Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

My Possessive Brother : 06

" Macam mana dengan adik kamu? Doktor ada kata apa-apa pasal keadaan dia? " Puan Choi yang baru saja tiba mulai melemparkan pertanyaan pada anak sulungnya yang sudah berjaga semalaman.

Hongjoong menggelengkan kepala saja lalu mendekati Mommy nya, bahu wanita paruh baya itu dia rangkul penuh hangat, sambil ibu jarinya membelai lembut.

" Mommy rasa kita perlu pindahkan Haein dekat hospital yang lebih bagus dari ini, macam mana? Mommy risau dengan keadaan Haein! Langsung tidak ada perkembangan disini.. " Puan Choi memberi cadangan dengan sayu.

" Tak perlu, saya dah minta doktor pakar, yang lebih arif, datang sini. Haein tak perlu dibawa ke sana-sini lagi " Tuan Choi yang muncul secara tiba-tiba pula mencelah. Dia menerpa kearah anak sulung dan isterinya sambil kedua tangannya masuk di kocek seluar. Gayanya cukup tenang, tapi raut wajah lelaki paruh baya itu dipenuhi dengan kerisauan pada anak gadisnya.

" Betul cakap Daddy, kita tak perlu bawa Haein pergi mana-mana, kesian dekat dia nanti " Hongjoong bersuara setuju.

Puan Choi diam saja selepas itu, tidak berani lagi mahu membantah ataupun bersuara bila suami dan anak sulungnya sudah sebulat suara. Melihat riak Mommy nya begitu, Hongjoong terus memeluk badan orang tuanya.

" Mommy jangan risau ya? Haein kuat, macam abang-abang dia. Oh ya Mommy, macam mana tidur semalam? Nyenyak? Maaflah mansion tak berapa terurus masa Mommy datang, tak sempat minta bibik datang kemaskan semua " Hongjoong meleraikan pelukan seraya memegang pipi kiri Mommy nya.

Puan Choi mengangguk. " Tak apa sayang. Mommy.. tak tidur semalam, asyik teringat dekat adik kamu.. " suaranya sayu.

Hongjoong melepaskan keluhan kecil. Patutlah wajah wanita itu sedikit letih, tidak tidur rupanya. Dia kembali merapatkan badannya ke badan Mommy nya seraya berkata

" Lepasni.. mommy tidur tau, jangan fikir pasal Haein sangat, Hongjoong ada, Hongjoong akan teman dan jaga dia dekat sini. Mommy dan Daddy pula rehat cukup-cukup, jangan sampai sakit, Hongjoong tak rasa Haein akan gembira bila dapat tahu Mommy dan Daddy nya sakit " Lembut kata-kata Hongjoong seolah sedang memberitahu anak kecil. Kening Mommy nya dia kucup sekilas.

" Itulah, Daddy dah kata hal serupa dekat Mommy kamu, tapi dia saja yang keras kepala. Betul-betul macam Haein kalau Daddy perhatikan " Ucap Tuan Choi disertai gelak kecilnya.

" Buah jatuh tak jauh dari pokoknya.. " Tambah Hongjoong menyambut tawa Daddy nya. Seketika suasana disitu menjadi sedikit lebih hangat dari sebelumnya.

" Yang kamu tu, tidur nyenyak tak? " Tiba-tiba Puan Choi melayangkan pertanyaan pada anak lelakinya.

Hongjoong sengih. " Tidur, kalau nyenyak tu taklah, kan Hongjoong kena jaga Haein " jujurnya.

" Kesian anak Mommy, Yang lain kemana? Mommy ingatkan dekat sini, dengan kamu? "

" Ada, diaorang nak jaga juga, tapi Hongjoong tak bagi, cukuplah Hongjoong sorang, diaorang bila-bila pun boleh tolong gantikan Hongjoong. Tapi buat masa ni, biarlah Hongjoong jaga adik perempuan Hongjoong dulu "

Puan dan Tuan Choi mengangguk faham.

" Kalau adik kamu, Yeosang. Dia ada dekat mansion semalam, yang San pula tak ada, Daddy ingatkan ada dengan kamu "

Hongjoong diam seketika, berusaha mencari alasan apa supaya budak San itu tidak dimarah.

" Ada, ada dengan Hongjoong semalam, tapi lepastu Hongjoong minta dia pergi tanda tangan kertas kerja Hongjoong dekat PA Hongjoong, mungkin dia tidur kat sana, dan mungkin juga sekarang ni masih dekat office " Air muka dikawal sebisa mungkin.

" Tanda tangan? " Tuan Choi melihat anaknya dengan pandangan pelik.

" Ya, document penting untuk diserahkan pada client harini, dah dua hari delay sebenarnya "

" Alang-alang dah cakap pasal kerja kan.. kerja daddy dekat sana betul-betul dah selesai? " Hongjoong mula perlahan-lahan menukar topik. Tidak mahu di soal banyak oleh Daddy nya. Dia tidak pandai menipu, silap haribulan dia tersalah cakap, habis semuanya.

Tuan Choi mengangguk tenang. " Sudah. Sebenarnya mommy dan daddy bercadang nak tinggal sana buat dua tiga hari lagi, tapi itulah, Mommy kamu dah tak sabar nak jumpa puteri kesayangannya " Tuan Choi jeda.

" Tapi, alih-alih nampak Haein sihat segar dan gembira, malah bertukar jadi macam sekarang ini.. mana Mommy kamu tak sedih " Beritahu Tuan Choi. Sayu nada bicaranya.

" Hm.. maafkan Hongjoong sekali lagi, Hongjoong yang lalai "

" Tak, kamu sebagai abang dah buat yang terbaik untuk adik-adik kamu! Anak Mommy dan Daddy paling boleh di harap itu kamu, Hongjoong. Bersyukurnya mommy dianugerahkan kamu sebagai anak mommy " Ucap Puan Choi dengan bangga sekali. Sama sekali tidak mahu anak sulungnya itu berfikir yang tidak-tidak.

Tubuh tegap anak sulungnya dia peluk erat. Tangis yang sedari tadi dia tahan pun mulai merembes keluar lalu mengenai baju kemeja anaknya.

" Shhh, mommy jangan nangis. Mommy tahu tak? Hongjoong lagi bersyukur ada orang tua macam mommy dan daddy tau! Kuat, penyabar, dan mampu bimbing anak-anak dia dengan baik sekali " Hongjoong membalas dengan perasaan bangga juga.

" Betul " Yeosang yang muncul entah dari mana tiba-tiba mencelah, dia menerpa kearah Mommy dan abangnya lalu dipeluk kedua susuk itu dengan erat sambil digoyang-goyang nya sedikit.

" Tengok Yeosang, jadi orang berguna sebab mommy dan daddy lah. Tengok Hongjoong, san pun sama. Tak lupa our little princess, dia tumbuh dengan sangat cantik, macam mommy, dan tangguh macam daddy " Tambah Yeosang lagi seraya mengucup sisi kepala mommy nya. Puan Choi tersenyum saja mendengar pujian dari Yeosang.

     Ding dong~~
Bergema bunyi loceng ke segenap ruangan. Otomatik Tuan dan Puan Choi melihat satu sama lain dengan kebingungan.

Anak mereka kah? Tapi kalau iya, tidak biasa anak-anak nya membunyikan lonceng, biasanya mereka akan langsung masuk saja kedalam dan sedikit menjerit kalau mereka sudah di rumah.

Orang gaji kah? Tapi semua orang gaji mereka sama ada bodyguard maupun bibik, semuanya masuk lewat pintu belakang, kecuali benda urgent.

Tamu? Mungkin juga, tapi sudah lama sejak mereka tidak kedatangan tamu.

Ding dong~
Lonceng kembali berbunyi. Tuan Choi melepaskan keluhan berat sebelum dia bangkit dari sofa, buku yang ia baca di simpan ke atas meja.

" Tak apa, biar saya yang pergi tengok, siapa yang datang " Puan Choi menahan tangan suaminya dari terus melangkah. Selepas dapat anggukan setuju dari suaminya, barulah dia bangkit dari sofa, manakala suaminya pula kembali duduk sambil menyambung membaca buku yang bertajuk Common Stocks and Uncommon Profits by Philip Fisher.

Puan Choi berjalan menghampiri pintu megah miliknya, sempat dia mengerling kearah screen yang memaparkan susana di luar pintu sebelum dia menekan butang pada pintu dan terbuka. Keningnya ternaik selepas melihat se-susuk gadis muda yang berpakaian singkat sedang berdiri di depan pintunya.

" Hi auntie, I Haram, girlfriend San "

To Be Continue...


Spoiler Chapter Akan Datang:

" It's okay... Sekarang auntie masih boleh anggap I orang asing, tapi tengoklah nanti, I juga akan jadi salah satu pemilik rumah ni " Ucap Haram penuh percaya diri dan tidak tahu malunya.

" Mansion, bukan rumah! Berambus sebelum aku simbah kau lebih teruk dari air lepas mop ni " Sejurus suara itu memarahi Haram, satu baldi air bekas mop lantai disimbah ke sekujur tubuh Haram, sampai terjerit gadis itu.

Dengan badan yang sudah basah lencun itu, Haram berbalik badan, ingin melihat gerangan siapa yang berani buat dia begitu. Seketika dia terkaku apabila figura tinggi lampai seorang laki-laki memenuhi ruang matanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro