pohang. Kalau awak nak balik sorang-sorang pun boleh, saya boleh suruh Kim ahjussi hantarkan awak."
"Tak apalah awak. Susahkan Kim ahjussi pula. Lagipun diakan pemandu papa awak. Saya tak nak susahkan sesiapa." Jiera menyimpan alatan menjahitnya. Niki mengeluh kecil.
"Suka hati awaklah. Saya cuma bagi cadangan je." Niki mengeluarkan buku dan mula mengulangkaji pelajaran. Jiera kembali duduk di atas katil dan memerhati Niki yang sedang belajar. Dia senyum sambil mengusap perutnya.
Dia mengalihkan pandangan ke arah perutnya. Dia merenung perutnya yang sudah membesar. Tinggal 5 bulan lagi sebelum dia bersalin.
"Saya rindukan Mayra awak. Dia ok ke kat Itali tu." Niki terdiam apabila mendengar nama Mayra. Dia melihat ke arah isterinya dengan perasaan bersalah. Andai dia boleh putarkan masa, dia tidak mahu insiden malam itu berlaku.
"Dia dah besar, ok je tu." Jawab Niki. Dia menutup bukunya dan memeluk Jiera dengan erat.
"Awak fikirkan tentang diri awak dan baby kita je. Adik kesayangan awak tu mesti ok je tu." Jiera memuncungkan bibirnya.
"Saya sayangkan dia, dah tentu saya akan risaukan dia. Saya membesar dengan dia tau."
"Ya sayang. Dah awak kena rehat ni. Awak ni tak boleh tidur lewat sangat."
"Awak pun tidur. Seharian awak belajar harini." Niki mengangguk dan baring di sebelah Jiera. Dia memeluk Jiera dan mencium pipi isterinya itu.
"Maaf sebab saya jarang ada masa dengan awak."
"Saya faham. Ni kan tahun akhir awak. Mesti awak kena dapat keputusan yang cemerlang."
"Terima kasih sebab faham saya, sayang." Niki mencium bibir Jiera sekilas. Jiera tersenyum manis dan memeluk Niki dengan erat.
"Tak perlu berterima kasih awak. Yang penting awak ada juga disisi saya. Dah esok awak kena bangun awal. Kita tidur tau." Niki segera menutup lampu dan merebahkan dirinya di sebelah Jiera. Mereka tidur berpelukan sehinggalah pagi.
T B C
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro