01
Note;
cerita ini berlatarkan vintage jadi kalau perasan tak ada apa-apa teknologi canggih macam smartphone tu jangan pelik pula eh
'the blanket
snow'
.
.
.
.
chapter 01
Disaat angin dingin menerpa kuat tubuhnya, dia masih lagi bergegas berlari menuju ke sesuatu tempat.
Walau dalam keadaan tergesa-gesa, dia masih lagi menitik berat soal keselamatan dan berwaspada terhadap jalan yang agak licin itu.
Ting!
Pintu dikatup dengan segera sebaik sahaja jejaka itu memasuki ke dalam kedai miliknya.
"Sejuknya.."
Gumamnya perlahan.
Tangannya pula sibuk menghidupkan alat pemanas yang terletak tidak jauh dari kaunter.
Dilabuh punggungnya di kerusi berdekatan kaunter itu. Lega.
Sesambil itu, dia menongkat dagu dan irisnya pula merenung ke luar jendela yang dihiasi oleh deruan angin yang begitu dingin.
Oh ya!
Baru dia teringat.
"Nenek ada cakap yang ada barang akan dipindahkan ke sini"
Setiap helaian buku catatan diselak ingin mencari nota lama yang pernah dicatat sebelum ini.
Akhirnya, dah jumpa!
Raut wajah yang tampak gembira tadi bertukar sepantas kilat. Kerutan halus di dahi juga tampak memunculkan diri.
"Apa ni, takkan barang dari eropah lagi"
Jejaka itu memuncungkan bibirnya. Setelah itu, rambut berwarna putih digosok kuat.
Sudahlah dia tak pandai berbahasa inggeris. Nampaknya dia harus meminta pertolongan dari Jisoo. Jejaka itu sahaja yang boleh menolongnya.
Gagang telefon antik dicapai malas oleh Jeonghan.
"Hello?"
"Jisoo~ Tolong aku lagi sekali boleh tak?"
"Eh salam mana salam? Dengan hellonya pun tak ada tetiba dah buat suara gedik"
Jeonghan tersengih kecil walau hanya dia seorang sahaja yang berada di situ.
"Nenek aku tu senang-senang je setuju terima barang dari eropah sana tu jadi tolong terjemahkan apa diorang cakap pada aku boleh? hehe"
Talian buat seketika ini senyap. Tiada apa-apa suara dari Jisoo.
"Jisoo? Kau dengar tak?"
"Aku dengar, bilanya barang tu akan dihantar?"
Catatan bertulis itu ditilik buat kali kedua sebelum jejaka berambut seperti salju itu menyambung kembali perbicaraannya.
"Lusa"
"Baik, nanti aku datang"
━─━────༺༻────━─━
To be Continued..
💌 : Hai ?Kembali kita di sini hehe maaflah minggu lepas aku tak update sebab busy dengan kerja so enjoy !
Alang-alang tu kasilah comment sikit janganlah malu-malu tikus pula aku tak makan manusia pun HAHAHAAHJS
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro