Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

My Possessive Brother : 02

Galak kaki Tuan Choi melangkah kearah bilik kerjanya, sampaikan satu bangunan itu boleh dengar. Manakala ketiga anak bujangnya pula hanya mengikuti langkah sang Daddy.

Kini mereka sudah berada di syarikat Tuan Choi, yang juga dipegang oleh Hongjoong, Yeosang dan San. Manakala Puan Choi pula masih berada setia di hospital menemani Haein, menunggu khabar dari sang doktor.

" Duduk " Serentak mereka duduk selepas dapat arahan dari Tuan Choi. Suara dingin itu, mampu membuatkan ketiga anaknya menurut tanpa banyak bunyi. Masing-masing mengambil tempat duduk. Manakala Tuan Choi sudah lebih dulu duduk di single sofa.

" Sebenarnya aku dah tahu punca adik kamu jadi macam itu, tapi aku nak dengar langsung dari mulut kau semua " Tuan Choi bersuara. Hilang sudah perkataan 'Daddy' dan 'anak-anak Daddy' dari mulut tua itu. Sungguh dia marah apabila mendapat tahu semuanya dari mulut bawahannya.

Bukan hanya penyebab Haein terbaring begitu, malah dia juga dapat tahu yang anak perempuannya sudah di pukul di sekolah. Itu yang buat dia marah. Dan makin bertambah bengang bila ketiga-tiga anak lelakinya itu merahasiakan semua dari dia.

" Semua salah Hongjoong! " Hongjoong bersuara seraya melutut di hadapan Tuan Choi. Kepala tertunduk ke lantai. Dia takut, takut kalau Yeosang dan San akan terkena sama. Walhal itu bukan salah mereka berdua, itu salahnya kerana sudah leka menjaga Haein.

" Aku taknak dengar salah siapa semua ni jadi, aku nak dengar apa punca adik kau jadi macam ini! "

" Satu lagi, aku nak dengar penyebab adik kau jadi mangsa buli di sekolah " Tambah Tuan Choi. Dan semerta ketiga adik beradik itu mengangkat kepala memandang Tuan Choi dengan riak terkejut. Dalam hati mereka, macam mana boleh Daddynya tahu mengenai itu.

San menggigit bibir bawahnya. Kalau diaorang tersalah cakap sikit, habislah diaorang kena. Bukan dia tak tak tahu Daddynya itu macam mana orangnya. Kalau hal menyangkut anak perempuan nya, sudah pastilah dia akan menggila, sama macam dia juga. Semua boleh usik yang lain, tapi adik perempuannya jangan.

" M..macam mana.. macam mana Daddy tahu? " Yeosang masih tak percaya. Selepas mendapat senyuman sinis dari Tuan Choi, barulah dia menutup rapat mulutnya.

Dia lupa dia bertanya pada siapa. Orang tuanya itu sungguh berpengaruh, selain itu, Tuan Choi juga memiliki banyak orang suruhan, mata-mata dan sebagainya. Walaupun dia anak dari orang tua itu, kalau mahu dibandingkan, sungguh jauh dengannya yang hanya memiliki beberapa orang suruhan, itupun masih di bawah Daddy nya.

" Itu juga salah Hongjoong! Hongjoong leka dalam menjaga adik Hongjoong " Hongjoong bersuara lagi. Wajahnya yang masih tertunduk di hadapan itu seketika terteleng ke tepi. Membulat mata Yeosang dan San menyaksikan itu.

Usai melepaskan tamparan yang kuat, Tuan Choi kembali memperbaiki duduknya dengan dada yang turun naik dengan emosi yang bersisa.

" Aku dah kata aku taknak dengar siapa salah siapa tak. Yang aku nak dengar penyebab! Apa penyebab dia! " Bentak Tuan Choi. Bergema suara berang nya itu ke segenap ruangan.

" Kalau Daddy dah tahu, kenapa masih minta kitaorang jelaskan " Nada penuh berani mati dari San. Penumbuknya dia kepal kuat. Panas hatinya melihat abangnya di tampar se-begitunya.

Dengan mata yang mencerum tajam memandang mata Daddy nya. Gigi diketap menahan amarah. Andai yang dia renung tajam itu bukan Daddy nya, sudah pasti dia bunuh kerana sudah menyentuh abangnya begitu.

" Wah, wah. Tengok anak aku sorang ni. Dah kurang ajar kan. Kau berdua tak ajar adik kau ni? HAH!! " Jerkah Tuan Choi. Kali ini dia salahkan pula Hongjoong dan Yeosang kerana tidak mendidik adik mereka dengan baik. Baru beberapa bulan ditinggalkan, sudah kurang ajar begini.

" Apa gunanya Daddy jadi orang tua? Bukankah itu peran seorang Daddy, untuk mengajar anak-anak nya? Kenapa tolak pada anak pula? " Lembut San menyoal. Betul-betul tempah keranda sendiri.

Yeosang yang berada di sebelahnya terus bangun dan menampar pipi San. Tidak kuat, hanya sekedar mahu menyelamatkan San dari menjadi mangsa Daddy nya pula. Kerana saat ini, Tuan Choi sudah bangkit dari duduknya dan menayangkan wajah bengis nya.

" Dalam keluarga kita, tiada satu orang pun yang di ajar untuk menjadi kurang ajar. Jaga mulut kau bila bercakap dengan Daddy " Berbaur ancaman kata-kata Yeosang. Tajam matanya merenung anak mata adiknya.

Dia tahu San marah kerana Tuan Choi sudah limpahkan amarahnya pada dia dan Hongjoong, dia juga marah melihat abangnya di tampar begitu, tapi cara yang San itu salah. Dan dia perlu ajar sebelum Daddy nya sendiri yang ajar.

San merenung Yeosang tak percaya. Pipi yang sedikit pedih dia sentuh. " Aku salah cakap ke? Betul apa, dia sebagai orang tua lah kena ajar anak-anak nya, bukan anak-anak yang kena ajar sesama sendiri. "

" Bila anak-anak buat salah, mulalah naik angin, maki itu ini, padahal salah dia juga sebab tak jaga dan ajar anak-anak dia dengan baik. Yang dia tahu, pergi negara orang, kerja dan tak balik selama berbulan-bulan. Dua tiga tahun sekali tak apalah buat macam itu, tapi dia setiap tahun pergi. Tahu, aku tahu kerja, kalau tak kerja tak boleh makan. Tapi takkanlah sampai tak ada masa untuk anak-anak nya?! " Luah San yang sudah tak tertahan.

Dia juga mangsa ditinggalkan oleh orang tuanya dari kecil selama berbulan-bulan, setiap tahunnya. Tapi dia tidak begitu kesepian kerana ada abang-abang nya. Tapi macam mana dengan Hongjoong? Dia yang tertua, sudah pastilah dia kesunyian dengan sikap orang tua yang begitu. Semua tentang adik-adik diserahkan pada Hongjoong.

" Cukup San " Hongjoong pula bersuara tidak membentak, hanya bernada dingin saja. Dia tidak mahu San membahas itu lebih jauh. Dia juga dapat rasa apa yang dirasakan San, tapi dia lebih teruk, kerana dia paling tua.

Kini Hongjoong mengangkat wajahnya memandang Yeosang. Dia beri satu isyarat pada Yeosang sebelum Yeosang membalas dengan anggukan.

" Ikut aku " Yeosang bersuara seraya menarik lengan San untuk mengikuti nya keluar dari situ. San hanya akur, sempat dia lihat wajah abangnya, Hongjoong. Terdapat darah di hujung bibir Hongjoong, pipinya juga merah kebiruan. Itulah bukti kalau tamparan dari Tuan Choi tadi cukup dan amatlah kuat.

" Lepaslah! Aku boleh jalan sendiri! " San kembali naik angin selepas melihat keadaan Hongjoong begitu. Dengan kasar dia menepis tangan Yeosang yang dari tadi memegang lengannya. Pintu dia kuak penuh emosi sebelum memboloskan diri keluar dari ruang kerja Daddy nya.

" Hongjoong minta maaf bagi pihak San. " Hongjoong kembali melutut selepas kedua adiknya sudah hilang di sebalik pintu.

Pakaian nya yang masih dikotori dengan darah Haein jadi fokusnya tika ini. Otaknya mula memikirkan macam manalah keadaan Haein sekarang. Adakah Haein baik-baik saja? Atau sedang berperang dengan maut.

Kalau betullah macam itu, dia harap Haein kuat. Kerana dia juga kuat.

To Be Continue...

















Spoiler chapter akan datang:

" I nak handbag limited edition dari Louis Vuitton tu, boleh? " Muka dia buat-buat comel. Minta kebenaran dari sang kekasih. Lebih tepatnya, minta duit dari San.

Bukannya dia tak ada duit, tapi apa guna San selaku boyfriend. Dimana-mana, seorang lelaki lah yang harus menghabiskan duit untuk wanitanya. Itu yang dia tanam pada otaknya.

" Beli pun tinggal beli kan. " San berkata. Pipi Haram dia sentuh lembut. Macam dia tak tahu. Nak minta dia lah tu.

" Tapi... " Meleret nada suara Haram kali ini. Harapnya San faham dengan maksud 'tapi' nya itu.

" Beli aje, malam karang aku transfer "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro