Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

15

- Los Angeles -



"Betul ke kau nak stay sini dengan lebih lama?" Minghao menganggukkan kepalanya.

"But why bro? Apa kes ni?" soal Vernon.

"Aku perlukan masa sebelum aku balik semula ke Korea. Kau sudi tak ambil aku kerja lebih lama lagi disini?"

"Ish kau ni! Apa guna kawan kalau tak tolong kawan. Lagipun kebetulan cafe aku ni tak cukup pekerja. Kalau cukup pun,aku adakan je ruang untuk kau kerja kat sini" Vernon menepuk bahu Minghao.

"Thanks bro"

"Ni tak cukup dengan apa yang kau tolong aku. Banyak kot kau tolong aku masa aku stay kat Korea. Ni pun sebab pertolongan kau lah aku dapat berjaya sampai macam ni sekarang" Minghao tergelak.

"Yela Vernon oii. Aku nak sambung kerja dulu"

"Ehh kejap" Vernon menghalang Minghao dari pergi.

"Apa?"

"Ada orang bagi kau ni" Vernon menghulur sekeping business card ke arah Minghao. Minghao mengambilnya sambil mengerutkan dahinya.

"Xiu Dami?" Vernon menganggukkan kepalanya.

"Dia ni anak orang kaya kat China tapi dia datang kat sini sebab nak berdikari katanya. Walaupun dia pewaris syarikat Xiu Holdings,dia kerja sebagai penjual bunga kat sini"

"So?"

"Dia ternampak kau dan dia rasa tertarik untuk berkenalan dengan kau. Dah sebulan dia perhati kau. Try la berkenalan dengan dia. Mana tahu tu jodoh kau" Vernon sengih.

"Tengoklah dulu" Minghao menyimpan kad tersebut di dalam poket seluarnya lalu menyambung kerjanya.

"Minghao.. Minghao.. Dari dulu kau asyik mengelak je dari perempuan" Vernon menggelengkan kepalanya.





- Seoul -


"Stew kimchi,ayam goreng pedas,terung berlado. Fuh siap juga" Mayleen tersenyum bangga melihat masakkannya. Bukan senang seorang Mayleen ni nak masak.

"Oppa kajja makan" Mayleen mencuit bahu Jun yang sedang menonton televisyen.

"Makanlah dulu. Sikit lagi cerita ni nak habis"

"Kalau lapar,makan je dulu" kata Jun setelah Mayleen duduk disebelahnya.

"Taknak. Nak tunggu oppa gak. Nak makan sama-sama" Jun mengeluh lalu menuju ke meja makan. Mayleen tersenyum lalu mengikut Jun dari belakang.

"Makan banyak banyak tau. Nah lemonade special untuk oppa" Mayleen menyua segelas lemonade.

"Semua ni,Mayleen buat sendiri?" Mayleen menganggukkan kepalanya.

"Wow"

"Apa oppa ingat Mayleen tak reti masak ke? Mayleen reti tau. Cuma malas nak masak. Tapi! Jangan risau,mulai dari sekarang,Mayleen akan masak untuk oppa" Mayleen menghadiahkan sebuah senyuman yang amat manis. Jun senyum kecil lalu mulai makan.

"Sedap tak??"

"Tak" Mayleen mencebik.

"HAHAHA elok sangatlah tu buat muka macam tu. Sedaplah. Tadi tu gurau je" Jun gelak. Mayleen mengecilkan matanya.

"Makanlah. Tadi cakap nak makan sama-sama" Mayleen segera duduk disebelah Jun lalu menyedok lauk lalu makan.

"Kenapa gatal ni?" Jun mulai menggaru badannya.

"Ehh kenapa ni oppa?" Mayleen mulai cemas apabila melihat badan Jun kemerahan.

"Mayleen ada letak apa dalam lauk ni?"

"Stew kimchi cam biasalah. Ayam goreng pedas pun. Terung—" Mayleen membulatkan matanya.

"ALAMAK! MAYLEEN LUPA YANG OPPA ALLEGIK TERUNG" Mayleen menutup mulutnya sambil melihat Jun yang menggaru badannya dek kerana gatal.

Habislah kau Mayleen..




TBC




Jangan lupa stream Home:Run ye anak² yg dikasihi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro