03
'That's smile become
a petals'
.
.
.
.
.
chapter 03
"Selamat datang!"
Sapa Jisoo mesra. Senyuman manis telah dilakar pada wajah kacaknya. Namun lantas senyuman itu terus memudar.
Ingatkan pelanggan, rupa-rupanya Jeonghan.
"Kenapa kau datang?"
"Dah lupa ke hari ni hari jadi nenek aku? Jadi aku datang sebab nak beli sikit roti kegemaran dia"
Jelas Jeonghan sambil irisnya melihat beberapa jenis pastri yang kelihatan enak.
Jisoo pula sudah tersengih tak ubah seperti kerang busuk. Betul juga kata-kata rakan baiknya. Nenek Yoon begitu gemar akan roti yang dibuat oleh jejaka itu.
"Eh, brioche tak ada ke?"
"Ada, tapi tak siap lagi. Tengah bakar kat dalam tu. Rasanya dah nak siap"
Jeonghan mengangguk kecil lalu melabuhkan punggungnya di bangku berhadapan kaunter sementara menunggu Jisoo untuk melihat roti-roti yang dibakarnya.
Dulang bersaiz besar telah dibawa keluar. Aroma roti tersebut telah menusuk masuk ke dalam rongganya.
Senyumannya semakin melebar. Tak sabar nak hadiahkan pada neneknya sekejap lagi.
Dia sekadar memerhati setiap gerak-geri Jisoo yang sedang memotong roti brioche tersebut.
Ting!
Disaat pintu itu dibuka, kelihatan seorang remaja sedang menunduk melepas nafas berkali-kali akibat kepenatan berlari.
"Eh Chan, kenapa datang? Nak beli roti?"
"J-jeonghan hyung.."
Remaja bermarga Lee itu melempar pandangan ke arah Jeonghan yang sedang memandang aneh ke arah budak remaja tersebut.
"Nenek hyung kemalangan.."
Jeonghan terkelu tatkala mendengar kata-kata Chan. Begitu juga Jisoo yang berada di situ.
"A-apa kau mengarut ni Chan..? Tak kelakarlah"
Jeonghan cuba bersuara walau kotak suaranya kini bergetar dengan hebat. Chan meluru memasuki bakeri lalu mendekati Jeonghan.
"Cepatlah ikut Chan, dia dibawa ke hospital sekarang ni. Chan tak ada masa nak bergurau dengan hyung"
Ditarik pergelangan Jeonghan lalu dibawa keluar tubuh jejaka itu dari bakeri milik Jisoo.
Disaat kakinya melangkah mindanya terasa kosong dan bingung dengan sekelip mata sahaja.
Sungguh dia begitu tidak menyangka kata-kata itu akan dikeluarkan oleh Chan. Dirinya tidak boleh terima kenyataan tadi.
Raut wajahnya juga tampak berubah.
Kakinya tiba-tiba berhenti melangkah.
"N-nenek aku ada di rumah. Dia tengah tunggu aku balik jadi mana mungkinlah dia kemalangan"
"Hyung, baik hyung pergi ke hospital dulu"
Ujar Chan. Beg sekolah yang masih digalas dibetulkan apabila talinya hampir melorot dari bahunya.
"Nenek.."
Perlahan-lahan kakinya melangkah dan terus melangkah sehinggakan tapak kasut itu mulai kedengaran bunyinya yang menandakan bahawa langkahan itu telah menjadi laju.
Adakah kata-kata Chan benar? Bahawa neneknya terlibat dalam kemalangan?
Sekuat mana hatinya menafikannya, namun kakinya pula sebaliknya. Ia terus melangkah menuju ke hospital berdekatan.
"T-tolonglah.."
━─━────༺༻────━─━
To Be Continued..
💌 : Hello sayang-sayang saya ! Lama tak jumpa hehe Saya semakin rindu tau ! Maaf sebab lambat update so enjoy lah chapter ni ya ! Baibai saya sayang anda semua !
❤️❤️❤️❤️❤️
Oh ya, aku tukar tarikh update. Aku akan update setiap hari isnin je so maaf sangat-sangat ya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro