49 : 𝐏𝐫𝐚𝐧𝐤
Irish melangkah dengan lemah untuk masuk ke dalam rumahnya dan Noah. Kepalanya juga berdenyut sakit kerana minum terlalu banyak agaknya.
Salahnya juga, sebab mahu menenangkan fikiran kononnya sampai habis tiga botol tequila dia teguk rakus.
" Noah!!! " Dia menjerit dengan kesakitan. Perut yang terasa mual di pegang. Tekaknya juga sudah mula terasa aneh, seperti mahu muntah.
" Noah! " Sekali lagi dia memanggil selepas beberapa minit tidak ada jawapan dari lelaki itu.
Cepat-cepat dia duduk di sofa tatkala merasakan pening yang amat, kepala direbahkan di sandaran sofa. Nafasnya juga semakin laju, sampaikan tercungap-cungap dia mencari oksigen.
" Noah... " Kali ini lemah saja suaranya. Sudah tidak berdaya untuk menjerit. Dada juga berombak laju.
" Irish? "
Hati sudah sedikit tenang bila sayup-sayup suara suaminya kedengaran, mata masih terpejam rapat, tiada daya mahu membuka mata.
" Irish! Sayang.. kenapa ni! " Noah yang baru selesai mandi itu terus melangkah laju turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan isterinya yang sudah terkulai lemah di sofa.
Sebaik saja dia sampai di depan Irish, dahi nya berkerut dek kerana bau alkohol yang tajam menusuk rongga hidung. Kepala Irish di angkat dengan penuh hati-hati.
Semakin tak karuan dia bila tangannya menyentuh pipi isterinya yang panas membahang itu.
" No-noah.. aarh.. saya sakit.... "
Tidak perlu waktu lama, tubuh isterinya di angkat lalu di bawa kearah kereta. Seatbelt di pasang lalu dia mengambil tempat duduknya. Pintu rumah yang tidak bertutup di biarkan saja begitu. Sekarang ini dalam kepalanya, Isterinya lebih penting.
Pedal gas ditekan untuk ke rumah sakit terdekat, tangan kanan Irish diambil lalu digenggam kemas sambil mulutnya tak henti-henti memanggil nama isterinya.
" Irish, awak ok, sayang? " Noah menyoal sebaik saja Irish membuka matanya. Wajah pucat isterinya di pandang sayu. Sakit sungguh hatinya melihat keadaan Irish begitu.
Irish mengangguk lemah, tangannya turut membalas genggaman suaminya itu. Bibir pucatnya menguntum senyuman tatkala merasa lucu dengan raut wajah risau Noah begitu.
" Buruknya muka awak bila risau " Ucap Irish lemah seraya ketawa kecil. Noah menggeleng. Sakit-sakit pun masih sempat mengutuk orang.
Tak tengok kah muka sendiri? Dah macam mayat hidup pun ada, lagi nak mengutuk orang
" Tak apa, saya ok " Posisinya yang tadi baring terlentang kini diubah mengiring menghadap suaminya yang duduk di sebelah katil pesakit itu.
Tangan yang digenggam juga diangkat lalu diletakkan di dalam dakapannya dengan kemas. Sesekali di cium tangan lelaki itu lembut. Harumnya menusuk rongga hidung. Tenang terus fikirannya.
Sebelah lagi tangan Noah naik membelai pipi Irish, hatinya sudah mulai tenang, syukurlah tiada apa-apa yang serius pada isterinya.
Doktor juga sampaikan yang Irish perlu banyak minum air putih dalam masa terdekat ini dan jauhi minum minuman ber-gas lagi-lagi minuman beralkohol.
" Awak ada bagitahu kat mama papa? "
" Belum lagi, awak nak saya call diaorang datang sini? " Noah bertanya
Irish menggeleng perlahan, dia tidak mahu orang tuanya risau, ditambah dia juga takut kalau sampai orang tuanya itu tahu penyebab dia terlentang di rumah sakit.
Mahu dia di ceramah satu hari satu malam oleh mama nya.
Noah menurut saja, biarlah isterinya itu berehat dengan tenang. Wajah pucat Irish di tenung dalam, tertanya-tanya, apa sebab gadis itu minum berhabis.
" Kenapa? " Irish menyoal lagi selepas melihat wajah suaminya yang seakan mahu menyampaikan sesuatu itu. Dahinya turut berkerut hairan.
" Aku ada penyakit serius ke? Sampai hidup aku dah tak lama?! " Genggaman tangannya dilepaskan, jantung mula berdegup kencang menunggu jawapan Noah.
Makin tak senang duduk dia bila melihat raut wajah sayu suaminya. Air mata mula merembes keluar. Dia tak mahu mati dulu! Dia masih mahu bermanja dengan suaminya! Masih mahu menunggu anak buahnya lahir! Dan mahu melihat Natan akan jadi apa! Satu lagi, mahu melihat Lylia sahabatnya kahwin dengan siapa!
" Saya taknak mati awal! " Dengan air mata yang laju mengalir keluar itu, kepalanya menggeleng-geleng takut. Tangan Noah kembali di capai lalu digenggam kuat.
Noah apalagi, sudah ketawa sakan lah dalam hati. Manakala raut wajahnya masih sama, sayu melihat kearah isterinya. Biar dia beri pelajaran sikit dekat isterinya itu, siapa suruh minum banyak-banyak lagi!
Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak dari luar. Serentak pandangan mereka beralih pada Doktor yang muncul dari balik pintu itu.
" Err... Awak berdua ok tak ni? " Tanya Doktor itu hairan bila dia dipandang sebegitu rupa oleh sepasang suami isteri itu.
Tangisan Irish yang terhenti sebentar tadi kini di sambung semula, tapi kalini dia duduk diatas katil pesakit sambil memandang penuh merayu pada doktor itu.
" Sa-saya taknak mati muda! Doktor tolong saya! Suami saya akan bayar berapa pun yang doktor nak, asalkan doktor boleh tolong saya, kan hubby kan " Dengan hingus yang meleleh keluar dia menatap wajah Noah pula. Sempat dia menyelitkan perkataan hubby supaya Noah mahu membiayai nya. Noah mengangguk saja.
Sebenarnya dia taklah sekaya itu, tapi, apapun untuk isteri nya, dia sanggup banting tulang lebih keras lagi.
Dahi Doktor itu semakin berkerut hairan, masih tak faham apa yang sebenarnya terjadi, matanya beralih pada Noah kini, lelaki itu sedang sedaya upaya menahan diri dari ketawa.
" Cik, cik tak ada sakit yang serius pun, jangan risau. Cuma kena kurangkan minum minuman keras berlebihan, kalau boleh stop itu lebih baik " Terang Doktor itu sambil berjalan mendekati mereka berdua.
Irish yang mendengar itu apa lagi, terus berhenti dari menangis, lalu merenung tajam suaminya itu. Hingus dan air mata di lap kasar menggunakan selimut yang menutupi kakinya. Persetan dengan pandangan jijik sang doktor.
Noah tanpa rasa bersalahnya hanya tersenyum manis di samping Irish. Sempat juga dia mengernyitkan sebelah mata kearah Isterinya itu.
" Doktor, saya dah boleh balik kan? Saya nak balik, malas nak berlama-lama dengan orang tua ni " Sambil berkata Irish berura-ura untuk turun dari katil. Air mata yang bersisa di lap kasar.
Laju saja tangan Noah dan Doktor itu menghalang nya dari berbuat demikian. Semerta Irish kembali duduk diatas katil.
" Apa ni sayang, awak masih lemah kan, jangan gerak sangat "
Tangan Noah yang memegang dua bahunya itu ditepis kasar oleh Irish. Sakit betul hatinya, dia punya takut mati tadi, dan boleh pula suaminya bermain-main dengan kata mati itu!
" Betul, cik tak boleh banyak bergerak sekarang ini, Cik boleh balik tapi bukan sekarang "
Irish mendengus kesal. Mahu saja dia terajang dua manusia di depannya itu, entah kenapa. Kecil besar kecil besar saja dia tengok dua manusia itu.
" Dengar sayang? Kita balik kalau awak dah sembuh total, ya. Boleh kan doktor? "
" Kau diam, aku taknak cakap dengan kau " Balas Irish penuh geram.
My Perfect Husband
-rxnxxy
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro