
01
"Dah berapa kali appa pergi kutip kau ni Lee Jeno? Cita-cita kau memang nak jadi gangster ke?!" Jiyong merenung anak lelakinya yang dari tadi membuat muka yang tidak bersalah.
Minggu ini sahaja sudah tiga kali dia mengambil Jeno di rumah ketua kampung. Kesemuanya disebabkan kes gaduh. Untunglah tak melibatkan pihak polis.
"Dia yang kurang ajar appa. Dia cakap nak mengorat Mayra dengan Jiera. Mana boleh pelesit kampung cam dia tu mengorat adik-adik Jeno!" Jeno mempertahankan dirinya. Jiyong mengerutkan dahinya. Siapa pula pelesit kampung?
"Siapa pelesit kampung yang kau maksudkan ni Jeno?"
"Siapa lagi kalau bukan si Haechan, anak ketua kampung tu appa. Dia tu dari dulu nak usyar adik Jeno." Jiyong menarik nafasnya dalam-dalam.
"Habistu kau belasah dia disebabkan tu je?"
"Yela appa. Dah la kurang ajar cakap muka Jeno tak siap. Muka dia lagi buruklah!"
"Lee Jeno.. Sudahlah. Kau ni dah 21 tahun tau, perangai suka gaduh cam budak-budak." tegur Chaerin. Jeno menggaru kepalanya sambil membuat muka bosan. Memang ibubapa dia tak akan menyebelahi dia.
"Dah la. Appa dengan omma memang selalu menangkan orang luar." Jeno masuk ke dalam bilik lalu mengunci pintu biliknya.
"Awak tengoklah anak lelaki awak tu, Chaerin. Tak habis-habis nak tunjuk samseng. Malu muka saya ni setiap kali pergi kutip dia kat rumah ketua kampung tu." Jiyong mulai berleter. Chaerin hanya berdiam diri. Jika dia bersuara, keadaan akan bertambah panas. Lebih baik dia diam dan cuba menasihati anaknya nanti.
"Ha Mayra, kamu baru balik?" tegur Jiyong apabila melihat Mayra berdiri di hadapan pintu rumah.
"Ya appa. Salon baru tutup. Harini agak ramai pelanggan jadi tutup lambat sikit."
"Masuklah Mayra, buat apa berdiri kat situ. Pergilah masuk berehat, esok kamu sekolah pula." Mayra mengangguk dan masuk ke dalam rumah. Dia menunduk hormat pada Jiyong dan Chaerin sebelum masuk ke dalam biliknya bersama Jiera.
"Study ke tu?" tegur Mayra setelah melihat Jiera tekun menulis.
"Eh Mayra. Haah bosanlah awak tak ada. Jadi saya study lah." Jiera segera menutup bukunya dan memandang Mayra yang sedang menyalin jadual untuk esok.
"Awak tak nak berhenti kerja ke? Saya kesian tengok awak."
"Kesian dengan saya? Kenapa nak kesian dengan saya?" Jiera menggigit bibirnya.
"Yela, siang awak sekolah, petang awak kerja sampai malam. Mesti awak letih." Mayra hanya tersenyum.
"Nak buat macam mana. Saya memang kena hadap. Saya tak boleh nak harapkan duit appa je." jawab Mayra sebelum mengambil tualanya dan pergi membersihkan dirinya.
Jiera mengeluh perlahan. Khawatir jika niat dia disalahertikan oleh Mayra. Dia benar-benar kesian dengan Mayra. Bukan tujuannya untuk mengejek atau memperli Mayra.
Jiera menggigit jarinya perlahan dan menyimpan buku di dalam beg sekolahnya. Dia menunggu Mayra sambil melihat pemandangan luar.
Mayra yang sudahpun selesai membersihkan dirinya masuk ke dalam bilik. Dia menyidai tuala dan baring di atas katilnya.
"Mayra. Awak terasa dengan saya ke?" Mayra memandang Jiera yang sedang melihat dirinya.
"Buat apa nak terasa? Awak tak ada buat apa-apa pun. Saya nak tidurlah. Esok kena bangun awal." Mayra memejamkan matanya.
"Ok, selamat malam Mayra." Jiera menutup tingkap sebelum menutup lampu bilik mereka. Dia merebahkan dirinya ke katil dan melelapkan matanya.
Apabila menyedari Jiera sudah tidur, Mayra perlahan-lahan bangun dan menuju ke arah beg sekolah Jiera. Dia mengeluarkan buku matematik milik Jiera dan meletakkan buku tersebut di longgokan buku yang lain.
'Esok Mrs Lim nak kutip homework. Selamat berdiri di luar kelas esok Jiera.' Mayra senyum sinis sebelum kembali baring di katilnya dan melelapkan matanya.
Jiera bingkas bangun apabila merasakan sinaran mentari di mukanya. Dia melihat ke arah katil Mayra, sudahpun kosong. Bermakna Mayra sudah bangun.
Jiera segera mengambil tualanya dan membersihkan dirinya. Setelah selesai bersiap, dia mencapai begnya dan duduk di meja makan.
"Mana Mayra?" tanya Jiera setelah tidak melihat kelibat Mayra di meja makan.
"Mayra pergi awal. Dia cakap harini dia kena bertugas untuk bersihkan kelas." jawab Chaerin.
"Eh ha'ah. Hari Isnin dia bertugas." Jiera segera mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya. Dia perlu makan dengan cepat sebelum terlambat ke sekolah.
"Selamat pagi dunia tipu-tipu." Jeno menggaru perutnya dan duduk di sebelah Jiera.
"Mana Mayra?"
"Dia dah pergi sekolah bang. Dia kena bertugas harini." jawab Jiera sambil mengunyah nasi goreng.
"Kau tak bertugas ke dik?"
"Kau ni tiap minggu tanya aku. Aku bertugas hari Rabu lah." Jiera menjeling Jeno yang menguap akibat mengantuk.
"Kau tu bila nak kerja? Tak kesian ke kat appa?" Jeno mengetuk dahi Jiera apabila disoal tentang kerja oleh adiknya.
"Kau tu sekolah je. Jangan menyibuk. Kau tak perform time exam nanti siap eh!"
"Omma! Tengok abang ni! Main kepala Jiera!"
"Lee Jeno!!"
"Ohh mengadu eh kau!" Jeno sekali lagi mengetuk dahi Jiera sebelum masuk ke dalam biliknya. Sudah tentu untuk sambung tidur.
"Apalah abang ni." Jiera menyudahkan makanannya dan bersalaman dengan ibunya. Dia mengayuh basikal untuk ke sekolah. Setelah tiba di sekolah, dia menongkatkan basikalnya di kawasan parking basikal dan berjalan ke dewan perhimpunan.
"Jiera! Lambatnya kau harini. Biasa kau awal 10 minit dari harini." tegur rakan sekelasnya, Haneul.
"Aku terbangun lewat harini. Jomlah perhimpunan dah nak start." Jiera berjalan beriringan dengan Haneul masuk ke dalam dewan perhimpunan. Setelah selesai perhimpunan, mereka masuk ke dalam kelas untuk memulakan pembelajaran.
"Baiklah kelas. Saya nak semua letak latihan matematik saya di atas meja." arah Mrs Lim.
Jiera membuka zip begnya. Matanya membutang apabila melihat buku matematiknya tiada di dalam begnya. Dia melihat Mayra yang duduk di belakangnya.
"Kenapa awak?" tanya Mayra.
"Dalam beg awak, ada tak buku matematik saya?" soal Jiera dengan nada cemas. Setahunya dia sudah meletakkan buku matematik itu di dalam beg.
Mayra berpura-pura mencari buku Jiera di dalam begnya. Dia memandang Jiera dan menggelengkan kepalanya tanda buku Jiera tiada dengannya.
"Aduh tertinggal ke." Jiera berdecit.
"Lee Jiera? Mana buku awak?!" Mrs Lim sudahpun bercekaj pinggang memandang Jiera.
"M-maaf Mrs Lim. Buku saya tertinggal.." Jiera segera menunduk apabila dirinya ditengking.
"TERTINGGAL?! TERTINGGAL SEBAB TAK BUAT KERJA RUMAH YANG SAYA BERI KE?!" Mrs Lim menjegilkan matanya sambil memandang Jiera dengan perasaan geram.
"Saya tak nak dengar sebarang alasan. Saya nak awak masuk ke setiap kelas. Perkenalkan diri awak dan bagitau kesalahan awak." Mata Jiera membulat apabila mendengar hukuman yang diterimanya.
"T-tapi.."
"No excuse. Go now!" Jiera mengangguk dan segera keluar dari kelas. Mayra memandang Jiera dengan pandangan yang tidak percaya.
'Aku nak kau berdiri di luar kelas je tapi hukuman yang kau dapat ni lebih menarik dari apa yang aku harapkan. Padan muka kau.' desis hati Mayra. Dia sedaya upaya menahan diri dari senyum.
"Annyeonghaseyo. Saya Lee Jiera dari kelas 5-1 A. Kesalahan saya hari ini adalah tidak membawa latihan ke sekolah."
Sudah 12 kelas dia melakukan hal ini dan 12 kali juga dia menebalkan mukanya. Sungguh, ini hukuman paling memalukan yang pernah dia hadapi.
"Takpe Jiera. Lagi sikit. Dah nak sampai tahap akhir ni. Lepastu kau tak payah nak tahan malu dah. Walaupun masih malu." Jiera menyedapkan hatinya dengan memujuk dirinya sendiri.
Kini sudah tiba di kelas terakhir. Dia mengetuk pintu kelas dan terus masuk ke dalam kelas itu.
"Annyeonghaseyo. Saya Lee Jiera dari kelas 5-1 A. Kesalahan saya hari ini adalah tidak membawa latihan ke sekolah."
"Ya Jiera, dorang semua kat kolam renang." Jiera segera mendongakkan kepalanya apabila terdengar satu suara yang familiar. Jiera mengerutkan dahinya apabila melihat figura yang duduk keseorangan di dalam kelas sambil bermain telefon pintar.
"Kita bertemu kembali. Hai Jiera." Niki memberikan sebuah senyuman yang manis untuk Jiera. Jiera mengeluh perlahan dan menganggukkan kepalanya.
"Saya minta diri dulu."
"Kejap."
"Kenapa sunbae?" Jiera sekali lagi mengerutkan dahinya apabila terdengar gelakkan Niki.
"Comelnya awak panggil saya sunbae. Awak nak kemana laju-laju? Waktu untuk kelas pertama masih panjang. Lepak lah sini dulu."
"Tak mengapa. Saya nak belajar." Jiera menolak ajakan Niki.
"Awak ingat bila awak masuk kelas. Awak dapat belajar ke? Mesti cikgu awak tu suruh awak berdiri di luar kelas." Jiera menjeling Niki yang senyum mengejek.
"Saya tak kenal awak dan saya tak nak bergaduh dengan awak."
"Siapa ajak yang gaduh? Saya cuma nak berkawan dengan awak." Niki menyimpan telefon pintarnya dan menghampiri Jiera.
"Bolehkan saya nak berkawan dengan awak? Lagipun saya orang baru kat sini. Saya ada kat sini dalam 3 bulan je." Niki merenung Jiera dengan pandangan yang lembut sebelum tersenyum. Jiera memandang Niki sekilas dan terus keluar dari kelas tersebut.
"Boleh nak berkawan tapi cara tu janganlah macam nak ajak gaduh."
"Ok jom berkawan." Niki menghulurkan tangannya pada Jiera. Jiera perlahan-lahan menyambut huluran Niki dan bersalaman dengan Niki.
"Ok mulai saat ni kita berkawan tau, Jiera." Jiera menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi dari situ. Niki memerhati pemergian Jiera sambil tersenyum. Hatinya rasa hangat apabila berjaya menjadi kawan kepada gadis cantik itu.
***
"Awak ok ke tadi?" Mayra bertanya sambil memandang Jiera yang sedang membelek buku Sains.
"Malu tau awak. Satu sekolah tahu saya didenda. Tapi saya rasa saya memang dah letak buku tu dalam beg saya." adu Jiera dengan frustasi.
"Mungkin awak tersalah. Awak ingat awak dah letak tapi awak terlepas pandang?" Mayra cuba untuk menyakinkan Jiera. Jiera perlahan-lahan mengangguk.
"Betul juga. Kalau saya dah letak, mesti dah ada kat dalam beg saya." Mayra menyembunyikan senyumannya dan mengusap bahu Jiera.
"Nanti saya tolong awak cari buku awak kat rumah tau."
"Terima kasih Mayra." kata Jiera sambil tersenyum manis. Mayra membalas pelukan Jiera sambil tersenyum dengan penuh palsu.
"Jiera, Mayra. Jom rehat sama-sama." ajak Haneul.
"Jom. Aku pun dah lapar ni." Jiera bingkas bangun dan menarik Mayra menuju ke kantin. Mayra hanya mengikut sahaja Jiera.
Mereka makan bersama sambil berbual sehinggalah seorang figura tiba-tiba sahaja menyertai mereka.
"Eh Niki?" Jiera memandang Niki yang tersenyum memandang dirinya.
"Boleh kan saya rehat sekali dengan awak?"
"Siapa ni awak?" Mayra memandang Niki dengan pandangan yang pelik kerana wajah Niki sangat asing baginya di sekolah ini.
"Ni sunbae kita. Dia baru pindah sini." Mayra dan Haneul mengangguk tanda faham setelah mendengar jawapan Jiera.
"Saya Niki. Nishimura Riki." Niki memperkenalkan dirinya.
"Saya Haneul."
"Mayra."
Niki mengangguk dan kembali memandang Jiera. Mereka berdua berborak sambil makan. Mayra memandang Jiera dan Niki dengan tatapan yang tidak senang. Entah kenapa hatinya tidak senang apabila melihat Jiera yang agak mesra dengan Niki.
T B C
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro