18
"Balik awal??" Joshua membulatkan matanya. Jarang seinsan Wen Junhui nak balik awal.
"Kenapa? Kerja aku dah settlekan?"
"Yela. Tapi— kau kena sampuk ke Jun? Kalau kau sakit pun kau stay office dulu" Joshua membuat muka tidak percaya.
"Hahaha itu dulu. Sekarang dah ada yang menunggu di rumah"
"Aaa aku faham" Joshua mulai tersengih seperti kerang busuk.
"Kau dah kenapa yang tersengih macam kerang busuk?"
"Ehem. Lain macam orang tu sejak kebelakangan ni" Joshua menepuk bahu Jun.
"Maksud kau?"
"Kau dah mula cintakan Mayleen ke?" Joshua tersipu. Dah kenapa dengan anak Hong ni? Orang lain yang bercinta,dia pula yang malu.
"Kalau ya pun, tak salahkan?"
"Memang tak salah. Isteri kau kot. Lain la kalau kau bercinta dengan isteri orang"
"Apa apa lah Shua. Aku balik dulu. Anything update aku" Jun mencapai beg kerjanya dan berlalu pergi sejurus mendapat anggukan dari Joshua.
"Jangan lupa beli bunga or coklat untuk bini kau tu!!" Joshua sempat lagi berpesan.
+++
"Mayleen" Mayleen menoleh ke belakang setelah mendengar namanya dipanggil. Dia membuat muka tidak percaya setelah melihat Jun berdiri di tepi keretanya.
"Oppa?" Mayleen mengerutkan dahinya.
"Kenapa terkejut? Macam tak pernah tengok oppa"
"Aniya, apa oppa buat kat sini?"
"Poco-poco. Haish buat apa lagi. Jemput Mayleen pulang la" Jeonghan yang berada disebelah Mayleen menjeling tajam ke arah Jun.
"Hah? Ohh okay. Ermm aku balik dengan husband akulah" Mayleen senyum kecil lalu memeluk lengan Jun.
"Takpe. Lain kali jela aku hantar kau balik" jawab Jeonghan sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang manis namun palsu.
"Thankslah sebab susah susah nak hantar isteri kesayangan aku ni balik. Takpe, dia tanggungjawab aku sekarang. Jadi, kau tak perlu risau" ujar Jun lalu mencium dahi Mayleen. Mayleen membulatkan matanya. Ini kali kedua Jun menciumnya selepas menciumnya selepas mereka disatukan beberapa bulan lepas.
"Aku pergi dulu Mayleen" Jeonghan gelak kecil untuk menutup perasaan marahnya. Jujur, dia berasa amat sakit hati melihat Jun berbuat demikian. Dia segera melajukan langkahnya agar segera dapat beredar dari situ.
"So, nak diri kat sini sampai esok ke? Masuklah"
"Aaaa ne" Mayleen masuk ke dalam kereta dalam keadaan masih terpinga. Tidak percaya dengan apa yang jadi sebentar tadi.
"For you" Jun menghulurkan sejambak bunga ros.
"Untuk Mayleen?"
"Takkan untuk pintu kereta pula" Mayleen menyambut huluran Jun sambil tersengih.
"Hehe thanks oppa. Hmm wangi" Mayleen menghidu haruman bunga ros lalu tersenyum manis.
"Esok ada kelas tak?"
"Start esok. Dua minggu break sebab cuti mid-sem"
"Jom pergi kat Bali lusa"
"Hah? Buat apa?"
"Honeymoon" jawab Jun sambil tersenyum manis.
Ketahuilah. Mayleen terpinga buat kali kedua.
"Seriously? Oppa kena sampuk ke ni?" Mayleen tidak percaya buat kali ntah keberapa.
"Yes, I'm serious. Tak payah cakap banyaklah. Pergi je" Mayleen tiada pilihan lain selain bersetuju dan mengikut sahaja rancangan Jun. Yela, nak jadi isteri solehah, kena ikut cakap suami!
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro