10
"Bangun" Mayleen membuka matanya. Dia melihat Jun berdiri di hadapannya sambil mengeringkan rambutnya.
"Jun oppa dah okay? Kepala pening lagi?" Jun menggelengkan kepalanya.
"Mandi lepastu turun ke cafe hotel kat bawah" kata Jun sejurus menyidai tualanya.
"Okay" Mayleen bangun dari sofa lalu masuk ke dalam bilik air. Jun mengemaskan rambutnya lalu terus turun menuju ke cafe tanpa menunggu Mayleen.
"Aik dah takde?" kata Mayleen sejurus siap membersihkan dirinya. Dia memakai lipbalm dan sedikit bedak. Baju? Dia dah pakai awal-awal dalam bilik air. Dia merapikan rambutnya lalu segera keluar dari bilik.
"Oit"
"Huh?" Mayleen mencari punca suara.
"Ish budak ni" Jun memegang tangan Mayleen.
"Lama betul bersiap. Penat saya tunggu awak" bebel Jun sambil berjalan menuju ke cafe. Bagaimana Jun boleh tunggu Mayleen? Sebenarnya,dia sudah tiba di cafe hotel namun dia ternampak ibu bapa mereka ada disana. Jadi dia berpatah balik ke bilik untuk turun bersama Mayleen. Kalau tak,pelbagai soalan pula diajukan nanti.
"Mianhae" Mayleen mengikut sambil mengenggam tangan Jun dengan erat.
"Pengantin baru dah sampai" kata Mrs Wen sebaik sahaja Jun dan Mayleen tiba di cafe.
"Sorry lambat. Mayleen ni lambat bangun" kata Jun dengan selamba. Mayleen menayang wajah redha apabila dijeling tajam oleh mamanya.
"Hahaha penat sangat kot sebab semalam" kata Mrs Wen dengan nada mengusik.
"Huh? Penat sebab apa?" tanya Mayleen dengan polos.
"HAHAHAHAHA jomlah makan" sampuk Jun sebaik sahaja ibu bapa mereka memandang mereka dengan pandangan yang penuh makna.
"Haish awak ni. Jangan disakat mereka" Mr Wen menggelengkan kepalanya.
"Bukan apa. Tak sabar nak dapat cucu" jawab Mrs Wen.
"Sabarlah Jiu" Mrs Xu menepuk bahu Mrs Wen.
"Dah makan cepat. Lepasni,kita boleh check out. Lepasni,korang terus pindah masuk dekat rumah korang?" tanya Mr Xu.
"Haah,since papa dah suruh orang kemaskan rumah" jawab Jun.
"Kenapa monyok je muka?" tanya Mrs Xu sebaik sahaja melihat muka Mayleen masam mencuka.
"Lepasni,Mayleen rindulah dekat mama,papa dengan gege" bibir Mayleen mulai memuncung.
"Aiyaa. Mayleen ni buat macam tak boleh nak lawat kami. Kalau rindu,datang je rumah. Jun mesti izinkan. Betul tak?" Jun mengangguk tanda setuju dengan kata Mrs Xu.
"Minghao mana?"
"Minghao kat rumah. Ada kerja katanya" Jun menganggukkan kepalanya lalu mulai makan.
×××
Minghao melipat pakaiannya lalu memasukkannya ke dalam bagasinya. Dia mengesat airmatanya. Dia melihat gambar-gambarnya bersama keluarganya sehinggalah ke satu gambar yang buat dia makin sebak.
"Mianhae Wen Junhui" Minghao menyambung mengemaskan bagasinya lalu menunggu ibu bapanya pulang ke rumah.
Setelah sejam menunggu,akhirnya deruman kereta milik papanya kedengaran memasuki ruang parkir rumahnya.
"Papa,mama" tegur Minghao sebaik Mr dan Mrs Xu masuk ke dalam rumah.
"Eh Hao. Nak kemana ni? Segak semacam" tanya Mrs Xu.
"Ma,Hao akan ke L.A. Mungkin paling lama setahun?"
"But why?"
"Hao ada urusan yang perlu diselesaikan"
"Urusan apa? Kalau nak cakap ada urusan kerja,takkan sampai setahun" Minghao memandang papanya.
"Bukan urusan kerja tapi urusan peribadi. Minghao nak rest and tambahkan ilmu pengetahuan. Nak merantau sekejap" Mrs Xu mengeluh.
"Mayleen baru tinggalkan rumah ni sebab dah kahwin. Sekarang,Hao pula"
"Mama,jangan sedih. Kejap je. Bukan buat selamanya pun" Minghao memeluk mamanya.
"Jaga diri kamu okay? Rajinkan diri untuk terus berhubungan dengan kami" pesan Mr Xu. Minghao menganggukkan kepalanya.
"Hao dah kena bertolak ke airport ni. Hao pergi dulu" Minghao menyalam tangan orang tuanya lalu mengheret bagasinya keluar dari rumah.
S
K
I
P
"GEGE!!" Minghao memalingkan tubuhnya ke belakang.
"Gege hiks" Mayleen memeluk Minghao dengan erat.
"Yah adik"
"Kenapa gege nak tinggalkan Mayleen" Mayleen mencebik.
"Sekejap je sayang. Mayleen sayang" Mayleen memandang wajah abangnya.
"Jadi isteri yang bagus. Bahagiakan Jun. Jangan melawan cakap suami. Tak baik tau"
"Gege jaga diri tau. Balik cepat" Minghao senyum lalu mencium pipi adiknya.
"You too. Gege kena pergi sekarang or gege akan terlepas flight nanti" Mayleen mengangguk lalu meleraikan pelukan.
'Jun tau Hao pergi sebab Jun. Jun tahu yang Hao tipu yang Hao cakap Hao bencikan Jun. Take care sayang' Jun melihat kepergian Minghao sambil menahan airmatanya dari jatuh.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro