Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

19

"Kenapa masam je muka ni?" soal Jun sambil memerhati Mayleen yang sedang mengemas pakaian mereka.

"Ani.. Geunyang-"

"Takut? Gemuruh? Nervous? Bosan?"

"Haish. Aniya. Saya rindukan gege. Saya tak pernah berpisah lama lama dengan gege. Ni first time tau." Jun duduk di sebelah isterinya itu lalu memegang kedua belah tangan isterinya.

"Mayleen, sometimes kita kena berkorban demi orang kesayangan. Mungkin ianya perit dan mengambil masa yang lama untuk pulih. Tapi anggap itu sebagai satu dugaan dalam hidup, sebab hidup ini tak semestinya indah." Jun senyum tipis.

"Maksud oppa, gege menghilang sebab kecewa? Gege ada girlfriend ke?"

"Ehh kenapa Mayleen tanya macam ni?"

"Yela, dari ayat oppa tu, macam oppa cakap yang gege menghilangkan diri sebab kecewa." Mayleen merenung Jun.

"Awak kawan baik gege, mesti awak tahu sesuatu kan?" Renungan Mayleen menjadi semakin tajam.

"Tu cuma ayat. Janganlah serious sangat."

"Ish! Orang dah la risau kat gege!" Mayleen menyambung kembali misi mengemas baju.

"Kalau saya menghilang, awak risau jugak?" Jun senyum sinis lalu mendekatkan mukanya dengan muka Mayleen.

"Ermm.." Mayleen mengundur ke belakang.

"Jawablah." Semakin Mayleen mengundur ke belakang, semakin dekat Jun bergerak ke hadapan.

"S-saya risaulah! Awakkan suami saya." Mayleen semakin gelabah apabila belakang tubuhnya sudah bertemu dengan dinding dan Jun sudah berada betul betul di hadapannya.

"Gelabah betul" Jun gelak lalu baring di atas katil. Mayleen mengusap dadanya. Sesungguhnya dadanya seperti mahu meletup tadi.

'Best juga usik isteri sendiri' bisik hati Jun lalu mengerling sekilas ke arah isterinya itu.










+++








"Miss Xiu Dami?" Dami mengangguk kepalanya. Minghao duduk di hadapan Dami.

"Ada apa cik nak jumpa saya?"

"Panggil Dami je. Tak perlu formal sangat" Dami gelak kecil.

"Oh okay."

"What should I call you?"

"You can call me Minghao or Hao." Dami senyum lalu menganggukkan kepalanya.

"Thanks Hao sebab sudi jumpa saya."

"Sudi tu tak pastilah. Kalau bukan sebab Vernon yang paksa, maybe saya tak kot jejak kaki ke sini" kata Minghao dengan penuh selamba.

"Ohh erm maaf kalau ganggu masa awak."

"It's okay. So, what is your main point?"

"Saya tahu mungkin ni agak memalukan, tapi saya nak berkenalan dengan awak. Maksud saya, mengenali awak dengan lebih dekat." katanya sambil tersenyum.

'Ish minah ni tak sakit ke pipi tu? Asyik senyum je' kutuk Minghao dalam hati.

"Kenal tu boleh. Tapi limit setakat kawan jela. Kalau nak lebih, tak kot."

"It's okay. Thanks sebab sudi jadi kawan saya" Dami senyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Okay. So, for first day kau jadi kawan aku. Kau belanja aku makan." katanya sambil membelek buku menu yang berada di hadapannya.

"Boleh je. Orderlah apa yang awak nak."

'Yes, free food!' Minghao berpesta di dalam hati.

Dami mengerling Minghao yang sedang ralit melihat menu. Tak sangka jejaka yang dingin ini mudah saja diajak berkawan.

"Mulakan dengan persahabatan, dan mari akhiri dengan percintaan" bisik hatinya. Dia akan cuba sedaya upaya untuk membuatkan Minghao jatuh hati kepada dirinya.

"Oit, menungkan apa? Cepatlah order." Lamunan Dami tersentak apabila disergah Minghao.

"Ya, sabar." Dami mengangkat tangannya untuk memanggil waiter lalu memesan makanan mereka.

Minghao terdengar ringtone telefonnya lalu segera membuka chat yang baru sampai itu.


From: My Fav Boy❤


Hao, where are you?

Baliklah, please..

Hao, Mayleen rindukan Hao.

She really want to meet you.



'Mayleen je rindu? Kau tak rindukan aku ke? Sebagai mana aku rindukan kau setiap hari?' Minghao senyum tipis.



TBC.

Lama gila tak update. Sorry hiks. Busy with university life. Ni baru free sebab cuti sem. Tapi cuti sem pun seminggu je (╥_╥)

Lepasni akan ku usaha untuk sentiasa update!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro