Chร o cรกc bแบกn! Vรฌ nhiแปu lรฝ do tแปซ nay Truyen2U chรญnh thแปฉc ฤ‘แป•i tรชn lร  Truyen247.Pro. Mong cรกc bแบกn tiแบฟp tแปฅc แปงng hแป™ truy cแบญp tรชn miแปn mแป›i nร y nhรฉ! Mรฃi yรชu... โ™ฅ

52 : ๐ˆ๐‹๐˜๐“๐“๐Œ๐€๐

Noah melabuhkan punggung nya di atas sofa. Penat lepas kemas itu ini di dapur. Jam di dinding di kerling sekilas, baru pukul sembilan malam, dia pun sudah kenyang makan mi segera tadi. Err

Ya! Diapun paksa diri sendiri untuk makan natang tak sihat itu tadi, takkan lah dia mahu biarkan isterinya makan makanan tu sorang-sorang. Dia tak sampai hati.

Cakap pasal Irish. Gadis itu pula entah tengah buat apa, lepas saja makan, terus naik ke bilik. Noah pun tak tanya sebab sudah jadi kebiasaan selepas gadis itu selesai makan malam, isterinya itu akan terus mencari katil.

Tiba-tiba telefon di poket seluarnya bergetar, menandakan satu mesej masuk. Dengan malas dia mencapai telefonnya lalu membuka mesej itu. Dari isterinya.

Tengok, semenjak dua menjak ni suka sangat mesej dan call dia, dia bukannya jauh pun, dalam rumah ni juga.

Hubby! Saya ada surprise, naik cepat!

Berkerut dahi nya tatkala membaca mesej dari Irish itu. Apa pula kalini? Harapnya bukan aneh-aneh lah. Sebab kali terakhir isterinya bagitahu ada surprise begitu, otaknya tak boleh berproses dengan lancar selepas melihat surprise yang di maksudkan Irish itu. Sungguh diluar nurul. Eh nalar.

Dia terus mengangkat punggung dan mengorak langkah menuju ke bilik mereka. Sampai saja depan pintu bilik, dia berhenti sejenak untuk menyiapkan mental dan fizikal. Jadi kalau isterinya itu buat aneh-aneh lagi, taklah dia terkejut mana.

" Apa pula kalini sayang.. " Seraya itu pintu bilik ditolak penuh berhati-hati. Kepala masuk mengintai dari balik pintu terlebih dahulu.

Sekujur tubuh seolah beku, terpana dengan apa yang dilihatnya sekarang ini. Walaupun bilik itu agak malap cahayanya, dia dapat melihat sekujur tubuh mungil isterinya itu tengah mengenakan gaun pengantin nya beberapa bulan lalu. Jelas sekali.

Itu kali kedua dia melihat Irish secantik, seanggun dan penuh seri begitu. Bukan Irish tak cantik setiap harinya, tapi, kalini gadis itu kelihatan sangat sangat sangat sangat cantik!

" Surprise! " Ucap Irish gembira. Gembira dengan reaksi yang Noah berikan. Dia tak menyangka lelaki itu akan bereaksi sebegitu nya. Dia ingatkan Noah akan ketawakan dia sebab buat benda cringe begitu. Lampu siling yang di malapkan cahayanya. Dengan beberapa lilin aromaterapi tersusun di beberapa sudut ruangan, musik romantik pula tak lupa. Agak cringe bukan? Hee

" Suka tak? " Irish menyoal lalu mendapatkan Noah. Tangan lelaki itu di tarik dan di bawa ke tengah-tengah ruang bilik mereka.

Noah mengangguk perlahan. mestilah suka! Tangannya naik membelai pipi isterinya.

" Cantik isteri saya " Puji Noah, lembut saja suara Noah itu menerpa ke gegendang telinga Irish. Mata Noah masih menatap isterinya penuh pegun.

" Terima kasih " Balas Irish.

" Tahu tak kenapa saya buat semua ni? " Tambahnya lagi lalu menatap wajah Noah serius. Noah geleng, tidak tahu.

" Saya nak bayar balik kebahagiaan yang awak tak dapat masa hari perkahwinan kita dulu " Ucap Irish penuh sesal.

Ya, dia buat semua ini untuk membayar balik rasa kecewa Noah yang disebabkan olehnya, dihari perkahwinan mereka dulu. Dimana, dia meninggalkan Noah sendiri semasa sesi menari tiba.

Tidak hanya membuat lelaki itu kecewa, tapi juga malu! Ramai keluarga yang menyaksikan sikap bodohnya dulu. Dan... dia menyesal.

Buat seketika Noah terkesima dengan ucapan Irish itu. Mata isterinya di tatap dalam. Kenapa lain sungguh Irish malam itu.

Irish membalas dengan tatapan penuh ikhlas dan penuh penyesalan. Terasa tubir matanya mula panas. Terus dia memalingkan mukanya ke arah lain. Bibir turut di kemam menahan sebak.

Selepas dirasa emosi nya mula stabil, dia kembali memandang Noah lembut dengan senyuman manis terukir dibibir.

" Noah Adrian, sudikah awak menari dengan saya? " Dengan anggunnya Irish bertanya, telapak tangan dihulur, menanti disambut oleh Noah.

Noah senyum lalu menggeleng kecil, sungguh dia tidak tahan dengan tingkah comel isterinya begitu. Dahi Irish di kucup sekilas.

Dan tanpa banyak cakap, Noah terus mencapai huluran tangan Irish itu lalu di bawa ke bahunya. Dan makin lebar senyuman Irish bila dua tangan mereka bersatu, manakala sebelah lagi tangan Noah jatuh di pinggang ramping miliknya.

Perlahan kaki mereka saling bergerak kedepan, kebelakang dan kesamping, mengikuti alunan musik romantik. Mata saling menatap penuh cinta. Tiba satu part Noah mengangkat tinggi tangannya, seraya itu Irish berputar lalu bersandar rapat membelakangi badan Noah.

Kini posisi kedua tangan mereka saling menggenggam erat. Noah menjatuhkan kepalanya pada bahu Irish seraya membisikkan sesuatu ke telinga gadis itu.

" I love you "

" I love you to the moon and back, Irish Sofia "

Irish kini berpusing menghadap Noah, tangan dilepaskan dari terus menggenggam tangan suaminya lalu dilarikan pula pada leher Noah. Di rangkul leher itu. Lama dia menatap wajah suaminya sebelum melabuhkan bibirnya pada bibir Noah dengan penuh cinta.



" Harini awak tak masuk kerja lagi? " Irish menyoal. Punggung di labuhkan di sofa sebelah suaminya lalu merangkul manja lengan sasa lelaki itu.

" Tak, harini saya ada jadwal lain " Balas Noah pula selepas mengucup ubun-ubun isterinya.

" Jadwal apa? " Kepala mendongak menatap suaminya.

" Dating " Balas Noah singkat dengan senyuman di bibir. Irish mengecilkan matanya dan menatap tajam lelaki itu.

Badan dijauhkan dari Noah. " Dengan siapa " Nada suaranya kedengaran dingin. Tangan juga sudah siap-siap mahu mencekik suaminya kalau lelaki itu macam-macam.

" With my beautiful wife lah " balasnya manis. Sambil itu dia tarik pinggang isterinya untuk rapat padanya.

Wajah bengis Irish tadi kini bertukar manis. Tangannya kembali merangkul lengan Noah. Dikucup tepi bahu suaminya sebelum kembali melemparkan pertanyaan.

" Kita nak dating kat mana? "

" Nanti awak tahulah. Dah pergi bersiap cepat, saya tunggu " Ubun-ubun Irish di belai lembut sebelum isterinya itu berdiri dan berlari kecil hendak naik ke bilik.

Setelah kurang lebih setengah jam akhirnya gadis itu turun dengan mengenakan dress paras lutut berwarna biru muda, sedondon dengan baju polo suaminya.

Mekar senyuman Noah kala itu, itu pertama kalinya dia lihat Irish manis mengenakan baju yang cerah selain gaun pengantin semalam. Selalunya hitam saja, itupun bila dipaksa baru dia pakai selain hitam. Tapi kalini tiada paksaan.

" Manisnya isteri saya " Ucapnya. Mata masih melekat pada sesosok isterinya yang berpusing gembira di hadapannya.

" Manis? Dah rasa ke? Ke awak nak rasa? " Irish senyum senget lalu mendekati suaminya. Punggung dilabuhkan pada riba lelaki itu seraya merangkul leher Noah.

" Tengok, naughty nya dia! " Noah naik geram lalu mencubit pipi gebu isterinya.

" Dengan suami saya aje " Balas Irish. Jemarinya bermain-main di cuping telinga Noah.

Noah menangkap tangan isterinya yang asyik bermain di telinganya itu. " Boleh kita gerak sekarang, sayang? "

Sekali lagi Irish sengih. Matanya menatap setiap inci wajah suaminya penuh minat lalu beralih pula pada telinga yang jadi mangsa jemarinya tadi. Merah.

" Dengan isteri sendiri pun nak malu " Irish mencebik lalu kembali bermain pada cuping telinga suaminya. Noah menghembuskan nafas berat.

" Bukan malu, tapi saya takut kita tak jadi gerak aje ni "

Mendengar ucapan lelaki itu, Irish reflek terus berdiri dari posisinya tadi. Mana boleh tak jadi keluar! Penat dia berdandan!

" Takut kan? Itulah, suka sangat pancing orang " Noah sengih. Dia turut berdiri lalu menarik jaket putihnya yang dari tadi menjadi saksi bisu tingkah isterinya.

























My Perfect Husband

-rxnxxy

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen247.Pro