12
"Kenapa kita pergi sini?" langkah Mayleen terhenti. Jeonghan memandang Mayleen.
"Makan"
"Hahaha kita boleh je makan kat lain. Kenapa mesti kat sini. Dah la,aku nak balik" langkah Mayleen sekali lagi terhenti kerana Jeonghan memegang tangannya.
"Janganlah berfikiran negative" Mayleen menjeling Jeonghan.
"Kalau I buat something kat you. I tak kan buat terang-terang" Jeonghan senyum dalam diam.
"Huh?"
"Nothing. Dah jom masuk" Jeonghan memimpin Mayleen menuju ke cafe hotel.
"You nak makan apa?" tanya Jeonghan sebaik sahaja mereka tiba di cafe.
"Erm ikut la"
"Hmm okay" Jeonghan memesan 2 pinggan spaghetti beserta beberapa side menu. Dia melihat Mayleen yang ralit bermain dengan telefon pintarnya. Sesekali kepalanya menjenguk melihat suasana di dalam cafe tersebut. Senyuman mulai terukir dibibirnya setelah dia nampak 'sesuatu' yang dicarinya sejak tadi.
"Ehem. Macam mana dengan perkahwinan you?"
"Okay je. Aku bahagia sangat. Suami aku tu layan aku macam princess" bohong Mayleen. Sengaja mahu menyakitkan hati Jeonghan.
"Abang you macam mana?"
"Dia ke L.A maybe for a year" Mayleen mengeluh perlahan.
"Ahh I see" Jeonghan menganggukkan kepalanya. Heh. Ni mesti kes patah hati lepastu bawa diri.
"Mayleen. Tu bukannya husband you ke ni?" Jeonghan menunjuk figura yang berada tidak jauh dari mereka. Mayleen segera memandang ke arah figura tersebut. Ternyata figura tersebut benar-benar Jun.
"Siapa perempuan tu?" Mayleen hanya diam lalu segera bangun.
"Eh you nak ke mana?" Jeonghan turut bangun.
"Aku nak ikut diaorang. Nak tengok diaorang ke mana"
"I nak ikut" Jeonghan segera mengejar Mayleen yang sedang mengekori Jun dari belakang.
Mayleen berhenti setelah melihat Jun masuk ke dalam sebuah bilik bersama perempuan tersebut. Mayleen mengigit bibirnya lalu segera bergegas menuju ke pintu.
"Yah Mayleen. Apa yang you nak buat?" Jeonghan menghalang Mayleen.
"Aku nak tahu siapa perempuan tu dan apa yang dia buat dengan suami aku!"
"Dia curang dengan you,Mayleen! Jangan buat-buat bodoh" Niat Mayleen untuk mengetuk pintu terbantut. Mata Mayleen mulai berkaca lalu dia memandang Jeonghan.
"Kau- Kau tak ada bukti nak tuduh dia curang!"
"Apa? Masuk bilik hotel? You nampak dia papah perempuan tu. Bukti apa lagi? Dah jelas Mayleen" Mayleen memandang tajam ke arah pintu lalu segera berlari keluar dari hotel tersebut. Jeonghan sempat senyum sebelum mengejar Mayleen.
flashback
"Nugu?" Liyeon mengesap airmatanya.
"Apa hubungan kau dengan Wen Junhui?"
"You siapa?!"
"Wen Junhui is your lover?" Liyeon menganggukkan kepalanya.
"Hahaha. Kekasih kau dah rampas Mayleen dari aku" Jeonghan memeluk tubuhnya.
"What?"
"Kau still sayangkan Jun?"
"Kalau I tak sayang. I tak akan menangis la!!" Liyeon menghentakkan kakinya.
"Good. So wanna be my partner?" Jeonghan menghulurkan tangannya.
"What do you mean?"
"Jadi partner aku untuk hancurkan rumahtangga Mayleen dan Junhui. Hasilnya,aku dapat Mayleen dan kau akan dapat Junhui semula" Jeonghan senyum sinis. Liyeon tanpa teragak-agak menyambut huluran Jeonghan lalu mereka bersalaman.
end flashback
'Good job Liyeon' desis hati Jeonghan.
×××
"Kau makan apa siak pagi tadi?" Jun meletak Liyeon di atas katil. Liyeon memegang kepalanya.
"Ermm I tak makan"
"Haish. Isi la perut. Tengok apa dah jadi. Menyusahkan aku je kena papah kau bagai" Jun menjeling Liyeon. Liyeon mengetap bibirnya. Susah betul nak meraih simpati dari apek cina ni.
"Dah selamat so aku balik dulu. Kau call la manager ke P.A ke P.M kau tu" Liyeon memegang tangan Jun untuk menghalang Jun dari pergi.
"Apa lagi?"
"You tak kesiankan I ke?"
"Heh. Kalau tak,dah lama aku tinggal je kau kat cafe tu. Ni kira bersyukurlah aku papah kau ke bilik ni" Jun menepis tangan Liyeon lalu keluar dari bilik tersebut.
"Ish tak guna!" gumam Liyeon dengan geram. Dia mengapai telefon pintarnya lalu melihat chat yang diterimanya.
From: Jeonghan
Good! Mayleen dah percaya so pandai-pandai kau la buat macam Jun dengan kau betul-betul ada hubungan
Liyeon mulai senyum.
"Aku dah nampak sinar kejayaan aku untuk dapatkan Wen Junhui. Ni Seo Liyeon la. Tak akan mengalah selagi tak dapat" Liyeon gelak tanda gembira kerana rancangan berjaya
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro