Chร o cรกc bแบกn! Vรฌ nhiแปu lรฝ do tแปซ nay Truyen2U chรญnh thแปฉc ฤ‘แป•i tรชn lร  Truyen247.Pro. Mong cรกc bแบกn tiแบฟp tแปฅc แปงng hแป™ truy cแบญp tรชn miแปn mแป›i nร y nhรฉ! Mรฃi yรชu... โ™ฅ

51 : ๐ƒ๐ž๐Ÿ๐ž๐š๐ญ

" Miss " Nuha memanggil selepas Serly membenarkan dia masuk ke bilik kerja wanita itu. Matanya menatap penuh takut pada tubuh yang sedang fokus membuat kerja diatas meja.

" Hm, kenapa " Serly bertanya dengan mata yang masih fokus membuat kerja. jari jemari nya juga ligat menari-nari diatas keyboard laptop nya. Serly menelan liur sebelum bersuara.

" Pasal dadah yang menyangkut syarikat kita dan juga restaurant encik Noah, saya dah tahu siapa dalangnya "

Semerta jari jemari Serly berhenti dari menaip, laptop ditutup lalu memandang serius kearah PA nya itu. Sebelah keningnya dinaikkan, menyuruh Nuha untuk meneruskan ayatnya.

" Pagi tadi Founder dari Big Data, Dato' Brahman ada kirim satu surat pada syarikat kita " Nuha berhenti bersuara sejenak sambil meletakkan surat yang di maksudkan tadi keatas meja Bos nya.

Serly mengambil dengan dahi masih berkerut. Diaorang bukan saling kenal pun, dah kenapa orang tua itu tiba-tiba mengiriminya surat? Kalau mahu membuat kerja sama, kenapa tidak buat temu janji dan datang sendiri? Atau mungkin anaknya, Azraf.

Surat dibuka sambil mendengar Nuha yang kembali menyambung ceritanya.

" Saya dah check, isinya hanya mengandung permintaan maaf dan satu pengakuan, dan tiada sebarang kandungan perihal kerja. " Beritahu Nuha. Kepala Serly mengangguk-angguk mengerti sambil membaca kembali surat itu.

" Yang saya boleh simpul kan, anak dialah penyebab kekacauan dekat syarikat kita dan kekacauan pada resto encik Noah " Tambah Nuha lagi.

" Kita nak bawa ke pengadilan ke cik? Saya boleh tolong uruskan " Nuha memberi cadangan selepas melihat bosnya meletakkan kembali surat itu ke atas meja. Kelihatan Serly berfikir sejenak.

" Lagipun, Dato' Brahman ada tulis dekat situ, yang dia akan hulurkan bantuan kalau nak bawa perihal ni dekat pengadilan, dia ada satu bukti yang cukup kuat, yang boleh bantu kita "

" Dia... tak kisah ke anak dia masuk lokap " Dahi Serly kembali berkerut mendengar penjelasan Nuha tadi. Bukan apa, aneh saja, dia seorang bapa dari si pelaku, dan dia seolah mahu memasukkan anaknya yang sekarang tengah mengelola perusahaan nya itu masuk ke dalam penjara.

" Tak apalah, nanti aku fikirkan macam mana "

" Tapi... Kenapa anak dia serang kita? Kalau serang Noah, mungkin sebab isteri dia ada hubungan yang lebih dari kawan dekat si Azraf tu, tapi kita? "

Nuha juga ikut berfikir. Ya tak ya juga, kenapa perlu serang mereka? Nak kata sabotaj sebab bersaing memang tidak mungkinlah.

Mereka hanya sebuah syarikat yang mengembangkan perniagaan seperti makan-makanan sihat dan Alat-alat yang ramah lingkungan, manakala syarikat Big Data pula ialah sebuah syarikat investment. Sungguh sangat tidak mungkin.


" Hayy sayang, tak habis lagi ke? " Sekilas Noah mengucup kepala Irish lalu melabuhkan punggung nya di sofa kosong sebelah gadis itu.

" Hm, sikit lagi ni " Balas Irish serius. Ibu jarinya laju menggesek dan menekan-nekan skrin telefonnya.

Savage!
Wipe out

" Ala! Eyrh! Itulah awak! Tengok saya dah mati! " Telefonnya diletak kasar ke ribanya sambil merenung Noah tak puas hati. Sikit saja lagi dia nak bunuh Wanwan tadi, kan tak pasal-pasal heronya pula yang terbunuh!

" Saya buat apa? " Tanya Noah hairan, dia pula yang di salahkan. Dah memang nub, nub aje lah.

Defeat!

" Kalah!! Satu bintang aje lagi nak naik legend! " Ucapnya sekali lagi tak puas hati, kaki menendang-nendang udara kesal. Penat dia push rank seharian ini!

Noah hanya memerhati tingkah isterinya itu, ini mesti terikut perangai adiknya, Natan. Ya! Mesti lelaki itu yang sudah mengajari isterinya bermain game, kalau tidak siapa lagi? Dia? Sudahlah, itu memang tidak mungkin, dia tiada masa mahu main video game begitu.

" Sudahlah tu, jom teman saya masak " Ajak Noah lalu bangkit dari sofa dan berura-ura untuk pergi ke dapur. Jam di kerling sekilas, sudah pukul enam lebih, dia kena buat makan malam sekarang.

" Nak! " Irish bersuara penuh teruja. Hujung baju suaminya ditarik bagi memberhentikan langkah Noah.

" Nak dukung " Tambah Irish penuh manja, tiada lagi perasaan kesal akibat kalah bermain game tadi. Kedua tangannya di buka luas, menanti Noah untuk mendukungnya.

Noah menggeleng saja dengan tingkah manja isterinya itu. Badan dipusing lalu mengangkat badan Irish dengan gaya seakan mendukung anak kecil.

Irish apa lagi, ketawa riang lah, dua kakinya melingkar kemas di pinggang Noah, manakala tangannya pula memeluk leher suaminya dengan kepala di sembamkan pada leher lelaki itu.

Tiba saja di dapur, badan Irish diletakkan diatas counter top dapur itu dengan penuh berhati-hati. Sempat jemarinya mencubit geram pipi isterinya sebelum menghampiri Sinki untuk membasuh tangan sebelum mulai memasak.

" Awak nak masak apa? " Irish bertanya, matanya masih melekat pada belakang badan Noah itu sambil menghayunkan kakinya riang.

Sesekali dia menelan ludah berat tatkala melihat bahu lebar suaminya itu. Serius cakap, badan suaminya kalau dari belakang memang menggugat nafsu! Sabar!!

" Isteri saya nak makan apa malam ni, saya buatkan " Badan dipusing menghadap Irish lalu mengucup sekilas dahi mulus isterinya itu. Sebenarnya dia pun tak tahu nak masak apa untuk makan malam harini.

" Saya nak... " Irish jeda. Berfikir nak makan apa. Segala macam makanan juga sudah muncul di fikirannya. Dia senyum lebar sebelum kembali bersuara.

" Makan awak aje lah, boleh? " Usai berkata leher Noah kembali di rangkul kemas oleh kedua-dua belah tangan nya. Itu dia, kata-kata yang selalu dilemparkan pada Azraf itu kini dilemparkan pada Noah pula.

Noah hanya senyum mendengar betapa nakalnya isterinya itu. Ini kalau dia tak lapar perut, memang dia angkut terus naik tingkat dua Isterinya itu. Nasiblah bukan lapar nafsu. Ergh.

" Saya nak makan yang ringan-ringan je, maybe like... Instant noodles? " Tambah Irish lagi setelah melihat riak Noah yang seakan tak tertarik dengan ucapannya tadi.

" Kalau ada stok, saya masakkan " Irish mengangguk saja dengan balasan Noah itu. Harapnya ada stok lah, dia pun dah lama sangat tak merasa makan mi segera.

Selepas Irish melepaskan pautan pada lehernya, dia terus berpusing ke arah kabinet untuk mencari mi segera. Harapnya tak ada lah. Bukan apa, dia sebenarnya agak berat hati juga mahu bagi Isterinya makan benda alah itu.

Kalau dia tak bagi nanti mulalah gadis itu merajuk, dan dia pula di cop sebagai suami yang posesif. Dia tak nak. Jadi mari berdoa semoga natang tu tak ada dekat kabinet.

Dan tadaa! Buka saja kabinet, pembungkus mi segera itu terpampang jelas di depan wajahnya. Nafas dihela, dia pun lupa, kenapa lah dia beli natang tak sihat itu, banyak pula tu!

" Tak ada lah sayang, kita makan lain eh, saya boleh masakkan yang lagi sedap. " Tipu Noah lalu menutup kembali pintu kabinet itu. Kepala dipusing untuk melihat Irish.

Gadis itu senyum senget. Ala macam dia tak tahu yang suaminya itu sedang menipunya. Baru dia ingat, semalam dia ada buka kabinet yang suaminya buka itu untuk cari jajan, dan tak sengaja ternampak mi segera, banyak pula tu!

Noah yang faham dengan maksud senyuman Irish itu kembali menghela nafasnya. Sudahlah, dah tak boleh buat apa dah kalau macam itu, masak saja lah. Dia pun dah janji, takkan dia nak mungkir janji yang baru dia buat tadi kan?





























My Perfect Husband

-rxnxxy

Bแบกn ฤ‘ang ฤ‘แปc truyแป‡n trรชn: Truyen247.Pro